Friday, August 13, 2021

LOTUS’S MALAYSIA MEREKODKAN JUMLAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI YANG LEBIH TINGGI; MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN SHOPEEPAY

Hi Korang,

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), dikenali sebagai Tesco Malaysia sebelum ini, telah memperluaskan ekosistem pembayaran tanpa sentuhannya dengan penerimaan ShopeePay. Ini sebagai tindak balas kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai yang direkodkan di kalangan para pembelinya mencecah 25 peratus tahun ke tahun.

"Pandemik Covid-19 berserta dengan kemudahan, keselamatan, dan sokongan daripada pihak kerajaan, telah menggalakkan penerimaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia. Memandangkan kebergantungan terhadap e-dompet semakin meningkat, kami perlu memastikan bahawa semua pilihan cara pembayaran yang sedia ada dapat diakses oleh pembeli kami,” kata Vivian Yap, Pengarah Eksekutif Pelanggan di Lotus’s Malaysia.

"Dengan populariti ShopeePay yang kian meningkat seperti yang dilihat dari reaksi pasaran semasa pelaksanaan eBelia, kami percaya bahawa kerjasama ini akan memanfaatkan pembeli Lotus’s dan juga pengguna ShopeePay. Para pelanggan juga akan dapat menikmati pulangan tunai apabila mereka membuat bayaran untuk barangan runcit mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana 62 cawangan kami di seluruh negara, membolehkan mereka menikmati lebih penjimatan,” tambah Yap.

Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia menyatakan bahawa kenaikan pembayaran tanpa tunai di Lotus’s menunjukkan penerimaan positif terhadap pembayaran tanpa sentuhan di negara ini.

"Peningkatan dari tahun ke tahun bagi pembayaran tanpa tunai di rangkaian peruncitan yang besar seperti Lotus’s menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran serta penggunaan untuk transaksi tanpa tunai di Malaysia. Memandangkan tawaran nilai kami sebagai sebuah platform e-dagang, dengan penembusan pasaran yang luas di seluruh negara, kami percaya bahawa kami berada dalam kedudukan yang unik untuk bersinergi kedua-dua sektor peruncitan di luar talian dan atas talian,” kata Yee.

"Kerjasama kami dengan Lotus's Malaysia bermula dengan mereka melancarkan kedai rasmi mereka di Shopee dan kini ShopeePay diterima di cawangan-cawangan fizikal Lotus’s merupakan langkah maju dalam mengeratkan hubungan kami. Kami akan sentiasa mencari kaedah yang memanfaatkan kedua-dua pihak bagi menyokong objektif perniagaan Lotus’s bermula dengan kempen pelancaran yang akan memberi ganjaran pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna,” katanya.

Bagi meraikan kerjasama antara Lotus’s dengan ShopeePay, para pelanggan akan mendapat peluangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM40 dalam satu transaksi apabila mereka membayar untuk barangan runcit mereka dengan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus’s.

Bermula dari sekarang hingga 29 September 2021 dan sempena dengan Shopee 8.8 Jualan Berjenama, setiap pembeli akan mendapat maksimum dua pulangan tunai sepanjang tempoh kempen ini.

Selain itu, para pelanggan juga dapat menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus dari sekarang hingga 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, setiap pengguna hanya akan mendapat pulangan wang tunai RM3 sekali setiap hari.

Wednesday, August 11, 2021

SERENE BEAUTE Whitening Set Untuk Dapatkan Kulit Cantik Berseri

Hi Korang,

Walaupun kita berada di rumah, namun kebersihan dan kecantikan harus di utamakan jugak.

Takkan nak lepas mandi, terus buat jer bekerja kan. Tetap kena jaga kesihatan kulit, even tak keluar rumah pun, sekurang-kurangkan seoles krim muka perlu di calit jugak agar kulit muka senantiasa sihat dan bersih dan yang penting sekali cantik..

Tak gitueww

Kak lily diperkenalkan dengan Serene Beaute, iaitu salah satu jenama tempatan penjagaan kulit yang baru dilancarkan tahun ini. Produk penjagaan kulit ini adalah produk sulung Puan Lydia Rosli yang amat membanggakan kerana harga produknya yang berpatutan namun berkesan dengan jaminan pulangan wang 100% jika korang tidak melihat hasilnya. Yeszaa!!! Jaminan wang dikembalikan, bayaran balik sepenuhnya sekiranya dikembalikan dalam masa 7 hari.

Seriously macam tak percaya plak kan.

Memperkenalkan 

Serene Beauty Whitening Set

Gabungan ramuan pencerah kulit yang bertindak secara mendalam di setiap peringkat proses penghasilan melanin tanpa menjejaskan pelindung kulit, walaupun untuk kulit sensitif. Antioksidan yang lembut tapi berkesan mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna. Serene Beauty Whitening Set mengandungi sabun muka, vitamin serum, krim siang, krim malam dan juga krim aloe vera.


