Tuesday, February 22, 2022

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun meraikan pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban Berwajah Baru

Hi Korang,

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, baru-baru ini meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan and Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd commemorating the re-opening of the iconic A&W Seremban Drive-Thru by pouring RB into A&W’s iconic frozen mug

Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978. Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.

Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda. Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini.

A commemorative photo to mark the historic development by Inter Mark Resources in tapping into the inclinations of young, savvy consumers with the addition Jamaica Blue, making the A&W Seremban Drive-Thru outlet the first in the country to incorporate the fashionable coffee offering

“Dengan perubahan generasi dalam tempoh beberapa dekad, begitu juga tingkah laku serta tren pengguna. Dalam hal ini, adalah lumrah untuk A&W terus berinovasi dan berkembang. Kita kini sedang dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan dan tampil menarik kepada pengguna hari ini, terutamanya generasi muda, yang semakin hari semakin cerdik dan arif. Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu, yang bukan hanya tertumpu kepada estetika sahaja, namun, turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” menurut Sophia Ch’ng, Pengarah A&W Malaysia Sdn. Bhd.

Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.

 Thumbs up from YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Rooty the Great Root Bear on reopening the doors of the iconic A&W Seremban Drive-Thru that has been an integral landmark in Seremban for over 40 years

Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue - salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia - pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.

“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu-Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini. Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” kata Ch’ng

Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.

“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna. Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan - terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal."

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan. Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Mr George Ang, Chief Executive Officer of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd pose with Rooty the Great Root Bear in a classic Ford Thunderbird 1962 Convertible to symbolise the modern-retro vibe of the newly reopened A&W Seremban Drive-Thru outlet

Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Selain berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih setengah abad, A&W kini adalah entiti yang disayangi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat untuk beberapa dekad serta generasi seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia:


Instagram: @anwmalaysia 

Twitter: @anwmalaysia


Saturday, February 19, 2022

ADIK BERADIK BERLAINAN AGAMA MENERIMA ANUGERAH DI KONVENSYEN TAHUNAN YANG KE-17 AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

Hi Korang,

Sedikit berita gembira yang kak lily nak kongsikan kepada korang semua hah

Nur Elaine Aisyah Binti Abdullah bersama adiknya Jocelyn Ong Siew Feng diiktiraf sebagai penerima Anugerah Perancang Harta Pusaka Islam bagi Kategori Rekruit Tertinggi bagi tahun 2021, bersempena meraikan Konvensyen Tahunan Yang Ke-17 di pusat persidangan Bangsar South baru-baru ini.


Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Ashar Abdullah, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah as-Salihin Trustee Berhad dan Tn. Hj Abdul Aziz Peru Mohamed, Pengarah dan Ahli Lembaga as-Salihin Trustee Berhad. Majlis anugerah ini turut disaksikan oleh lebih 50 tetamu undangan khas di majlis makan malam tersebut dengan bertemakan ‘BATIK.


Kejayaan yang diperolehi kedua beradik ini telah disatukan dalam kerjaya yang sama iaitu sebagai Perancang harta pusaka Islam di mana kedua-dua adik beradik yang berlesen Certified Financial Planner (CFP) ini menubuhkan agensi yang dinamakan ERA ADVISORY, berdaftar di bawah as-Salihin Trustee Berhad - syarikat amanah yang ditubuhkan sejak 18 tahun lalu oleh Allahyarham Tun Mohd Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara.

“Alhamdulillah, kami berdua adik beradik amat teruja dan rasa syukur atas anugerah yang kami terima pada malam ini. Kami percaya bahawa anugerah ini adalah hasil usaha dan berkat doa daripada semua pihak. Misi kami di ERA Advisory adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan pusaka dan fokus kami adalah memberi peluang pendapatan kepada mereka yang minat untuk menceburi bidang Perancangan Kewangan Islam, khususnya bidang perancangan harta pusaka bagi umat Islam. Di ERA ADVISORY, kami menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk membimbing ahli-ahli kami demi menjadi perancang harta pusaka yang berkualiti dan bertauliah. Keunikan yang dapat kami adik beradik sampaikan adalah penyampaian latihan dalam pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Ini menjadi satu tarikan kepada orang ramai yang ingin menuntut ilmu perancangan Harta Pusaka Islam dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin.” Kata Elaine Aisyah.

