Tuesday, August 31, 2021

RM100,000 BARANGAN DAPUR DIMENANGI PEMENANG-PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG ANJURAN LENGQUAS

Hi Korang,

Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021.Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. 

Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumumkan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.


Selain menawarkan hadiah buat pembeli-pembeli LengQuas, KOPETRO turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021.

LengQuas adalah produk keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd. salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula mmperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019. LengQuas boleh ditempah secara atas talian melalui akaun sosial media Facebook dan Instagram @LengQuas.official. Tempahan boleh dibuat juga melalui WhatsApp di talian 017 319 5764

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpana Makan & Menang diadakan bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkanjualan LengQuas pada masa hadapan.






Ahmad Shakir menyatakan bahawa sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LenQuas di stesen televisyen. 

Hal ini menyebabkan sambutan yang luar biasa di terima sehinggakan jumlah pengeluaran produk LengQuas terpaksa di tingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli. Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.

Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini.

Sambutan yang memberangsangkan untuk membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah , cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga.

Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas,ikuti Akaun media sosial LengQuas di Facebook, Instagram dan TikTok.



Monday, August 30, 2021

A Smile for Every Child: Mainan bernilai RM100,000 diberi kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menjalani onkologi menerusi kempen Happy Playcation Mattel

Hi Korang,

Dengan objektif untuk membawa senyuman kepada setiap kanak-kanak, syarikat pengeluar mainan Mattel yang terkenal dengan jenama popular seperti Hot Wheels, Uno dan Barbie akan bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee bagi mengedarkan mainan bernilai hingga RM100,000. Usaha ini dilaksanakan dalam pada kedua-dua syarikat berusaha menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam tempoh yang penuh cabaran ini.


Menerusi pemberian satu mainan untuk setiap pesanan yang dibuat melalui kedai-kedai terpilih, Mattel dan Shopee, serta badan bukan kerajaan (NGO) Dignity for Children Foundation dan Childhood Cancer Caring Society of Kuala Lumpur (CARES), kini bekerjasama dalam sebuah kempen istimewa yang dinamakan Happy Playcation yang berlangsung dari 1 hingga 3 September 2021.

Kedai-kedai yang mengambil bahagian adalah kedai rasmi Mattel, Barbie, Hot Wheels dan Fisher-Price di Shopee. Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyokong kempen tersebut, Mattel akan menawarkan potongan hingga 30% untuk mainan mereka sepanjang tempoh kempen.

Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Continental Asia berkata, “Kami menyedari kesan buruk pandemik global ini terhadap kanak-kanak dari segi pembelajaran dan juga zaman kanak-kanak mereka. Kami melancarkan kempen ini dengan tujuan bersama untuk meningkatkan semangat generasi akan datang. Kami berusaha untuk membolehkan semua penerima mainan ini untuk bergembira seperti seorang kanak-kanak semula, sambil membawa keriangan kepada komuniti dan membantu ibu bapa menerusi mainan pembelajaran kami.”

Kempeni ini merupakan sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif amal #ShopeeGivesBack, yang bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan sumbangan untuk pelbagai organisasi kebajikan bagi menyokong perjuangan mereka termasuk penjagaan kesihatan, komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dan golongan yang terpinggir, termasuk haiwan.

Dimulakan pada tahun 1998, Dignity for Children Foundation menyediakan pendidikan dan penjagaan untuk kanak-kanak terpinggir dan miskin bandar di Kuala Lumpur. Yayasan tersebut kini mempunyai lebih daripada 1,700 orang kanak-kanak dan belia berusia 2-19 tahun di bawah jagaan mereka, dan secara utamanya mengendalikan program pendidikan di Sentul.

Liew Tong Ngan, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Dignity berkata, “Kami sangat bersyukur menerima mainan menarik daripada Mattel ini untuk diedarkan kepada kanak-kanak dan belia kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Mattel dan Shopee kerana mengingati mereka yang kurang diberi perhatian dan membolehkan golongan muda dan tua mencapai potensi penuh mereka melalui permainan.”

Sementara itu, CARES ialah sebuah NGO bukan untung yang ditubuhkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap kanser, pekerja perubatan dan para sukarelawan yang prihatin. Misi CARES adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja yang menghidap kanser. Pada masa yang sama, mereka juga memberi sokongan sosial kepada keluarga dan pengasuh kepada kanak-kanak yang tidak sihat semasa mereka menjalani rawatan untuk penyakit mereka.

Margaret Low, Presiden CARES berkata, “Ia merupakan satu penghormatan buat kami untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini yang pasti akan meninggalkan kesan positif dalam kehidupan kanak-kanak yang menerima mainan tersebut. Semoga banyak lagi inisiatif yang bermakna seperti Happy Playcation akan dilaksanakan untuk terus memberi inspirasi kepada individu-individu istimewa dalam masyarakat kita ini.”

Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) Shopee Malaysia Zed Li berkata, “Ketika masyarakat mengharungi cabaran mereka sendiri demi menempuh tempoh yang sukar ini, ia menjadi lebih penting untuk kita memberi bantuan dengan sebaiknya. Kanak-kanak kurang bernasib baik adalah kumpulan yang keperluan mereka tidak patut diabaikan, terutama pada waktu ini, dan bantuan demi mengurangkan tekanan yang mungkin mereka hadapi adalah suatu keutamaan. Kempen Happy Playcation Mattel bertujuan menjayakan perkara-perkara ini. Kami berharap inisiatif ini dapat membawa kesan positif kepada kehidupan mereka, malah lebih daripada keseronokan yang mereka rasai apabila bermain dengan mainan Mattel. Kami menyanjungi semua pihak yang terlibat atas usaha mereka dan berbesar hati memberi sokongan kami kepada Happy Playcation Mattel.”

