Monday, August 30, 2021

A Smile for Every Child: Mainan bernilai RM100,000 diberi kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menjalani onkologi menerusi kempen Happy Playcation Mattel

Hi Korang,

Dengan objektif untuk membawa senyuman kepada setiap kanak-kanak, syarikat pengeluar mainan Mattel yang terkenal dengan jenama popular seperti Hot Wheels, Uno dan Barbie akan bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee bagi mengedarkan mainan bernilai hingga RM100,000. Usaha ini dilaksanakan dalam pada kedua-dua syarikat berusaha menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam tempoh yang penuh cabaran ini.


Menerusi pemberian satu mainan untuk setiap pesanan yang dibuat melalui kedai-kedai terpilih, Mattel dan Shopee, serta badan bukan kerajaan (NGO) Dignity for Children Foundation dan Childhood Cancer Caring Society of Kuala Lumpur (CARES), kini bekerjasama dalam sebuah kempen istimewa yang dinamakan Happy Playcation yang berlangsung dari 1 hingga 3 September 2021.

Kedai-kedai yang mengambil bahagian adalah kedai rasmi Mattel, Barbie, Hot Wheels dan Fisher-Price di Shopee. Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyokong kempen tersebut, Mattel akan menawarkan potongan hingga 30% untuk mainan mereka sepanjang tempoh kempen.

Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Continental Asia berkata, “Kami menyedari kesan buruk pandemik global ini terhadap kanak-kanak dari segi pembelajaran dan juga zaman kanak-kanak mereka. Kami melancarkan kempen ini dengan tujuan bersama untuk meningkatkan semangat generasi akan datang. Kami berusaha untuk membolehkan semua penerima mainan ini untuk bergembira seperti seorang kanak-kanak semula, sambil membawa keriangan kepada komuniti dan membantu ibu bapa menerusi mainan pembelajaran kami.”

Kempeni ini merupakan sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif amal #ShopeeGivesBack, yang bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan sumbangan untuk pelbagai organisasi kebajikan bagi menyokong perjuangan mereka termasuk penjagaan kesihatan, komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dan golongan yang terpinggir, termasuk haiwan.

Dimulakan pada tahun 1998, Dignity for Children Foundation menyediakan pendidikan dan penjagaan untuk kanak-kanak terpinggir dan miskin bandar di Kuala Lumpur. Yayasan tersebut kini mempunyai lebih daripada 1,700 orang kanak-kanak dan belia berusia 2-19 tahun di bawah jagaan mereka, dan secara utamanya mengendalikan program pendidikan di Sentul.

Liew Tong Ngan, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Dignity berkata, “Kami sangat bersyukur menerima mainan menarik daripada Mattel ini untuk diedarkan kepada kanak-kanak dan belia kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Mattel dan Shopee kerana mengingati mereka yang kurang diberi perhatian dan membolehkan golongan muda dan tua mencapai potensi penuh mereka melalui permainan.”

Sementara itu, CARES ialah sebuah NGO bukan untung yang ditubuhkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap kanser, pekerja perubatan dan para sukarelawan yang prihatin. Misi CARES adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja yang menghidap kanser. Pada masa yang sama, mereka juga memberi sokongan sosial kepada keluarga dan pengasuh kepada kanak-kanak yang tidak sihat semasa mereka menjalani rawatan untuk penyakit mereka.

Margaret Low, Presiden CARES berkata, “Ia merupakan satu penghormatan buat kami untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini yang pasti akan meninggalkan kesan positif dalam kehidupan kanak-kanak yang menerima mainan tersebut. Semoga banyak lagi inisiatif yang bermakna seperti Happy Playcation akan dilaksanakan untuk terus memberi inspirasi kepada individu-individu istimewa dalam masyarakat kita ini.”

Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) Shopee Malaysia Zed Li berkata, “Ketika masyarakat mengharungi cabaran mereka sendiri demi menempuh tempoh yang sukar ini, ia menjadi lebih penting untuk kita memberi bantuan dengan sebaiknya. Kanak-kanak kurang bernasib baik adalah kumpulan yang keperluan mereka tidak patut diabaikan, terutama pada waktu ini, dan bantuan demi mengurangkan tekanan yang mungkin mereka hadapi adalah suatu keutamaan. Kempen Happy Playcation Mattel bertujuan menjayakan perkara-perkara ini. Kami berharap inisiatif ini dapat membawa kesan positif kepada kehidupan mereka, malah lebih daripada keseronokan yang mereka rasai apabila bermain dengan mainan Mattel. Kami menyanjungi semua pihak yang terlibat atas usaha mereka dan berbesar hati memberi sokongan kami kepada Happy Playcation Mattel.”

Kempen ini dijalankan seiring dengan 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee yang membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semua penggunanya, dan ia sedang berlangsung hingga 9 September. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum.

