Thursday, December 2, 2021

Ubat Gigi Baharu Fresh & White Volcanic Whitening Membuatkan Korang Senyum Bersinar Dalam Hanya 14 Hari

Hi Korang,

Gigi yang putih dan berkilau bersama senyuman yang bersinar merupakan trend penjagaan oral terbesar sejak lebih sedekad lalu, dipengaruhi oleh persekitaran media sosial yang bersifat visual. Semasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat maya, adakah anda lebih memberi perhatian dan tertarik kepada individu yang mempunyai senyuman yang berseri? Adakah senyuman anda sendiri bersedia untuk dizumkan di hadapan kamera ketika menggunakan Teams?

Cuba ini: Senyum dengan lebar, ambil swafoto (selfie) dan kemudian zum untuk melihat keadaan gigi anda dengan lebih dekat. Jika terdapat kesan kotoran atau perubahan warna pada gigi anda, Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening boleh membantu anda mendapatkan gigi yang lebih putih dan senyuman yang lebih berseri dalam hanya 14 hari. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi.

Fresh & White adalah jenama LION Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang disokong oleh pengalaman selama 130 tahun dalam bidang pembangunan dan inovasi penjagaan oral. Ikon beruang kutub Fresh & White adalah produk kegemaran yang mudah didapati di bilik mandi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia digemari kerana memberikan rasa pudina yang menyegarkan dan kuasa nafas segar yang berpanjangan.



Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening telah dirumus khas dengan memberi perhatian terhadap gaya hidup digital hari ini yang telah menyebabkan kita lebih peka terhadap penampilan dan senyuman.

Adakah korang tahu, apakah yang menyebabkan kesan kotoran pada gigi? 

Lebih utama, sebagai rakyat negara yang mencintai makanan, adakah anda ingin melepaskan makanan dan minuman ini?

Kopi, teh tarik, teh boba, jus buah-buahan dan minuman berkarbonat yang memberikan kegembiraan kepada kita dan sering dinikmati pada acara-acara sosial adalah antara punca utama kesan kotoran pada gigi. Selain itu, makanan berwarna dan kaya dengan rasa seperti kari, kicap, sos berasaskan tomato, cuka, limau, ubi bit dan gula-gula berwarna juga menyumbang kepada kesan kotoran pada gigi. Korang boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dan minuman ini, atau hanya tukar ubat gigi korang kepada Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening untuk memastikan gigi lebih putih bersama senyuman yakin yang bersinar dan berkilau.

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening ini dirumus dengan mineral gunung berapi Jepun dan ejen pemutih berteknologi terkini untuk memutihkan gigi secara efektif, pada masa yang sama lembut pada enamel gigi, membolehkan korang mendapatkan senyuman yang lebih berseri sepanjang masa.

Mudah untuk digunakan, jimat dan tanpa sebarang kesan sampingan, jadikan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebahagian daripada rutin penjagaan diri anda.

Sertai #FreshNWhite2WeeksChallenge. 

Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari dengan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan oral yang baik bagi mencapai hasil yang terbaik. Korang dapat melihat senyuman yang lebih bersinar dan yakin hanya dalam dua minggu.



Gambar rajah 1: 
Perbandingan Kadar Penyingkiran kesan kotoran antara Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening vs Ubat Gigi Biasa Jenama Terkemuka

Penyingkiran kesan kotoran menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah dua kali ganda lebih berkesan berbanding ubat gigi biasa, terbukti menerusi ujian makmal yang dijalankan di Jepun.



Gambar rajah 2: 
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening terbukti menyingkirkan kesan kotoran dengan lebih berkesan daripada ubat gigi biasa, keputusan dilihat pada enamel gigi artifisial.

Ujian makmal melibatkan gigi digosok selama dua minit sebanyak dua kali sehari pada enamel gigi artifisial[1] yang terdiri daripada bahan yang menyerupai gigi manusia. Satu set ujian dijalankan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dan satu lagi set menggunakan ubat gigi biasa. Keputusan ujian mendapati Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening berkesan menyingkirkan pembentukan kotoran degil pada enamel gigi artifisial.

Manfaat Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening melangkaui penyingkiran kesan kotoran pada gigi. Ia juga mempunyai teknologi Perisai Anti-Gula yang diperkukuhkan dengan dua kali ganda kandungan dwi fluorida, seterusnya mengukuhkan pertahanan enamel gigi terhadap tindakan asid gula yang dihasilkan oleh bakteria. Di samping itu, ia turut meningkatkan pembentukan semula mineral bagi enamel gigi yang lebih kuat. Dengan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening, anda boleh memiliki senyuman sinar berkilau dengan gigi yang lebih kuat tanpa kaviti!

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening menyempurnakan senyuman sinar berkilau anda dengan rasa kesegaran pudina. Kesegaran pudina yang manis dan sempurna ini menjadikan mulut dan nafas rasa lebih bersih dan segar, memberikan anda keyakinan walaupun ketika memakai pelitup muka!



Nikmati solusi pemutih gigi ini di rumah pada harga berpatutan untuk gigi yang lebih putih, tiada kesan kotoran, lebih kuat, tanpa kaviti serta senyuman yang sinar berkilau bagi seisi keluarga.

Mandy Tan, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd berkata, “Senyuman berseri adalah aset terbaik bagi sebarang hantaran media sosial, tetapi memastikan gigi kita bebas daripada kesan kotoran adalah satu cabaran, khasnya apabila kebanyakan kita gemarkan kopi, teh dan pelbagai sajian tempatan. Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah tambahan terbaik untuk rutin penjagaan oral anda dan keluarga. Ia memutih, menguat, dan melindungi gigi, serta menyegarkan nafas dengan berkesan, pada harga mampu milik. Cubalah selama 14 hari dan anda akan nampak perbezaannya. Jadi bintang yang berkeyakinan pada mesyuarat maya anda seterusnya dengan senyuman yang sinar berkilau dengan Fresh & White.”

Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dihasilkan di bawah standard keselamatan dan kualiti terbaik. Kesemua rangkaian produk Fresh & White telah menerima pengiktirafan Halal. Tiub ubat gigi 140g dijual pada harga RM6.10, sementara pek berkembar (2x140g) boleh didapati pada harga RM10.50. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://freshandwhite.com.my .




Penafian produk

Hasil sebenar penggunaan bergantung pada perubahan keadaan penggunaan. Sesetengah kotoran mungkin boleh disingkirkan tetapi kunjungan ke doktor gigi adalah penting.

[1] Enamel gigi palsu diperbuat daripada Hidroksiapatit (HAP) iaitu komponen mineral utama dalam enamel gigi manusia.



Wednesday, December 1, 2021

Jack 'n Jill Cream-O Menyambut O-Some Dengan Rasa Klasik Yang Enak

Hi Korang,

Wokeh kak lily nak citer nieh yang kali ini Jack 'n Jill Malaysia memperkenalkan biskut sandwich Cream-O Classic baharu dengan krim berperisa coklat. Panas keluar dari ketuharnya adalah satu putaran menarik kepada peminat biskut sandwic yang lazat.


Macam manakah rupa Cream-O Classic baharu?



Biskut Klasik diberi sentuhan dengan memberikan nikmat baharu kepada perisa intinya


Daripada biskut coklat dengan isi berperisa vanila, Cream-O Classic baharu ialah biskut keemasan ringan dengan isi krim berperisa coklat. Mudah tetapi unik! Sudah terkenal dengan biskut sandwic Cream-O Coklat dengan isi berperisa berkrim yang lazat serta Biskut Cream-O dengan isi dan jem berperisa berkrim yang lazat. Kak Lily suka perisa baharu ini ia tidak begitu manis dan juga ada rasa coklat dan vanila dalamnya.


Selain daripada korang menikmati biskut ini dengan penuh lazat bersama secawan kopi di rumah mahupun di mana jua korang berpeluang untuk memenangi hadiah.

Sekarang ni bagi memperkenalkan Cream-O Classic Baharu ini mereka memperkanalkan peraduan "Gigitan Cream-O Classic Baharu". Macam mana nak sertai peraduan ini sangat mudah ikut sahaja dua langkah ini.


Langkah 1

Beli produk Jack 'n Jill Cream-O Classic ini dimana-mana pasaraya atau kedai yang menjualnya. Kemudian ambil gambar paling O-some yang paling kreatif sewaktu korang sedang menikmati produk ini. 

Gambar mestilah lah sewaktu korang sedap menggigit atau menikmati Cream-O Classic Baharu ini. Gambar tersebut bertemakan klasik seperti berpakaian klasik/retro, atau juga sambil membuat tarian klasik.


Langkah 2

Muat turun gambar dilaman Facebook milik korang dan tag Facebook @creamomalaysia sertakan juga tanda pagar #CreamOMY. Jangan lupa untuk PM resit bukti pembelian bernilai RM5 kepada laman Facebook Cream-O Malaysia.


Mudah bukan sangat senang dan juga hadiahnya awesome ok. Korang boleh menang Gold Cookie keluaran istimewa.



Hadiah Utama x1 pemenang
Biskut Emas bernilai RM5,000

Hadiah Kedua x2 pemenang
Biskut Emas bernilai RM3,000


Hadiah istimewa x30 pemenang
Wang tunai RM300 setiap seorang

Tunggu apa lagi korang sempat lagi untuk sertai cabaran ini kerana ia bermula dari 1 Oktober lalu hingga 19 Disember 2021 ini. Nak tahu maklumat lanjut boleh layari laman sosial media Cream-O Malaysia.


Monday, November 29, 2021

Safi Youth Gold (SYG), Menjadikan Kulit Wajah Cantik Berseri

Hi Korang,

Ya ampunnnn

Kesibukan dengan hal dunia, kekangan masa, stress dengan kerja dan pelbagai lagi faktor yang menyebabkan kita mengabaikan penjagaan kulit muka. Apatah lagi di waktu pandemik, rasa stress dua kali ganda menyebabkan garis halus mula kelihatan, kedutan di bahagian meher dan muka. Paling menjengkelkan dagu berlapis menandakan tanda keruncingan bentuk muka sudah tiada.


So penyelesaiannya, korang kena cuba Safi Youth Gold (SYG) untuk tampil lebih muda dari usia. Paling penting kulit menjadi lebih anjal, halus dan berseri keemasan!


Antara manfaat Safi Youth Gold Lifting Gold C Duo Serum yang terBAHARU ini antaranya seperti:-

· Ianya dapat membantu mengurangkan "50% dagu berlapis sepantas 15 minit sahaja"

· Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift iaitu Vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K agar lebih berkesan.

· Teksturnya sangat ringan dan cepat meresap.

· Keunikkannya ianya kaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk "7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit yang menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit serta memperbaiki kulit rosak.




Sudah semestinya kak lily dah cuba dan memang puas hati dengan keberkesanannya di kulit muka. Nampak cantik kan kan kan... hehehehe

Seharusnya gunakan  secara konsisten setap hari untuk kesan yang segera. 

Safi jenama dari Malaysia yang kualitinya setara antarabangsa. Jenama yang sentiasa maju dalam dunia penyelidikan menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan wajah sesuai untuk kegunaan orang Asia.



Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-