Di antara kelebihan menggunakan produk Serene Beaute Whitening Set ini adalah :

1. Mencerahkan kulit secara semulajadi

2. Mengecutkan dan menghilangkan jerawat

3. Merawat tona kulit tidak sekata

4. Mengecilkan pori-pori dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru

5. Memperbaiki peredaran darah dan menaikkan seri kulit wajah


Serene Facial Soap


Diformulasikan dengan ekstrak delima dan mempunyai aroma yang sangat wangi dan halus. Ia dengan lembut menghilangkan kotoran seperti jerawat, blackhead dan whitehead tanpa mengeringkan kulit secara berlebihan. Boleh di gunakan untuk kesemua jenis kulit.

Serene Vitamin Serum


Setelah membersihkan, masukkan sedikit Vitamin Serum ke telapak tangan korang, gosokkan dengan lembut dan sapukan dengan menepuk wajah dan leher. Vitamin Serum dikemas dengan Vitamin C dan antioksidan membantu menguatkan penghalang kulit, meningkatkan kolagen sambil memerangi garis-garis halus untuk kulit yang berseri dan berkhasiat. Ia mempunyai tekstur ringan, menyerap dengan cepat dan berfungsi dengan baik di bawah solek. Simpan baki serum untuk rutin malam.

Pantas memudarkan parut jerawat dan jeragat, membantu menganjalkan kulit dan melembutkan kulit.

Serene Daily Cream


Untuk rutin pagi, Krim Harian SPF30 berwarna cerah memberikan kelembapan tahan lama dengan kemasan semula jadi. Ia mengandungi ekstrak buah untuk mengembalikan keseimbangan pH kulit serta Vitamin C dan B3 untuk melindungi kulit dari radikal bebas.

Serene Nightly Cream


Sementara itu, krim malam yang kaya dan berkhasiat yang disertakan dengan kunyit dan wortel membantu mengurangkan parut jerawat dan pigmentasi. Mencerahkan tona wajah, parut dan jeragat tanpa pengelupasan

Serene Aloe Vera Cream


sapukan lapisan Serene Aloe Vera yang nipis untuk menenangkan dan menyuburkan kulit secara serentak.

Setelah kak lily menggunakan selama 2-3 hari ni, rasanya sudah boleh nampak sedikit demi sedikit kesan perubahan terhadap kulit muka kak lily. Rasanya lagi lama di gunakan mesti kulit lagi bersih dan berseri.

Serene Beauty Whitening Set berharga RM120 setiap kotak termasuk sabun muka, vitamin serum, krim harian, krim malam dan lidah buaya yang tenang.


Oh ya ada 2 lagi produk dari Serene Beaute yang kak lily nak kongsikan kepada korang jugak tau iaitu Set Whitening Hand and Body Lotion - Set Putih Ajaib 2 in 1 dan Lentiklah Mascara.

Set Whitening Hand and Body Lotion - Set Putih Ajaib 2 in 1

Set ini mengandungi extra whitening booster iaitu Vitamin A, C, E, susu, ekstrak glutathione, collagen, fine mineral, glycerin dan protein yogurt.


Kelebihannya:-

Mencerahkan kulit uang gelap dan sunburn

Menguragkan bekas stretchmarks

Memutihakan seluruh tubuh

Masalah celah kangkang hitam

Masalah ketiak dan persekitaran ketiak hitam

Masalah tumit kasar

Masalah hitam di puting buah dada

Masalah parut-parut ringan di tubuh dan wajah

Masalah bau badan bila berpeluh

Masalah siku hitam

Hanya sapukan di tempat-tempat yang bermasalah dan biarkan sehingga kering, seelok-eloknya di sapu setiap hari selepas mandi mahupun sebelum tidur.

Lentiklah mascara


Bulu mata antara elemen yang sangat penting dimata setiap wanita. Ini kerana, mempunyai bulu mata yang lentik ialah idaman bagi setiap wanita.


Lentiklah mascara dari Serene Beaute ini mempunyai pelbagai fungsi untuk melentikkan bulu mata kita supaya nampak lebih natural. Mascara ini memiliki berus yang sangat halus dan warnanya sangat hitam sehingga ia membuatkan mata korang nampak seperti memakai Fake Eyelash. Ia merupakan matte dan mampu bertahan selama 24 jam.

Seharusnya mata korang menjadi perhatian orang ramai kerana bulu mata yang menonjol tu

Berita Baik Untuk Korang Yang Sedang Mencari SIDE INCOME TANPA MODAL

Serene Beauty menawarkan dropship RM0.00 modal untuk sesiapa yang inginkan menjana pendapatan. Semua latihan diberikan secara percuma. Ini peluang bagi mereka terkesan dengan PKP sekarang boleh cuba berniaga produk Serene Beauty yang tengah melonjak naik.


