Hi Korang,
Seriously dalam masa setahun lebih ni berapa kali korang dapat bercuti??
Ermm boleh kira dengan jari kan.
Mana taknya dengan datangnya wabak Pandemik Covid19 ini, kehidupan kita agak hectic sampai nak pi bercuti kat hotel pun payah, even nak balik kampung menziarah ibu bapa, adik –beradik, sanak saudara pun tak dapat sebab tak boleh merentas negeri sehingga ke hari ini.
Yelah sekejapan jadi PKP, sekejapan jadi PKPB, sekejapan jadi PKP 2.0 dan kemudiannya jadi PKPB so macam mana lah nak holiday even nak berstaycation pun agak payah jugak. Nasib baiklah Selangor dan Kuala Lumpur di satukan dengan arahan PKPB kalau tak memanglah lagi tak seronok hidup di buatnya
Huhuhuhhuhuhu apa-apa pun kita kenalah patut dengan arahan yang di wartakan oleh Kerajaan untuk membendung Covid19 ni, daripada kes meningkat naik ek.
Sebenarnya tahun lepas sebelum PKP di laksanakan kak lily dan kengkawan dah merancang untuk bercuti ke Pangkor so banyaklah jugak resort dan hotel yang ktorang survey, eh mestilah kena survey untuk dapatkan budget berapa yang kena bayar untuk seorang. Kriteria yang ktorang nak resort atau hotel tepi pantai mengadap laut, bilik yang selesa dan tempat makan yang senang, yang lelain tuh ktorang ok jer hehehehe
Dalam banyak-banyak pilihan tuh, rasanya Pangkor Laut Resort memang menarik hati.
First impression bila tengok gambar resort ini dalam hati dah cakap wow!! Cantikya. Resort di atas laut, kalau air surut nampak putih bersih pasair pantainya tapi kalau air pasang memang terapung-apung nampaknya lah.
Itu baru persekitaran di Pangkor Laut Resort, belum lagi kak lily tunjukkan korang gambar biliknya.
Nampak tak?
Begitu cantiknya bilik-bilik yang di tawarkan di sini. Tersangatlah cantik bebenau, besar, luas dan selesa. Yang penting bila buka tingkap nampak laut, even biarkan tingkap tuh tak ditutup ermm hembusan angin laut yang masuk ke bilik memang memenangkan lah, kak lily memangkan laut ni pendek kata tak jemu mata memandang. Bilik airnya merupakan bathtub yer, sambil merendam sambil menikmati keindahan alam.
Walaupun terapung-apung di laut janganlah korang bimbang mengenai makanan, resort ini ada segala kemudahan yang korang perlukan. Restoran, tempat beriadah, spa dan laundry pun turut di sediakan. Memanglah tampak mewah sedikit tapi sekali sekala apa salahnya, lagipun kan dah lama kita tak pi bercuti.
Namun apakan daya, simpan jelah hasrat untuk bercuti ke pulau ni sehingga tamatnya PKPB ini nanti.
Tapi walaupun kita tak boleh merentasi negeri tapi kita boleh merentas daerah.
Di Kuala Lumpur dan Selangor ini, banyak juga pilihan hotel yang kita boleh staycation di hujung minggu bersama keluarga. Seperti di Hulu Bernam, Hulu Langat, Ulu Yam, Serendah di Selangor memang terdapat pelbagai pilihan hotel dan chalet untuk kita mandi-manda di sungai, kira terubat jugaklah rindu nak mandi laut tapi di gantikan dengan mandi sungai atau air terjun.
Kalau teringin jugak nak ke pantai bolehlah ke Pantai Morib, Bagan Lalang, banyak jugak resort menarik.
Apa-apa pun kena cepat buat tempahan untuk resort-resort ini, biasalah ramai warga KL dan Selangor tak nak lepaskan peluang untuk bercuti walaupun dekat jer dengan rumah, yang penting dapat luangkan masa dengan keluarga.
Kak lily syorkan book secara online jer senang dapat confirmation pun cepat. Banyak website-website yang boleh korang buat perbandingan sebelum buat tempahan, kak lily guna Traveloka jer senang, semua info lengkap siap gambar sekali itu yang penting hehehe
Selamat berstaycation semuanyer....