Thursday, May 6, 2021

Jualan Mega Raya Meriah Di Seluruh Lulu Hypermarket Malaysia

Hi Korang,

Camne persiapan raya?? Dah ready ke belum?? Hehehhehe

Macam kak lily selagi tak raya selagi tuh lah persiapan raya tak siap-siap hehehhehe

Orang perempuan biasalah ada je benda tak cukup, bila dah siap-siap semua ek alas meja tak de plak, hiasan bunga lama tak tukar ermm itulah orang perempun kan. Eh tak perlah jangan bimbang, sempat lagi untuk kita membeli – belah untuk persiapan raya, apa lagi jom kita ke Lulu Hypermarket yeahh

Untuk Jualan Mega Raya pada tahun ini, Lulu Hypermarket menyediakan pelbagai jenis tawaran menarik yang mampu membuatkan korang tersengih besar bila tengok harganya dan kesemuanya di tawarkan a di laman beli-belah atas talian mereka dan di juga cawangan-cawangan Lulu Hypermarket seperti di LuLuKL Di Cap Square, LuLu Shamelin dan juga yang terbaru di LuLu SetiaCityOne, Setia Alam.

Kebetulan hari cuti minggu lepas, mood plak tengah rajin so kak lily ke Lulu Hypermarket di Setia City Mall, Setia Alam, ianya merupakan cawangan yang ketiga Lulu Hypermarket di Malaysia yang baru sahaja di buka pada 1 April 2021 yang lepas.

Jualan Mega Raya Lulu 6hb Mei – 9hb Mei 2021


Kalau korang nak tau yang Jualan Mega Raya Lulu ini meliputi diskaun besar-besaran bagi keseluruhan bahagian. Untuk pilihan baju raya pula, mulai 6-9 Mei 2021, Lulu menawarkan Potongan Rata 40 % ke atas bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar di Lulukl, Lulu Shamelin dan Lulu Setia City Mall.


Di Lulu Setia City Mall juga mempunyai koleksi menyeluruh untuk pelbagai jenama pakaian Melayu dengan pilihan warna yang menawan serta fesyen terkini. Seriously korang akan rambang mata dengan pelbagai pilihan dari segi rekaan dan warna, lebih-lebih lagi semuanya pada potongan harga yang istimewa ke atas koleksi pakaian asli.

Baju Raya Untuk Wanita












Baju Raya Untuk Lelaki









Baju Raya Untuk Kanak-Kanak




Betulkan kak lily cakap boleh rambang mata di buatnya, semuanya cantik-cantik belaka

Tengok nieh,

bergaya bethol si zarip ni hah

eh dia banjer lagikk

hah Reef cuba sampin plak ek

halah-halah keluarga bahagia sangat hah Khai dengan Madi

Madi pun nak sampin raya gak

anggun Jia Shen nilah

wow ina, muslimah hipsturr

Sempat jugaklah mereka-mereka ni mencuba beberapa pakaian raya di sini. Tampak cantik dan selesa apabila di gayakan. Wow tak sabar nak raya dah rasanya.

Promosi Barangan Segar Dan Keperluan Harian Dapur

Hah mesti korang sibuk jugak mencari bahan-bahan segar untuk menu berbuka dan hari raya nanti kan, jangan risau di bahagian barangan segar juga terdapat promosi baek punya hehehhe.. Barangan segar seperti ayam, daging lembu, kambing serta makanan laut juga mempunyai diskaun menarik dan harga berpatutan.
















Ataupun jika korang rasa malas hendak memasak, korang boleh memilih dari pelbagai pilihan makanan seperti hidangan Beriani Bucket yang pastinya dapat menjimatkan masa.




Untuk juadah berbuka puasa pula, Lulu senantiasa menghidangkan pelbagai pilihan hidangan sama ada makanan tradisi Melayu, Arab atau India, yang pastinya enak-enak belaka.. Sememangnya, Lulu memang terbaik.

Diskaun Hebat Di Bahagian Elektrik dan Elektronik

Terdapat banyak tawaran hebat berlangsung di semua stor. Potongan harga besar-besaran sehingga 70% diskaun di Bahagian Elektronik, Elektrik serta Peralatan Rumah untuk keperluan korang.





Buatlah pilihan gajet-gajet mahupun barangan elektrik yang korang inginkan, harganya sangat-sangat berpatutan.

Kuih raya pun ada gak tau..





Raya adalah tentang pemberian hadiah. Korang boleh pilih dari pilihan hamper hadiah ataupun kuih raya yang tersedia atau boleh memilih sendiri mengikut kesesuaian citarasa korang dan team Lulu akan membalutnya dengan cantik sebagai hadiah yang terindah.





Bagi kak lily di Lulu Hypermarket ada segala-galanya tak kiralah barangan basah, pakaian, keperluan rumah, gajet, barangan elektrik, dari sekecil-kecil pin tudung hingga sebesar-besar tv semua ada di sini.

Lagipun, dengan persekitaran yang selesa dan luas lagi menambahkan lagi keseronokan korang membeli-belah di Lulu Hypermarket ini.

