Friday, January 21, 2022

SUKE TV Meraih Pembiayaan MDV Dalam Usaha Merealisasikan Pengalaman Penyiaran Berwawasan

Hi Korang,

Rangkaian penyiaran tempatan, SUKE TV, telah berjaya merangkul pembiayaan dari Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat subsidiary Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc)] sekaligus mencipta sejarah melalui sebuah majlis hari ini.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Khairul Azwan Harun, Pengerusi MDV; dan Nizam Mohammed Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif MDV. Turut menghadiri majlis tersebut adalah pengurusan SUKE TV dan MDV, serta pelbagai media dan portal berita tempatan.


Perjanjian pembiayaan tersebut akan menyaksikan MDV menyalurkan kewangan untuk menyokong visi dan misi SUKE TV sebagai rangkaian penyiaran yang didorong oleh harapan, hati dan nilai - a product built by Malaysians, for Malaysians. SUKE TV berhasrat untuk membawa kembali kebahagiaan kepada kehidupan rakyat Malaysia, terutamanya dengan COVID-19 dan bencana-bencana alam telah menggegarkan negara sejak kebelakangan ini. Sebagai platform menyeluruh yang akan memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau latar belakang, SUKE TV merancang untuk menyampaikan kegembiraan melalui hiburan terus ke kaca TV di rumah penonton.

SUKE TV bukan sahaja diasaskan untuk individu, tetapi juga untuk memperkasakan industri perniagaan tempatan. Rangkaian media tersebut juga berharap dapat mewujudkan saluran komprehensif untuk usahawan tempatan mempromosikan dan mengiklankan produk mereka melalui pelbagai slot masa siaran inovatif SUKE Shop dan SUKE HATI.

SUKE TV ialah saluran unggul yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi bintang rancangan mereka sendiri. Menerusi saluran ini, individu dari seluruh negara bukan sahaja dapat mempromosikan produk dan jenama mereka secara langsung, tetapi juga dapat mempamerkan bakat mereka atau menyampaikan ucapan istimewa kepada orang tersayang. Dengan penyiaran di TV dan web, interaksi bersama penonton juga akan meningkat dan dipelbagai; dan perniagaan yang dipromosikan juga akan menerima lebih banyak minat dan jualan masa nyata daripada bakal pelanggan mereka.

Melalui program dan saluran ini, usahawan-usahawan negara akan mempunyai pilihan yang lebih mudah dan berpatutan untuk mengiklan di TV dan digital, sejajar dengan matlamat SUKE TV untuk menyokong perniagaan tempatan.


Mengulas mengenai kerjasama bersama MDV, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato’ AC Mizal berkata SUKE TV amat berbangga dengan detik bersejarah tersebut dan berterima kasih atas bantuan MDV.

“Dengan pembiayaan MDV, kami kini dapat mengukuhkan lagi kehadiran dan tempat kami di kalangan pemain industri yang lain sekaligus membantu kami mempromosikan produk Malaysia sejajar dengan hasrat kami untuk sentiasa menyokong perniagaan tempatan,” tambahnya.


Sejak dua dekat yang lalu, MDV adalah perintis negara dalam menyalurkan pembiayaan kepada syarikat dalam sektor berasaskan teknologi, yang biasanya kurang mendapat sokongan daripada institusi-institusi kewangan komersial di Malaysia.

Pengerusi MDV, Encik Khairul Azwan Harun mengulas bahawa sebagai sebuah rangkaian penyiaran, SUKE TV membawa idea-idea bernas dan relevan yang berpotensi untuk meningkatkan lagi pembangunan dan perkhidmatan industri hiburan tempatan.

“MDV berbesar hati kerana dapat menyumbang terhadap perkembangan SUKE TV dan kami tidak sabar untuk melihat pertumbuhan dan kejayaan rangkaian ini pada masa akan datang."

Serba sedikit fakta mengenai SUKE TV

SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 TOP YOUNG CEO 2021 Lifetime Achievement Ikon dalam industri hiburan dan perniagaan.


Dapat Jugak Berstaycation Hotel Di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Payah betul nak spend time dengan keluarga kan??

