Sunday, December 5, 2021

PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL BEST TIME TO BE JOLLY THIS HOLIDAY

Hi Everyone,

PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL sums up the year with the reopening of our scrumptious buffet spread which carries so many memories among our patrons and creating new ones as we recover together. Across the buffet line you will discover every elements of reasons why our buffet triggers wonderful memories. It’s been a long awaited time as we welcome back our loyalty patrons and first time diners.


It’s the year end and of course it’s the best time to be jolly this holiday gathering around with family who has been missing each other and friends that has been months or years since they had a good catch up. As we welcome everyone back, Chef Zulkifli and the team has been working very hard to ensure that the joy of Christmas Eve and Day is celebrated with exciting Christmas buffet spread throughout the day.

Take a stroll as you explore Zest Lifestyle Restaurant which isn’t just a regular all day dining restaurant but the experience of warm welcome back to meet our dedicated team who are ready to serve.

Christmas Eve, 24 December 2021

Sparkling Christmas Eve Buffet Dinner at Zest Lifestyle Restaurant

What a bright time, it's the right time. To rock the night away… complete the Jingle Bell Rock song while having our Christmas Eve buffet spread where our chefs are ready to cook and serve you throughout Christmas Eve. Buffet spread features tantalising offerings such as freshly shucked Oysters, Traditional Roasted Turkey & Beef with chef signature stuffing, Creamy Pumpkin soup and an array of desserts station of Christmas pudding, Fruit Cake, Chocolate Yule Log, Ice Cream and so much more. Diners will be served with a glass of Champagne or Sparkling Juice upon dining at Zest Lifestyle Restaurant.

From 6:30pm to 10:00pm RM158 nett per Adult RM78 nett per Child


Christmas Day, 25 December 2021

Joyful Christmas Day Hi Tea at Zest Lifestyle Restaurant

Share good tidings, love and joy at Zest Lifestyle Restaurant. Jingle all the way to Zest Lifestyle Restaurant with the assisted Buffet Hi Tea that includes International specialties, Asian Local Dishes, Traditional Christmas favourites and mouthwatering desserts. From the huge selection Appetizer, Salad, Sandwich station, Festive Pate, Cold Cuts, Roasted Turkey, Lamb Leg, Pasta Dishes to desserts of Rojak, Christmas Pudding, Pies, French Pastries & Cookies, Fruit Cake, Stollen Bread, Mince Pies, Tiramisu, Ice Cream and so much more.

From 12:00pm to 4:00pm RM148 nett per Adult RM70 nett per Child


A Frosty Christmas Day Dinner at Zest Lifestyle Restaurant

End the night & gather the family to enjoy Christmas evening with our chef performing at the live cooking station with a selection of International, Asian & Local menu just for you for a great festive feeling. Diners will be served with a glass of Champagne or Sparkling Juice upon dining.

From 6:30pm to 10:00pm RM158 nett per Adult RM78 nett per Child

Merīkur isumasu! Japanese Dinner at Midori Japanese Restaurant

This year, if you’re thinking of going Japanese and are mulling whether to go out for Christmas, you might consider instead enjoying an extensive buffet spread at one of inspired Tokyo style restaurant. Dine on an array of fresh seafood, meat and vegetables alongside Teppanyaki dishes, Sashimi, Sushi, Maki, Tempura and more.

From 6:30pm to 10:00pm RM168 nett per Adult RM78 nett per Child


Festive Season Takeaway

Get into the mood with a host of specialty treats inspired by the season and spread the holiday cheer with a selection of fine takeaway & delivery offerings from Zest Lifestyle Restaurant. Menu set for 3 to 5 persons and available from 12 December 2021 until 1 January 2022. Choose from delights such as:-

Roast Turkey RM240 per set
Slices of Roast Turkey Red & White Meat
Sage & Turkey Roll Stuffing Cranberry Sauce & Brown Sauce Brussels Sprout & Buttered Vegetables Roasted Pumpkin with Honey & Almond

Roast NZ Lamb Leg RM260 per set 
Black Pepper Sauce & Brown Sauce Lamb Moussaka
Buttered Vegetables Glazed Asparagus Sauteed Potatoes

Salmon Coulibiac RM260 per set 
Dill Cream & Lemon Butter Sauce Baked Seafood Pasta
Buttered Vegetables
Roasted Pumpkin with Honey & Almond
Glazed Asparagus

BBQ Beef Ribs RM280 per set
Glazed with Homemade BBQ Sauce
Stuffed Eggplant with Garlic Tomato Minced Meat
Mushroom Pie Buttered Vegetables Baked Potatoes

Roast Angus Striploin RM 280 per set
Mushroom Sauce & Brown Sauce
Beef Lasagna Buttered Vegetables Glazed Asparagus Sauteed Potatoes

Lamb Shank RM280 per set
Black Pepper Sauce & Mushroom Sauce Gratinated Eggplant with Minced Lamb Cannelloni
Buttered vegetables
Mashed Potatoes


