Tuesday, March 1, 2022

Festival Makanan Sedunia '22 (Musim Pertama) Di Lulu Hypermarket

Hi Korang,

Kalau pasal makan-makan ni memang cepat je kak lily nak citer kat korang kan, yelah best tuh. Perkara baik memang perlu di kongsi bersama hah hehehehe


Kalau korang nak tau yang Lulu Hypermarket kini sedang menganjurkan Festival Makanan Sedunia '22 musim pertama yang mulai berlangsung dari 24 Febuari sehingga 9 Mac 2022. Pelbagai promosi serta tawaran menarik sepanjang karnival terutama di bahagian segar, roti, barangan runcit dan pelbagai lagi.

Festival ini berlangsung di semua cawangan Lulu Hypermarket iaitu Lulu Hypermarket Kuala Lumpur (Capsquare), Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia City Mall, Lulu Grocer Amarin Mall dan juga pembelian atas talian menerusi laman web Lulu sendiri.

Makanan ‘Ready To EAT’ (RTE) Yang Bakal Menambatkan Hati Dan Perut Korang.


Kalau ke Lulu tidak sah kiranya jika tidak membeli hidangan panas yang ada ditawarkan di sini. Selain daripada pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan. Apatah lagi sekarang ini berlangsungnya Festival Makanan Sedunia '22 , lebih banyak pilihan, lebih harga diskaun yang boleh direbutkan.








Sudah pastilah kak lily target nak dapatkan makanan-makanan ini. Maklumlah kita nieh bukan pandai masak makanan antarabangsa khususnya Timur Tengah kan, so jalan terbaik dapatkan sahaja di Hot Kitchen Lulu Hypermarket nieh

psttt: nasi beriyani kat Lulu nieh memang padu bethol sungguh hah


Barangan Keperluan Rumah Pada Harga Istimewa

Ya ampun barangan rumah jangan di lupakan jugak. Walaupun kak lily tak pandai masak tapi barangan dapur memang senantiasa kena stock up. Yelah mana tau mood rajin memasak datang hah bukak cabinet dapur amik apa yang patut then masak.







Di sepanjang Festival Makanan Sedunia '22 terdapat pelbagai produk yang ditawarkan oada harga cukup berbaloi.









Lebih daripada 200 produk diberikan diskaun di semua cawangan Lulu di Malaysia.


Kena Dapatkan Barangan Basah Di Lulu Tau

Barangan basah memang menjadi keutamaan kak lily ketika berbelanja di Lulu Hypermarket ini. Selain daripada hidupan laut dan daging yang segar. 




Rempah ratus, sayuran, buahan dan bawang juga ada ditawarkan pada harga menakjubkan.


Belanja RM50 Dapat Voucher RM25

Berita baik untuk semua para pelanggan Lulu.


Bagi mereka yang berbelanja RM50 ke atas dari pasaraya, korang boleh dapatkan kupon diskaun RM25. Kupon ini diberikan pada tempoh yang terhad iaitu dari 22 Febuari sehingga 20 Mac 2022.














Kupon RM25 ini boleh digunakan untuk perbelanjaan min RM100 dalam 1 resit dari mana-mana bahagian lain kecuali barangan elektrik, IT dan Telefon Mudah Alih.



Hampir ke semua bahagian jualan produk boleh kita gunakan kupon diskaun RM25 ini. Jadi apa lagi jangan lupa tebus kupon yang cukup berbaloi ini.


Lulu Celebrate! Wajib Check It Out Tau

Uniknya di Lulu berbanding pasaraya lain, ianya ada bahagian pakaian khas untuk mereka yang mencari kain saree, baju punjabi dan pelbagai lagi.



Jangan lupa guna kupon RM25 yang telah ditebus di sini.


Korang ingat tau untuk terjah mana-mana Lulu Hypermarket dan Lulu Grocer terdapat pelbagai tawaran dan aktiviti menarik menanti korang tau!


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page :

Instagram Link :

Thursday, February 24, 2022

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI NEGERI SELANGOR? INI 6 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI!

Hi Korang,

Rombongan lawatan sambal belajar merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan ianya paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar, tidak kira di peringkat Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah. Program lawatan seperti ini akan membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. Susulan pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2022, ketahui 6 lokasi menarik di bawah yang sesuai untuk lawatan sambil belajar!


1) Muzium Coklat, Kota Damansara

Muzium Coklat terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan dan pada masa yang sama 3 elemen asas iaitu, pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan. Paling menyeronokkan, pihak Muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai coklat yang dihasilkan!


2) Zoo Negara

Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar. Lawatan ini dapat memberi pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi aktiviti Night Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.


3) Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik yang terkandung dalam program lawatan tersebut termasuk aktiviti memetik sayur dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.


4) Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, dan Kampung Haji Dorani, Sungai Besar

Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar! Disini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun kelapa, serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan di sini!


5) Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong. Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong, ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track, berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula jadi. Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di sini!


6) Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani Negara telah menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, nature walk dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!

Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari mereka. Negeri Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati, dan lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi di sekitar Negeri ini tentunya akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan!

Walau bagaimanapun, para pelajar serta pengunjung adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Pihak sekolah atau para ibubapa juga boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang program lawatan ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Tuesday, February 22, 2022

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun meraikan pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban Berwajah Baru

Hi Korang,

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, baru-baru ini meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan and Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd commemorating the re-opening of the iconic A&W Seremban Drive-Thru by pouring RB into A&W’s iconic frozen mug

Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978. Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.

Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda. Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini.

A commemorative photo to mark the historic development by Inter Mark Resources in tapping into the inclinations of young, savvy consumers with the addition Jamaica Blue, making the A&W Seremban Drive-Thru outlet the first in the country to incorporate the fashionable coffee offering

“Dengan perubahan generasi dalam tempoh beberapa dekad, begitu juga tingkah laku serta tren pengguna. Dalam hal ini, adalah lumrah untuk A&W terus berinovasi dan berkembang. Kita kini sedang dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan dan tampil menarik kepada pengguna hari ini, terutamanya generasi muda, yang semakin hari semakin cerdik dan arif. Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu, yang bukan hanya tertumpu kepada estetika sahaja, namun, turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” menurut Sophia Ch’ng, Pengarah A&W Malaysia Sdn. Bhd.

Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.

 Thumbs up from YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Rooty the Great Root Bear on reopening the doors of the iconic A&W Seremban Drive-Thru that has been an integral landmark in Seremban for over 40 years

Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue - salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia - pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.

“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu-Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini. Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” kata Ch’ng

Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.

“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna. Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan - terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal."

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan. Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Mr George Ang, Chief Executive Officer of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd pose with Rooty the Great Root Bear in a classic Ford Thunderbird 1962 Convertible to symbolise the modern-retro vibe of the newly reopened A&W Seremban Drive-Thru outlet

Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Selain berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih setengah abad, A&W kini adalah entiti yang disayangi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat untuk beberapa dekad serta generasi seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia:


Instagram: @anwmalaysia 

Twitter: @anwmalaysia