Sunday, May 30, 2021

GUARDIAN MALAYSIA TURUNKAN DAN KUNCI HARGA 1,500 BARANGAN KEPERLUAN

Hi Korang,

Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif seluruh negara untuk menurunkan dan mengunci harga 1,500 barangan keperluan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi untuk membantu mengurangkan impak cabaran kewangan yang diakibatkan oleh pandemik.


Harga-harga barangan ini telah diturunkan dan akan dikekalkan untuk sepanjang tahun ini agar pelanggan tidak perlu berkunjung ke banyak tempat untuk mendapatkan tawaran-tawaran hebat, kata Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia).



Beliau berkata: “Kami telah mendengar keluhan pelanggan dengan teliti apa yang mereka inginkan, terutamanya berikutan penularan wabak ini dan telah membuat keputusan untuk membantu mereka dengan mengunci harga 1,500 barangan keperluan pada harga yang rendah untuk melindunginya daripada turun naik.

Inisiatif ‘Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah’ (Low Prices Locked To Stay Low) adalah usaha serantau oleh Guardian SEA yang menggarisbawahi komitment Kumpulan syarikat kami dalam memastikan harga barangan keperluan harian seperti mandian, penjagaan rambut, kebersihan diri, vitamin dan makanan tambahan, kekal berpatutan sepanjang tempoh yang mencabar ini ketika dimana para pelanggan semakin berusaha untuk menambah nilai wang mereka.

“Para pelanggan kami di seluruh negara, termasuk mereka yang gemar membeli secara dalam talian, boleh menikmati harga-harga yang berpatutan dan nilai hebat, setiap hari untuk sepanjang tahun ini. Kami percaya para pelanggan kami akan menghargai bentuk sokongan seperti ini dalam persekitaran yang tidak menentu kini,” tambah beliau.

Lauridsen berkata pemilihan produk harga rendah dikunci adalah berdasarkan kajian Guardian ke atas tabiat membeli dan tingkah laku pengguna. Ia menunjukkan barangan yang sering dibeli seperti mandian Dove, syampu Pantene, Ubat gigi Darlie dan Panadol Actifast.

Pelanggan kami juga menunjukkan bahawa kebolehmilikan (affordability) adalah penting, ia adalah fokus inisiatif kami,” jelas beliau.


Meninjau hasil kajian tersebut dan mengambilkira keprihatinan mendalam terhadap penjagaan kesihatan, sejumlah 35% daripada keseluruhan barangan adalah barangan keperluan kesihatan, yang dipilih dengan teliti agar ia lebih mudah dimiliki.

Dalam iklim seperti sekarang, Guardian menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk jenama sendiri Guardian kerana harganya yang menarik dan kualiti yang dipercayai. Oleh itu, semua harga produk Jenama Guardian telah diturunkan dan dikunci dalam inisiatif ini.

Lauridsen berkata: “Pelaburan kami dalam inisiatif ini adalah selari dengan komitmen Guardian untuk mengutamakan pelanggan dalam apa jua keadaan, memahami keperluan mereka sebagai peneraju destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan yang dipercayai di Malaysia.

“Di samping itu, kami kekal komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan walaupun dalam iklim ekonomi yang mencabar - kami telah melabur dalam penambahbaikan stor dan beberapa pembukaan stor baru pada tahun lalu dengan tumpuan untuk menyediakan lebih banyak akses kepada perkhidmatan dan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti kepada pelanggan, semuanya di satu destinasi.”

“Inisiatif kami bukan sekadar harga yg hebat. Kami telah bekerja keras dan telah menjadi pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti, disokong oleh sekumpulan besar ahli farmasi. Guardian kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang yang berdedikasi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan semua pelanggan kami,” tambah Lauridsen.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah Guardian, sila layari www.guardian.com.my atau berkunjung ke stor berhampiran


KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYANTUNI PASUKAN BARISAN HADAPAN SEBAGAI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

Hi Korang,

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah menyumbangk barangan bernilai RM35,000 kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya yang diharapkan dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Sumbangan barangan makanan dan penjagaan diri ini merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan kerja keras pasukan ini yang sedaya-upaya mengekang wabak Covid-19.


Ketika bulan Ramadhan pada Pada 5 Mei yang lalu, Suria KLCC telah menyumbangkan barangan makanan benilai RM20,000 kepada lebih 3,500 pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh untuk mempermudahkan mereka berbuka puasa dengan juadah yang telah dipesan khas oleh Suria KLCC dari salah sebuah restoren yang beroperasi di pusat membelibelah itu, Serai, beserta kueh raya. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur oleh pengurus komunikasi korporat Suria KLCC, Sherina Khairi.


Pada 3 Mei pula, pusat membeli belah Alamanda Putrajaya telah mengagihkan barangan makanan bernilai RM15,000 beserta bubur lambuk kepada pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan pasukan polis daerah Putrajaya. Ianya telah diserahkan oleh Pengurus Besar pusat membeli belah Alamanda Putrajaya, Ameer Thajudeen kepada Timbalan Pengarah Pentadbiran Hospital Sungai Buloh, Puan Nur Hazwani Binti Rabuan yang menerima bagi pihak Hospital Putrajaya dan ACP Hj. Mohd Fadzil Bin Ali, OCPD Putrajaya.



