Sunday, March 6, 2022

Buffet Ramadan 2022 Di Ummis Hijau Kasturi Sentul Village

Hi Korang,

Kita kembali lagi ke senarai buffet ramadan 2022 di belog www.ciklilyputih.com

Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepanjang bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.


Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi buffet bermula pada 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.




Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri yang juga merupakan pemilik serta chef di restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian. Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi lstana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan lstana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi bufet tersebut.


Antara menu lstana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, lkan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal lkan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.









Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.








Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet Ramadan yang termurah di ibu negara pada tahun ini.



Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.

Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.

Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat), 017-6534133(operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).

Harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga

Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan

Waktu Operasi Bulan Ramadhan :

Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam

Waktu Operasi Harian:

Dibuka pada setiap hari kecuali lsnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang



Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, 
No 10. JIn Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.




Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Mengenai Ummis Hijau Kasturi

Restoran yang telah bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.

Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astra, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.



Saturday, March 5, 2022

Khai Artzfar & Blog Budak Pacak Rai Ulangtahun Pada Tarikh Unik 22/2/22

Hi Korang,

Wartawan hiburan, blogger dan pengamal media sosial, Khai Azfar hari ini menyambut ulang tahun yang ke-30 dalam suasana norma baharu.


Menariknya lagi, bukan sahaja 'jatuh' pada tarikh yang disifatkan ramai sebagai angka yang cantik 22/2/22, malah serentak dengan itu juga ulangtahun penubuhan blog nya yang ke-12, Blog Budak Pacak serta 'Preview' Ramadan Buffet Ummis Hijau Kasturi turut diadakan.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Khairul Azfar Azahari, pada awalnya acara ini dijadualkan pada tahun lalu. Namun, berikutan negara dilanda wabak COVID-19 dan berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) hasrat tersebut terpaksa dilupakan di saat akhir.

Bersempena dengan Ramadan yang hampir tiba serta penganjuran majlis skala kecil dan patuh prosedur operasi standard (SOP) dibenarkan oleh MKN, akhirnya majlis ini dapat diadakan.


Jelas Khai, majlis ini diadakan bukan sahaja ingin menunjukkan bahawa dia masih bergiat aktif dalam penulisan blog malah ia sebagai satu penghargaan buat rakan-rakan media, blogger, pengamal media sosial serta pegawai perhubungan awam dan komunikasi pelbagai bidang yang banyak membantunya menaikkan nama sepanjang 12 tahun ini.

"Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk mengadakan majlis seumpama ini apatah Blog Budak Pacak sudah mencapai 12 tahun penubuhannya. Namun disebabkan PKP yang lalu, saya terpaksa lupakannya.


''Alhamdulillah, kebetulan hari lahir saya jatuh pada tarikh yang cukup cantik pada tahun ini dan umat Islam akan mula berpuasa tidak lama lagi, jadi saya terus merancang laksanakan majlis dalam serba sederhana selain ingin meraikan rakan-rakan yang banyak menyokong saya selama ini" katanya


Bercakap mengenai soal karier dan blog, kongsi Khai ketika ini dia sememangnya menumpukan kerjaya sebagai seorang wartawan hiburan. Akan tetapi menurutnya, blog tidak akan dilupakan kerana ia adalah titik permulaan kerjaya serta pengenalan namanya di dalam industri penulisan.

"Sebelum saya menjadi wartawan, saya ada cakap dekat majikan yang saya ingin dan akan teruskan penulisan blog kerana ia adalah sebahagian identiti diri saya. Alhamdulillah syarikat memahami dan bagi menghormati mereka saya tidak mencampurkan genre penulisan dalam kedua-dua platform tersebut. Untuk blog saya menulis lebih ke arah peribadi dan gaya hidup manakala di portal sudah tentu fokus kepada perihal hiburan" katanya lagi


Dalam majlis yang dihadiri oleh 50 orang tetamu pelbagai latar belakang itu turut mendapat pelbagai tajaan rakan-rakan strategik Khai sebagai tanda sokongan. Selain Ummis Hijau Kasturi sebagai penaja lokasi, syarikat kek keju terkenal di Kuala Lumpur, Cat & The Fiddle berbesar hati menaja kek sambutan hari lahirnya.

Menyerikan lagi suasana, usahawan tempatan Aspeks Kitchen turut menaja biskut dan 22 kek cawan sebagai simbolik tarikh lahir Khai yang unik pada tahun ini. Manakala, stokis Heads Shampoo, M Cosmec dan portal hiburan Gayah Is Typing serta Buzzing Malaysia telah menaja hadiah cabutan bertuah buat para tetamu.

