Monday, October 4, 2021

Sarapan Di Kafe Kleptokrat, Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur

Hi Korang,

Actually dah lama benau pi tempat nie sebelum PKP lagi tapi di sebabkan kesuntukan masa nak menulis tuh tak de so sekarang nilah barulah ade free sket kan.


Kak lily ke Kafe Kleptokrat ini dalam bulan March 2021, masa tuh banyak cuti tahunan kena abiskan so pagi tuh lepas singgah opis kejap terus ke mari. Ahkak ko tetap kena guna waze walaupun tempat tuh sebenarnya dekat dengan opis hah hahahahhaa

Memang sampai tuh pagi dah tak ramai orang so tak delah tunggu beratur untuk masuk ke sini.

Sekali masuk je ya ampun, kemain cantik bebenau hah








Memang patutlah Kafe Kleptokrat ini merupakan salah satu Instagrammable Cafe di Kuala Lumpur.

So sementara nak tunggu makanan sampai ape lagi, ayuh bergambar dulu.



Ktorang order 2 je menu sarapan hah iaitu Lontong Kering Pakcik Alam dan Kleptokrat Big Breakfast. Sekali datang portion kemain besau lagi wei, boleh share makan berdua hah hehehehe


Memang sedap wei, sambil makan sambil borak sambil tengok view haruslah seronok kan hehehhe.. Actually banyak je menunya tapi untuk sarapan pagi ade limitation lah. Cuba korang datang tengahari hah memang boleh makan ooo

Nak ke sini?? ini alamatnya :


Kleptokrat Kafe
18, Jalan Tun H S Lee, City Centre,
50100 Kuala Lumpur.


For delivery:
WhatsApp to +6019-222 0262

Facebook: Kafe Kleptokrat
Instagram: cafe_kleptokrat



Sunday, October 3, 2021

SAVE MORE WITH SHOPEEPAY WHEN SHOPPING AT MYTOWN

Hi Everyone,

If you are headed to MyTOWN Shopping Centre, Cheras for some shopping or catching up with friends, don’t forget to check the Shopee app for some attractive Deals Near Me from participating merchants of the mall. From food to entertainment, find an assortment of deals that you can use at MyTOWN and enjoy savings when paying with ShopeePay.

Rejuvenate Yourself



If you have been working for long hours and in need of a break, consider pampering yourself with a facial and body massage. Purchase Beauté Library’s facial and massage ShopeePay Vouchers for only RM1 to enjoy treatment packages at special prices when you pay with ShopeePay at the outlet. These vouchers will be valid until 31 December 2021 from the date of purchase so you have time to plan for some me-time and make an appointment.


Get a Fresh Look




Not gotten that long-overdue haircut yet? Check out Jadioc Barbershop or Kwik & Ez to help tame the mane and enjoy a RM3 cashback with a minimum spend of RM15 when you pay with ShopeePay.



Bag a Bargain

Already planning for a trip with friends or family the moment interstate travel is allowed? 



Travel for All offers suitcases, pouches, backpacks, laptop bags from various brands like ELLE, HUMMER, Pierre Cardin, and POLO CLUB that you can check out. If you are getting a bag, remember to purchase the ShopeePay Voucher for 1 sen beforehand. This voucher lets you bag home a RM4 cashback if you spend a minimum of RM10 and pay with ShopeePay at the outlet. The voucher is valid for 7 days from the date of purchase.

Eat to Your Heart’s Content

Who doesn’t love some grub after all the walking and shopping? If you are spoilt for choice from the many F&B outlets at the mall, then let Deals Near Me help you with that.



● Nando’s
Get a RM3 cashback with a minimum spend of RM5; and if you want something sweet to complete the meal, consider Nando’s Choc-A-Lot Muffin which is only RM1.90.


● Boat Noodle
Receive a RM10 cashback when you spend a minimum of RM25 or enjoy 60% off on its Makan Sorang Combo, Makan Together Combo or Makan Semeja Combo when you purchase the deals on Shopee.



● myBurgerLab
Treat yourself to some juicy burgers and a RM3 cashback when you spend RM15 and above, or a 40% cashback (capped at RM4) with no minimum spend.



● Street Churros
End a hearty meal with some good ‘ol churros and a yummy RM3 cashback, minimum spend RM15. Additionally, if you fancy its Filling Churros or Churros Fries, remember to get the 1 sen ShopeePay Voucher to enjoy it for RM1.90 instead of RM7.90.




● Black Whale
If you prefer something cold and refreshing, Black Whale is offering a RM3 cashback with a minimum spend of RM15 on its beverages. Slurp some discounts of up to 24% on selected drinks when you purchase the ShopeePay Vouchers.


For more deals and savings, check the Deals Near Me in-app portal on Shopee and type ‘Mytown’ in the search bar. Remember to read the terms and conditions of the vouchers and stay safe!


Saturday, October 2, 2021

RANGKAIAN PENJAGAAN JERAWAT TERBAHARU MENTHOLATUM UNTUK KULIT YANG LEBIH CERAH DAN SIHAT

Hi Korang,

Jerawat pada muka, walaupun biasa dalam kalangan remaja dan pemuda, ia tetap mempengaruhi kualiti kehidupan mereka. Kajian menunjukkan bahawa jerawat boleh menyebabkan gangguan psikososial seperti kemurungan dan kegelisahan. Memetik penelitian yang dilakukan oleh Brody, 2019, “jerawat bukan pembunuh, tetapi ia boleh menjadi parut kepada seseorang dari segi psikologi."

