Hi Korang,
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, baru-baru ini meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.
YAB Dato’
Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan and Ms Sophia
Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd commemorating the re-opening of
the iconic A&W Seremban Drive-Thru by pouring RB into A&W’s iconic
frozen mug
Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978. Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.
Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda. Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini.
A commemorative photo to
mark the historic development by Inter Mark Resources in tapping into the
inclinations of young, savvy consumers with the addition Jamaica Blue, making
the A&W Seremban Drive-Thru outlet the first in the country to incorporate
the fashionable coffee offering
“Dengan perubahan generasi dalam tempoh beberapa dekad, begitu juga tingkah laku serta tren pengguna. Dalam hal ini, adalah lumrah untuk A&W terus berinovasi dan berkembang. Kita kini sedang dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan dan tampil menarik kepada pengguna hari ini, terutamanya generasi muda, yang semakin hari semakin cerdik dan arif. Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu, yang bukan hanya tertumpu kepada estetika sahaja, namun, turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” menurut Sophia Ch’ng, Pengarah A&W Malaysia Sdn. Bhd.
Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.
Thumbs up from YAB Dato’ Seri Haji
Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Ms Sophia Ch'ng,
Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Rooty the Great Root Bear on
reopening the doors of the iconic A&W Seremban Drive-Thru that has been an
integral landmark in Seremban for over 40 years
Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue - salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia - pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.
“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu-Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini. Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” kata Ch’ng
Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna. Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan - terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal."
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan. Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.
YAB Dato’ Seri Haji
Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Mr George Ang, Chief
Executive Officer of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Ms Sophia Ch'ng, Director of
A&W Malaysia Sdn. Bhd pose with Rooty the Great Root Bear in a classic Ford
Thunderbird 1962 Convertible to symbolise the modern-retro vibe of the newly
reopened A&W Seremban Drive-Thru outlet
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.
Selain berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih setengah abad, A&W kini adalah entiti yang disayangi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat untuk beberapa dekad serta generasi seterusnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia:
Facebook: www.facebook.com/anwmalaysia/
Instagram: @anwmalaysia
Twitter: @anwmalaysia