Friday, May 28, 2021

Program realiti ‘All Together Now Malaysia’ Mulai Jun 2021

 Hi Korang,

Program realiti All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur. Penyertaan adalah terbuka secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. Barisan peserta juga bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa untuk diketengahkan dalam lagu persembahan masing-masing. Juara ‘ATNMY’ musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi.


Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

‘ATNMY’ masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.


Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku ‘Hos’ ini terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.

Mengangkat tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’, penerbitan ‘ATNMY’ musim pertama turut memperkenalkan konsep muhibah menerusi pemilihan barisan juri serta menyaksikan penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Bakal diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku Kapten Juri’, kesemua 50 juri yang telah dilantik adalah terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.


PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO


Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria

“Bagi mengorak langkah ke hadapan sebagai perintis industri kandungan harta intelek (IP) utama di Malaysia, Astro amat komited dalam memperkenalkan kepelbagaian merangkumi format kandungan tempatan dan kandungan adaptasi antarabangsa bagi memenuhi citarasa audiens.

Setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang membabitkan penyertaan amatur, saluran Astro Ria kini dengan berbesar hati menganjurkan program ‘ATNMY’ bagi mengubat kerinduan orang ramai terhadap program-program sebegini.

Kali terakhir Astro Ria menganjurkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada format antarabangsa seumpama ini ialah menerusi program fenomena Akademi Fantasia yang kali terakhir diterbitkan pada tahun 2017 untuk edisi ‘AF Megastar’. Caturan berani Astro dalam memperkenalkan konsep realiti yang cukup asing di kalangan audiens tempatan pada tahun 2003 ketika itu ternyata telah membuka satu lembaran baharu yang mengubah landskap dunia hiburan secara drastik.

Sebenarnya proses adaptasi bukanlah mudah seperti yang disangka. Selain terikat dengan garis panduan format asal yang ketat, setiap perincian mesti diambil kira bagi memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan adab resam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi memberikan kelainan yang unik, olahan kreatif di luar kotak juga harus disuntik bagi memastikan keseragaman ‘look and feel’ format asal dapat dikekalkan.

Panel perunding rasmi yang dilantik oleh pihak Banijay Rights iaitu ‘format owner’ program ini juga telah ‘diterbangkan’ khas secara maya dari Amsterdam dan Polland untuk berkongsi pengalaman serta memberikan latihan industri dan khidmat nasihat kepada pihak produksi sebagai persediaan dalam merealisasikan penerbitan ‘ATNMY’.

Selain itu, kesesuaian norma baharu juga turut dititik beratkan. Sebagai contoh untuk program ‘ATNMY’, 50 juri selebriti akan diketengahkan berbanding format sebenar yang menampilkan 100 orang juri. Barisan juri untuk versi tempatan cuma membawa masuk separuh daripada jumlah asal kerana mengambil kira SOP dan kapasiti yang dibenarkan susulan krisis Covid-19.

Untuk makluman semua juga, program ‘ATNMY’ ini sebenarnya sudah dua kali ditunda daripada tarikh asal yang dijadualkan akibat situasi ketidaktentuan pandemik pada ketika ini. Namun begitu, strategi pemantapan kandungan telahpun diatur dengan teliti agar tidak menjejaskan mutu penganjuran sekaligus menjamin kepuasan tontonan yang maksima kepada penonton di rumah.

Walaupun program ini baru sahaja dilancarkan, namun pihak produksi sudahpun memulakan misi pencarian bakat untuk menyertai musim seterusnya. Sesi uji bakat musim kedua kini secara rasminya sudahpun dibuka secara online. Emelkan pautan video penyertaan anda ke ujibakat@astro.com.my sebelum 30 Mei 2021 untuk disenarai pendek.

Semoga program ‘ATNMY’ ini dapat mengulangi fenomena program-program yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro. Selamat menonton!”


TRIVIA MENGENAI ‘ATNMY’

 

1.      Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.

 

2.      Selain Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku Hos’, program ‘ATNMY’ turut membawa masuk gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar bagi memeriahkan musim pertama sebagai ‘Hos’ untuk program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.