Kempen ini dijalankan seiring dengan 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee yang membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semua penggunanya, dan ia sedang berlangsung hingga 9 September. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum.

Di samping itu, kempen Happy Playcation akan menganjurkan sesi Shopee Live untuk memaparkan bagaimana rakyat Malaysia dapat membantu membawa senyuman kepada kanak-kanak yang memerlukan. Sesi jemputan Shopee Live yang pertama telah diadakan pada 27 Ogos pada jam 3 petang, yang menampilkan tetamu jemputan daripada Dignity for Children Foundation.

Sesi seterusnya akan diadakan pada 1 September jam 8.30 malam, di mana tetamu jemputan dari CARES akan lebih mengetengahkan bagaimana kempen ini akan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Pemberian hadiah yang menarik dan sesi unboxing mainan Mattel juga akan berlangsung.

Kempen Happy Playcation turut dilancarkan dengan kerjasama Shopee Mum's Club, sebuah kedai sehenti bagi segala keperluan para ibu untuk anak mereka. Kelab ini mempunyai cita-cita yang sama untuk membawa kebahagiaan kepada kanak-kanak, dan bukan sahaja kepada anak seseorang ibu sendiri. Happy Playcation akan memberikan baucar eksklusif kepada ahli kelab demi menggalakkan penyertaan kempen ini di kalangan komuniti para ibu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Happy Playcation Mattel, layari https://shopee.com.my/m/mattel-happy-playcation



Thursday, August 26, 2021

Kekal Tenang Dengan Mindful Muslim Apps

Hi Korang,

Di antara cabaran yang perlu kita hadapi di musim PKP ni adalah how to deal with our emotion?? 

Betulkan

pics dr google.com 

Semua orang di uji dengan pelbagai bentuk sampai ada yang membunuh diri kerana tidak tahan, cuba kalau korang selak surat khabar or baca berita online hampir setiap hari ada je kes bunuh diri berlaku, itu tidak termasuk lagi kes kemurungan, kes anxiety, panic attack dan pelbagai yang rasanya kak lily tak sanggup nak describe.

So far alhamdulilah, kak lily dapat jauh diri dari pelbagai masalah yang timbul. Ye betul, semua ada ada masalah but cara kita mengatasi tuh memang berbeza. Ikut kemampuan masing-masing. Macam kak lily, kak lily selalu tenangkan fikiran yang berserabut ni dengan memasak, bersenam, membaca dan mendengar pelbagai jenis muzik. Sampai setiap ruang dan ceruk rumah, kak lily letakkan speaker so mudah untuk kak lily sambungkan handphone ke bluebooth speaker untuk menemani kak lily beraktiviti di dalam rumah.

Dan salah satu aplikasi kegemaran kak lily selain daripada mendengar podcast adalah aplikasi Mindful Muslim yang mula diperkenalkan pada Mac 2020 dan apa yang lebih menarik ini merupakan aplikasi penenang jiwa pertama berteraskan islam di dunia. 


Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. Lebih membanggakan aplikasi ini juga telah menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge.

Berita yang kak lily dengan dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Merujuk kepada statistik, pengguna yang muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates.

Hebat bukan!!

Walaupun agak baru namun penerimaan dan penggunaan aplikasi ini sebenarnya sudah meluas.


Mindful Muslim Apps Mempunyai Banyak Fungsi Menarik

Jadinya kak lily pun download Mindful Muslim Apps ni selepas membaca banyak review mengenainya.

Wow, not bad!!

Ianya mudah untuk di kendali kan, user-friendly bagi mereka yang tidak berapa bijak dengan IT macam kak lily ni hah.





Ianya dilengkapi dengan bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas. Sememangnya applikasi amat padat dan boleh mengurangkan rasa tekanan apatah lagi dengan kehadiran bunyian alam semula jadi yang cukup menenangkan.

Normally kak lily dengar dalam 20-30 minit cam tuh sambil melakukan aktiviti di rumah. Kalau mendengar surah-surah itu, kak lily pun ikut mengaji sekali, rasa tenang dan damai jer hah

Bukan kita yang dewasa sahaja boleh menikmatinya even ianya bagus di perdengarkan kepada anak-anak jua. Terdapat bahagian untuk kisah-kisah nabi yang boleh anak-anak dengar dan teladani. Walaupun ianya di dalam Bahasa inggeris namun tidak menjadi masalah kerana kita boleh sama-sama saling mempelajari bersama mereka.

Penceritaan memang dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang (Insyaallah pada masa akan datang akan ada Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab).

My playlist


Sambil mengemas sambil dengan kisah-kisah motivasi dan ceramah, ianya sangat membantu kak lily berfikir lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang di perkatakan.

Kak lily syorkan bagi korang yang sedang mencari-cari ketenangan mahupun yang sedang berjuang mengatasi kesedihan melampau atau kemurungan ini adalah salah satu cara untuk korang menenangkan jiwa yang tidak tenteram tuh




Muat Turun Mindful Muslim Apps Hari Ini

Boleh muat turun Mindful Muslim Apps dari pautan di bawah:-



Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Kini ianya boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.

Oh ya, Mindful Muslim apps ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dikalangan keluarga dan juga teman rapatnya. Baru berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.

Ayuh kita sama-sama memperbaiki diri, hidup positif dan jaga senantiaa menjaga kesihatan mental. Bersamalah kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat seperti Mindful Muslim Apps bersama orang lain.



#MindfulMuslimMy 
#MindfullMuslim
#MindfulMuslimApp 
#MotivasiIslam