Fakta Mengenai Februari 2022

1. Pada 22 Februari  2022, planet Pluto kembali pada posisi asalnya setelah kali terakhir ia dirakamkan pada 4 Julai 1776.

2. Tarikh 22/2/22 hanya akan muncul 200 tahun sekali selepas daripada itu, generasi seterusnya harus menunggu 20,000 tahun lagi.

3. 22 Februari 2022 juga genap 30 tahun penyanyi lagenda Allahyarham Sudirman Hj Arshad meninggal dunia.

Sempat tangkap si Khai ni sebelum balik, busy nau dia malam tuh


Mengenai Blog Budak Pacak

Blog gaya hidup Blog Budak Pacak milik sepenuhnya oleh Khai Artzfar mula aktif sekitar 2009 dalam membuat pelbagai perkongsian. Selain aktif mempromosikan pelbagai produk dan jenama dalam dan luar negara, blog ini turut menerima pelbagai pengiktirafan.

Antara pencapaian tertingginya adalah mewakili Malaysia dan blog bersama, Projek Travel ke Yilan, Taiwan secara individu bagi berkongsi tips dan cara menarik pelancong muslim ke negara itu. Selain itu, Blog Budak Pacak pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti Tourism Malaysia, Tourism Indonesia, Tourism Macao, AirAsia, Le Meridien Hotel, Grand Hyatt Yogyakarta serta banyak lagi.

Thursday, March 3, 2022

Buffet Ramadhan 2022 "Warisan Bonda” Di Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) Shah Alam

Hi Korang,

Bermulalah senarai entri buffet ramadhan 2022 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah 2tahun kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Ahlan Ramadan, Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) begitu teruja untuk menyambut bulan suci Ramadan tahun ini dengan suasana yang baharu. Kali ini, tema “Warisan Bonda” menjadi pilihan dengan menampilkan hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa. Berkonsepkan tradisional melayu, keindahan lokasi Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites akan ditambah seri dengan dekorasi-dekorasi menarik yang mampu mengimbau kembali nostalgia iftar bersama ahli keluarga dan rakan taulan.







Bufet Ramadan Warisan Bonda ini menawarkan pelbagai pilihan masakan berasaskan menu seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti Nasi Putih, Nasi Kandar, Nasi Minyak, Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Kambing Penanggah, Udang Telur Asin, Sotong Kam Heong, Wok Goreng Baby Kailan dengan Bawang Putih dan macam-macam lagi pilihan yang ada.





Untuk menambah aneka makanan warisan, chef terbaik kami menyediakan variasi sambal seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam, Sos Percik, Sambal Kicap Pedas untuk dipadankan bersama ulam-ulaman. Tambahan pula, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Botol, Jantung Pisang, Kacang Panjang Rojak Buah, Popiah Basah, Jeruk Buah Cermai, Kelubi, Betik, Salak & Anggur menjadi pelengkap hidangan berkonsepkan warisan. 


Tidak dilupakan masakan pilihan antarabangsa. Antaranya Garden Salad, Tuna Salad, Grill Chicken Salad, Coleslaw, Classic Macaroni Salad dan Italian Dressing, Sushi, Maki & Tempura Mariowase dan aneka jenis pasta.




Selain itu, suasana yang sedia ada indah di Royale Songket akan diserikan dengan Makanan tradisional. Para tetamu boleh melihat barisan aneka makanan seperti “Paling Hangat” Smokey Hickory Roasted Whole Lamb, Makanan Masakan Selera Timur Tengah, Penang Best, Masakan Panas, Bazaar Minuman, Masakan Cina dan Jepun, Masakan Aneka Mee, Aneka Cucur dan yang dinanti-nanti iaitu Hidangan Pemanis Selera.

Seperti tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di MHS. Untuk Bufet Ramadan Warisan Bonda kali ini, barisan Chef sekali lagi membawakan kepada tetamu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama Sayur Pangang dan dilengkapkan dengan Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan.



Disamping itu, tetamu boleh menikmati masakan panas di mana chef kami akan membuat “live cooking”. Antara pilihan menu yang boleh dinikmati adalah Mee Goreng Mamak & Penang Char Koey Teow. Tetamu juga boleh menikmati variasi Laksa, Sup Ayam Utara, Nasi Kuning, Chicken Mandy, Roti John Briyani Daging, Murtabak Ayam dan tidak dilupakan Bubur Lambuk.


Apabila seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya pilihan minuman yang disediakan melengkapi juadah iftar para tetamu. Oleh itu, hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis minuman panas mahupun sejuk seperti Brewed Premium Coffee, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sweet Corn Drink, Blue Lime Soda, Iced Chocolate, Sirap Bandung dan Soya Bean.



