Friday, July 9, 2021

PKP 3.0 Lebih Hebat Cabarannya

Hi Korang,

Kak lily tak tau dah berapa lama kite ni berPKP kan?? Rasanya dah setahun lebih dah kot. Memang tak tentu arah hidup macam ni di buatnya

Kalau nak di bayangkan dari PKP yang terdahulu, rasanya yang ini memang memberi tamparan hebat bagi kita semua rakyat-rakyat marhaen di Malaysia ni kan.

Bagi kak lily setiap PKP ada cabaran dan fenomenanya yang tersendiri




PKP 1.0

Masa ni semua orang rasa happy dapat bekerja dari rumah. Munculnya trend-trend seperti semua orang jadi chef, semua orang sibuk buat Dalgona Coffee, semua orang sibuk berkebun bagai, menari-menari di Tik Tok dam memacam lagiklah. Even kak lily pun terikut-ikut buat jugak, barulah ikut trend kan. Yang best tuh, membeli belah secara online memang jadi trend lah, kak lily ari-ari dapat parcel pun hah, walaupun aku cuba beli sabun mandi je tapi dah Bahagia dah hahahaha

Dan semua orang takut betul nak keluar rumah, semua ikut prosedur. Polis pun lalu Lalang setiap petang kat taman rumah akak ni, orang pun duk menikus je dalam rumah kan.


PKP 2.0

2 minggu je duduk rumah dah tuh kene kerja so kehidupan kembali normal sket jer, yelah kene pi keje. Tapi nak makan susahnya la hai, kedai ade tapi rider plak tak ramai. Lepas tuh reda sket, dapatlah ber PKPB so bolehlah berjalan ke mall sket kan. Dapat makan kat restoran walaupun meja jauh-jauh kan. Kedai-kedai kecik boleh berniaga seperti biasa ini sudah syukur rasanya


PKP 3.0

Pada mulanya ktorang dapat surat MiTi so kenalah pi kerja tapi rase tak selamat sebab bangunan office tower ktorg tuh, ramai dah mula kena positif Covid mostly staff Huawei. Ya ampun, seram-seram nak tekan button lift cam tuh, balik pun terus balik rumah hah. Tup-tup surat Miti kena tarik plak hah sebab companya ktorang consider non-essential hah. So mulalah balik WFH sampailah ke hari ni dah lebih sebulan pun hah.

Tapi PKP3.0 kali ni..

ramai yang merana, company kecik mula tutup sebab tak boleh sustain, ramai pekerja kena buang, kedai-kedai makan kecik-kecik mulai tumbuh macam cendawan. Orang dah kurang membeli belah barang merepek-repek hah semua duk sibuk beli barang keperluan rumah sebab lebih murah. Walaupun kedai makan banyak di buka untuk takeaway dan delivery mostly ramai orang dah mula masak di rumah, masak simple-simple pun tak per janji dapat berjimat.

Disebabkan desakan hidup, kempen #benderaputih di wujudkan, terima kasih kepada yang memberi idea. Ramai betul rupanya orang yang kehabisan barang makanan di sebabkan tak mampu nak beli. Bukan sebab miskin tapi perbelanjaan tak mencukupi, rela membayar hutang kereta, hutang rumah, hutang kredit kad, hutang pinjaman asalkan tidak di black list, sanggup mengikat perut.

Ini memang sedih sangat sebab yang terkena tuh kekadang rumahnya besar, 2 tingkat, kereta mewah tapi di sebabkan company terpaksa tutup, bisnes tak boleh jalan mereka jadi sebegini.

Itulah dia penangan PKP3.0..

Sangat -sangat mencabar, even kak lily sendiri terasa jugak. Yelah kita dah selalu bekerja tup-tup berkurung lama ermm boleh naik gila rasanya. Alhamdulilah setiap hari masih boleh makan seperti biasa, walaupun simple-simple tapi cukuplah untuk ktorang berdua. Nasib selera tak begitu hebat macam muda-muda dulu heheheheh ewahhh..

Cepat-cepatlah PKP ni habis yer, walaupun Covid 19 ni belum tentu akan hilang dalam sekelip mata, at least kita boleh hidup seperti biasa walaupun di dalam norma baru. Masih boleh bekerja, masih boleh balik kampung jumpa keluarga, masih boleh makan di luar, masih boleh jumpa kengkawan itu pun dah bersyukur dah

Insyallah…



Nikmati tawaran beli-belah sempena ‘Crazy Grand Sale’ di Go Shop!

Hi Korang,

Ayuh kita dapatkan produk berjenama pada harga berpatutan


Go Shop, platform beli-belah dalam talian dan e-dagang utama di Malaysia sedang mengadakan jualan Crazy Grand Sale sehingga 23 Julai dengan pelbagai tawaran hebat produk terlaris bermula harga serendah RM99 dan potongan sehingga 80%. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik ini sekarang dan dapatkan potongan RM20* untuk pembelian seterusnya.

Pelanggan juga dapat menikmati pelbagai program baharu yang menampilkan perkakas rumah, peralatan dapur, barangan kesihatan dan banyak lagi menerusi program Pak Nil in the House pada setiap hari Rabu jam 11 pagi hingga 4 Ogos dan Zero to Hero jam 11 ​​pagi pada 15, 18 dan 29 Julai, di saluran Astro 118. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pelanggan juga bakal disajikan dengan program Kerlipan Aidiladha pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi di saluran Astro 120 hingga 30 Julai.

