Tuesday, September 14, 2021

‘Astro 25 Concert’ Membariskan Gandingan Artis Tempatan dan Antarabangsa Terhebat, Istimewa Buat Penonton

Hi Korang,

Pelanggan Astro akan dihiburkan dengan konsert virtual, secara langsung yang dibarisi ramai nama-nama hebat tempatan dan antarabangsa termasuklah dari Korea, pada 25 September ini, jam 8:30 malam di televisyen Astro 25 (Saluran 100) dan platform Astro GO. ‘Astro 25 Concert’ ini merupakan tanda penghargaan di atas sokongan pelanggan yang selama ini setia bersama di sepanjang perjalanan Astro sehingga menjadikan ia sebagai destinasi hiburan #1 pilihan rakyat Malaysia.

Agnes Rozario, Director of Content, Astro

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata, “Sebagai sebahagian dari usaha Astro untuk meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun kami berkhidmat ini, kami begitu teruja untuk membawakan ‘Astro 25 Concert’, yang akan menyaksikan persembahan terhebat dari artis-artis naungan Astro yang mana mereka akan turut digandingan bersama ramai lagi nama-nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa. Seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’, kami percaya bahawa kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama. Konsert ini diadakan istimewa buat setiap pelanggan dan bakat-bakat tempatan dalam industri khususnya yang selama ini setia menyokong Astro dalam misi memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur dan kekal berinformasi di kala kami berusaha melebarkan sayap menjangkaui TV dan radio. Bakal disiarkan di Saluran 100, semua pelanggan Astro boleh menikmati persembahan terhebat yang kami bawakan secara terus ke rumah anda, ditonton dengan selesa bersama keluarga tersayang.”

Ella, Jaclyn Victor, Haqiem Rusli, Dayang Nurfaizah and Agnes Rozario

Dihoskan oleh artis popular tanah air, Nabil Ahmad dan personaliti radio, Ean, Arnold dan Aishah Sinclair, konsert berdurasi tiga (3) jam ini akan menampilkan persembahan hebat dari selebriti berikut: -

· Bintang ‘Running Man’, Kim Jong Kook, yang turut dikenali dengan suara balada yang merdu dan penuh melankolik; beliau akan mempersembahkan salah satu lagu popular beliau. Running Man merupakan program variasi Korea pilihan nombor 1 rakyat Malaysia dan disiarkan di ONE HD (Astro Saluran 393) pada setiap hari Jumaat.

· Kumpulan Gen Z yang kini begitu digilai ramai, TOMORROW X TOGETHER, merupakan kumpulan terbaharu dan popular dari Seoul kerana memilik suara yang merdu dan mampu menyampaikan persembahan yang cukup hebat. Muzik mereka dianggap cukup dekat dengan generasi hari ini kerana diinspirasikan dari kisah-kisah tauladan dan sesuai dengan remaja di seluruh dunia.

· Pemenang anugerah Grammy sebanyak dua (2) kali, Jason Mraz, pemuzik dari Amerika, Pink Sweat$, penyanyi serta penulis lagu, Bazzi, dan alumni program The Voice UK, Jamie Miller.

· Barisan penghibur tersohor negara termasuklah nama-nama legenda tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira dan Anuar Zain ke Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Zynakal.

· Kumpulan lelaki Cantopop Hong Kong sensasi, Mirror, bintang Hong Kong Ruco Chan, dan pemenang TVB Stars Academy yang baru sahaja berusia 15 tahun, Gigi Yim.

· Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19, yang turut merupakan kumpulan rock yang begitu disegani ramai khususnya di Indonesia, Once Mekel, bekas penyanyi utama kumpulan Dewa 19, Slam, kumpulan rock tanah air, dan pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah.

· Pelawak dan hos terkemuka negara, Harith Iskander, bersama pemain komedi, pelakon dan pengacara TV popular Singapura, Kumar.