Di samping itu, kempen Happy Playcation akan menganjurkan sesi Shopee Live untuk memaparkan bagaimana rakyat Malaysia dapat membantu membawa senyuman kepada kanak-kanak yang memerlukan. Sesi jemputan Shopee Live yang pertama telah diadakan pada 27 Ogos pada jam 3 petang, yang menampilkan tetamu jemputan daripada Dignity for Children Foundation.

Sesi seterusnya akan diadakan pada 1 September jam 8.30 malam, di mana tetamu jemputan dari CARES akan lebih mengetengahkan bagaimana kempen ini akan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Pemberian hadiah yang menarik dan sesi unboxing mainan Mattel juga akan berlangsung.

Kempen Happy Playcation turut dilancarkan dengan kerjasama Shopee Mum's Club, sebuah kedai sehenti bagi segala keperluan para ibu untuk anak mereka. Kelab ini mempunyai cita-cita yang sama untuk membawa kebahagiaan kepada kanak-kanak, dan bukan sahaja kepada anak seseorang ibu sendiri. Happy Playcation akan memberikan baucar eksklusif kepada ahli kelab demi menggalakkan penyertaan kempen ini di kalangan komuniti para ibu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Happy Playcation Mattel, layari https://shopee.com.my/m/mattel-happy-playcation



Thursday, August 26, 2021

Kekal Tenang Dengan Mindful Muslim Apps

Hi Korang,

Di antara cabaran yang perlu kita hadapi di musim PKP ni adalah how to deal with our emotion?? 

Betulkan

pics dr google.com 

Semua orang di uji dengan pelbagai bentuk sampai ada yang membunuh diri kerana tidak tahan, cuba kalau korang selak surat khabar or baca berita online hampir setiap hari ada je kes bunuh diri berlaku, itu tidak termasuk lagi kes kemurungan, kes anxiety, panic attack dan pelbagai yang rasanya kak lily tak sanggup nak describe.

So far alhamdulilah, kak lily dapat jauh diri dari pelbagai masalah yang timbul. Ye betul, semua ada ada masalah but cara kita mengatasi tuh memang berbeza. Ikut kemampuan masing-masing. Macam kak lily, kak lily selalu tenangkan fikiran yang berserabut ni dengan memasak, bersenam, membaca dan mendengar pelbagai jenis muzik. Sampai setiap ruang dan ceruk rumah, kak lily letakkan speaker so mudah untuk kak lily sambungkan handphone ke bluebooth speaker untuk menemani kak lily beraktiviti di dalam rumah.

Dan salah satu aplikasi kegemaran kak lily selain daripada mendengar podcast adalah aplikasi Mindful Muslim yang mula diperkenalkan pada Mac 2020 dan apa yang lebih menarik ini merupakan aplikasi penenang jiwa pertama berteraskan islam di dunia. 


Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. Lebih membanggakan aplikasi ini juga telah menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge.

Berita yang kak lily dengan dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Merujuk kepada statistik, pengguna yang muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates.

Hebat bukan!!

Walaupun agak baru namun penerimaan dan penggunaan aplikasi ini sebenarnya sudah meluas.


Mindful Muslim Apps Mempunyai Banyak Fungsi Menarik

Jadinya kak lily pun download Mindful Muslim Apps ni selepas membaca banyak review mengenainya.

Wow, not bad!!

Ianya mudah untuk di kendali kan, user-friendly bagi mereka yang tidak berapa bijak dengan IT macam kak lily ni hah.





Ianya dilengkapi dengan bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas. Sememangnya applikasi amat padat dan boleh mengurangkan rasa tekanan apatah lagi dengan kehadiran bunyian alam semula jadi yang cukup menenangkan.

Normally kak lily dengar dalam 20-30 minit cam tuh sambil melakukan aktiviti di rumah. Kalau mendengar surah-surah itu, kak lily pun ikut mengaji sekali, rasa tenang dan damai jer hah

Bukan kita yang dewasa sahaja boleh menikmatinya even ianya bagus di perdengarkan kepada anak-anak jua. Terdapat bahagian untuk kisah-kisah nabi yang boleh anak-anak dengar dan teladani. Walaupun ianya di dalam Bahasa inggeris namun tidak menjadi masalah kerana kita boleh sama-sama saling mempelajari bersama mereka.

Penceritaan memang dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang (Insyaallah pada masa akan datang akan ada Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab).

My playlist


Sambil mengemas sambil dengan kisah-kisah motivasi dan ceramah, ianya sangat membantu kak lily berfikir lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang di perkatakan.

Kak lily syorkan bagi korang yang sedang mencari-cari ketenangan mahupun yang sedang berjuang mengatasi kesedihan melampau atau kemurungan ini adalah salah satu cara untuk korang menenangkan jiwa yang tidak tenteram tuh




Muat Turun Mindful Muslim Apps Hari Ini

Boleh muat turun Mindful Muslim Apps dari pautan di bawah:-



Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Kini ianya boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.

Oh ya, Mindful Muslim apps ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dikalangan keluarga dan juga teman rapatnya. Baru berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.