Berikut adalah senarai antara produk terlaris di Go Shop yang menanti:

· Periuk Tekanan Pintar Primada (Intelligent Pressure Cooker)

· Penggoreng Udara Nakada

· Basikal senaman Ultra Zero eZ

· Pembersih Vakum Tanpa Wayar Khind

· Periuk Shogun Chef Wan 40CM IH

· Baju kurti Leanen

Ikuti rangkaian saluran Go Shop di Astro - Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), CH111 dalam Bahasa Malaysia atau CH303 dalam Bahasa Mandarin, dan saluran MYTV 120. Program TV Go Shop juga boleh distrim melalui laman web dan aplikasi mudah alih. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk berbelanja sekarang.



 

Para pelanggan yang membelanjakan minimum RM150 dalam tempoh kempen boleh menikmati potongan harga RM20 untuk pembelian seterusnya pada bulan Ogos.


Wednesday, July 7, 2021

Massimo Memperkenalkan Roti Artisan Benih Multigrain Dengan Barli, Edisi Khas

Hi Korang,

The Italian Baker Sdn. Bhd., pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium Kanada, flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam, yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ditawarkan untuk tempoh terhad, Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo menggandingkan isi padat lagi lembut dan bijirin ranggup yang enak.


Sementara Massimo mempunyai pelbagai pilihan roti sandwic enak lagi berkhasiat seperti Roti Sandwic dengan Germa Gandum (Sandwich Loaf with Wheat Germ), Roti Gandum Penuh 100% (100% Wholewheat Loaf), Roti Fine Wholemeal (Fine Wholemeal Loaf), jenama tersebut ingin memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan termasuk memperkenalkan roti-roti artisan tradisional dan pilihan pelbagai bijirin yang lebih bermanfaat untuk kesihatan.

Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, “Kami amat teruja memperkenalkan roti sandwic artisan untuk julung kali. Ia menggabungkan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli yang unik serta khasiat nutrisi barli yang telah dikaji secara terperinci.”

Barli tergolong antara ‘super food’, kaya dengan serat yang mempunyai kandungan tinggi bahan antioksidan tokotrienol dan beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol. Pengambilan barli sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat telah menunjukkan dapat mengukuhkan sistem imun badan, membantu dalam pengurusan berat badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan usus, merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melindungi daripada penyakit diabetes. Roti yang diperbuat daripada barli mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, di mana ia dianggap sebagai makanan ruji.



Beliau menambah, “Semenjak pandemik COVID-19 melanda, pengambilan roti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, yang kebanyakan berada di rumah sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan keluarga tersayang. Mengamalkan diet yang berkhasiat sangatlah penting demi mengekalkan kesihatan, terutamanya pada masa kini bila kita lebih kerap makan kerana berada di rumah. Oleh demikian, pembuat roti, saintis makanan, pakar pemakanan serta pasukan penyelidikan dan pembangunan kami telah bekerjasama untuk mengembangkan roti multigrain artisan pertama kami dengan mengimbangkan keperluan nutrisi dan keenakan rasa dengan teliti.”

Pasukan Massimo telah mengumpul dan menganalisis data pengguna yang relevan serta pembelajaran utama daripada Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0), serta daripada pelbagai statistik kesihatan rakyat Malaysia termasuk Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019[1]. Roti Benih Multigrain Dengan Barli Massimo telah dikembangkan untuk memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat, serta memberikan kepuasan selera dan cita rasa rakyat Malaysia.


Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian rakyat Malaysia dengan menyediakan kepelbagaian pilihan roti yang menerajui kebaikan menyeluruh. Roti Massimo terkenal dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat, berasaskan penggunaan bahan-bahan bermutu tinggi dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna, sementara innovasi pengedap keselamatan Tamper-Evident jenama ini memberi ketenangan kepada para pengguna.



Roti Benih Multigrain Denga Barli Massimo (360g), yang merupakan pilihan ideal untuk sandwic, roti bakar atau dimakan begitu sahaja, boleh didapati di kebanyakan peruncit seluruh negara pada harga RM4.90 setiap pek. Ditawarkan untuk tempoh terhad, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kepingan penuh kebaikan ini.



Mengenai Massimo

Sejak diperkenalkan pada 2011, Massimo dikenali sebagai jenama yang mementingkan kebaikan dalam roti. Dibuat dengan penuh kesungguhan seperti di Itali, Massimo memastikan setiap roti buatannya mengandungi rasa, tekstur dan dan perisa yang mematuhi standard kecemerlangan tinggi jenama dan warisan Massimo. Jenama ini kemudiannya semakin berkembang dan kini merupakan antara roti paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada untuk sarapan atau kudapan. Massimo hanya menggunakan bahan terbaik dengan vitamin dan nutrien bagi memberi tenaga yang diperlukan.

Semua produk roti Massimo dihasilkan menerusi kepakaran pasukan R&D di The Italian Baker Sdn Bhd. The Italian Baker Sdn Bhd merupakan sebuah firma dengan pengiktirafan FSSC 22000 yang komited dalam menghasilkan produk yang menyihatkan, selamat, berkualiti tinggi, berbaloi harga menerusi R&D yang terperinci, inovasi dan pemahaman yang baik mengenai cita rasa, keperluan nutrisi dan keutamaan pengguna di Malaysia.

[1] Institut Kesihatan Umum 202. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019: Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan, dan literasi kesihatan - Penemuan utama