KELEBIHAN JOIN TEAM SERENE

✅ TANPA MODAL

✅ KOMISYEN TINGGI

✅ BAHAN MARKETING DISEDIAKAN

✅ COACHING GROUP/TEAM SUPPORT

✅ REWARD !


Lagi satu berita menarik nieh untuk semua para pengguna produk Serene Beaute, korang layak mendapatkan pulangan wang sekiranya produk tidak sesuai dengan kulit muka korang tau..


Bagi sesiapa yang berminat boleh click link bawah tau.



No Telefon : +60104437814

Untuk info lanjut, boleh check it out di https://serenebeautehq.com/

Tuesday, August 10, 2021

Kediaman Impian Bayu Sutera Bandar Sri Sendayan

Hi Korang,

Bagi mereka yang inginkan kediaman ekslusif namun masih berbaloi untuk di miliki saya syorkan kediaman impian Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan.

Diberikan nama Bayu Sutera amat bertepatan sekali untuk di gambarkan suatu lokasi yang begitu nyaman, tenaga bak sutera. Lengkap dengan kemudahan yang bakal memenuhi kehendak para penghuninya.

Sangat-sangatlah kak lily tertarik dengan kawasan perumahan Bayu Sutera, di Bandar Sri Sendayan yang baru-baru ini kak lily tengok di Facebook Matrix Concepts.


Bayu Sutera ini merupakan projek pembangunan perumahan terbaru di bawah kelolalan pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd dan terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Kak lily tak gusar pun dengan lokasinya kerana ianya terletak di tengah-tengah jaringan pelbagai jenis lebuhraya yang mudah bagi korang bergerak kemana sahaja tidak kiralah mahu ke selatan mahupun ke utara segalanya mudah.



Fasa ini akan di lancarkan pada Ogos 2021 dan di jangka siap pada November 2022, wah memang agak cepat jangkaannya berikutan dengan kejayaan fasa-fasa terdahulu sebelum ini.


Ia mempunyai lebih 200 unit rumah teres 2 tingkat. Keluasan Bayu Sutera dari 2,142 kaki persegi dan pada harga bermula RM529,999 ermm rasanya berbaloi kan?

Yang best tuh, dari segi pinjaman pula Bayu Sutera menawarkan kadar faedah gadai janji yang rendah. Bayaran tempahan hanya RM1,000 dan ansuran bulanan hanya dari RM1.9k++ memang ianya menepati golongan yang berpendapatan sederhana.

Kiranya kalau korang membayar sewa bulanan rumah sehingga beribu ringgit yang memang bukan jadi hakmilik korang, kini tidak lagi. Wang ansuran yang selebihnya korang boleh asingkan untuk membuat pengubahsuaian seperti memasang grill, mengecat dinding, memikirkan konsep rumah dan memacam lagi.

Tak gituh??!!


Meh kak lily perkenalkan 2 jenis rekaan bentuk rumah di Bayu Sutera ini iaitu rumah 2 tingkat link Celyn Type A/A1 dan Celyn Type B/B1.

Celyn Type A/A1 2-Storey Link Homes



Lot bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan dari 2,142 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air bagi lot tengah dan lot tepi, namun bagi corner pula terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air

Celyn Type B/B1 2-Storey Link Homes


Lot bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan dari 2,142 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air bagi lot tengah dan lot tepi, namun bagi corner pula terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air

Keahlian d’Tempat Country Club Secara Percuma

Kalau korang nak tau di perumahan Bayu Sutera ini, terdapat kelab persendirian yang d’Tempat Country Club khas untuk penduduknya.


Mempunyai keluasan 380,000 kaki persegi, ianya mempunyai kolam renang bersaiz olimpik, beberapa jenis dewan banquet dan persidangan serta kemudahan-kemudahan lain untuk kegunaan untuk beriadah ataupun menjamu selera.


Sebagai kawasan kejiranan yang ideal untuk keluarga, Bayu Sutera juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Pusat Komersial Hab, Food Bazaar, stesen minyak dan pelbagai lagi. Bukan itu saja, sekolah, bank, shopping mall juga tersedia untuk anda nikmati.



Bagi mereka yang ingin dapatkan info lanjut mengenai kediaman impian Bayu Sutera ini boleh layari ke https://bayusutera.com atau hubungi 1-800-88-2688



#BAYUSUTERA 
#BandarSriSendayan 
#ModernHomes 
#OwnHome 
#FirstHomeOwner 
#DreamHome 
#NewHome 
#Freehold 
#LandedProperty 
#SelfSustainingCity 
#PropertyforInvestment 
#PropertyforSale 
#PropertyMarket 
#NegeriSembilan 
#BSSDevelopment