Sunday, October 24, 2021

Comel Plak Lagu Kelentang Kelentong Dari Hael Husaini

Hi Korang,

Pernah dengar tak lagu Kelentang Kelentong nieh??

Of course ramai yang tak pernah dengar kan, lately lagu ni baru banyak di putarkan di corong-corong radio.

Masa memula dengar, kak lily ingatkan penyanyi dari Indonesia so kak lily search lah 2-3 kali dan akhirnya dapat tau jugak rupanya lagu dari nyanyian Hael Husaini hah, itu pun dengan bantuan dari Siri kat handphone nie hehehhe

Ni kak lily kongsikan lirik lagunya yer


Hael Husaini - Kelentang Kelentong

Siang Malam Tidur Aku Tak Lena
Makin Lama Makin Rindu Padanya
Oh Rindu Rindu Manja

Boleh Jumpa Buat Apa Nak Tunda
Tunda Tunda Bila Masa Nak Jumpa
Oh Rindu Rindu Gila

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Bukan Mahu Ganggu Engkau Bekerja
Tapi Teringin Juga Kau Merasa
Oh Rindu Rindu Gila

Kata Tak Mahu Tapi Hatiku Mahu
Kau Patut Tahu Apa Yang Aku Mahu
Dekat Sama Kamu

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Sayang

Punya Lama Kita Berpisah
Kan Dah Boleh Bersua

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Aaa lale laa boleh laa
Aaa lale laa boleh laa
Ala lali lale


Lagu ni bergenre pop rock, tapi kak lily rasa more to Dance Cha Cha sebab melodinya sangat-sangat santai dan fun kalau di jadikan lagu untuk berzumba, terus rasa nak menari gituh.

Nanti korang tengok muzik videonya tau, lagi best. Rasa nak terus book hotel dan tiket flight untuk pi bercuti jer lah


Saturday, October 23, 2021

GUARDIAN Derma 10,000 Pek #GUARDIANCARE Bernilai RM400,000 Kepada Kanak-Kanak Sekolah Dari Golongan Berpendapatan Rendah Sempena ULANG TAHUN KE-54

Hi Korang,

Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-54 selepas dua tahun berdepan dengan ujian berikutan ancaman wabak, Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan para pelanggan dan masyarakat.



Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd berkata: “#guardiancare adalah sebuah inisiatif yang lestari, yang prihatin terhadap pelanggan kami, keluarga mereka, pilihan membeli-belah yang mereka miliki dan juga komuniti dimana mereka tinggal.

“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan dalam membuat pilihan yang sihat dan lestari ketika memilih jenama-jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka percayai di Guardian. Paling utama, kami ingin pelanggan untuk ‘peduli’ tentang apa yang mereka beli dan seterusnya menjadikan persekitaran lebih baik.

“Di Guardian, kami percaya bahawa kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk peduli, bersama-sama kita dapat melakukan perubahan.”

“Oleh itu, inisiatif ini berpaksi pada sentimen ‘kerana saya peduli’, dan akan memfokuskan kepada tiga teras utama yang berkaitan dengan tujuan jenama Guardian

Teras tersebut adalah:

1. Kesihatan – kesihatan dan kesejahteraan pelanggan dan komuniti yang baik

2. Komuniti – mendidik masyarakat tentang masalah kesihatan mereka

3. Alam Sekitar – menggalakkan penggunaan dan amalan-amalan pengeluaran yang bertanggungjawab, mengurangkan penggunaan plastik sekali guna

Sentimen “iCare” adalah seperti yang tepapar dalam logo 


Untuk melancarkan inisiatif ini, Guardian memulakan kempen kesihatan mereka dengan menyumbangkan 10,000 pek #guardiancare, bernilai RM400,000, kepada kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh negara, dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia. Setiap pek #guardiancare akan mengandungi sebuah Buku Panduan Covid-19 yang direka khas, yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta produk kebersihan diri seperti pencuci tangan, cecair pembasmi kuman, topeng muka, tisu dan vitamin Gummies untuk kanak-kanak. 

From left_ Muhammad Hilmi Nawang, SMK Segambut Jaya, Dato Lawrence Low, MyPerintis, Loh Yen Hon, Supply Chain Director, Guardian Malaysia, Singapore & Brunei & Ahmad Nawawi Sha'ari, Headmaster SMK Segambut Jaya 

A happy SMK Segambut Jaya student with her #guardiancare pack

Happy SMK Segambut Jaya students with their #guardiancare packs

Pek-pek #guardiancare ini akan diagihkan kepada kanak-kanak sekolah dari golongan B40 di sekolah-sekolah yang dikenalpasti oleh stor Guardian yang berdekatan.

Teras kedua iaitu Komuniti dan kesihatan mereka. Guardian, yang mempunyai jaringan ahli farmasi terbesar di Asia Tenggara, akan mendidik komuniti secara aktif tentang isu-isu kesihatan utama, terutamanya dalam musim Covid-19 menerusi platform media sosial Guardian dan pengaktifan di stor.

Guardian telah memulakan program Bantuan Ahli Farmasi Komuniti menerusi segmen Facebook Live dan Instagram dimana para pengikut boleh menanyakan soalah-soalan berkaitan masalah kesihatan secara ‘langsung’ kepada ahli farmasi dan mendapat jawapan serta-merta.

