Saturday, January 1, 2022

Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Untuk Korang

Hi Korang,

Korang ingin menikmati kari Thai yang sedap tetapi tidak mempunyai ramuan yang mencukupi, masa dan kesabaran untuk menyukat dan menyediakan hidangan itu untuk diri dan keluarga kecil korang? 

Ayam Brand faham perasaan korang!

Ayam Brand™ mampu menyelesaikan masalah anda dengan memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen yang enak dan menjimatkan masa. Ditawarkan Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik; Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak. Dihasilkan di Thailand, setiap pes kari menggunakan ramuan tempatan yang memenuhi resipi tradisi dan diterima ramai. Pes Kari Thai Ayam Brand™ tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan diiktiraf Halal. Setiap pek didatangkan dengan tiga pek kecil pes kari seberat 50gm, yang mana setiap pek kecil cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Setiap pek adalah kecil, ringan dan fleksibel, memastikan pes kekal segar sementara anda menentukan tahap kepekatan atau tahap rasa karya kulinari anda.

Pengenalan Pes Kari Thai Ayam Brand™ adalah amat bertepatan masa dan dialu-alukan kerana kebanyakan kita kini kembali ke pejabat, universiti dan sekolah, menjadikan masa lebih terhad untuk menyediakan hidangan bagi diri dan insan tersayang.

Menariknya, penglibatan tenaga kerja wanita telah meningkat sebanyak 55.4% pada tahun 2021[1] berbanding 46.8% pada 2010. Sebahagian besar kerja-kerja memasak untuk keluarga masih disempurnakan oleh golongan wanita. Oleh itu, pes kari yang mampu menjimatkan masa dan pada masa yang sama, enak, merupakan tambahan sempurna dalam kotak alatan Superwoman anda.

Pes kari baharu ini sesuai digandingkan dengan Santan Ayam Brand™, memberikan rasa hebat berkrim, aroma yang menambat selera dan mempunyai manfaat kesihatan santan dalam pek mudah.

Diperah dengan keadaan bersih daripada kelapa terpilih, kemudian dibungkus dalam pek menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT), Santan Ayam Brand™ menyingkirkan kerja-kerja mengagak ketika memasak menggunakan santan.

Untuk kari Thai yang hebat, anda boleh memilih untuk menggunakan Ayam Brand™ Classic Coconut Milk (Santan Klasik Ayam Brand™) atau Ayam Brand Coconut Milk Trim (Santan Trim Ayam Brand™) dengan kandungan 45% rendah lemak.

Di bawah beberapa resipi segera ketika anda terasa ingin menikmati kari Thai lazat dengan cepat:

Kari Hijau Ayam Thai

Apabila digandingkan dengan ayam atau udang, hidangan kari hijau Thai adalah satu hidangan kegemaran ramai, terutamanya apabila disajikan bersama nasi panas pada cuaca yang sejuk atau ketika hujan. Kesegaran rasa daun selasih, ketumbar dan limau purut bersama kepedasan cili hijau menjadikan kari ini satu hidangan yang amat menyelerakan.



Pes Kari Thai Ayam Brand™ membolehkan anda menyediakan kari berkualiti setaraf dengan masakan restoran dalam masa 20 hingga 25 minit.

Caranya:

Dalam pan, panaskan minyak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Hijau Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.

Kemudian, masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan gaul dan masak sehingga lembut.

Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™. Biarkan mendidih dan sesudah mendidih, kecilkan api. Biarkan ia selama 5 minit.

Masukkan terung yang telah dipotong dan lobak merah yang dihiris halus. Masak sehingga sayuran lembut.


Untuk hidangan yang lebih wangi dan pedas, hiaskan dengan daun limau purut, cili merah yang dihiris dan serai.

Hidangan Thai-riffic ini bukan sahaja enak tetapi juga menampilkan rasa yang seimbang dan amat mudah disediakan. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.

Kari Merah Daging Thai

Pes Kari Merah adalah lebih menyerlah dan merupakan gandingan sempurna bersama daging seperti daging lembu, bebiri dan kambing. 



Kari Merah Daging Thai adalah hidangan paling kerap dipesan oleh kebanyakan daripada kita, namun ia sebenarnya mudah disediakan di rumah.

Ikuti resipi mudah ini:

Panaskan minyak masak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.

Masukkan 200gm daging yang telah dipotong dadu dan goreng sehingga lembut dan digaul sebati dengan pes kari.

Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™, biarkan ia mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit.