Bagi menangani masalah yang timbul daripada jerawat muka dan juga menawarkan penyelesaian untuk mengatasi masalah jerawat, Mentholatum telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit baharu untuk kulit berjerawat dan berminyak yang dikenali sebagai, Mentholatum Acnes.

Mentholatum Acnes, rangkaian penjagaan masalah kulit No.1 Jepun adalah jenama yang dibangunkan oleh Rohto-Pharmaceutical, sebuah syarikat farmaseutikal global dengan sejarah dan warisan yang kaya dalam pembangunan produk penjagaan kulit serta berpengalaman lebih 120 tahun dalam bidang teknologi farmasi. Ia menyasarkan untuk membantu pengguna mencapai kulit yang cerah, nyata dan kelihatan sihat. Ini kerana rangkaian produknya yang mengandungi bahan-bahan semula jadi membantu manangani masalah jerawat dan kulit berminyak dengan berkesan, pada masa yang sama memberikan penjagaan yang lembut pada kulit.


Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72% responden mengalami perkembangan kulit yang positif selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes, manakala tiga daripada empat mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik hanya selepas tujuh hari sehingga memberikan mereka keyakinan diri yang lebih tinggi.

Rangkaian Mentholatum Acnes baharu terdiri daripada rangkaian lengkap rutin penjagaan kulit jerawat, iaitu Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control Moisturiser, serta Acnes Anti-Acne Spot Gel untuk rawatan jerawat pada wajah. Rangkaian produk Acnes mengandungi lebih daripada 95% ekstrak Centella Asiatica tulen dari Madagascar, yang disokong oleh penyelidikan di mana ia didapati berkesan untuk menenangkan kulit dan membantu pemulihan keradangan.

Meh sini kak lily kongsikan informasi produk untuk panduan korang:



i. Mentholatum Acnes Creamy Wash (RM19.90, 100g)

Formula pencuci muka berunsurkan Asid Amino yang bebas sabun ini hampir sama dengan tahap pH semula jadi kulit untuk pembersihan yang lembut serta berkesan, sesuai untuk kulit sensitif berjerawat. Ia juga mengandungi Asid Salisilik (BHA) untuk membersihkan liang pori dan membantu melawan jerawat. Kandungan antioksidan dan antiradang Ekstrak Avocado adalah agen penenang untuk menenangkan kulit, serta berfungsi mengawal masalah kulit berminyak. Vitamin C + E antioksidan juga terdapat dalam formulasi ini untuk melegakan kulit, mencerah kulit kusam, memudarkan bekas jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.



ii. Mentholatum Acnes Powder Lotion (RM19.90, 150ml)

Formula pengimbangan dan pengawalan minyak ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan melawan cela dengan menembusi ke dalam liang pori untuk mengeluarkan kotoran. Ia juga mengandungi penyerap minyak serbuk mineral untuk membantu menyerap minyak berlebihan dan mengetatkan liang pori untuk kulit yang lebih licin. Untuk mengelakkan kekeringan, Ekstrak Aloe Vera ditambahkan untuk melembap dan menyegarkan kulit. Sama dengan Creamy Wash, Powder Lotion juga mengandungi Vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, memudarkan kesan jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.


iii. Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser (RM29.90, 45g)

Sifat pelembap pada pelembap ini berasal daripada ekstrak epal, aloe vera, rumpai laut, dan chamomile agar kulit terasa lembut dan lembap. Ekstrak epal dan Asid Salisilik (BHA) membantu mengelupas kulit dengan lembut; sementara Ekstrak Ceri Liar (Bitter Cherry) ditambahkan untuk meningkatkan keanjalan kulit sekali gus menjadikan kulit kenyal dan awet muda.



iv. Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel (RM21.90, 18g)

Rawatan jerawat ini mengandungi 2% sulfur yang berkesan merawat jerawat yang degil. Ditambah dengan Asid Salisilik, ia akan mengurangkan minyak berlebihan, menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan liang pori, dan mencegah jerawat. Ia juga mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Licorice untuk mereda dan menenangkan bintik-bintik jerawat yang jengkel.

Untuk memulakan rutin penjagaan jerawat anda, bersihkan kulit dan letakkan kadar sesuai Mentholatum Acnes Creamy Wash pada telapak tangan yang basah, dan bersihkan muka dengan lembut. Kemudian, bilas dengan air. Selepas itu, pupur Mentholatum Acnes Powder Lotion ke kulit dengan pelapik kapas atau menggunakan telapak tangan anda. Jangan lupa untuk menggoncangkan botol sebelum setiap penggunaan untuk mencampurkan serbuk mineral dan larutannya. Kemudian, sapukan Mentholatum Acnes Oil-Control Moisturizer secara rata pada kulit dan urut perlahan-lahan sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Gunakan ketiga-tiga produk ini untuk rutin harian dan pada waktu malam bagi penjagaan kulit jerawat.

Untuk rawatan jerawat, sapukan Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel secara topikal dua hingga tiga kali sehari pada kawasan yang terjejas. Anti-Acne Spot Gel boleh digunakan sebelum memakai alat solekan. Sebelum menggunakannya, pastikan tangan dan kulit anda dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan kebarangkalian pencemaran.

Mentholatum Acnes Creamy Wash, Powder Lotion, Oil-Control Moisturizer, dan Anti-Acne Spot Gel boleh didapati di farmasi Watsons serta Laman Online. 

Dapatkan Mentholatum Acnes sekarang untuk memulakan perjalanan penjagaan kulit jerawat anda. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian baharu Mentholatum Acnes, sila layari https://www.facebook.com/MentholatumAcnesMY