 

3.      Manakala pengacara Go Shop, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

 

4.      Meskipun penganjuran  musim pertama program ‘ATNMY’ berlangsung ketika krisis pandemik Covid-19 melanda, namun sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan penerimaan keseluruhan hampir 3000 buah jumlah video penyertaan secara online. Daripada jumlah tersebut, hanya 214 jumlah penyertaan yang berjaya terpilih untuk menyertai musim ini sama ada secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. 214 buah penyertaan tersebut melibatkan hampir 250 orang jumlah keseluruhan peserta yang bertanding.

 

5.      Antara peserta yang bakal mewarnai musim pertama termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara  Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash, Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.

 

6.      Selain konsert mingguan yang akan bersiaran selama 10 minggu, sebuah episod khas turut diterbitkan sempena meraikan ulang tahun Astro yang ke-25 pada tahun ini. Barisan peserta yang bakal menyertai episod khas tersebut adalah daripada kalangan bekas-bekas peserta program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked  Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Tarikh  siaran episod istimewa tersebut masih belum  ditetapkan dan akan diumumkan kelak.

 

7.      Keseluruhan rakaman telah mengambil masa 33 hari untuk diselesaikan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua garis panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN & KKM juga telah dipatuhi semasa rakaman ini dijalankan.

 

8.      Antara cabaran terbesar sepanjang penganjuran program ‘ATNMY’ ialah terikat dengan jadual dan garis masa yang cukup padat susulan perlaksanaan PKP. Oleh kerana rakaman program ini melibatkan penglibatan pasukan yang besar, pihak produksi juga turut berdepan dengan cabaran untuk mengawal jumlah kapasiti yang besar pada satu masa agar tidak melanggar SOP sekaligus memastikan keselamatan semua pihak dapat diutamakan.

 

9.      Selain itu, pihak produksi Astro juga harus membuat perancangan rapi bakal memastikan segala maklumat sulit terutamanya yang berkaitan dengan barisan penuh juri dan keputusan pertandingan tidak tersebar sebelum pengumuman rasmi dibuat kepada umum khususnya pihak media.


FORMAT PENJURIAN ‘ATNMY’

 

Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Seramai 24 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi.

Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.




SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY’





1.      Dato’ AC Mizal

2.      Syamel

3.      Ernie Zakri

4.      Mark Adam

5.      Noryn Aziz

6.      Erra Fazira

7.      Tuju [K-Clique]

8.      Siti Nordiana

9.      Zizan Razak

10.  Tabby [Dolla]

11.  Khai Bahar

12.  Zizi Kirana

13.  Jaclyn Victor

14.  Linda Nanuwil

15.  Andi Bernadee

16.  Bob Yusof

17.  Nana Mahazan

18.  Shiha Zikir

19.  Sissy Imann

20.  Chubb-e

21.  Mimi Fly

22.  Aina Abdul

23.  Ifa Raziah

24.  Sarah Suhairi

25.  Catriona Ross

26.  Azzam Sham

27.  Dafi Ismail

28.  Ara Johari

29.  Azira Syafinaz [DeFam]

30.  Liza Hanim

31.  Yusuf Bahrin

32.  Angel [Dolla]

33.  Joey Daud

34.  Acong

35.  AzfarHeri

36.  Yaya Zahir

37.  Kelly Azman

38.  Jad Lobo

39.  Harith Zazman

40.  Kaka Azraff

41.  Haniff Hamzah [ERA]

42.  Falyq Hikyle [SINAR]

43.  Ean [HITZ]

44.  Suresh [RAAGA]

45.  Alvin Chong

46.  Daniel Cheang

47.  Vanessa Reynauld

48.  Neeta Manisha

49.  Thanuja

50.  Kidd Santhe




INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘ATNMY’



Rangkaian program ‘ATNM’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 31 Mei 2021. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam bermula 5 Jun 2021.

Manakala rakaman konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021.  Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘ATNMY’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).

Program khas ‘ATN Malaysia Extended’ pula akan menyiarkan klip video bloopers menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 7 Jun 2021.

Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 6 Jun 2021.



Thursday, May 27, 2021

Nio Case Untuk Nio Sudio Ear Buds Sangat Esklusif

Hi Korang,

Korang tau kan, kak lily memang into menda-menda gajet nieh especially earphone.

Kak lily memang ada banyak earbuds ni sebab senang nak guna, nak simpan, nak bawa berjalan sebab ianya kecil dan compact, ermm sound systemnya asyukkk benar.

