Friday, June 4, 2021

SDEC DAN SHOPEE UMUMKAN KERJASAMA BAGI KEMPEN SARAWAK DIGITAL MALL

Hi Everyone,

Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak akan bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee untuk memulakan kempen 'Sarawak Digital Mall', dengan objektif memacu jualan bagi penjual dari Sarawak di platform tersebut. Kerjasama ini akan memanfaatkan puluhan ribu peniaga baharu dan sedia ada di platform tersebut dengan menawarkan insentif seperti baucar-baucar diskaun dan penghantaran percuma berjumlah RM1 juta kepada peniaga yang mengambil bahagian.


SDEC ialah sebuah agensi milik kerajaan yang diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak. Antara bahagian yang diutamakan ialah Perniagaan Digital, di mana pendigitalan usahawan Sarawak merupakan fokus utama.

“Ia amat penting bagi para usahawan untuk mula menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Dalam zaman teknologi ini, orang ramai lebih gemar berurusan melalui telefon bimbit atau komputer. Dengan menerapkan aspek pendigitalan, ia mewujudkan peluang yang lebih besar kepada para penjual ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, En. Sudarnoto Osman.

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama ini bakal menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan PKS Sarawak. Langkah ini adalah penting terutama pada masa di mana kes-kes COVID-19 yang meningkat di rantau ini telah mengakibatkan hampir setiap industri diberhentikan secara fizikal.

Sudarnoto menambah bahawa walaupun Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan warisan, banyak produk tempatan negeri ini masih belum dikenali ramai disebabkan pendedahan dan kebolehcapaian yang kurang.

"Dengan baucar diskaun yang diberi dalam kempen ini, para peniaga Sarawak akan dapat menjual produk tempatan mereka pada nilai yang lebih kompetitif di pasaran Malaysia dan serantau yang lebih luas, tanpa dihalang oleh bayaran penghantaran yang membebankan," ujarnya.



Pada masa yang sama, Shopee juga akan membantu lebih ramai penjual tempatan Sarawak untuk menyertai Shopee. Shopee juga menyediakan kursus keusahawanan menerusi Shopee University, satu bengkel latihan atas talian percuma yang disediakan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Kursus ini disesuaikan untuk membantu para peniaga tempatan yang mengambil bahagian dalam perjalanan digitalisasi mereka bersama kempen Sarawak Digital Mall.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk memperkasakan perniagaan-perniagaan kecil, terutama mereka yang kurang memiliki akses kepada platform teknologi dan potensi yang boleh mereka manfaatkan dengan menjalankan perniagaan atas talian. Menerusi kerjasama bersama kerajaan negeri Sarawak, kami menghapuskan batasan geografi antara para penjual dan pelanggan. Ini memberi akses kepada pembeli walaupun berada di Semenanjung untuk menikmati produk seperti beras bario, gula apong, ikan terubuk masin dan banyak lagi, dalam pada kami terus memperjuangkan misi kami untuk menjadikan e-dagang untuk semua. Kami turut memahami bahawa ada warga Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka dan amat merindui Sarawak serta pelbagai masakannya. Mereka boleh memanfaatkan baucar yang disediakan oleh SDEC. Shopee akan membantu lagi dengan penghantaran percuma terutamanya semasa 6.6 Jualan Hebat ini. Ini juga akan membantu para penjual tempatan yang mengambil bahagian dalam meningkatkan jualan mereka."

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarawak Digital Mall di Shopee, layari https://shopee.com.my/m/sarawak.


Tuesday, June 1, 2021

Jenama FANBO - Penjagaan dan Kecantikan Wajah Untuk Orang Asia

Hi Korang,

Kiter citer pasal skincare lagikk…

Keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan kulit wajah kita mudah terdedah dengan pelbagai masalah. Jadinya kita perlu bijak memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit wajah kita.


Kalau korang nak tau yang jenama FANBO produk penjagaan dan kecantikan wajah dari Indonesia. Apa yang menarik jenama ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran iaitu dari tahun 1968. Mempunyai reputasi yang cukup baik, produk yang ditawarkan sesuai kegunaannya untuk semua peringkat umur.

Fanbo sememangnya terkenal dengan kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit dan berbaloi dari segi manfaat yang ditawarkan. Jenama yang cukup gah di negara seberang Indonesia, kini telah memulakan langkah baru untuk memasarkan di Malaysia.

