Hi Korang,
Kopi memang tidak boleh di pisahkan dengan kak lily. Setiap hari sekurang-kurangnya mesti nak pekena secawan dua sebagai bekalan tenaga sepanjang hari.
Menikmati minuman di rumah dengan campuran bahan unik yang pasti mempersonakan selera minum petang atau sarapan pagi kita semua.
Kak lily memang tak preference kopi yang paling kak lily suka, sebolehnya ianya segar dan enak di minum tak kiralah panas ataupun sejuk. Tapi yang paling senang sekali adalah kopi yang ready to drink yang mana cuma tambahkan air panas dan sedia untuk di minum.
Banyak juga kopi-kopi yang sebegini di pasaran dan yang paling kak lily gemari adalah kopi ‘ready to drink’ dari Aik Cheong ini yang mana ianya mempunyai pelbagai pilihan rasa seperti Teh Tarik , Choco Latte, White Coffee, Cappuccino, Matcha Latte dan sebagainya.
Kalau korang nak tau yang, Aik Cheong merupakan jenama minuman kopi sejak 50 tahun yang lalu yang mula bertapak di bandar bersejarah Melaka. Mula di kenali sebagai Aik Cheong Coffee Roaster Sdn. Bhd. dua tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi. Memulakan perniagaan kedai kopi di Jalan Temple di bandar lama Melaka dengan kesegaran aroma biji kopi yang di panggang menggunakan biji kopi yang di import dari Indonesia, Filipina dan juga Amerika Selatan.
Dua tiga tahun kebelakangan ini, Aik Cheong Coffee telah memberi fokus kepada perkembangan dan perubahan semasa dengan menghasilkan produk terkini dan lebih berinovasi seperti produk yang telah berjaya mencipta satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali “IT’S more than just”. Produk ini dilancarkan pada tahun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 juta cawan berjaya dijual pada tahun tersebut.
Masih mengekalkan minuman kopi sebagai produk keunggulan Aik Cheong kini tampil dengan pelbagai pilihan minuman yang menepati citarasa moden rakyat Malaysia khasnya dalam penyediaan minuman gabungan citarasa yang lain dari yang lain.
IT’S Series Aik Cheong Coffee
Macam kak lily, kopi memang menjadi keperluan setiap hari.
Namun nak membancuh sendiri tuh agak malas hahahahh dan lagipun nak cepat so pilhan mudah adalah kopi ‘ready to drink’ ini. Korang pun pun kan!!
Apa kata korang yang suka minuman segera ni cuba 6 pilihan gabungan rasa unik dalam secawan kopi segera IT’S Series Aik Cheong Coffee .
Minuman 'pick me up' dengan 6 pilihan rumusan terbaharu Aik Cheong Coffee. IT'S siri dari Aik Cheong di bungkus dalam cawan mudah di bawa ke mana-mana yang mampu menceriakan dan memberi kelainan rasa dalam pilihan minuman. Tampil dengan 6 pilihan perisa minuman yang di bezakan oleh 6 warna berbeza.
merah - IT'S Long Black Extra Short
kuning - IT'S Flat White Extra Short
Oren - IT'S Teh Tarik Gula Melaka
hijau - IT'S Matcha Latte Nata De Choco
biru - IT'S Cappuccino Choco Topping
pink - IT'S Chocolate Marshmallow
Di dalam setiap cawan telah di sedia kan pek pek rumusan minuman yang korang hanya perlu masukkan air panas dan campurkan mengikut urutan nombor pada pek kecil dan nikmatinya di setiap waktu di mana sahaja. Contohnya kak lily inginkan secawan IT'S Flat White Extra Short di mana kak lily cuma campurkan air panas adunkan pek pertama no 1 - rumusan IT'S Flat White ,kenudian ana masukkan pek kecil no 2 - Freeze Dried Coffee dan pek ke no 3 Brown Sugar dan tadaaaaa siaplah satu minuman segar dengan rasa yang amat unik dan memukau.
IT’S Granola Aik Cheong Coffee
Dengan konsep minuman beroat "easy oat easy go ", kini kita boleh menikmati kebaikan khasiat oat sebagai menu sampingan atau topping makanan yang menyihatkan. Dalam setiap pek Granola Aik Cheong Coffee mengandungi khasiat seperti
1. rolled oat panggang, madu dan minyak canola yang kaya dengan sumber serat yang tinggi dan
2. buah-buah kering & kekacang yang membekalkan mineral dan bahan anti oksidan bersama
3. yogurt bites yang baik untuk pencernaan.
Granola Aik Cheong Coffee hadir dalam dua pilihan variasi iaitu Mixed Berries & Mixed Fruits and Nuts. Cadangan makanan bersama yogurt segar, sebagai topping yang ranggup untuk sebarang menu , juga sesuai untuk makanan ringan ( snack ) dan minum bersama susu. Memang sedap.