· Bintang-bintang dari program terbitan Astro seperti Amir Masdi, Siti Nordiana, Naqiu, Yoke Chen, Sarah Suhairi, Santesh, Nicole Lai, Azharina, Han Byul, Noryn Aziz, Vanessa, Vince Chong dan Aina Abdul.

· Barisan artis sensasi tanah air seperti Lil J, Orga, TUJULOCA, MK K-Clique, Haqiem Rusli, Yonnyboii dan Abigail – figura generasi hari ini, yang mana popular dan menempa nama menerusi platform media sosial umumnya.

Vince Chong, Nicole Lai, Taufik Batisah and Mugen Rao

‘Astro 25 Concert’ akan bersiaran pada hari Sabtu, 25 September, pada jam 8:30 malam di Astro 25 (Saluran 100) dan boleh juga distrim menerusi Astro GO. Siaran ulangan atau ‘encore viewing’ juga boleh ditonton menerusi platform On Demand, selepas berakhirnya konsert. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Astro 25 Concert’, teruskan bersama kami di Facebook @Astro, Twitter @astroonline and Instagram @astromalaysia.

Dalam pada itu, penonton Astro juga boleh menantikan tayangan perdana dua dokumentari istimewa, Tanah Tumpahnya Darah Kita dan We Are No Different, juga di Astro 25 (Saluran 100). Kedua-dua dokumentari ini berkisarkan tentang keindahan dan keharmonian kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia – dari seawal kisah sejarah bagaimana bekas perajurit kita berkorban untuk mempertahankan negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan budaya sehinggalah kepada kisah bagaimana ada di kalangan rakyat Malaysia yang mengambil dan membesarkan anak angkat tanpa membataskan bangsa masing-masing. 

Kisah-kisah ini bersama 150 program lain yang mengangkat pelbagai cerita dan filem Malaysia serta serantau terhebat, program-program sepanjang zaman kegemaran rakyat Malaysia dan rancangan realiti kini sedia menanti penonton di Astro 25, Saluran 100. Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ke-25 Astro ini dan tawaran-tawaran menarik yang disusun khas buat anda semua, layari www.astro.com.my/bettertogether


Juga, mulai September ini, Astro akan membawakan banyak program-program baharu dan siri-siri popular serta rancangan realiti kembali menemui peminat seperti All Together Now Malaysia yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam di Astro Ria, Astro Classic Golden Melody 2021 pada setiap hari Sabtu mulai 25 September, jam 8:30 malam di Astro AEC, musim terbaharu Big Boss, mulai 3 Oktober jam 10:00 malam di Star Vijay, program komedi kegemaran ramai, Sepahtu Reunion Live 2021, pada setiap hari Khamis, mulai 23 September, jam 10:00 malam di Astro Warna, drama bersiri Astro Originals, I Tanggang, pada setiap hari Isnin, mulai 13 September, jam 9:00 malam dan drama terbaharu The Hotel, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 15 September, jam 10:00 malam di Astro Ria. 

Jangan lepaskan peluang menonton sajian terbaik dan terkini dari kami di Astro!

Monday, September 13, 2021

MI ARONA Keluaran QSR TRADING Yang Terbaru

Hi Korang,

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah melancarkan produk yang tahan disimpan iaitu mi kering berbentuk lidi, mudah disediakan dan pilihan terbaik buat semua pencinta mi.



Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran - dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan serasi dengan pelbagai cara masakan – sama ada bergoreng ataupun berkuah.



Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi kegemaran mereka. Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa mengikut keinginan anda.

“Kami di QSRT memahami bahawa dengan keadaan pandemik yang berterusan, ramai yang cuba untuk menyediakan dan menikmati makanan yang lebih sihat di waktu-waktu ini. Kami berharap mi ARONA akan memudahkan lagi kerja anda di dapur serta memberi alternatif yang lebih sihat untuk dimasak di rumah,” kata Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.