Masukkan 50gm daun kobis yang telah dihiris halus dan gaul sehingga ia lembut mengikut kesukaan anda.


Hiaskan hidangan dengan daun limau purut, cili merah dan serai.

Sajian daging bersama kobis rangup dan kuah berkrim ini amat sesuai dengan nasi serta pasta! Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.

Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai


Bagi kanak-kanak dan golongan dewasa yang tidak menggemari hidangan pedas, cubalah menyediakan Kari Kuning Ayam & Lobak Merah yang enak ini.

Ikuti resipi mudah ini:

Panaskan minyak masak dalam pan dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.

Masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan goreng sehingga daging lembut.

Gaulkan bersama Santan Klasik Ayam Brand™.

Biarkan mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit.

Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang panjang yang telah dipotong serta tomato ceri dan gaul sehingga lembut.


Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar yang dipotong kasar sebelum dihidangkan.

Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai ini adalah satu hidangan enak dan seimbang. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.


Lebih 240 ahli Malaysian Home Testers Club telah mencuba Pes Kari Hijau Thai Ayam Brand™, Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ dan memberikan rating kelulusan yang memberangsangkan. Malah 99% daripada mereka berpandangan positif bahawa mereka akan membeli pes-pes kari Thai tersebut selepas menguji dengan memasaknya.

Apakah hidangan lain yang boleh anda masak menggunakan Pes Kari Thai Ayam Brand™? Kami telah menyediakan spiral pasta organik kari hijau Thai menggunakan air fryer. Hasilnya amat sedap, rangup dan pedas.

Cubalah kemudahan dan cita rasa tulen yang disediakan oleh Pes Kari Hijau Ayam Brand™; Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Ayam Brand™.

Dijual pada harga RM7.50 setiap pek yang mengandungi 3 pek kecil (50gm setiap satu). Boleh didapati di rangkaian pasar raya Giant, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer, B.I.G, HERO Market dan banyak lagi.

Kongsikan karya kulinari anda bersama Ayam Brand™ menggunakan tanda pagar #AyamBrandCurryPaste atau #AyamBrandPesKari untuk dipaparkan di laman sosial Ayam Brand™. Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my .




[1] Principal Statistics of Labour Force, Malaysia, First Quarter (Q1) 2021 https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=149&bul_id=bDg0aDBmUktWaisxYjV1bHVkb0NYUT09&menu_id=Tm8zcnRjdVRNWWlpWjRlbmtlaDk1UT09#


SELAMAT TAHUN BARU 2022

Hi Korang,

Selamat Tahun Baru 2022 untuk korang di luar sana.


Sepanjang tahun 2021 ni, macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup kak lily nieh. Suka, duka, gembira, marah, hampa, merajuk, kecik hati, malu dan macam-macam lagi.

But i face it with my big heart!!

Walau apa yang terjadi kita tetap kena hadapi dengan kewarasan fikiran dan akal yang telah di berikan.

Kak lily rasa korang pun macam tuh jugak kan???

So di tahun baru 2022 ini, kak lily dah tak harapkan apa-apa pun lagi kecuali kak lily nak lebih tenang dan sabar dalam apa jua yang di lakukan. Perbanyakkan buat kebaikan kepada orang-orang di sekeliling kita.

Dan yang penting lebih rajin menulis di blog lagi hehehehehehe



Friday, December 31, 2021

ASTRUM AMPANG, Rumah Idaman Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur

Hi Korang,

Rumah rumah rumah!!

Inilah yang senantiasa bermain di fikiran eskutif muda yang mula bekerja di Kuala Lumpur ini.


Lokasi tempat tinggal memang memainkan peranan penting di dalam pemilihan sesuatu pekerjaan. Kadang-kadang apabila kita memiliki pekerjaan dan gaji yang memuaskan hati namun perbelanjaan banyak di habiskan dengan membayar parking kereta, minyak dan toll yang di anggap tidak munasabah langsung akibat lokasi tempat tinggal di kawasan yang tidak strategik dengan tempat kerja.

Kak lily berkesempatan ke showroom Astrum Ampang yang dibangunkan oleh Setia Awan di Phileo Damansara, sebab ramai yang cadangkan rumah di Astrum Ampang ni so kite pilah check it out kan, manalah tau kot -kot berkenan kan.


Astrum Ampang ni terletak di sepanjang kawasan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek. Pembangunan seluas 6.8 ekar akan menjadi tarikan kerana mempunya lokasi yang strategik dan kemudahan-kemudahan yang agak menakjubkan.