Salah satu earbuds yang kak lily ada adalah produk dari Sudio iaitu Nio Earbuds.


Terbaeklah, senantiasa kak lily standby dalam handbag, bila nak guna jer hah amik dalam handbag. Bila tak guna ku campakkan balik dalam handbag dan akibatnya bercalar balar menda alah nieh huahauhauhau

Now not anymore!! Hehehehe…

Sekarang dah ada Nio Case untuk Nio Sudio Ear Buds. Yeahh


Warna hitam tampil lebih stylish dan bergaya, Tapi tahukah korang ianya diperbuat menggunakan bahan bio kitar semula iaitu kulit epal. Seriously, first time kak lily dapat tau terus terkejut beruk hauhauahuahua kan… excited pun ada jugak hah

Prosesnya dimulakan dengan pemprosesan kulit epal dari lembah Bolzano yang terletak di antara bukit dan ladang anggur di utara Itali. Kulit ini dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk dijadikan sebagai bahan asas yang akan digabungkan dengan bahan lain yang tidak beracun dan bahan yang organik. Setelah melalui segala proses maka terhasilnya kulit terbiodegradasi yang lebih tahan lama dan lembut apabila disentuh. Ternyata produk ini jauh lebih baik daripada produk kulit lain dan ini telah diperakui sendiri oleh USDA dan Vegan

Hah gitu citernya..


Sesuai sebagai casing untuk Sudio Nio yang cukup terkenal dengan rekaannya yang membuatkan pengguna begitu selesa dengan ciri-ciri seperti IPX4, tahan lasak, kalis air dan menawarkan teknologi mikrofon dwi adaptif.

Ini adalah bahagian kuli hadapan. Sangat kemas jahitannya. Casing pertama yang menggunakan kulit vegan! Sangat lembut apabila dipegang. Terdapat tali getah sebagai kemasan.


Sekarang ini @sudio_collabs_my telah mengadakan promosi yang cukup menarik tau. Korang boleh dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian Sudio NIO dengan hanya memasukkan diskaun kod : NIOCASE .

Selain itu dengan setiap pembelian akan diberikan secara PERCUMA vegan friendly NIO Case for NIO. Tawaran ini untuk pembelian (Beli Di sini - https://www.sudio.com/my/) pada tempoh ini 10 Mei - 6 Jun (sehingga stok habis).


PENGHANTARAN adalah PERCUMA untuk seluruh Malaysia dan di mana sahaja (worldwide) dan diberikan juga 3 tahun waranti dari Sudio Sphere.

Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :-

Website :

Instagram :

Facebook :
https://www.facebook.com/Sudiosweden/


Apalagi jom kita membeli belah di Sudio!!



#sudioNIO 
#sudio
#SudioMalaysia 
#ShapingSound
#sudiocaseforsudioni0
#WirelessEarphones

Tuesday, May 25, 2021

Abbott dan Shopee Galakkan Pemakanan dan Kehidupan Sihat Sempena Hari Pemakanan Keluarga

Hi Semua,

Abbott, syarikat penjagaan kesihatan global dan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, berganding bahu untuk menambah baik pemakanan rakyat Malaysia di setiap peringkat kehidupan. Inisiatif Nutrition for the Whole Family atau Pemakanan untuk Seisi Keluarga ialah sebuah inisiatif serantau di enam negara termasuk Malaysia yang akan diadakan pada Shopee Super Brand Day (Hari Jenama Hebat Shopee) dalam bulan Mei.

Kempen Nutrition For The Whole Family berusaha menggalakkan seisi keluarga untuk menikmati kehidupan lebih bermakna menerusi amalan pemakanan yang sewajarnya. Di bawah program ini, mereka akan menerima petua pemakanan, panduan beli-belah, dan mendapatkan rangkaian produk pemakanan berasaskan sains Abbott untuk kanak-kanak dan dewasa.

Pengguna masa kini amat mengutamakan kesihatan dengan memberikan lebih perhatian terhadap diet masing-masing[[1]]. Amalan makan kini bukan sahaja mengenai cita rasa makanan dan mengisi perut – malah pemakanan telah menjadi salah satu unsur penting untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat. Rakyat Malaysia kini mengamalkan diet lebih sihat yang dilengkapi dengan pemakanan suplement[[2]].


