Wednesday, April 14, 2021

Jom Berbuka Puasa Di GRANDMAMA’s, Kita Order NASI DULANG BUKHARI!

Hi Korang,

One of favourite restoran kalau tak tau nak makan apabila di Pavilion KL.

Sebab kak lily suka makan kat Grandmama’s ni kerana suasana restorannya yang luas dan selesa dan menu masakan melayunya sangat authentic iaitu asli gituh.

Restoran Grandmama’s ini mengikut peraturan yang telah di tetapkan seperti mengambil suhu badan, sediakan hand sanitizer serta ada penjarakkan sosial di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain, so jangan bimbanglah senang nak berbuka puasa di sini.


Untuk menu berbuka puasa Ramadan 2021 kali ini, Grandmama’s menghidangkan set berbuka iaitu Nasi Dulang Set yang mana promosi ini bermula 13 April 2021 hingga 12 Jun 2021.



Dihidangkan di dalam dulang yang ianya sesuai dikongsi antara dua hingga tiga orang ada 4 pilihan menu Nasi Dulang iaitu

Nasi Dulang Set dengan Oven Panggang Tulang Tanpa Kambing (RM95)

Nasi Dulang Set dengan Makanan Laut Campuran Pedas (RM95)

Nasi Dulang dengan Ayam Kunyit Panggang (RM65)

Nasi Dulang bersama Chef's Specially Marinated Beef Ribs (RM115)

Semua set dulang ini didatangkan dengan nasi bukhari dan hidangan sampingan yang lain seperti kerabu tomato, kuah kari, acar jelatah, sambal kicap cili dan air asam.

gulai ayam

gulai ikan tenggiri

lemak nenas cili padi

Asam Pedas Ekor

Kari kepala ikan nyonya

udang masak kam heong

ayam goreng cili berlada

tempoyak ikan patin

Nampak enak kan??

Terdapat juga menu lauk pauk ala-carte yang sesuai di gandingkan dengan set nasi dulang seperti asam pedas ekor, udang masak kam heong, tempoyak ikan patin, gulai ikan tenggiri, ayam goreng cili berlada, gulai ayam dan masak lemak nenas cili padi.

Chef Bahar dan pasukan tukang masaknya yang berpengalaman senantiasa memastikan makanan disediakan menggunakan bahan-bahan segar untuk mencipta hidangan asli yang sangat aromatik dan perisa yang kuat.



Ada juga promosi istimewa juga yang mana apabila korang memesan sama ada satu set nasi dulang atau dua set nasi dulang, dengan bayaran tambahan RM99 dengan mana-mana satu pesanan nasi dulang, korang boleh memilih lauk pauk tambahan samada Combo A mahupun combo B.

Set kombo A terdiri daripada udang masak kam heong, gulai ayam dan kai lan ikan masin manakala set kombo B terdiri daripada kari kepala ikan hotpot, masak lemak nenas cili padi dan ayam goreng cili berlada.



Semua set dilengkapi dengan nasi bukhari percuma, buah kurma dan kuih muih.

Bagi kumpulan tujuh hingga sembilan orang, hanya tambah RM189 dengan sebarang pesanan nasi dulang untuk Super Dulang Mewah Set A atau Super Dulang Mewah Set B.

Hidangan utama super Dulang Mewah Set A terdiri daripada udang masak kam heong, gulai ikan tenggiri, ayam manis dan masam, ayam goreng cili berlada dan kari sayur periuk panas, manakala set B dilengkapi dengan udang putih tomato buatan sendiri, tempoyak ikan patin, gulai ayam, daging lembu sos lada hitam dengan kacang tunai dan kai lan ikan masin.

Semua set dilengkapi dengan nasi percuma bukhari, buah kurma dan kuih muih.

Set promosi ini hanya boleh didapati di kedai Pavilion KL dan Intermark Mall di Grandmama. Semua harga adalah tertakluk kepada caj perkhidmatan 10% dan 6% SST.



Grandmama juga mengeluarkan produk Ready To Eat (RTE) yang boleh di dapatkan secara online di platform berikut

*Penghantaran PERCUMA jika korang berbelanja minimum RM100.
Limited Time Offer:
*Get ONE RM6 Off Voucher when you spend a Minimum of RM40 on Shopee.
*Get ONE RM10 Off Voucher when you spend a Minimum of RM70 on Shopee


Jom kita ke:

Grandmama's Pavilion KL
Lot 6.01.02, Level 6,
Pavilion Kuala Lumpur

Tel: 03 – 2143 9333

Outlet Grandmama's yang Lain:-

G-12, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Razak, 50400. Kuala Lumpur

Lot a, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Laman web :

Facebook :

Instagram :




#grandmamaspavilion
#nasidulangset
#menubukapuasa


ADAKAH INI TAKDIR YANG TERTULIS?