Walaupun ktorang nieh duduk dekat-dekat jer tapi nak jumpe tuh lately ni agak payah sket sebab memasing ada aktiviti sendiri di hujung minggu kan.

Dan bila kita ada limited time dan ruang untuk berehat maka haruslah kita mengambil kesempatan ini sebaik mungkin. Di musim-musim pandemik ni nak berjalan jauh agak susah jugak kalau kita sekeluarga beramai-ramai.

Yang paling mudah lokasi bercuti ada mencari hotel di Kuala Lumpur

Dan kebetulan pulak, hujung Disember tahun lepas ada sambutan hari jadi mama so ktorang sekeluarga plan untuk bercuti walaupun hanya di waktu hujung minggu.

Puas jugak membelek-belek segala jenis hotel di sekitar Kuala Lumpur ni untuk mencari hotel promo dan kebanyakannya penuh di sebabkan sambutan perayaan Krismas, segala mak neka laman web kami cari but still banyak yang sold out. Tup-tup my sister suggests, not why check di website Traveloka mana tau kot kot ade rezeki kat situ.

Memang penyelamat bethol lah si Traveloka ni ek hehehee


Yesza setelah pilih punye pilih akhirnya ktorang memilih Grand Hyatt Kuala Lumpur je sebab harga yang di tawarkan ketika itu amat berpatutan bagi kami sekeluarga.

GRAND HYATT Siot!!!! tempat orang-orang upper class tuh tapi ktorang managed dapat duduk kat sini jugak tau

Nampak macam halus je struktur bangunannya tapi kalau korang nak tau yang Grand Hyatt hotel ini mempunyai 411 bilik tamu yang luas termasuk 42 suite dengan pemandangan latar belakang yang menakjubkan.

Jadinya hujung minggu tersebut, kami sekeluarga berehat di hotel yang boleh di katakana agak mewah jugak. Pertama kali ketika berada di sini ya ampun bestnya, bilik yang selesa, makanan yang enak-enak dan pemandangan yang indah.

Yang paling kak lily suker adalah main lobinya yang di gelar ‘Sky Lobby’ kerana terletak tingkat 38 yang berlatarbelakangkan pemandangan panoramik. Sempat ktorang bergambar di sini sebagai kenangan.


Di sebabkan ada anak-anak sedara kak lily so ktorang tidak turun makan di restoran pun sebab nak jarakkan dan nak elakkan jangkitan covid, mostly segala makanan dan minuman kami pesan dengan menggunakan khidmat room service.

Petangnya kami sekeluarga berjalan sambil beriadah di taman KLCC


Kalau korang tau, taman ni merupakan tempat lumba kuda terdahulunya dan kini di jadikan taman yang cukup indah dan juga terdapat tempat permainan kanak-kanak yang besarnya 2 ekar.


Sempat juga kak lily berjogging petang itu tapi treknya tak lah panjang pun hanya 1.3km sahaja tapi terdapat banyak peralatan untuk bersenam di sekitar taman ini dan kalau korang ingin bersiar-siar terdapat laluan pejalan kaki dan jambatan kecil merintangi kolam yang amat sesuai di jadikan tempat untuk berOOTD hehehhe ini kan trend masa kini.



Malamnya selepas acara makan malam sambil meraikan harijadi mama, kak lily dengan hubby keluar berdua untuk supper, yelah saje-saje nak ambil angin malam di bandaraya Kuala Lumpur sambil mencari makan.


Of courselah ktorang ke TAPAK Urban Street Food. Sukerlah wei sebab terdapat pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh dapati di sini. Haruslah kak lily order churros dan burger dan juga fries buat kunyah-kunyah sambil jalan balik ke hotel.

Overall ini merupakan staycation yang paling seronok yang kak lily rasa kerana kebanyakan masa ktorang habiskan di dalam bilik hotel dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti main cards, makan-makan bersama-sama.

Definitely kak lily akan booking lagi Grand Hyatt Kuala Lumpur ni sekali lagi tau lepas nieh.