Oh ya, kalau nak tau yang Astrum Ampang merupakan pembangunan pertama dengan konsep Transit Oriented Development (TOD) dan SOHO Transit di negara ini, kemudahan-kemudahan unik dan canggih juga yang menjadi daya tarikan bagi profesional muda yang bekerja di Kuala Lumpur.

Apa itu Transit Oriented Development (TOD)?

Transit Oriented Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar. Di Astrum Ampang, akses jambatan secara terus ke stesyen LRT iaitu 150 meter sahaja untuk anda sampai ke stesen LRT Jelatek. 

Dengan penggunaan LRT, korang boleh ke mana-mana je!

Rumah Apartments Yang Cantik Lagi Selesa

SOHO Transit Astrum Ampang mempunyai kawasan seluas 280 kaki persegi, manakala SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments masing-masing terdiri daripada 450 kaki persegi & 550 kaki persegi.

Meh sini kak lily tunjukkan rekaan dalaman di rumah contoh yang kak lily pi tengok hari tuh

Nampak luas kan

bilik air pun taklah sekecil mana pun kan

suka betul rekaan seperti ni, simple dan moden

boleh letak sinki sekali hah

dinding bilik air merupakan cermin yer so lagilah bertambah cantiknya

Yang ni pun, lagi nampak keluasannya


Kesemua lot-lot rumah ini di pasang dengan Smart Wifi door lock!!

Bukan itu sahaja, dengan adanya Google Assistant, korang boleh setkan beberapa aktiviti yang Google Assistant boleh lakukan seperti membuka tingkap, menghidupkan penghawa dingin, menghidupkan semua lampu dan pelbagai lagi.

Pendek kata ianya sebagai pembantu korang di rumah, ermm tak ke senang tuh.


62 Kemudahan Yang Terdapat Di Astrum Ampang Untuk Para Penghuninya.


Bila kak lily mendengar penerangan dari Ms. Mei mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di Astrum Ampang terus kak lily jatuh cinta. Yelah betul-betul memang canggih dan awesome wei, totally moden sungguh la kan.

Antara kemudahan yang ada

- Taman Permainan Kanak-kanak

- Dewan serbaguna

- Smart Gym

- Ruang Kerja

- Kafe

-Teater Luar

- Swimming pool yang mempunyai pelbagai fungsi

- Jakuzi

- Gelanggang Tenis

- Bilik refleksologi

- Virtual Cycling

- Futsal court

Smart Gym Assist


Semuanya menggunakan aplikasi yang boleh di download nanti


Selain itu, terdapat 27 unit kedai yang ada di situ, kemudahan-kemudahan ini dirancang untuk memberi penduduk gaya hidup bandar yang lebih sofistikated dan menarik.

imbas kod aplikasi yang di download di phone korang


Sistem keselamatan yang berwaspada, aplikasi komuniti pintar di Astrum Ampang Soho Transit menghubungkan penduduk dengan bandar dan dengan aktiviti aktif mereka dengan cara hidup yang lebih bijak


Lokasi Strategik Sekitar Kuala Lumpur


Astrum Ampang yang dilengkapi keselamatan pengecaman wajah 5G dan keselamatan 24 jam dengan pengawasan cctv ini terletak berhampiran dengan pelbagai lokasi menarik dan juga kemudahan.

· 150m dari Stesen LRT Jelatek

· 4km dari Menara Berkembar Petronas.

· Berhampiran Pusat Perubatan

· Berhampiran Pusat Membeli-belah

· Berhampiran sekolah serta pusat-pusat kerajaan







Harga Yang Mampu Milik

Harga nya pula menjanjikan para pemiliknya sebagai mampu milik tau. Untuk fasa pertama terdiri daripada SOHO Transit ( 1360 unit ) dan Rumah Mampu Milik ( 712 unit) untuk pembeli rumah pertama bermula dengan harga RM230,000 hingga RM270,000.




Harga yang berpatutan ini memberi peluang kepada golongan muda yang bekerja untuk memiliki rumah moden di tengah-tengah Kuala Lumpur. Di sini mereka dapat menikmati banyak kemudahan moden dan lokasinya juga berdekatan dengan pengangkutan awam.

Memang tak payah bawak kereta bila tinggal di sini nanti.

Untuk korang yang teringin untuk melihat sendiri, sila ke showroom dan pameran Astrum Ampang di Phileo Damansara.

Ermm kak lily dah start feeling – feeling dah nieh tau



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, korang boleh lawati






#astrumampang
#setiaawan
#xmconsultancy
#rumahidaman
#property