Jom kite ke :


LuLu Hypermarket Setia City Mall
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


LuLu Hypermarket Kuala Lumpur
Lot 159, Persiaran Capsquare, Off, Jalan Munshi Abdullah, 
City Centre, 50100 Kuala Lumpur

LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 
Cheras, 56100 Kuala Lumpur


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page :

Instagram Link :
https://www.instagram.com/luluhypermy/

















Saturday, May 1, 2021

Pek NJOI HD Terbaharu Tawarkan Pengalaman Tontonan Terhebat

Hi Korang,

Bermula 28 April 2021, pelanggan NJOI berpeluang untuk menonton program-program kegemaran masing-masing dalam versi berdefinisi tinggi atau HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu. Pek ini menampilkan sepuluh (10) saluran HD pada harga RM15 untuk langganan selama 30 hari. Pelanggan kini juga boleh menikmati dan merasai pengalaman yang cukup mudah untuk melakukan sebarang pembelian tambah nilai ke atas kredit prabayar dan melayari sajian kandungan dan memilih seleksi pek yang disediakan menerusi aplikasi terbaharu, My NJOI.

Memperkenalkan NJOI HD, pengalaman tontonan bertaraf premium, khas buat pelanggan

Pek NJOI HD membolehkan pelanggan menonton program-program kegemaran masing-masing seperti filem, aksi sukan secara siaran langsung, dokumentari, sajian drama terbaharu dan variasi rancangan tempatan dengan lebih jelas, dalam versi berdefinisi tinggi (HD). Semua pelanggan boleh menikmati sehingga sepuluh saluran dalam versi berdefinisi tinggi menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu ini pada harga hanya RM15 untuk 30 hari langganan. Sepuluh saluran tersebut adalah Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.


Untuk Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran Astro Oasis. Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati program-program menarik berikut dalam versi berdefinisi tinggi (HD) seperti siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’, serta sajian drama Melayu terhebat seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’, berita-berita mutakhir di ‘Awani 7.45’ dan ‘Evening Edition’, program-program antarabangsa seperti ‘Beyond Evil’, ‘You Are My Hero’ dan ‘Dil Se Dik Tak’; serta rancangan menarik kanak-kanak, termasuklah ‘Upin & Ipin’, ‘Didi & Friends’, ‘Ejen Ali’ dan banyak lagi.

Aplikasi My NJOI – Aplikasi peneman paling sempurna buat NJOI HD

Pelanggan NJOI digalakkan untuk memuat-turun aplikasi My NJOI bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan pembelian kredit prabayar NJOI. Aplikasi ini menawarkan pengalaman yang cukup ringkas dah cepat kepada sajian kandungan yang ditawarkan NJOI dalam versi katalog, yang mana ia membenarkan pelanggan untuk membuat urusan tambah nilai kredit NJOI dan menyemak baki kredit masing-masing pada bila-bila masa, di mana jua mereka berada. Pelanggan juga boleh kekal maklum dengan sebarang perkembangan terkini program-program terbaharu yang disiarkan serta mengetahui info mengenai promosi yang ditawarkan, terutamanya yang melibatkan program-program kegemaran masing-masing. Aplikasi NJOI ini sedia untuk dimuat-turun di kedua-dua peranti iOS dan Andriod bermula 28 April 2021.

Pengarah NJOI di Astro, Mazhairul Jamaludin berkata, “Sejak dari tahun 2012 lagi, NJOI memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan jarak penguasaan digital di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan akses penting kepada segmen pendidikan, informasi, berita, hiburan termasuklah aksi sukan kepada masyarakat. Hari ini, lebih dari 90% isi rumah di Malaysia memiliki HDTV atau Smart TV, seterusnya mengukuhkan hakikat bahawa perkhidmatan HD atau berdefinisi tinggi merupakan sesuatu yang baru dan normal kepada ramai di kalangan kita. Pelancaran Pek NJOI HD ini dilakukan pada masa yang tepat kerana kini pelanggan NJOI boleh merasai pengalaman menonton sajian kandungan yang berkualiti dalam versi HD, di rumah masing-masing menerusi HDTV. Sehubungan dengan itu juga, kami turut melancarkan aplikasi My NJOI dan menawarkan pengalaman yang sangat mudah di ruangan digital untuk sebaran urusan yang melibatkan pembelian kandungan atau menambah nilai perkhidmatan prabayar masing-masing. Dengan inovasi ini, NJOI kekal komited dalam menawarkan setiap pelanggan yang ada di luar sana dengan Nilai terbaik, Pilihan dan Kemudahan, serta pengalaman tontonan terhebat kepada mereka.”

Beli ‘Sports Pass’ NJOI untuk menikmati kesemua perlawanan UEFA EURO 2020 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik

Bagi mana-mana peminat bola di saluran NJOI, anda kini boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di saluran-saluran yang disediakan khas. ‘Sports Pass’ ini hanya berharga RM70 buat mereka yang membelinya awal atau pembelian ‘early bird’ iaitu mulai 5 Mei – 31 Mei 2021. Menariknya lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja.