Kini lebih ramai orang membeli produk berkaitan kesihatan seperti pemakanan suplemen di dalam talian, dengan kategori Kesihatan kian berkembang saban tahun di Shopee. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di dalam talian, Abbott dan Shopee berhasrat untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga untuk memilih produk pemakanan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka. Jenama Abbott yang terlibat dalam kempen termasuk Ensure, Glucerna, PediaSure, Similac Gain Plus/Kid Gold, Similac Intellipro & Isomil Plus. Memanfaatkan alat-alat dalam aplikasi Shopee yang menggalakkan penglibatan, para pengguna boleh menambah baik amalan pemakanan mereka menerusi pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Dr. Jose Dimaano, Pengarah Hal Ehwal Perubatan Asia-Pasifik di Abbott, berkata, “Pemakanan yang wajar ialah keperluan asas yang membolehkan anda menikmati sepenuhnya kehidupan anda. Sebab itulah Abbott berusaha mengukuhkan masyarakat di rantau ini menerusi pemakanan berasaskan sains kerana kami percaya dengan amalan pemakanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan di setiap peringkat kehidupan. Menerusi kerjasama dengan Shopee, kami boleh memperkasakan lebih banyak keluarga untuk memilih pemakanan berkhasiat, dengan menyediakan maklumat dan petua yang berguna dan juga rangkaian produk pemakanan khusus untuk mengamalkan pemakanan sihat.”

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee mengatakan, "Ia amat penting untuk para pengguna mempunyai akses kepada sumber maklumat yang sahih apabila mereka membeli produk-produk kesihatan. Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Abbott, sebuah jenama global yang dipercayai, untuk melancarkan kempen ini yang akan mendidik para pengguna mengenai cara pemakanan sihat yang menyeronokkan dan interaktif. Kami menjemput para pengguna untuk sertai kami bagi mempelajari tip-tip pemakanan berasaskan sains. Mereka juga dapat membeli produk pemakanan Abbott yang berkualiti tinggi dengan tawaran dan baucar eksklusif pada Super Brand Day ini sempena kempen 6.6 Jualan Hebat kami yang sedang berlangsung."

Mulai 30 Mei, para pembeli boleh membaca kandungan khas yang disediakan termasuk:

- Petua Pemakanan: Sistem imun yang sihat disokong menerusi pemakanan yang wajar. Pengguna boleh menerima petua pemakanan di laman Facebook Abbott Mommy Scoop untuk mempelajari tentang nutrien berbeza dan cara nutrien menentang penyakit dan jangkitan.

- Panduan Beli-Belah: Pemakanan yang wajar bermula dengan pilihan bijak di kedai. Senarai produk Abbott di platform Shopee akan memaparkan manfaat pemakanan produk untuk membantu pengguna memilih pemakanan khusus yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Nutrition for the Whole Family Abbott di https://www.facebook.com/AbbottMommyScoop, atau kunjungi gedung rasmi jenama yang turut serta di Shopee:

Ensure & Glucerna – https://shopee.com.my/ensure.os


Similac Gain Plus/Kid Gold & Isomil Plus https://shopee.com.my/similac.os






Mengenai Abbott

Abbott adalah pemimpin penjagaan kesihatan global yang membantu insan menikmati kehidupan sepenuhnya pada pelbagai peringkat.

Portfolio teknologi kami meliputi seluruh bidang penjagaan kesihatan. Dengan perniagaan terkemuka dalam bidang diagnostik, peranti perubatan, pemakanan dan ubat generik berjenama. Tenaga kerja kami seramai 109,000 kakitangan berkhidmat kepada insan di lebih daripada 160 negara.

Hubungi kami di www.abbott.com, menerusi LinkedIn di www.linkedin.com/company/abbott-/, menerusi Facebook di www.facebook.com/Abbott, dan di Twitter @AbbottNews.





[[1]] FMCG Gurus (2020). How Has COVID-19 Changed Consumer Behaviour. https://fmcggurus.com/reports/fmcg-gurus-how-has-covid-19-changed-consumer-behaviour/

[[2]] FMCG Gurus (2020). How Has COVID-19 Changed Consumer Behaviour. https://fmcggurus.com/reports/fmcg-gurus-how-has-covid-19-changed-consumer-behaviour/