Di Pantai Timur pula, Mesra Mall meneruskan tradisi menceriakan masyarakat tempatan dengan menyumbangkan duit raya kepada 25 anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Kemasek bernilai RM250 pada 2 Mei. Ketika majlis itu juga, anak-anak yatim ini juga menerima barangan makanan sumbangan peniaga-peniaga di pusat membeli belah ini seperti Siti Khadijah, Big Apple Donuts & Coffee, Al-Ikhsan, Nasi Kandar Hameed, Muslym Shop, Yong Tau Foo dan Rasa Sayang. Pengurus Besar Mesra Mall, Baldev Singh telah menyampaikan duit raya dan barangan makanan tersebut kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Bin Mohamad Desa di perkarangan Mesra Mall.

Sebelum itu, pada 29 April, Mesra Mall juga telah menyerahkan bubur lambuk kepada pekerja barisan hadapan pegawai keselamatan dan pasukan Bomba di dalam Daerah Kemaman sempena sambutan Nuzul Quran.

Ketua Pegawai eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Ketika negara berusaha menangani pandemik ini, Suria KLCC berbesar hati untuk sama-sama memainkan peranan menjadikan pusat membeli belah kami selamat untuk membeli belah dan menjamu selera. Sebagai pemilik pusat membeli belah yang bertanggungjawab, kami sentiasa buat yang terbaik bagi memastikan kebersihan diutamakan untuk pelanggan kami pada setiap masa untuk terus berganding bahu dengan pasukan barisan hadapan dalam membanteras pandemic ini.”

Untuk info lanjut mengenai pusat membeli belah kami, layari:


Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre



Friday, May 28, 2021

Program realiti ‘All Together Now Malaysia’ Mulai Jun 2021

 Hi Korang,

Program realiti All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur. Penyertaan adalah terbuka secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. Barisan peserta juga bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa untuk diketengahkan dalam lagu persembahan masing-masing. Juara ‘ATNMY’ musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi.


Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

‘ATNMY’ masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.


Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku ‘Hos’ ini terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.

Mengangkat tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’, penerbitan ‘ATNMY’ musim pertama turut memperkenalkan konsep muhibah menerusi pemilihan barisan juri serta menyaksikan penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Bakal diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku Kapten Juri’, kesemua 50 juri yang telah dilantik adalah terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.


PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO


Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria

“Bagi mengorak langkah ke hadapan sebagai perintis industri kandungan harta intelek (IP) utama di Malaysia, Astro amat komited dalam memperkenalkan kepelbagaian merangkumi format kandungan tempatan dan kandungan adaptasi antarabangsa bagi memenuhi citarasa audiens.

Setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang membabitkan penyertaan amatur, saluran Astro Ria kini dengan berbesar hati menganjurkan program ‘ATNMY’ bagi mengubat kerinduan orang ramai terhadap program-program sebegini.

Kali terakhir Astro Ria menganjurkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada format antarabangsa seumpama ini ialah menerusi program fenomena Akademi Fantasia yang kali terakhir diterbitkan pada tahun 2017 untuk edisi ‘AF Megastar’. Caturan berani Astro dalam memperkenalkan konsep realiti yang cukup asing di kalangan audiens tempatan pada tahun 2003 ketika itu ternyata telah membuka satu lembaran baharu yang mengubah landskap dunia hiburan secara drastik.

Sebenarnya proses adaptasi bukanlah mudah seperti yang disangka. Selain terikat dengan garis panduan format asal yang ketat, setiap perincian mesti diambil kira bagi memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan adab resam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi memberikan kelainan yang unik, olahan kreatif di luar kotak juga harus disuntik bagi memastikan keseragaman ‘look and feel’ format asal dapat dikekalkan.

Panel perunding rasmi yang dilantik oleh pihak Banijay Rights iaitu ‘format owner’ program ini juga telah ‘diterbangkan’ khas secara maya dari Amsterdam dan Polland untuk berkongsi pengalaman serta memberikan latihan industri dan khidmat nasihat kepada pihak produksi sebagai persediaan dalam merealisasikan penerbitan ‘ATNMY’.

Selain itu, kesesuaian norma baharu juga turut dititik beratkan. Sebagai contoh untuk program ‘ATNMY’, 50 juri selebriti akan diketengahkan berbanding format sebenar yang menampilkan 100 orang juri. Barisan juri untuk versi tempatan cuma membawa masuk separuh daripada jumlah asal kerana mengambil kira SOP dan kapasiti yang dibenarkan susulan krisis Covid-19.

Untuk makluman semua juga, program ‘ATNMY’ ini sebenarnya sudah dua kali ditunda daripada tarikh asal yang dijadualkan akibat situasi ketidaktentuan pandemik pada ketika ini. Namun begitu, strategi pemantapan kandungan telahpun diatur dengan teliti agar tidak menjejaskan mutu penganjuran sekaligus menjamin kepuasan tontonan yang maksima kepada penonton di rumah.

