Wednesday, July 21, 2021

ANUGERAH GUARDIAN 2021 KINI KEMBALI!

Hi Korang,

Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya. Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.


Reputasi yang dicemburui yang diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya yang sentiasa mengutamakan pelanggan!

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty berkata:

“Di Guardian, pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang kami lakukan. Kami mendengar keperluan mereka dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan

“Kami juga merasakan bahawa pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini.

“Peraduan penghargaan jenama tahunan yang sangat popular ini benar-benar memberi suara kepada pelanggan kami dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan TERBAIK yang boleh didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.

“Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat. Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna.”

Peraduan tersebut akan menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah dalam ENAM kategori utama iaitu; Jenama Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.




Kategori Jenama Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan kepada Guardian.

Untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah menjemput tujuh  orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati.

Sebagai contoh, kami telah menjemput pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam untuk memilih produk-produk dalam kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Lelaki manakala hos dan penyampai radio, Joe Chang pula memilih produk kegemaran beliau dari kategori Penjagaan Diri Untuk Lelaki.

Untuk produk kategori Penjagaan Peribadi Untuk Wanita, kami telah meminta bintang  gaya hidup dan kecantikan di Youtube, Bella Khan dan Coco untuk memilih kegemaran mereka. Untuk kategori Penjagaan Kulit Untuk Wanita, kami menjemput Anna Khayalan, seorang pengeluar kandungan digital popular dan untuk kategori Solekan Wanita, kami menjemput jurusolek artis profesional Nurul Hazirah untuk memilih kegemaran beliau. Akhir sekali, untuk kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita, kami menjemput ratu kecantikan, pencipta kandungan dan ibu kepada seorang anak, Elecher Lee untuk memilih produk penjagaan kesihatan wanita terbaik kegemaran beliau.

Pelanggan Guardian boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.


Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan. 

Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.

Semua pelanggan yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.

“Selari dengan peningkatan dalam pembelian dalam talian kerana sekatan PKP, kami percaya lebih ramai pelanggan akan mengundi dalam Anugerah kali ini. Ia pasti menarik untuk mengetahui jenama mana yang paling banyak memberi impak sepanjang persekitaran pandemik.

Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan adalah sebuah platform undian pelanggan yang benar-benar unik yang lebih relevan hari ini  kerana Guardian didorong untuk berhubung, berinteraksi dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang terutamanya dalam tempoh Covid-19 ini.

“Jadi kepada semua pelanggan di luar sana, mulalah mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” kata Anna.

Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my

Monday, July 19, 2021

MENTHOLATUM THERAPY LIP BALM Kini Dengan Corak KITTY Edisi Terhad

Hi Korang,

Pemakaian penutup muka di tempat awam adalah wajib untuk kita terus memerangi jangkitan Covid-19. Walaupun kita semua tahu bahawa ini akan membantu mencegah jangkitan virus, penggunaan topeng yang berpanjangan terutamanya di bawah cuaca panas dan lembap boleh menyebabkan bibir kering dan pecah. Oleh itu, bawalah balsam bibir bersama korang untuk memastikan bibir kekal lembap dan terlindung.


Therapy Lip Balm BAHARU Mentholatum ini datang dengan pelbagai ciri menarik dan kini juga dilengkapi dengan corak Kitty Cat Edisi Terhad untuk menawarkan penampilan yang lebih muda dan menarik untuk korang!

Tidak seperti balsam bibir lain di pasaran, Kitty Cat Lip Balm terbaharu dirumus khas untuk membantu memperbaiki dan melembapkan bibir kering dan pecah-pecah. Ia mengandungi Minyak Daun Eucalyptus Globulus dan Minyak daun Pinus Sylvestris yang mempunyai sifat rawatan antiseptik dan anti-radang yang berkesan. Ia juga mengandungi Camphor untuk penyembuhan bibir kering, dan pecah-pecah dengan berkesan.



Selain manfaat perawatan yang berkesan, ia juga diformulasikan dengan Lanolin sebagai bahan pelembap utama yang berfungsi sebagai emolien untuk melegakan dan melembapkan bibir.



Balsam bibir ini juga menawarkan sensasi sejuk segar semasa korang mengoleskannya ke bibir. Oleh itu, jangan sekali-kali keluar rumah tanpa menggunakan Kitty Cat Therapy Lip Balm terutamanya dalam cuaca panas ini kerana ia juga menawarkan perlindungan UV dengan SPF 15. Tidur dengan penyaman udara? Pakai Kitty Cat Therapy Lip Balm sebelum tidur untuk memastikan bibir korang sentiasa lembap!

Korang hanya perlu pulas sahaja sekarang untuk melembapkan dan menyembuhkan bibir korang! 


Pastikan korang membeli Kitty Cat Therapy Lip Balm edisi terhad ketika mengunjungi farmasi nanti, dan gunalah balsam bibir ini di mana sahaja, bila-bila masa dan bila diperlukan untuk memastikan bibir korang lembap! 