Terms & Conditions

All rates are inclusive of prevailing tax
Minimum 1 day in advance order is required
There is no requirement for minimum orders
This promotion is not applicable for any redemption of vouchers
Rates above exclude delivery charges
Delivery operation hour from 11:00am – 8:00pm
Delivery fee may vary depending on the location

Jom kita ke: 

Marriot Putrajaya Hotel 
IOI Resort City 
Putrajaya 

Phone: +60 3 89498888 
Fax:+60 3 89498999 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook : 

Instagram : 

Friday, December 3, 2021

KUCHEN GERMANY Die-Cast Granite Deep Frypan Seronok Memasak

Hi Korang,

Kalau bab masak-masak ni, kak lily memang like sangat lah kann


Itulah bila pertama kali kak lily tengok kuali KUCHEN ni ermm terus terjatuh cinta hah hehehehehe… dengan kuali pun nak jatuh cinta napoo ekkkk hehehehehe

Rekaannya memang elegan dan cantik. Kak lily suka warnanya jugak hah granite

Spesifikasi:

👉Bahan Produk : Granit Die-casting.

👉Substrat: Granit Die-casting.

👉Bahagian luaran: Salutan Granit.

👉Bahagian dalaman: Salutan Granit.


Harga yang ditawarkan tidaklah mahal sangat. Memang berpatutan. Orang kata value for money. Didatang bersama penutup dan juga senduk (hadiah percuma). Tapi saiz kelebaran dan agak tinggi menjadikan kuali ini sangat versatil.



Antara ciri menarik KUCHEN GERMANY Die-Cast Granite Deep frypan

👉Ditawarka dengan 2 saiz : 28Cm, 32Cm

👍Mencipta kesan perolakan untuk memasak yang lebih cekap

👍Penangan bakelite dengan salutan silikon biarkan semasa memasak tidak panas, memastikan ia lebih bersih dari semasa ke semasa.

👍Salutan dalaman & luaran menjadikan pembersihan menjadi mudah.

👍Sangat tahan calar & tahan lasak.

👍Bebas toksin seperti PFOA.

👍Teknologi salutan Stantec yang dipatenkan.

👍Tanpa plumbum dan kadmium.

👍Alloy aluminium 3003 tekan gred tinggi

👍Ketahanan yang luar biasa.

👍Pemanasan yang cepat & sekata.

👍Pembersihan yang mudah.

👍Untuk digunakan pada semua permukaan memasak.

Apa yang penting bila memasak pemanasan memang sekata. Jadi ianya dapat masak makanan gorengan kita dengan mudah dan pantas.



Selain itu, menggunakan kuali ini juga kita tidak perlu memasak menggunakan minyak dengan banyak, Letak sedikit sahaja sudah memadai, ikut jenis bahan apa yang kita mahu masak ya!

Sebab kuali ini agak lebar jadi tidak akan ada masalah kalau kita nak masak hidangan berkuah. Contohnya seperti masakan dendeng ini. Memang senang tidak, Kita tidak perlu periuk pun.

Paling best. Selepas digunakan sangat mudah untuk dibersihkan. Tidak perlu berus dengan kuat. Hanya menggunakan span lembut dan selepas itu bilas dengan air bersih.

Memang puas hati, pembelian yang sangat berbaloi

Korang boleh shopping KUCHEN GERMANY Die-Cast Granite Deep frypan ini di Shopee!



Thursday, December 2, 2021

Ubat Gigi Baharu Fresh & White Volcanic Whitening Membuatkan Korang Senyum Bersinar Dalam Hanya 14 Hari

Hi Korang,

Gigi yang putih dan berkilau bersama senyuman yang bersinar merupakan trend penjagaan oral terbesar sejak lebih sedekad lalu, dipengaruhi oleh persekitaran media sosial yang bersifat visual. Semasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat maya, adakah anda lebih memberi perhatian dan tertarik kepada individu yang mempunyai senyuman yang berseri? Adakah senyuman anda sendiri bersedia untuk dizumkan di hadapan kamera ketika menggunakan Teams?

Cuba ini: Senyum dengan lebar, ambil swafoto (selfie) dan kemudian zum untuk melihat keadaan gigi anda dengan lebih dekat. Jika terdapat kesan kotoran atau perubahan warna pada gigi anda, Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening boleh membantu anda mendapatkan gigi yang lebih putih dan senyuman yang lebih berseri dalam hanya 14 hari. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi.

Fresh & White adalah jenama LION Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang disokong oleh pengalaman selama 130 tahun dalam bidang pembangunan dan inovasi penjagaan oral. Ikon beruang kutub Fresh & White adalah produk kegemaran yang mudah didapati di bilik mandi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia digemari kerana memberikan rasa pudina yang menyegarkan dan kuasa nafas segar yang berpanjangan.



Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening telah dirumus khas dengan memberi perhatian terhadap gaya hidup digital hari ini yang telah menyebabkan kita lebih peka terhadap penampilan dan senyuman.

Adakah korang tahu, apakah yang menyebabkan kesan kotoran pada gigi? 