Nak jugak rase mandi dalam bathtub mengadap KLCC ekk hehehehehe...


Wednesday, January 19, 2022

INSIGHT Loss Control Shampoo, Rangkaian Produk Kesihatan Rambut Untuk Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Hi Korang,

Masalah keguguran rambut memang menjadi masalah seantero dunia, tidak kira berapa pun usia korang, terutamanya mereka yang telah pun berkahwin dan meningkat usia.

Kak lily pun tidak terkecuali menghadapi masalah ini.

Biasanya bila selepas mencuci rambut, kak lily perati memang banyak helaian rambut yang gugur. Mula-mula tuh tak delah banyak tapi lately ni semakin lama semakin banyak dan ianya sangat membimbangkan.

Masalah rambut gugur seiring dengan peningkatan usia adalah satu situasi normal. Akan tetapi, ada juga individu yang mengalami masalah keguguran rambut disebabkan faktor diet pemakanan yang diambil, kekurangan nutrien atau mungkin faktor genetik.

Rambut gugur ini boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan.

Aduimak menyeramkan jugak lah kan

Banyak jugak review-review produk mengenai masalah keguguran rambut ni dan ada juga yang kak lily beli untuk mencubanya namun masalah ini tetap timbul, kemungkinan besar ianya tidak sesuai dengan keadaan rambut kak lily

So memperkenalkan

Insight Hair Loss Control Fortifying Hair Shampoo

Syampu jenama Insight ini khusus untuk mencegah masalah keguguran rambut dan menguatkan akar rambut. Ia mengembalikan tenaga dan kecergasan dari akar hingga ke hujungnya.

Ianya bertindak untuk menguatkan dan merangsang pada akar rambut. Ia menenangkan kulit, memberikan rasa kesegaran.

Di antara bahan-bahan terkandung adalah :

- Organic Horse

- Chestnut Extract

- Organic Echinacea Extract

- Guarana Extract

- Menthol Extract


Ianya juga di datangkan bersama dengan

Insight Hair Loss Control Fortifying Hair Treatment

Memperkukuh rawatan sinergik untuk akar rambut dan juga untuk membantu mengelakkan keguguran rambut. Ia merangsang peredaran mikro dan menguatkan serat rambut. Ia memberikan rasa kesegaran pada kulit.



Review Kak Lily :

Kak lily telah pun menggunakan shampoo ini selama 2 minggu dan ternyata dapat mengurangkan masalah rambut gugur yang kak lily alami. Walaupun tidak berhenti sepenuhnya namun bila ianya berkurangan, kak lily rasa dah cukup happy dah tau.


INSIGHT Hair Loss Control Shampoo juga telah mendapat kelulusan dari ICEA iaitu sebuah konsortium melibatkan institusi, persatuan, syarikat dan organisasi yang telah mempromosikan pembangunan pertanian organik. Sekiranya sesuatu produk mempunyai logo dan dicop ICEA, ia bermaksud produk tersebut disahkan dan diperakui organik.

· Bebas dari bahan pewarna sintetik

· Bebas SLS / SLES

· Bebas Paraben dan MT

· Bebas Alergen

· Bebas minyak mineral dan petroleum

· Tanpa Silikon




Sedikit Info Mengenai INSIGHT

Insight ialah garisan yang diwujudkan untuk mencipta tindakan sinergi antara kebijaksanaan kuno ekstrak phyto dan minyak phyto dan pilihan etika untuk bekerja dengan bahan organik alam semula jadi

Misi Insight ialah kelestarian eko, kedua-dua alam sekitar dan sosial.

Produk INSIGHT berkhasiat, kaya dengan bahan aktif pelindung dan penting, mengikut pilihan ketulenan formula yang sihat. Formulasi inovatif dan bukan konvensional yang melindungi kesihatan dan keserian rambut melalui pemilihan bahan mentah yang ketat, pada masa yang sama menjamin kesempurnaan penggayaan mutlak dan kandungan profesional yang tinggi.



Maklumat lanjut untuk pelbagai produk penjagaan rambut, korang boleh layari :


Atau dapatkan diShopee :