Salah satu inisiatif untuk berkongsi kebaikan produk yang berdekad melalui proses penyelidikan dan pembangunan bagi mengekalkan yang terbaik. Apatah lagi formulasinya yang tahan lama, ringan dan mudah diserap dapat memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.

Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia,

Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa.

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita. Produk Fanbo dapat membantu bukan sahaja melembapkan kulit bahkan melindunginya daripada anasir luar. Ia juga mesra wuduk, oleh itu kita tidak perlu memperbaharui solekan selepas membersihkan muka.

Precious White


Rangkaian Precious White, adalah formulasi dari ekstrak Sakura. Ianya dapat melembapkan kult supaya lebih sihat dan segar. Bersifat ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing dan mekap dengan mudah. Dengan provitamin dan ekstrak Sakura dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.

Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian kita seharian.


Rangkaian produk Precious White terdiri daripada: 

Facial Foam

Milk Cleanser

Face Toner

Moisturizer

Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.

Pancake Powder



Produk Pancake Powder dihasilkan daripada kajian yang telah dilakukan di mana bedak ini perlu sesuai untuk semua jenis muka dan sesuai rona kulit masyarakat tempatan. 


Menggunakan formulasi daripada tepung jagung yang berfungsi untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit. Zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Dan pancake powder ini sememangnya sangat sesuai untuk iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.


Didatangkan dalam pelbagai ton warna kulit. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian.

Antara warna yang sesuai dengan kulit orang Asia. Sawo matang, cerah Asia dan tidak berapa gelap.

Pensel kening


Untuk membantu korang menyerlahkan bahagian kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.



Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:






#FanboMalaysia
#FanboMY
#FanboEffortlessbeauty
#FanboGold
#FanboPreciousWhite


Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, Kelakar Tak Henggat!!

Hi Korang,


Asam di darat
Burung tempua di laut
Dalam kuali kite bertemu jua nanti, pak jabit haahhaahahhahahaha

Serious memang kelako wei, kak lily sambil menaip pun masih teringat-ingat dialog citer nieh.

Korang kalau bukan kaki filem Mamat Khalid, korang agak payah nak faham watak-watak dalam filem muzikal ni. Kak lily memang perlukan hiburan di musim-musim Covid ini so inilah citer-citer yang kak lily layan, dari Hantu Kak Limah, 16 Puasa hinggalah Kampung Pisang Bersiri-Siri.

So bila ada filem 'Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa' ni terus jer kak lily subscribe kat Astro First, saluran 480 bermula 27 Mei ini kalau nak streaming pun boleh di Astro Go atau On Demand.


KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA
TARIKH TAYANGAN : 27 Mei 2021
PENGARAH : Mamat Khalid
PRODUKSI : Astro Shaw & Enjit-Enjit Semut

PELAKON : Dato Awie, Nazeera Sardi, Kaka Azraff, Siti Elizad Sharifuddin, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Imuda, Raja Azmi


SINOPSIS KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA

Seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian. Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Baca synopsis dah kelako kan hahhahaha..



Yang best korang bole sing a long sambil tengok citer ni, dah nama pun muzikal kan so nyanyi-nyanyilah kita bagai.

Ni kak lily listkan lagu-lagunya:-

Cahaya Di Aidifitri’ (Kazar Saisi, Dewa Sapri, Mok Ram & Nazeera Sardi),

‘Pulang’ (Joey Daud),

‘Suasana Hari Raya’ (Yah Kuchei & Aziz M Osman),

‘Doa Di Hari Mulia’ (Yah Kuchei),

‘Selamat Hari Raya’ (semua barisan pelakon),

‘Halaman Asmara’ (Kaka Azraff & Datuk Awie),

‘Di Persimpangan Dilema’ (Nazeera Sardi),

‘Kekasih Awal Dan Akhir’ (Datuk Awie),

‘Belaian Jiwa’ (Bell Ngasri)

Jika Kau Bercinta Lagi (Bell Ngasri)

‘Pantun Budi’ (Mat London, Datuk Awie, Mok Ram, Ahmad Yassin).


Untuk layan gelak-gelak kak lily memang syorkan citer nieh sebab sepanjang masa gelak tak henti-henti, ada isu keluargaan, isi cinta 3 segi dan banyak lagi.

Ianya filem ringan dan sesuai di tonton oleh seisi keluarga

Alah RM15.90 bukan mahal pun tayangan 2 hari, lagi murah dari secawan Caramel Frappacino kat Starbucks tuh ekk hahahahhaha…