Walaupun program ini baru sahaja dilancarkan, namun pihak produksi sudahpun memulakan misi pencarian bakat untuk menyertai musim seterusnya. Sesi uji bakat musim kedua kini secara rasminya sudahpun dibuka secara online. Emelkan pautan video penyertaan anda ke ujibakat@astro.com.my sebelum 30 Mei 2021 untuk disenarai pendek.

Semoga program ‘ATNMY’ ini dapat mengulangi fenomena program-program yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro. Selamat menonton!”


TRIVIA MENGENAI ‘ATNMY’

 

1.      Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.

 

2.      Selain Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku Hos’, program ‘ATNMY’ turut membawa masuk gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar bagi memeriahkan musim pertama sebagai ‘Hos’ untuk program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.

 

3.      Manakala pengacara Go Shop, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

 

4.      Meskipun penganjuran  musim pertama program ‘ATNMY’ berlangsung ketika krisis pandemik Covid-19 melanda, namun sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan penerimaan keseluruhan hampir 3000 buah jumlah video penyertaan secara online. Daripada jumlah tersebut, hanya 214 jumlah penyertaan yang berjaya terpilih untuk menyertai musim ini sama ada secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. 214 buah penyertaan tersebut melibatkan hampir 250 orang jumlah keseluruhan peserta yang bertanding.

 

5.      Antara peserta yang bakal mewarnai musim pertama termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara  Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash, Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.

 

6.      Selain konsert mingguan yang akan bersiaran selama 10 minggu, sebuah episod khas turut diterbitkan sempena meraikan ulang tahun Astro yang ke-25 pada tahun ini. Barisan peserta yang bakal menyertai episod khas tersebut adalah daripada kalangan bekas-bekas peserta program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked  Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Tarikh  siaran episod istimewa tersebut masih belum  ditetapkan dan akan diumumkan kelak.

 

7.      Keseluruhan rakaman telah mengambil masa 33 hari untuk diselesaikan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua garis panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN & KKM juga telah dipatuhi semasa rakaman ini dijalankan.

 

8.      Antara cabaran terbesar sepanjang penganjuran program ‘ATNMY’ ialah terikat dengan jadual dan garis masa yang cukup padat susulan perlaksanaan PKP. Oleh kerana rakaman program ini melibatkan penglibatan pasukan yang besar, pihak produksi juga turut berdepan dengan cabaran untuk mengawal jumlah kapasiti yang besar pada satu masa agar tidak melanggar SOP sekaligus memastikan keselamatan semua pihak dapat diutamakan.

 

9.      Selain itu, pihak produksi Astro juga harus membuat perancangan rapi bakal memastikan segala maklumat sulit terutamanya yang berkaitan dengan barisan penuh juri dan keputusan pertandingan tidak tersebar sebelum pengumuman rasmi dibuat kepada umum khususnya pihak media.


FORMAT PENJURIAN ‘ATNMY’

 

Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Seramai 24 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi.

Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.




SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY’





1.      Dato’ AC Mizal

2.      Syamel

3.      Ernie Zakri

4.      Mark Adam

5.      Noryn Aziz

6.      Erra Fazira

7.      Tuju [K-Clique]

8.      Siti Nordiana

9.      Zizan Razak

10.  Tabby [Dolla]

11.  Khai Bahar

12.  Zizi Kirana

13.  Jaclyn Victor

14.  Linda Nanuwil

15.  Andi Bernadee

16.  Bob Yusof

17.  Nana Mahazan

18.  Shiha Zikir

19.  Sissy Imann

20.  Chubb-e

21.  Mimi Fly

22.  Aina Abdul

23.  Ifa Raziah

24.  Sarah Suhairi

25.  Catriona Ross

26.  Azzam Sham

27.  Dafi Ismail

28.  Ara Johari

29.  Azira Syafinaz [DeFam]

30.  Liza Hanim

31.  Yusuf Bahrin

32.  Angel [Dolla]

33.  Joey Daud

34.  Acong

35.  AzfarHeri

36.  Yaya Zahir

37.  Kelly Azman

38.  Jad Lobo

39.  Harith Zazman

40.  Kaka Azraff

41.  Haniff Hamzah [ERA]

42.  Falyq Hikyle [SINAR]

43.  Ean [HITZ]

44.  Suresh [RAAGA]

45.  Alvin Chong

46.  Daniel Cheang

47.  Vanessa Reynauld

48.  Neeta Manisha

49.  Thanuja

50.  Kidd Santhe




INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘ATNMY’



Rangkaian program ‘ATNM’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 31 Mei 2021. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam bermula 5 Jun 2021.

Manakala rakaman konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021.  Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘ATNMY’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).

Program khas ‘ATN Malaysia Extended’ pula akan menyiarkan klip video bloopers menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 7 Jun 2021.

Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 6 Jun 2021.