Wednesday, March 9, 2022

Buffet Ramadan 2022 ‘Destinasi Rasa’ Di Le Meridien Putrajaya

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.

Kali ni kita ke Le Meridien Hotel Putrajaya bertemakan Destinasi Rasa.


Le Meridien Putrajaya menghidangkan pengalaman kulinari secara eksklusif di Latest Recipe bersama chef undangan istimewa iaitu Chef Naem.


Chef Naem adalah seorang chef muda, terkenal dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kulinari dan membuat penampilan dengan beberapa produksi dalam program masakan popular seperti Dapur Panas, Sembang Sahur serta peserta Hero Oven dan banyak lagi.








Pada tahun ini, bersama Le Meridien Chef Naem akan menghidangkan juadah istimewa dari air tangan beliau seperti Rendang Pucuk Ubi, Kari Kambing Bakar, Rendang Hijau Itik Salai dan Kulat Masak Lemak Belimbing. Beliau juga akan menghidangkan beberapa hidangan kegemaran sepanjang masa seperti Kuih Getas, Kuih Sopang dan beberapa lagi kuih tradisional yang jarang kita dapati.

Pasukan chef hotel juga turut bakal menyediakan beberapa ciptaan masakan tradisional yang popular seperti Kambing Percik, Udang Masak Ros, Rendang Kerbau, Asam Pedas Ikan Jenahak, Sup Ekor dan Kambing Panggang dengan pilihan rasa nasi wangi




Memeriahkan lagi bufet buka puasa nanti terdapat juga beberapa gerai yang menghidangkan lebih 100 hidangan masakan tempatan dan antarabangsa seperti Nyonya Curry Laksa, Lok-Lok dengan Kari dan Clear Soup, Sate dan BBQ gaya kaunter kampung. Jadi pastikan korang yang nak datang sediakan dengan keadaan perut yang kuat untuk makan berbuka puasa nanti dengan pelbagai pilihan makanan.











Gerai untuk bahagian pencuci mulut juga ada yang terdapat kek istimewa, aiskrim dan air pancut coklat dengan marshmallow dan buah-buahan segar menanti semua orang. Juga barisan gerai dengan makanan laut segar dan pelbagai pilihan yang masih mentah dan juga ada yang telah dimasak. Ini buat pecinta makanan laut memang akan pilih yang ini sahaja lah kan.










Terdapat lima stesen gerai masak secara langsung, menyediakan dan memasak hidangan istimewa harian. Seperti masakan Jepun yang mana terdiri daripada gulungan sushi, salmon dan tuna dalam bentuk salai dan sashimi juga disediakan.






Bufet Ramadan 'Destinasi Rasa' di sini akan bermula dari 2 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung sepanjang bulan puasa ini dan menghiburkan semua tetamu yang hadir.

Istimewa sekarang ini juga korang buat tempahan tempat duduk sebelum 30 Mac 2022 untuk 'Early Birds' korang akan menikmati harga yang jauh lebih murah lagi iaitu RM148 bersih untuk seorang dewasa dan RM74 bersih untuk seorang kanak-kanak.

Manakala harga biasa bila tiba bulan Ramadan atau Walk-in nanti adalah RM188 bersih untuk seorang dewasa dan RM94 bersih untuk seorang kanak-kanak. Kanak-kanak adalah untuk mereka yang berumur 5-12 tahun.

Terdapat juga beberapa faedah seperti diskaun pilihan untuk pemegang debit atau kad kredit bank terpilih, manakala ahli Marriot Bonvoy boleh menikmati diskaun sebanyak 20%. Jika korang nak ruang VIP untuk berbuka puasa nanti, ruang makan peribadi boleh diaturkan untuk kumpulan 150 orang pengunjung dan ke atas.

Sebarang tempahan tempat duduk atau maklumat lanjut korang boleh menghubungi:

Tel : +603 8689 6888

E-mel : lmputrajaya@lemeridien.com


Jom kita ke :


Le Meridien Putrajaya Hotel
Lebuh IRC,
IOI Resort City,
Sepang, 62502 Putrajaya

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Laman Web:

Facebook:


Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Tuesday, March 8, 2022

SUKE TV TERUS MEMACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN MELALUI PEMETERAIAN KERJASAMA DENGAN MRANTI NEXUS

Hi Korang,

Rangkaian siaran tempatan SUKE TV terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang perniagaan tempatan dengan pencetusan memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam sebuah majlis hari ini. MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menandatangani plak perjanjian sambil diperhatikan oleh tetamu-tetamu yang lain.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Dato' AC Mizal; Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak.

Kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerjasama menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

Dari Kiri: Datin Emylia Rosnaida, Pengasas dan Pengarah SUKE TV; Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Puan Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Nexus; Encik Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus; dan Tuan Syed Zulkifli Syed Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan MRANTI Nexus semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menyokong kualiti produk buatan Malaysia dan kebolehan usahawan tempatan, SUKE TV mengambil initsiatif mencipta sebuah platform agar peniaga tempatan dapat mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi. Inisiatif ini akan meningkatkan kesedaran jenama tempatan dan membantu mengekalkan pelanggan melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh rangkaian ini.

Idea unik SUKE TV untuk membawa pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan melalui saluran hiburan televisyen diyakini akan menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia. Melalui visi dan usaha SUKE TV ini, peniaga tempatan kini memiliki akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk- produk mereka di televisyen mahupun digital.

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato' AC Mizal menzahirkan rasa gembira mengenai kerjasama antara kedua-dua belah pihak dan ini juga merupakan suatu permulaan untuk pertumbuhan ekonomi yang eksponen, terutamanya untuk perniagaan tempatan.

Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.

“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai hari ini”, tambahnya.

MRANTI Nexus menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, perekaan dan pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menzahirkan keyakinan beliau terhadap peluang kerjasama MRANTI Nexus dengan sebuah organisasi yang inovatif seperti SUKE TV untuk penambahbaikan sektor perniagaan tempatan.

“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan ianya lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan. Kami percaya lebih ramai inovator dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat daripada platform SUKE TV untuk menjangkau pasaran yang lebih luas melalui kerjasama ini,” kata beliau.

SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan.


Sunday, March 6, 2022

Buffet Ramadan 2022 Di Ummis Hijau Kasturi Sentul Village

Hi Korang,

Kita kembali lagi ke senarai buffet ramadan 2022 di belog www.ciklilyputih.com

Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepanjang bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.


Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi buffet bermula pada 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.




Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri yang juga merupakan pemilik serta chef di restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian. Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi lstana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan lstana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi bufet tersebut.


Antara menu lstana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, lkan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal lkan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.









Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.








Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet Ramadan yang termurah di ibu negara pada tahun ini.



Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.

Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.

Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat), 017-6534133(operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).

Harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga

Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan

Waktu Operasi Bulan Ramadhan :

Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam

Waktu Operasi Harian:

Dibuka pada setiap hari kecuali lsnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang



Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, 
No 10. JIn Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.




Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Mengenai Ummis Hijau Kasturi

Restoran yang telah bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.

Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astra, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.