Salam semua...

Benarkah cinta itu sudah tertulis?

Adakah ianya mitos dan sandiwara? 

Tahun 2020, penularan virus berbahaya yang telah mengubah kehidupan hampir setiap nyawa di planet biru bagaikan butang reset di tekan. Kenapa ianya bukan virus cinta? Alangkah lebih baik kalau virus cinta itu yang tersebar di seluruh dunia, setiap insan pasti angau dan berada di awang-awangan termasuk aku si gadis gempal yang pendiam tapi sering menjadi tumpuan mata yang memandang dengan niat ingin berkenalan lebih rapat.

Hahaha, maaf tapi anda semua bukan sama kelas dengan aku. 

Bukan memilih, tetapi ia sememangnya mustahil. Pilihan pasangan yang aku cari mestilah kacak, berbadan sado, pandai berenang dan vegetarian seperti aku. Siapa kata gempal tidak boleh mempunyai cita rasa yang tinggi? Siapa kata Erra Fazira sahaja boleh menjadi heroin seperti dalam cerita Cinta Kolestrol.

Sejak virus itu melanda keseluruh pelusuk dunia pada penghujung tahun 2019, tempat yang aku diami sekarang menjadi suram hari demi hari. Tiada gelak tawa dan tiada riang gembira, sepi bagaikan padang sahara.

Dulu, Bandar Hipster ini menjadi tumpuan orang ramai yang memburu makanan tempatan seperti Nasi Ganja dan Ayam Taugeh. Taugeh di pekan ini tumbuh dengan sihat dan besar di sebabkan air semulajadinya yang beralkali tinggi. Struktur geo-nya yang dikelilingi bukit batu kapur adalah punca pertama mengapa aku berpindah ke sini dari benua asal ku, 4,675 batu dari sini.

Sebelum sepi dan sunyi pekan ini, aku sentiasa berhajat untuk merawat hati yang telah lama kosong. Bukan hobi ku mencari kekasih seperti budak-budak milenium dengan aplikasi temu janji di alam maya mereka. Aku mencari siapakah sang putera yang bakal hadir ke dalam hati luka dan lara ini.

Setiap malam aku bertanya sang purnama bilakah bintang hajat akan merialisasikan impian daku. Pada suatu hari, si baju hijau membawa berita yang terindah bagiku. Desas-desus mengatakan bahawa, ada penghuni baru yang akan berpindah masuk ke kerajaan ku tidak lama lagi. Ura-ura mengatakan si penghuni baru ini memenuhi kriteria idamanku. Kacak, sado, pakar selam dan juga vegetarian sepertiku.


Saban hari aku menunggu kehadiran penghuni baru, hati yang meronta-ronta ini semakin lama semakin perlahan kerana yang dinantikan tidak kunjung tiba. Ku bertanya sang rembulan, adakah ia sekadar khabar angin atau mitos? Dimanakah sang putera hati ku?

Bulan pertama tahun 2021, hari yang bersejarah buatku dan penduduk pekan bersara ini. Ia bukan lagi mitos atau sandiwara. Sang putera hati akhirnya tiba, memperkenalkan dirinya dengan nama Jiwang. Juga berasal dari benua yang sama tempat asalku, kacak, berbadan sado dan merupakan mamalia paling kuat di bumi biru ini.



Aku perkenalkan diriku kepadanya sebagai Juwita nama yang diberi. Mempunyai minat yang sama dan ingin mengenalnya lebih lanjut lagi. Dia tersenyum dan tunduk tanda setuju sambil memberikan buah tembikai kepada ku. Diri ini bagaikan dibuai mimpi, rama-rama menari di dalam hati. Indah sungguh perasaan ini. 

Semoga ia kekal abadi.




Apakah episod seterusnya kisah kami selepas pertemuan yang pertama? 

Mungkinkah cinta akan bersemi? 

Adakah ia takdir yang tertulis bagi pasangan semi-akuatik ini? Anda boleh menjadi saksi kisah cinta Jiwang & Juwita di Sunway Lost World Of Tambun pada Syawal 2021 ini.




KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong-Royong Masjid

Hi Korang,

Sehari sebelum puasa hari tuh kak lily berkesempatan untuk menyertai Program Jom Cuci Masjid anjuran KOPETRO di Masjid Al-Hidayah, Sentul.


Luas jugak masjidnya sesuai dengan perletakannya di tengah-tengah kawasan perumahan di daerah Sentul ini.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021 ini.




Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.



“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”



Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. 










KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.



Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.




MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD(KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.