Ayuh kita sama-sama memperbaiki diri, hidup positif dan jaga senantiaa menjaga kesihatan mental. Bersamalah kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat seperti Mindful Muslim Apps bersama orang lain.



#MindfulMuslimMy 
#MindfullMuslim
#MindfulMuslimApp 
#MotivasiIslam

Sunday, August 22, 2021

CRYSTAL SKIN Untuk Kecantikan Dari Dalam Supaya Lagi Menawan

Hi Korang,

So musim PKP ni melepak jer kat rumah jelah kan, yelah tak boleh ke mana-mana katanya. Dah tak kemana-mana pun, janganlah sampai rutin harian kesihatan jangan di lupakan jugak.

Selain daripada mengamalkan vitamin untuk pelindungan kesihatan harian, what about kesihatan kulit especially kulit muka??? Jaga ke idokk ke sekejap pakai sekejap idokkk!!

Eh jangan gitueww yer..

Kesihatan luar dan dalam mesti di jaga untuk kita kekal sihat senantiasa.

Jadi bagaimana pula mereka yang sememangnya mengalami masalah kulit seperti tona kulit tidak sekata, kulit gelap di bahagian tertentu malah berparut??

Well well ini harus di ambil tindakan segera yer

Kebetulan ada kengkawan kak lily di Facebook ni duk syorkan produk Crystal Skin ni, seriously kak lily tak pernah dengar pun but wht not kita cuba kan, maklumlah bila dah masuk umur senja ni kenalah ada skin protection sket dalam badan kan


Memperkenalkan Crystal Skin, suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi penuh berkhasiat agar korang boleh kelihatan lebih menawan. Crystal Skin terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit korang dari luar dan dalam agar korang lebih sihat, menawan dan berkeyakinan.

Ia merupakan produk tempatan bumiputra Muslim.

Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal.

Serba sedikit mengenai kisah Pengasas Crystal Skin

Kalau korang nak tau yang Pengasas produk Crystal Skin, Encik Airiey Sayuti ini mempercayai bahawa berkelihatan anggun amat penting agar seseorang itu berasa baik namun akan berasa lebih yakin dan bersemangat.


Ketika zaman remaja berat badan Airiey keterlaluan dan beliau mempunyai tone kulit yang gelap dan banyak jerawat namun dia kerap merasa rendah diri, segan , seorang pemalu & pendiam dan sering dipersendakan kerana gemuk dan kulit berjerawat dan gelap.

Walaupun beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama skincare yang popular, makan suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul atau serbuk dan juga menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam, namun dia merasa kecewa kerana resultnya lambat dan tidak berapa berkesan. Akibatnya Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dan selamat. Maka wujudlah Crystal Skin.

Untuk mengetahui lebih tentang kisah Airiey, sila melayani https://www.rishbeauty.com/tentang-kami/

Ok back to citer mengenai Crystal Skin

Bahan-bahan yang di gunakan amat terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bahan-bahan yang terkandung di dalam Crystal Skin, di antaranya seperti :


Tomato Kristal
Anti-oksidan terkuat, kurang jeragat & melindungi dari kerosakan sinar matahari

Habbatus Sauda
Anti-radang, kurangkan jerawat & membunuh kuman

Vitamin C
Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat

Collagen
Tambah keanjalan kulit & cegah kedutan

Ekstrak Biji Anggur
Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka

Jus Blackcurrant
Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Oh ya, kak lily kongsikan juga kepada korang di antara kebaikan mengamalkan CRYSTAL SKIN

👉 Merawat masalah kulit

👉 Mengurangkan jerawat

👉 Mengurangkan parut

👉 Mengecilkan pori

👉 Memutihkan kulit

👉 Mengurangkan muka berminyak

👉 Kulit kurang kusam dan glowing

👉 Menambah kelembapan kulit


Untuk memastikan keputusan yang terbaik bila mengambil Crystal Skin :-


1) Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.

2) Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.

3) Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

Cara pengambilan Crystal Skin

Minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan.


Kak lily memang sedap betul minuman Crystal Skin ni, minum setiap hari satu 1 sachet sebelum sarapan, yelah kak lily bancuh dengan air sejuk haruslah sedap kan. 

Di sini kak lily kongsikan juga testimoni beberapa pengguna produk Crystal Skin yang dapat menyelesaikan masalah kulit mereka.





Harga Bagi Crystal Skin

1 Kotak Harga Tawaran RM69 Harga Biasa RM89 (DISKAUN 23%)

2 Kotak Harga Tawaran RM132 Harga Biasa RM178 (DISKAUN 26%)

3 Kotak Harga Tawaran RM187 Harga Biasa RM267 (DISKAUN 30%)

4 Kotak Harga Tawaran RM230 Harga Biasa RM356 (DISKAUN 35%)


Korang boleh dapatkan produk Crystal Skin ini dari:




Untuk maklumat lanjutan, anda boleh layani laman Crystal Skin di https://www.rishbeauty.com ataupun boleh hubungi : +60-11-62000032


Jom Follow dan LIKE Crystal Skin di sosial media berikut :