Pelanggan juga boleh terlibat dalam peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei 2021 hingga 8 Ogos 2021 dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HDTV, baucar sukan dan barangan cenderahati istimewa EURO.

Dapatkan rebat atau diskaun menerusi tawaran kempen NJOI HD

Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka. Dua promosi tersebut adalah:

· Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.

· Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

Pek NJOI HD ini boleh dibeli menerusi aplikasi My NJOI, atau di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI mahupun di peruncit-peruncit terdekat NJOI. Pelanggan baru NJOI boleh membeli kotak NJOI pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek. Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari www.njoi.com.my atau hantarkan mesej WhatsApp ke 03-9543 8100.

Thursday, April 29, 2021

BOMBOLA Antibac Facial Mist, Harus Kena Dapatkan

Hi Korang,

Facial mist sangat penting di musim pandemik nieh.

Ianya membantu melembapkan kulit setiap kali cuaca terlalu panas untuk kulit muka korang yang halus serta menyegarkan kulit apabila korang sudah terlalu lama berada di luar


Dalam era pandemik global Covid-19, korang pasti mahukan semua barang yang ada di dalam handbag korang seperti pembersih tangan, tisu basah dan banyak lagi, dan sekarang ni korang kena tambah lagi satu barang dalam beg iaitu Bombola Antibac Facial Mist, facial mist anti bakteria pertama di Malaysia.


Fakta mengenai Bombola

👉Syarikat tempatan yang pakar dalam produk penjagaan diri

👉Bermula pada tahun 2020

👉Meneliti produk penjagaan diri semula jadi dan hanya menggunakan bahan mentah berkualiti

👉Berdedikasi untuk memberikan yang terbaik produk aromaterapi dengan fokus pada kesihatan mental, faedah untuk kulit, santai, selamat dan mewah untuk memanjakan diri untuk diri sendiri dan orang tersayang


Sebab kita kena dapatkan Bombola Facial Mist

Seperti yang telah kak lily bagitau tadi, ketika kita sedang berusaha untuk meratakan curve Covid-19 di Malaysia, kak lily dapat rasakan bahawa setiap usaha kecil oleh semua orang membantu untuk memberi peringatan di antarasa satu sama lain, selalu mengekalkan jarak jauh fizikal, menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan jangan berkumpul di tempat yang ramai adalah antara langkah yang sedang kita amalkan untuk mengelakkan berlakunya peningkatan wabak di Malaysia.


Oleh itu, mempunyai facial mist yang mempunyai komponen antibakteria sangat sesuai dengan etika ini. Dan ini adalah item pelbagai guna yang sesuai dengan tugas harian anda dalam norma baru.

Bombola Antibac Facial Mist membantu untuk:

💙Melembutkan kulit

💙Melembapkan kulit

💙Menyuburkan kulit

💙Mempunyai semua komponen penting dan mesti ada juga - Antibakteria, Antifungus, Antioksidan dan Antiseptik


Bukankah ini adalah produk yang sangat berguna untuk dimiliki?

Yer betul!!

Ia membantu mencantikkan kulit, membantu menjaga keselamatan anda daripada bahaya bakteria dan sangat berguna apabila berlaku kecederaan pendarahan pada anda atau orang tersayang.



Kak lily beli dari satu sebab standby letak di dalam hand bag dan juga di dalam kereta. Senang bila nak guna ada jer nanti.

Apa yang terkandung di dalam Bombola Antibac Facial Mist ?

Jangan bimbang kerana ia juga diluluskan oleh KKM (PEMBERITAHUAN KKM: NOT210300001K), jadi semua bahan selamat digunakan dan hanya menggunakan bahan mentah semula jadi yang berkualiti.

📍Aqua
📍Acrylates/ C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer
📍Ceramide 2
📍Colloidal Silver
📍Sodium Chloride
📍Hypochlorous Acid
📍Ascorbic Acid
📍Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil


alo alo aloooooo

Korang mahu memenangi hadiah wang tunai dari Bombola?


Peraduan ini sangat mudah dan berlangsung dari 13 April hingga 5 Mei 2021.

Inilah cara untuk memenangi hadiah wang tunai.

1. Ikuti akaun Instagram @ bombola.co

2. Muat naik video kreatif atau bumerang anda menggunakan Antibac Facial Mist Bombola ke Instagram anda

3. Jangan lupa Tag kami @ bombola.co & hashtag #DuitRayaBombola #DuitRayaBombola #DuitRayaBombola

4. Pastikan akaun ditetapkan sebagai "umum" sehingga kita dapat menonton video kreatif anda

5. Tunggu pengumuman pemenang & kumpulkan #DuitRayaBombola anda


Dah apa tunggu lagi ek

Jom dapatkan Bombola dengan segera



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook :
https://www.facebook.com/bombola.official

Instagram :
https://www.instagram.com/bombola.co




#bombola 
#bombsquad 
#bombolaantibacfacialmist 
#bombolagemstonescandles 
#bombolabathbombs 
#antibacfacialmist 
#facialmistmalaysia