Sunday, January 9, 2022

Lokasi Kedai Makan Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Selangor

Hi Korang,

Tahukah korang?


Menu nasi daun pisang ini sebenarnya berasal dari India Selatan, di Negeri Tamil Nadu, Kerala. Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan British dahulu. Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pada waktu tengahari kerana ia merangkumi satu set makanan yang lengkap dan lazat.

Di sini, pihak Tourism Selangor telah menyenaraikan lokasi di sekitar Negeri Selangor bagi anda mendapatkan sajian nasi daun pisang yang enak dan lazat!

1) Yap Kee Banana Leaf, Klang


Yak Kee Banana Leaf adalah satu restoran yang menawarkan sajian nasi daun pisang. Ianya sangat terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, kari kambing dan lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kubis! Selain itu, minuman yang harus anda cuba pula adalah jus ambra, yang memberikan gandingan yang mantap!

2) Kanna Curry House, Petaling Jaya


Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House! Restoran ini telah menawarkan menu ini sejak tahun 1976 lagi. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi!

3) Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya


Restoran ini berkemungkinan akan menjadi kegemaran anda dan rakan-rakan! Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik.

Ianya turut menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mee goreng, nasi goreng dan banyak lagi!

4) Laxmi’z Kitchen, Rawang


Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya! Anda peminat ketam? Jika ya, di sini lah tempatnya untuk anda menikmati menu ketam masala yang enak. Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang!

5) Acha Curry House, Petaling Jaya


Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan antaranya labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi daun pisang di sini!

6) Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan


Terkenal sejak tahun 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan nasi putih atau nasi kuning, lauk-pauk dan sayur-sayuran yang sangat menyelerakan. Di samping hidangan nasi daun pisang, anda juga boleh mencuba menu thosai yang juga terkenal di restoran ini.

7) Macha & Co, The Curve


Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin ini menjadi satu tarikan kepada para pelanggan. Restoran yang selesa ini turut menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat. Resepi yang digunakan adalah resipi turun-temurun untuk beberapa generasi, dan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang yang tentunya mengandungi lebih banyak khasiat!

Pasti hidangan nasi daun pisang ini membuat anda terliur, bukan? 

Tunggu apa lagi? 

Ajak kawan-kawan atau keluarga anda untuk Pusing Selangor Dulu” bagi menikmati hidangan yang cukup lazat dan mengenyangkan ini di restoran-restoran yang tersenarai di atas.

Ketahuilah bahawa nasi daun pisang ini adalah antara hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa!

Namun, adalah diingatkan kepada para pelanggan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Friday, January 7, 2022

Sumbangan Kumpulan Syarikat SURIA KLCC Kepada Pihak Hospital Untuk Membantu Mangsa Banjir

Hi Korang,

Pusat membeli belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC sekali lagi bangkit menghulurkan bantuan berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dengan sumbangan barangan keperluan kepada kakitangan dan pesakit yang terkesan di Hospital Kuala Lumpur.




Pada 20 Disember, Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya telah menyumbangkan barangan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya untuk membantu 168 kakitangan hospital yang terkesan dengan banjir yang melanda sebahagian negeri Selangor seperti Dengkil, Kota Warisan, Banting, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Shah Alam dan Warisan Bestari bulan lalu.

Barangan yang disumbangkan termasuklah makanan sedia untuk dimakan dan air minuman yang selalunya sangat diperlukan selepas kejadian bencana alam seperti ini.

Pada 31 Disember pula, usaha Alamanda dilengkapkan dengan keprihatinan Suria KLCC yang telah menyumbangkan barangan makanan serta keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Hospital Kuala Lumpur yang terdiri daripada pesakit and kakitangan hospital itu sendiri. Kakitangan tersebut menetap di kawasan yang dilanda banjir seperti Sri Muda, Hulu Langat, Puchong, Shah Alam Dengkil, Gombak dan Jalan Ipoh.


Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan. Selain dari barangan makanan dan minuman, Suria KLCC turut menyumbangkan barangan keperluan peribadi, peralatan mencuci dan mandian.

Hospital Kuala Lumpur dipilih kerana ia merupakan salah satu hospital yang paling sibuk dalam menangani pandemik Covid-19. Sepanjang tahun lalu, Kumpulan Syarikat KLCC juga telah menyumbangkan barangan makanan sedia untuk dimakan kepada anggota barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh and Hospital Putrajaya. Berikutan sumbangan tersebut, Dr. Rohana mengulas, “Kami berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang sentiasa menghargai anggota barisan hadapan perubatan ketika waktu sukar ini. Sumbangan ini tepat pada waktunya yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan yang sebahagiannya begitu runsing dengan keadaan rumah mereka selepas dilanda banjir.”




Bersimpati dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di penghujung 2021 and permulaan 2022 ini, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan perubatan dan penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir disaat mereka memerlukan. Kami sangat bersimpati dengan penempatan yang musnah akibat banjir ini ketika kita menantikan kedatangan tahun baru. Kami percaya usaha kami ini dapat diterima sebagai solidariti bersama mangsa banjir, di mana juga mereka berada. Di samping keadaan cuaca yang tak menentu, kami menyeru kepada semua untuk kekal selamat dan sentiasa siap siaga terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan awam.”