“Hukum Faraid bagi umat Islam sangat lengkap dan terperinci. Saya rasa syukur kerana banyak ilmu dan pengetahuan yang saya belajar selama saya menceburi bidang ini. Niat saya ialah memberi kesedaran dan peluang kerjaya kepada lebih ramai professional di industry kewangan melalui pendekatan dan bahasa yang mereka selesa untuk belajar.” Ujar Jocelyn Ong.

Kerjaya sebagai Perancang Kewangan, khususnya dalam bidang Perancang Harta Pusaka Islam ini telahpun merapatkan lagi sillahturahim kedua-dua adik beradik yang berlainan agama ini.


Elaine Aisyah dan Jocelyn Ong muncul sebagai penerima “Anugerah Top Recruiter Tahun 2021” atas kejayaan mereka mencatatkan bilangan recruit tertinggi di seluruh Malaysia. Kini, ERA Advisory mempunyai lebih 100 orang perancang harta pusaka yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, latar belakang termasuklah akauntan, auditor, guru, engineer, pengurus hotel, professional kewangan, ustadz dan sebagainya yang berlokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

“Bagi sesiapa yang ingin mencari peluang pekerjaan dan peluang pendapatan, inilah peluang anda untuk menjadi kaya di dunia dan kaya akhirat.” Elaine Aisyah mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak orang ramai menceburi bidang kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka.


Thursday, February 10, 2022

Hebat McDonald’s Sekarang Ni, Ada Ciri Baharu ORDER & COLLECT Untuk Kita Memesan Makanan Tau.

Hi Korang,

Memang McDonald’s favourite kak lily dulu, kini dan selamanya.

Mana tak nya, ini je menu hidangan yang mudah dan pantas. Kak lily paling suka sekali Big Mac burger dengan friesnya yang panas-panas tuh.

Bila ramai yang sama dengan Ahkak ni, sudah tentulah ramai yang datang dan beratur nak dapatkan menu favourite masing-masing.

Yesza sememangnya McDonald’s macam memang memahami je perasan ahkak yang sengsara bila nak makan McDonald’s ni kan.


Dengan adanya aplikasi baru dari McDonald’s ni iaitu Order & Collect, ianya menawarkan pengalaman yang lancar kepada para pelanggan, membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana mereka ingin mengambil pesanan, secara terus melalui telefon bimbit.

McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s. Sama ada korang seorang emak atau pelajar, ciri Order & Collect ini direka untuk menjadi alat yang menjimatkan masa dan membolehkan pelanggan memesan hidangan McDonald’s kegemaran dengan mudah hanya dengan satu klik.


Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.

Korang kini boleh memilih untuk mengambil pesanan mereka melalui empat cara di restoran McDonald’s yang telah dipilih:

1. Bawa Pulang (Takeaway)

Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter.

2. Makan di Restoran (Dine-in)

Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)

Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

4. Pandu-Masuk (Drive-In)

Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan.


“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini.

“Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati.


Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s pantas menjadi salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. Sejak daripada itu, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan.

Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila korang membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store.

Kak Lily dah cuba tau ciri Order & Collect nieh





Memang amat mudah di gunakan, yang pastinya kena download dulu. Korang boleh pilih empat cara yang di sediakan dan sekejap je order sampai

Jadi apa tunggu lagi, korang pun download jugak tau.

Jangan lupa, check it out social media McDonald’s.

Facebook :

Instagram : 



#mcdonaldsmalaysia
#mcdonaldsrestoran
#carabaruordermcdonalds
#mcdorderandcollect
#mcdbawapulang
#mcdmakandirestoran
#mcdpandulalu
#mcdpandumasuk
#BitersloveMcdonalds