Cara penyediaannya cukup mudah untuk sajian sebagai snack, korang cuma masukkan air panas dan nikmatinya. Untuk dijadikan topping pula tuangkan sahaja ke atas yogurt atau aiskrim atau pun susu, pasti sedap kan...
IT'S SIXPACK series terbaharu dari Aik Cheong Coffee
Yesza inilah yang kak lily nak kongsikan dengan korang nieh
Siri terbaharu dari Aik Cheong Coffee.. IT'S SIXPACK !! Memang awesome sangat di mana kini kita boleh menikmati 4 pilihan minuman dengan pelbagai topping dan kombinasi adunan yang sedia mudah untuk di minum.
Gituewww
Di dalam setiap kotak IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee menampilkan 4 pilihan minuman iaitu IT'S White Coffee Salted Gula Melaka, IT'S Chocolate Marshmallow, IT'S Cappuccino Choco Topping and IT'S Teh Tarik Gula Melaka yang korang boleh 'mix & match' dan mencipta citarasa minuman yang sangat unik dan baharu. Dengan konsep minuman gaya moden IT'S SIXPACK tampil dengan kelebihan berbanding jenama minuman biasa yang ada di pasaran dengan konsep Formula Unik, ianya istimewa dan limited dimana proses pengeluaran eksklusif dari bahan mentah hingga ke rekabentuk, ianya lebih dari sekadar minuman malahan memberi kegembiraan kejutan dan harapan dan rasa dan topping unik yang boleh ditambah dan disesuaikan dengan bebas.
Di dalam setiap pilihan perisa minuman, di sertakan pek-pek bahan dengan citarasa terkini dan moden bersama topping pilihan yang unik. Korang cuma perlu campurkan air panas, campurkan sendiri dari setiap pek dan taburkan topping dan sedia untuk di nikmati di mana-mana pada bila-bila masa.
Lebih Senang
dimana minuman segera ini semudah 1,2,3 langkah
Berpatutan
semua orang boleh minum tak kira di rumah atau di tempat kerja
Reka bentuk
ia datang dalam kapasiti yang besar dengan reka bentuk yang disesuaikan mengikut keperluan.
Ni kak lily perkenalkan satu persatu daripada 4 pilihan IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee.
IT'S White Coffee Salted Gula Melaka
Hadir dalam kotak putih di dalamnya terdapat 2 sachet No1 adalah White Coffee Salted Gula Melaka Premix dan Sachet No2 adalah Freezed Dried Coffee. Adunan yang memberikan citarasa klasik kopi putih berkrim, asli dan beraroma di padukan dengan rasa enak gula melaka pasti memberikan citarasa klasik yang mempersonakan. Tambahan pula, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana “index glycemic” yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral.
IT'S Cappuccino Choco Topping
Yang ini pula IT'S Cappuccino Choco Topping yang mana ianya gabungan minuman Cappuccino bersama dengan topping chocolate yang sangat nyaman dan segar. Mengandungi 3 sachet No1 Cappuccino Premix , No2 Choco Topping dan No3 Brown Sugar.
IT'S Chocolate Marshmallow
Di kotak pink IT'S SIXPACK ini pula merupakan IT'S Chocolate Marshmallow yang di dalamnya mengandungi 3 sachet No1 Chocolate Premix, No2 Marshmallow dan No3 Brown Sugar. Sesuai di minum di kala waktu petang di halaman rumah sambil menikmati keindahan alam. Ewahhh gituew dong..
IT'S Teh Tarik Gula Melaka
Dan yang terakhir ini adalah IT'S Teh Tarik Gula Melaka . Sesuai sebagai di minum tak kira di mana jua dan apa jua keadaan. Di datangkan dalam kotak jingga dengan 2 sachet No1 Teh Tarik Gula Melaka Premix dan No2 Nata De Choco sebagai topping yang unik dan sedap.
So cam ne??
Rasa teruja nak cuba tak??
Setiap kotak IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee ini terdapat 6 sachet dan sebab itu di namakan SIX PACK. Jom dapatkannya di pasaraya terpilih seluruh Malaysia iaitu di AEON BIG, GIANT dan MYDIN atau mudah sangat dapatkannya di SHOPEE & LAZADA.
SHOPEE : https://shopee.com.my/aikcheong
WEBSITE : https://www.aikcheong.com.my/
Jom ikut Aik Cheong di social media berikut :
Aik Cheong Coffee Facebook : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee
Aik Cheong Coffee Instagram : aikcheong_official
IT's more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT's more than just IG : its_by_acc
#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己
#BeYourSelfAlways
#itsbyacc
#itsmorethanjust
#ITS
#ItsCup
#itstimetobelieve
#Hoot9eeeee
#InilahMasanya
#VITAMEDIA
#ASKPERT