Mentholatum Kitty Cat Therapy Lip Balm dijual pada harga RM14.90 (3.5g)




Wednesday, July 14, 2021

Clorox Malaysia Menzahirkan Sokongan Terhadap Bantuan COVID-19

Hi Korang,

Clorox Malaysia sudah sekian lama menyokong usaha-usaha bantuan bencana menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa dan organisasi-organisasi bukan kerajaan.

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, Clorox Malaysia telah menzahirkan sokongan bagi bantuan yang dijalankan dengan memberikan sumbangan kepada dua pusat kesihatan awam utama rawatan pesakit COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 


Sumbangan turut diberikan kepada badan bukan kerajaan, MERCY Malaysia. Clorox Malaysia telah menyumbang sebanyak RM80,000 dalam bentuk produk yang akan dimanfaatkan bagi mengekang penyebaran virus berkenaan terhadap kehidupan seharian, serta di tempat kerja ketiga-ketiga organisasi terbabit.

Pembersihan dan disinfeksi amat penting dalam mengurangkan penyebaran COVID-19, khususnya di fasiliti perubatan yang berisiko tinggi dalam menyebarkan jangkitan daripada pesakit kepada individu yang sihat. Disinfeksi atas permukaan keras dilaksanakan dengan kerap bagi tujuan ini dan amaun produk yang diperlukan setiap hari juga sangat tinggi.

“Kami amat berterima kasih kepada Clorox atas sumbangan yang diberikan,” kata Professor Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah PPUM.


Peluntur Clorox (Clorox Bleach) dan Penyembur Pembersih Pelbagai Guna Clorox (Clorox All Purpose Cleaner Spray) telah disumbangkan bagi pembersihan dan disinfeksi menyeluruh ketiga-tiga fasiliti yang terlibat, sementara Tisu Pembasmi Kuman Clorox (Clorox Expert Disinfecting Wipes) untuk kegunaan harian petugas barisan hadapan, pesakit serta pelawat ke premis-premis berkenaan.

“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan,” kata pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh.

“Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ada antara kita yang melihat sendiri bekalan produk-produk menyahjangkit dan pembersihan di hospital sangat diperlukan. Clorox Malaysia menyediakan sokongan yang diperlukan, kerana kami amat menghargai usaha-usaha yang diluhurkan oleh Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Mercy Malaysia dalam menangani pandemik ini,” kata Paulo M. Lao, Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara.

“Kami amat berbesar hati kerana produk-produk kami dapat membantu dalam membersih dan disinfeksi fasiliti mereka secara berkesan, selain turut dimanfaatkan petugas barisan hadapan, pesakit dan pelawat, bagi persekitaran yang lebih selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan amat penting.”



Beliau menambah, ujian yang dilaksanakan oleh pihak ketiga telah mengesahkan keberkesanan beberapa produk disinfeksi utama Clorox terhadap varian SARS-CoV-2[1] termasuk “Varian of Concern” (VOC) Alpha (UK) dan Beta (Afrika Selatan). Keputusan ini adalah seiring dengan pemakluman Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang menyatakan perubahan genetik virus tersebut tidak akan memberi impak terhadap keberkesanan produk disinfeksi. Ia juga memaklumkan bahawa kesemua produk disinfeksi yang telah diiktiraf untuk membunuh SARS-CoV-2 turut mampu membunuh varian baharu virus tersebut.

Sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung terhadap sumbangan daripada organisasi dan rakyat bagi meneruskan perkhidmatan kami dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Dengan ikhlas hati, kami berterima kasih kepada Clorox Malaysia kerana menghubungi MERCY Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan. Kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Clorox Malaysia dalam membantu menentang pandemik global ini,” tambah Zuraidah Mian, Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia.

Produk disinfeksi dan pembersihan Clorox diagihkan kepada pihak berkenaan awal Jun 2021.



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website Rasmi :

Facebook : 

Instagram : 





Penafian[2]: Produk pembersihan dan disinfeksi Clorox tidak sesuai untuk pengambilan atau suntikan dalam sebarang situasi. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label bagi mengetahui cara penggunaan produk yang betul.

[1] The three strains include SARS-Related Coronavirus 2 (SARS-CoV-2), Isolate hCoV19/England/204820464/2020 (BEI Resources # NR-54000), SARS-Related Coronavirus 2 (SARS-CoV-2), Isolate hCoV19/South Africa/KRISP-EC-K005321/2020 (BEI Resources # NR-54008) and SARS-Related Coronavirus 2 (SARS-CoV-2), Isolate USA/CA_CDC_5574/2020 (BEI Resources # NR-54011). https://investors.thecloroxcompany.com/investors/news-and-events/press-releases/press-release-details/2021/Testing-Confirms-Efficacy-of-Clorox-Products-Against-Variants-of-SARS-CoV-2-COVID-19-on-Surfaces/default.aspx