Thursday, January 6, 2022

TINGKATKAN KEGEMBIRAAN TAHUN 2022 DENGAN 'BOWLS OF JOY' JACK 'N JILL CALBEE

Hi Korang,

Dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar untuk kebanyakkan rakyat Malaysia. Justeru, atas semangat #KitaJagaKita, JACK ‘n JILL Calbee ingin menjadikan Tahun Baru 2022 sebagai detik kebangkitan dan lebih bermakna untuk orang ramai dengan anjuran kempen ‘Bowls of Joy’ yang berlandaskan semangat kekitaan dan keraian. 


Inisiatif unik ini akan menyaksikan jenama snek terkemuka ini menderma beras kepada golongan yang memerlukan bagi penggemar snek mereka dengan pembelian produk-produk JACK ‘n JILL Calbee bernilai RM12.

Matlamat kempen ‘Bowls of Joy’ adalah untuk menderma sejumlah 4,000kg beras kepada Food Aid Foundation Malaysia, sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang komited dalam mengurangkan pembaziran makanan selain membantu membasmi kelaparan dan masalah kekurangan zat makanan di Malaysia, khususnya yang melibatkan golongan B40. Sebagai permulaan, URC Snack Foods, yang merupakan pengilang dan pengedar JACK ‘n JILL Calbee di Malaysia, akan menyumbang 1,000kg beras dan baki selebihnya akan dikumpul menerusi pembelian yang dilakukan oleh para penggemarnya di sepanjang tempoh kempen berlangsung.


“Satu perkara yang kita boleh ambil iktibar melalui pandemik ini adalah kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan bahawa setiap bantuan, walaupun sekecil mana pun, mampu membawa perbezaan yang ketara. Bagi kumpulan kurang bernasib baik di negara ini yang sudahpun dihimpit pelbagai kesukaran hidup sebelum pandemik, cabaran yang diharungi dalam dua tahun kebelakangan telah menambah kesulitan mereka. Mereka yang sebelum ini hidup kais pagi, makan pagi pula kini juga menagih bantuan. Itulah sebabnya kami terpanggil untuk melaksanakan kempen ‘Bowls of Joy’ sebagai satu platform untuk para penggemar snek kami membantu rakyat Malaysia lain yang dalam kesusahan. 

Dengan berbelanja hanya RM12, penggemar snek kami akan dapat membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik. Pada masa yang sama, mereka juga berkesempatan untuk menebus satu ‘Joy Bowl’ edisi terhad dan menikmati snek JACK ‘n JILL Calbee kegemaran mereka. Diharapkan kempen unik ini akan dapat membawa keceriaan berganda buat kedua-dua penerima sumbangan kempen ini serta penggemar snek kami,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia.

Kempen ‘Bowls of Joy’ akan berlangsung dari 1 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022. Para penggemar snek yang menyertai akan menerima satu ‘Joy Bowl’ edisi terhad yang diinspirasikan oleh Patung Kokeshi Jepun. Patung ini dianggap simbol yang membawa tuah kepada petani-petani Jepun yang percaya bahawa mereka akan menuai hasil yang lumayan jika bermain dengan patung comel tersebut. ‘Joy Bowl’ boleh didapati dalam tiga reka bentuk di mana setiap satu mangkuk nasi membawa maksud untuk sentiasa rasa bersyukur dalam hidup.


Cara menderma kepada ‘Bowls Of Joy’ adalah mudah dengan mengikuti dua langkah di bawah:

Langkah 1: 
Membuat pembelian produk JACK ‘n JILL Calbee bernilai RM12

Langkah 2: 
Tebus ‘Bowls of Joy’ edisi terhad yang mengandungi kod QR. Imbas kod tersebut untuk mendaftar butiran anda dan sumbangan beras akan dibuat bagi pihak anda oleh JACK ‘n JILL Calbee.

Sejak dilancarkan pada Januari 2019 sebagai usahasama antara pengilang JACK ‘n JILL URC Snack Foods Malaysia dan Calbee, antara pengilang utama kerepek kentang di Jepun, JACK ‘n JILL Calbee telah menjadi snek kegemaran bagi kebanyakkan isi rumah di Malaysia. Kini, terdapat tiga varian perisa untuk dinikmati – Classic Salted (Garam Klasik), Smokey BBQ (Berbeku Salai) dan Flamin’ Chilli (Cili Berapi). Setiap daripadanya menjanjikan kepuasan melalui setiap gigitan dan kunyahan kerepek yang rangup dan penuh berperisa.

Untuk maklumat lanjut kaedah menyertai kempen ‘Bowls of Joy’, sila layari laman Facebook (www.facebook.com/JacknJillCalbee.MY) atau Instagram (@jacknjillcalbeemy) kami, atau layari laman web kami di www.urc.com.my.

#JACKnJILLCalbee
#JACKnJILLCalbeeBowlsOfJoy