Selain itu, Guardian juga akan mendidik pelanggan tentang produk yang menawarkan ‘Clean Beauty’ dengan bahan-bahan semula jadi dan produk ‘bebas kekejaman’ (diuji tanpa menggunakan haiwan) dan dengan pembungkusan yang lestari, produk yang dibungkus dengan pembungkus boleh dikitar semula atau diguna semula.

Untuk menjaga Alam Sekitar, Guardian telah memperkenalkan beg #guardiancare mesra alam dan boleh diguna semula di stor mereka yang kini dijual dengan harga hanya RM1.

Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Kebangsaan Malaysia yang disambut pada 21 Oktober 2021, kami ingin mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di stor dengan menggalakkan pelanggan untuk menggunakan beg #guardiancare yang boleh diguna semula berkali-kali dan tahan lama. Beg-beg ini mampu menampung lebih banyak beban berbanding beg plastik sekali guna. Dengan cara ini, kedua-dua pelanggan dan Guardian dapat bersama-sama menjaga alam sekitar,” jelas Angela.

“Kami berharap pelanggan dapat turut serta dan menyokong usaha #guardiancare ini. Seperti yang dapat anda saksikan, terdapat banyak program iCare yang sedang dijalankan dan kami akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi usaha sebegini pada tahun 2022 bagi memastikan #guardiancare menjadi satu aspek penting yang bermanfaat besar dalam kehidupan mereka, keluarga dan masyarakat,” tambah Angela.

Untuk memberi lebih ganjaran kepada pelanggan, dalam bulan Ulang Tahun ini, Guardian telah mengadakan Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54, di semua platform media sosialnya, dengan tawaran hebat potongan 54% untuk pembelian item kedua bagi barangan penjagaan diri, penjagaan kesihatan dan penjagaan kulit, produk rambut dan mandian Botaneco. 

Terdapat juga promosi Beli 1 Percuma 1 untuk produk kosmetik termasuk peraduan Beli & Menang di Facebook Guardian dimana pelanggan hanya perlu ‘like’ posting Beli & Menang Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54 dan menghantarkan resit pembelian mereka di Guardian dari 1 Oktober hingga 27 Oktober untuk merebut peluang memenangi lima hadiah berupa Kotak Kejutan bernilai RM400 sekotak.





Terdapat juga peraduan Beli, Wave dan Menang dengan MyDebit yang berlangsung pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2021. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM30 dalam satu resit menggunakan kad ATM MyDebit mereka dan berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah menarik bernilai RM520,000 dalam tiga cabutan bulanan. Selain itu, terdapat juga tawaran GrabPay dimana pelanggan akan menerima diskaun RM6 apabila berbelanja minimum sebanyak RM60 dalam satu resit menggunakan GrabPay yang sah dari 1 sehingga 31 Oktober 2021.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengakses paparan #guardiancare di laman web kami di www.guardian.com.my atau mana-mana platform media sosial, FB, Instagram dan Tik Tok.

#guardiancare
#guardianmy

Friday, October 22, 2021

Rangkaian Produk Kosmetik Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza - SimplySiti for All

Hi Korang,

Diam tak diam sudah genap 11 tahun jenama SimplySiti bertapak di Malaysia.

Betul-betul kak lily tak sangka kan, sekejapan masa berlalu


Jenama lokal yang mula diperkenalkan pada tahun 2010 ini tidak dinafikan kualiti produknya setanding dengan antarabangsa. SimplySiti telah melancarkan produk kosmetik terbaru yang mula diperkenalkan di pasaran pada 9.9 yang lalu. Ternyata seperti yang telah dijangka produk terbaru SimplySiti memang mendapat sambutan yang hebat dari pengguna setianya.


Berkonsepkan SimplySiti for All - Reflection of Perfection, produk kosmetik terbaru ini sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Rona warna matte semulajadi dipertaruhkan ternyata menjadi pilihan serta kegemaran rakyat Malaysia.




Selaku usahawan kosmetik tempatan yang terkenal, Dato' Sri Siti Nurhaliza tidak menafikan bahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat Covid 19. Namun bagi wanita yang baru sahaja bergelar ibu kepada 2 cahayamata ini tetap bersyukur, walaupun dalam keadaan pandemik pengguna setia jenama SimplySiti masih boleh mendapatkan produk merek amelalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti serta daripada ahli-ahli SimplySiti elit.


Di majlis ini turut dperkenalkan duta baharu SimplySiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor yang merupakan seorang pelajar di UITM. Zahra terpilih diantara 700 orang peserta yang ingin menjadi wajah terbaru produk SimplySiti. Ini merupakan duta pertama yang dilantik oleh SimplySiti dan akan sama-sama mempromosikan semua rangkaian penjagaan wajah dan kosmetik dari SimplySiti.


Produk SimplySiti telah dirumus secara sainstifik dan terbukti secara klinikal ianya mempunyai Sijil Halal Jakim. Ianya juga dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memudahkan wanita Islam menunaikan solat.


SimplySiti juga telah berkaloborasi dengan syarikat ternama seperti Shopee, Watsons, Astro Go Shop, Wow Shop dan AEON Wellness dalam mempromosikan produk mereka.

Jenama SimplySiti sememangnya mencerminkan gaya hidup Dato' Sri Siti Nurhaliza yang berkualiti, praktikal, kompak dan mudah bagi sentiasa tampil menawan dengan harga yang amat berpatutan. Moga Dato' Sri Siti Nurhaliza turut sukses bersama SimplySiti membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan dunia.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook :

Instagram :