"Mi ARONA merupakan produk yang berkualiti, dihasilkan daripada tepung gandum yang diimport, dengan kandungan asli dan bahan-bahan terpilih dan menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk memastikan ianya seratus peratus selamat untuk dimakan dan memberi kepuasan kepada pelanggan,” tambahnya.

Penyediaannya juga cepat dan ringkas

Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ARONA mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan anda.



Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza - Original, Oat, dan Labu, dijual dengan harga RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar- pasar mini terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my.



Thursday, September 9, 2021

Duta HIMAYA Premium Hijab Medical Face Mask, ROZITA CHE WAN Menjayakan Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Hi Korang,

Rasanya dah hampir 2 tahun kita hidup bersama wabak Covid 19 ini.

Dan pelbagai cara untuk kita membendung daripada ianya menular dan salah satu caranya dengan memakai pelitup muka selain daripada menjaga dari dengan penjarakan sosial.

Well well well kak lily memang senantiasa standby pelitup muka di mana aje, di rumah, di pejabat malahan di dalam kereta pun kak lily sediakan sekotak pelitup muka ermm nampak sangat kak lily alert dengan SOP yang kerajaan tetapkan ni lah.

Terdapat pelbagai jenis pelitup muka di pasaran, dah sudah semestinya kak lily akan memilih yang berkualiti dan terbaik, lebih-lebih lagi yang berwarna warni jadi senang untuk kak lily sesuaikan dengan baju, seluar serta kasut barulah boleh OOTD 'outfit of the day' katanya.

Kalau korang ingin bergaya dan pada masa yang sama ingin menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan yang diinginkan. Iaitu pelitup muka yang cantik cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.



Pelitup muka jenama Himaya sentiasa mendapat sambutan hangat kerana kualitinya yang terbaik dan juga didatangkan dengan pelbagai warna, antaranya seperti :-

Love Latte (coklat lembut)
Soft Olive (hijau pastel),
Apricot Dream, Blue Lagoon,
Retro Slate, Aster Blue
Philipsburg Blue

Himaya juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). Pelitup muka Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa dan tidak hairanlah jenama pelitup muka ini telah diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).

Atas permintaan ramai, terkini Himaya telah melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan telah melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.


Menurut Datuk KK Chua dengan pelancaran warna baru ini selaras dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat bergaya dan tampil yakin bersama koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.

Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru,

Menurut Datuk lagi, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM.




Tahniah Rozita Che Wan Di Atas Perlantikan Sebagai Duta HIMAYA

Duta terbaru Himaya, Rozita Che Wan seorang yang cukup terkenal dalam memberi perhatian tentang gaya dan ketrampilan. Lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya. 


Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab ini adalah pilihan terbaik bagi dirinya. Ini kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan sekaligus dapat menjaga keselamatan diri. Menurut Che Ta bmemakai pelitup muka sudah menjadi kewajipan kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu.

Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti. Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka. Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain.


Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju. Warna baru pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.

Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung.

Dengan pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.


Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021. Peningkatan pesakit juga semakin bertambah saban tahun.

Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini, khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun.

Namun masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan. Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan penyakit ini.

Ini merupakan kerjasama kali pertama Himaya Dengan MAKNA dan ia akan diteruskan pada tahun berikutnya.

Kerjasama ini amat bermakna sekali bagi saya untuk membantu orang ramai mengenai kesedaran penyakit barah payudara kerana ia menyerang tidak kira peringkat usia, latar belakang dan bangsa. MAKNA dengan slogannya "Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life) sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita.


Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata bagi beliau dan pihak MAKNA sebenarnya amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. Harapan Puan Faridah sendiri agar kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Setiapp pembelian pelitup muka Himaya, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: himayamy dan website: himaya.international sahaja. 

Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’

Pelitup muka Himaya kini boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar. Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA Sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA. 


Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal

Yesza kak lily dah pun dapatkan pelitup muka Himaya di Shopee sebagai tanda sokongan kepada Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA


Jom dapatkannya sekarang..