Selepas mencuba hidangan bufet utama yang pelbagai, hidangan pemanis selera pasti terus membangkitkan selera para tetamu. Mesti cuba hidangan pemanis mulut pula! Chef Pastri kami menyediakan aneka kuih tradisi melayu yang utama, Sago Gula Melaka, Chilled Honey Dew dengan Pearl Sago, Agar-Agar dan Pudding, Ais Kacang, Waffle, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Red Velvet, Chocolate Moist Cake, Brownies, Dates, Bread & Butter Pudding dan Aneka Buah-Buahan.

Untuk makluman, Bufet Ramadan Warisan Bonda ini juga menyediakan pakej hidangan untuk bersahur. Tetamu boleh datang ke Royale Songket untuk bersahur di mana hidangan utamanya adalah Nasi Putih, Fried Noodle With Seafood, Ayam Masak Hitam Manis, Daging Kerutub, Kari Ikan Bawal Berkerisik, Udang Goreng Kunyit, Mix Vegetable with Oyster Sauce, dan Fried Japanese Beancurd in Crabmeat Sauce. Disediakan juga pilihan juadah ringan untuk tetamu. Antaranya, Variasi Salad seperti Tuna Salad with Pasta, Roasted Chicken Salad with Corn, Bubur Berlauk bersama Ayam Kunyit, Sambal Bilis, Telur Masin, Ikan Masin, Kangkung Belacan, Daging Merah dan Sup Ayam.


Melengkapkan set hidangan sahur ini dengan aneka pastri dan pencuci mulut seperti Croissant, Chocolate Roll, Vanilla Sultana, Muffin, Apple Strudle, Bread Loaf, Bun, Rolls dan Toast, Bubur Kacang Merah, Aneka kek juga bersama minuman Kopi dan Teh Tarik panas, Jus Mangga dan Susu Segar.

Bufet Sahur pula bermula seawal jam 4.00 pagi hingga 5.40 pagi. Harganya adalah RM 65 bersih untuk dewasa, RM 55.00 bersih untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas seterusnya kanak- kanak berumur 6 hingga 12 tahun adalah RM 45.00 bersih. Majlis Tertutup juga disediakan dengan hidangan Bufet dengan harga RM 100.00 bersih untuk seorang.

Bufet Ramadan Warisan Bonda dibuka setiap hari bermula 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Waktu operasi dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Harga bagi Bufet Ramadan RM 145.00 bersih seorang untuk dewasa, RM 110.00 bersih bagi Warga Emas 60 tahun ke atas manakala RM 90.00 bersih bagi Kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Sementara itu, untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga yang ditawarkan adalah RM 200.00 bersih bagi seorang dewasa dan seorang kanak kanak.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran RM 110.00 bersih diperlukan sebelum 1 Ramadan untuk dewasa.

Istimewa inklusif untuk ramadan MHS juga menawarkan Promosi harga Bilik Istimewa berharga RM 250.00 berserta sahur untuk 2 dewasa & tawaran diskaun sebanyak 10% Bufet Iftar Ramadan. Set Hamper Raya Mardhiyyah juga disediakan dengan aneka jenis biskut raya. Semuanya terdapat pada harga RM 120 bersih sahaja.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di aras 4. Solat Subuh berjemaah juga terdapat untuk tetamu hotel yang menginap dan bersahur di MHS.

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran melaui e- mel terus ke sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui WhatsApp 012-346 9585 (Muhammad Izzat), 019-273 6801 (Zaris Azua), 019-275 7801 (Syaqila), 019- 263 9801 (SitI Atiqah) dan 019-261 6847 (Asyila).


Promosi Tempahan awal

Bayar sebelum 1 Ramadan

RM 110.00 bersih dewasa sahaja
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas) 
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Harga Biasa

2 Ramadan – 29 Ramadan (4 April 2022 – 1 Mei 2022)
Harga: Isnin hingga Ahad
RM 145.00 bersih Dewasa
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas) 
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

RM 200.00nett (1 Dewasa & 1 Kanak-kanak) Harga: Isnin hingga Ahad
RM 145.00 bersih Dewasa
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas) 
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Bufet Sahur

RM 65.00 bersih Dewasa
RM 55.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas) 
RM 45.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Istimewa Bilik Deluxe

RM 250.00 bersih
Sahur untuk 2 dewasa
10% Ramadan Iftar



Hamper Raya Mardhiyyah

RM 120.00 bersih
Biskut Raya aneka pilihan

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.