Hi Korang,
Indonesia dan Malaysia adalah dua negara jiran yang mempunyai persamaan dalam banyak aspek. Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri khas, termasuk kerangka acuan standard dalam sejarah, budaya dan agama. Walaupun kedua-dua negara adalah negara yang terpisah dan bebas, ianya tidak terbatas untuk projek “YANG ENAK” dari sebuah band Indonesia - The Sil & Erika .
Terbitan single ‘Yang Enak’ ini merupakan sebuah projek khas kerjasama terbitan pengkarya muzik dari Malaysia & Indonesia dan masing-masing terlibat dalam komposisi lagu ini , single ini dicipta lagu & lirik sepenuhnya oleh mereka iaitu Raja Faizal (Pencipta lagu dibawah Emthree Publishing di Malaysia dan bernaung di bawah Luncai Emas ) & Ell Rock (Anggota kumpulan The SIL) selaku produser untuk single ini dengan tujuan memperkayakan variasi muzik dari THE SIL tanpa merubah identiti band tersebut.
Raja Faizal menyatakan lagu ini punyai idea dan mesej tersendiri . Ideanya kerana melihat setiap perkara yang haram adalah seronok dibuat seperti judi , minum arak, maksiat dan seumpamanya. Namun perkara sebegitu adalah sementara . ‘YANG ENAK’ jelas mendatangkan mudarat .
THE SIL adalah sebuah band ROCK ALTERNATIF Indonesia yang berasal dari Jakarta yang dianggotai oleh ELL ROCK sebagai pemain gitar utama dan Sablem sebagai pemain gitar bass. Kedua-dua mereka juga adalah vokalis utama The SIL. THE SIL yang pada awalnya merupakan sebuah one-man project sehinggalah pada akhirnya bergabung dengan anggota baru yang terdiri daripada ELL ROCK (Guitar, Vocal), Sablem (Bass, Vocal) dan Shella (Drum) secara rasmi pada tarikh 08.08.2018. Dengan terkumpulnya lagu-lagu ciptaan ELL ROCK & SABLEM sepanjang perjalanan karyanya, maka THE SIL telah dikolaborasikan pada tahun 2018.
Idea terbentuknya THE SIL adalah kerana mereka tidak ingin dikenali hanya sebagai seorang pemuzik solo lantas bercita-cita ingin membina nama sebagai sebuah band muzik bagi memperjuangkan idea-idea kreatif muzik mereka kepada para peminat muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia khususnya.
Nama THE SIL sendiri telah dipilih oleh ELL ROCK sebagai nama rasmi band ini.
Seterusnya pada bulan Ogos 2018 juga, THE SIL telah melancarkan sebuah album perdananya yang telah diedarkan secara Independent dan dipublishkan oleh MUSICBLAST.ID dengan hits single mereka iaitu “Aku Bosan” (2018) & “Terimalah Cintaku” (2018).
THE SIL sudah menghasilkan beberapa single-single baru pada tahun 2019 dan 2020 secara dalam talian dan kini pada tahun 2021 hadir kembali dengan Single terbaru iaitu “YANG ENAK” Feat. Erika (Vocalis Jemputan).
Kini band THE SIL lebih gemar memiliki Konsep berkolaborasi dengan Vokalis Jemputan namun tetap mengekalkan anggota band tetap yang ada.
Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan digital bagi single ini. Tanggal 15 Oktober video klip rasmi ‘Yang Enak’ telah dilancarkan di youtube Luncai Emas dan telah mencapai tontonan sebanyak 11ribu untuk tempoh 1 hari . Dapatkan Single “Yang Enak” ini dan nikmatinya di pelbagai portal digital antaranya di Youtube, iTunes, Spotify, Deezer, Joox, dan layaran portal musik streaming yang lain. Semoga hasil kerjasama dari 2 negara ini mendapat perhatian dan sambutan yang baik dari kalangan peminat , para media di seluruh negara Malaysia & Indonesia .
· ELL ROCK
NAMA: ELLAH ANAK MINOS
UMUR: 43, TAHUN
ASAL: KUCHING , SARAWAK, MALAYSIA
POSISI: PEMAIN GITAR UTAMA DAN VOKALIS
· SABLEM
NAMA: ANDRIANSHAH
UMUR: 38, TAHUN
ASAL: BEKASI, INDONESIA
POSISI: PEMAIN BASS DAN VOKALIS
· RIO
NAMA: RIO A. PUTRA
UMUR: 33 TAHUN
ASAL: BEKASI, INDONESIA
POSISI: PEMAIN DRUM
· ERIKA
NAMA: ERIKA
UMUR: 24 TAHUN
ASAL: BEKASI, JAKARTA
POSISI: PENYANYI JEMPUTAN KHAS
TAJUK : YANG ENAK
Artis : The Sil Ft Erika
Manusia semakin lalai
Dengan kenikmatan dunia
Tertutup hati mereka
Pada cahaya agama
Aku khawatir melihat mereka
Dengan pasrah ku tetap berdoa
Reff:
Yang Enak
Kebanyakan mendatang bahaya
Yang asyik
Makin lama makin melarat
Dunia hanya sementara
Selalulah bersyukur dan selalulah
Mengingatnya
Tingkah lakunya tak terkendali
Tidak ingat haram dan halal
Hidup dalam dunia hayalan
Budaya barat menjadi panutan
Aku bingung lalu ku berdoa pada Tuhan
Sadarkanlah mereka dari lamunan
Reff:
Yang Enak
Kebanyakan mendatang bahaya
Yang asyik
Makin lama makin melarat
Dunia hanya sementara
Selalulah bersyukur dan selalulah
Mengingatnya
*)
Terus mengingatnya dalam suka duka
Terus mengingatnya di setiap waktumu
Terus mengingatnya tuk dapatkan rahmatnya
Rahmat bahagia dunia akhirat
Yang enak....Yang asyik
Reff:
Yang Enak
Kebanyakan mendatang bahaya
Yang asyik
Makin lama makin melarat
Dunia hanya sementara
Selalulah bersyukur dan selalulah
Mengingatnya
Yang Enak
Kebanyakan mendatang bahaya
Yang asyik
Makin lama makin melarat