Lebih utama, sebagai rakyat negara yang mencintai makanan, adakah anda ingin melepaskan makanan dan minuman ini?

Kopi, teh tarik, teh boba, jus buah-buahan dan minuman berkarbonat yang memberikan kegembiraan kepada kita dan sering dinikmati pada acara-acara sosial adalah antara punca utama kesan kotoran pada gigi. Selain itu, makanan berwarna dan kaya dengan rasa seperti kari, kicap, sos berasaskan tomato, cuka, limau, ubi bit dan gula-gula berwarna juga menyumbang kepada kesan kotoran pada gigi. Korang boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dan minuman ini, atau hanya tukar ubat gigi korang kepada Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening untuk memastikan gigi lebih putih bersama senyuman yakin yang bersinar dan berkilau.

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening ini dirumus dengan mineral gunung berapi Jepun dan ejen pemutih berteknologi terkini untuk memutihkan gigi secara efektif, pada masa yang sama lembut pada enamel gigi, membolehkan korang mendapatkan senyuman yang lebih berseri sepanjang masa.

Mudah untuk digunakan, jimat dan tanpa sebarang kesan sampingan, jadikan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebahagian daripada rutin penjagaan diri anda.

Sertai #FreshNWhite2WeeksChallenge. 

Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari dengan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan oral yang baik bagi mencapai hasil yang terbaik. Korang dapat melihat senyuman yang lebih bersinar dan yakin hanya dalam dua minggu.



Gambar rajah 1: 
Perbandingan Kadar Penyingkiran kesan kotoran antara Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening vs Ubat Gigi Biasa Jenama Terkemuka

Penyingkiran kesan kotoran menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah dua kali ganda lebih berkesan berbanding ubat gigi biasa, terbukti menerusi ujian makmal yang dijalankan di Jepun.



Gambar rajah 2: 
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening terbukti menyingkirkan kesan kotoran dengan lebih berkesan daripada ubat gigi biasa, keputusan dilihat pada enamel gigi artifisial.

Ujian makmal melibatkan gigi digosok selama dua minit sebanyak dua kali sehari pada enamel gigi artifisial[1] yang terdiri daripada bahan yang menyerupai gigi manusia. Satu set ujian dijalankan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dan satu lagi set menggunakan ubat gigi biasa. Keputusan ujian mendapati Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening berkesan menyingkirkan pembentukan kotoran degil pada enamel gigi artifisial.

Manfaat Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening melangkaui penyingkiran kesan kotoran pada gigi. Ia juga mempunyai teknologi Perisai Anti-Gula yang diperkukuhkan dengan dua kali ganda kandungan dwi fluorida, seterusnya mengukuhkan pertahanan enamel gigi terhadap tindakan asid gula yang dihasilkan oleh bakteria. Di samping itu, ia turut meningkatkan pembentukan semula mineral bagi enamel gigi yang lebih kuat. Dengan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening, anda boleh memiliki senyuman sinar berkilau dengan gigi yang lebih kuat tanpa kaviti!

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening menyempurnakan senyuman sinar berkilau anda dengan rasa kesegaran pudina. Kesegaran pudina yang manis dan sempurna ini menjadikan mulut dan nafas rasa lebih bersih dan segar, memberikan anda keyakinan walaupun ketika memakai pelitup muka!



Nikmati solusi pemutih gigi ini di rumah pada harga berpatutan untuk gigi yang lebih putih, tiada kesan kotoran, lebih kuat, tanpa kaviti serta senyuman yang sinar berkilau bagi seisi keluarga.

Mandy Tan, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd berkata, “Senyuman berseri adalah aset terbaik bagi sebarang hantaran media sosial, tetapi memastikan gigi kita bebas daripada kesan kotoran adalah satu cabaran, khasnya apabila kebanyakan kita gemarkan kopi, teh dan pelbagai sajian tempatan. Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah tambahan terbaik untuk rutin penjagaan oral anda dan keluarga. Ia memutih, menguat, dan melindungi gigi, serta menyegarkan nafas dengan berkesan, pada harga mampu milik. Cubalah selama 14 hari dan anda akan nampak perbezaannya. Jadi bintang yang berkeyakinan pada mesyuarat maya anda seterusnya dengan senyuman yang sinar berkilau dengan Fresh & White.”

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dihasilkan di bawah standard keselamatan dan kualiti terbaik. Kesemua rangkaian produk Fresh & White telah menerima pengiktirafan Halal. Tiub ubat gigi 140g dijual pada harga RM6.10, sementara pek berkembar (2x140g) boleh didapati pada harga RM10.50. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://freshandwhite.com.my .




Penafian produk

Hasil sebenar penggunaan bergantung pada perubahan keadaan penggunaan. Sesetengah kotoran mungkin boleh disingkirkan tetapi kunjungan ke doktor gigi adalah penting.

[1] Enamel gigi palsu diperbuat daripada Hidroksiapatit (HAP) iaitu komponen mineral utama dalam enamel gigi manusia.