Hi Korang,
Masa bercuti di Johor Bahru minggu lepas, kak lily berkesempatan ke food review istimewa di Pulai Spring Resort, Johor Bahru,.
Sebab apa istimewa??
Kerana dalam ketika sibuk menyambut kemeriahan perayaan Krismas, kak lily menjamu selera dengan hidangan tahun baru cina. OMG Tahun Baru Cina?? Chinese New Year?? Ermm I can’t believe it.
Sekarang ni pun tengah rancak sana sini, kompleks membeli belah memutarkan lagu-lagu raya cina, tak gituew kan kan kann
Oh well im not gonna talk about that yer, kak lily nak citer pasal makan besar ni
As usual, adat 'makan besar' untuk kaum cina sempena tahun baru cina, amatlah wajib di adakan sehari sebelum dan hari-hari berikutnya selagi dalam perayaan tahun baru cina. Samada di adakan di rumah masak bersama-sama ahli keluarga yang lain mahupun raikan makan besar tahun baru cina di restoran-restoran yang menyajikan hidangan makan besar ini.
Dan Pulai Spring Resort tidak ketinggalan untuk meraikannya.
Sebenarnya kak lily ni pun, si presiden JDT blogger yang invite hah, siapa lagi kalau tak bukan Sis Lin dan team-teamnya sekali hah. Haruslah kecoh Qing Palace Chinese Restaurant tuh dengan kehadiran kitaorang hah hehehhehehehehhehehe
Untuk tahun ini, sekali lagi Qing Palace Chinese Restaurant ini turut mengadakan promo 'Chinese New Year Eve Reunion Set Menu' mereka dengan hidangan-hidangan yang di sediakan oleh Chef Lim Ming Chong ,di mana kesemuanya adalah sesuai dinikmati oleh pelbagai kaum termasuk kaum Muslim.
Tahun ni, Masterchef Lim Ming Chong dan pasukannya akan menyajikan set hidangan istimewa sehari sebelum Tahun Baru Cina, dan hari pertama sambutan Tahun Baru Cina sehingga 15 Februari 2022. Jom kita lihat menu yang di sediakan yang sudah pun Sis mencubanya.
Restoran Cina Qing Palace turut menawarkan 3 jenis Yee Sang iaitu Yee Sang Salmon, Yee Sang Royal Abalone Slice dan juga Yee Sang Itik Panggang bermula 1 Januari hingga 15 Januari 2022.
Yee Sang Salmon - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Royal Abalone Slices - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Itik Panggang - RM78+ (S) @ RM138+ (L)
So far sepanjang makan Yee Sang di sini, Yee Sang mereka memang menepati tekak ktorang hah. Bagi mereka yang baru nak belajar makan Yee Sang, boleh try makan di sini, sedap sesuai dengan tekak melayu.
Selain Yee Sang, ada set menu istimewa yang mereka sajikan yang kak lily rasa bakal menambat hati korang..
Restoran Qing Palace menawarkan 3 jenis set menu 8 hidangan (8 course menu) bermula hari pertama Tahun Baru Cina. So hari pertama raya tu kalau agak tak tau nak makan mana bersama family, bolehlah ke sini ya.
Chinese New Year Eve Reunion Set Menu
Set Menu A : RM790+ semeja (10 orang)
Set Menu B : RM910+ semeja (10 orang)
Set Menu C : RM1380+ semeja (10 orang)
Pen Chai atau Poon Chai
Selain dari Restoran Cina, Restoran Cinta Terrace mereka juga turut menyajikan bufet makan malam Chinese New Year Eve BBQ Nite Buffet pada 31 Januari 2022. Makan malam ini korang boleh nikmati bermula dari jam 6.30pm hingga 9.30pm dengan harga RM75+ seorang dewasa dan RM37.50+ untuk kanak-kanak.
Juga Restoran Cinta Terrace menawarkan Chinese New Year Day Buffet Lunch pada 1 Februari 2022 dengan harga RM55_ seorang dewasa, juga RM7.50+ untuk kanak-kanak. BBQ Dinner pula di tawarkan pada 1 Februari 2022 bermula jam 6pm hingga 9.30pm berharga RM69.90+ seorang dewasa dan RM34.50+ untuk kanak-kanak.
Semua harga tertakluk kepada SST
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi :
Qing Palace: 017-733 8724 / 016-733 2919
Cinta Terrace Restaurant: 016-733 2918
Jom kita ke
Qing Palace,
Pulai Springs Resort,
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor
Tel : +607 521 2121
Fax : +607521 1818
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website:
Facebook:
Instagram :
#pulaispringsresort
#qingpalace
P/S: Yesza Peking Duck dia memang sedap nak rak kan kan Sis Lin.