Thursday, April 8, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Merentasi Destinasi’ Di Dewan Perdana FELDA D’SAJI Kuala Lumpur

Hi Korang,

Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kali ini kak lily ke Felda D’Saji untuk merasai sendiri menu-menu buffet ramadan yang di sajikan kepada kami.


Felda D'Saji kembali dengan menawar dan menyajikan sehingga 88 menu Bufet Ramadan 1442H/2021 mulai 13 April hingga 10 Mei depan sempena menyambut bu Ian Ramadan tahun ini.




Sajian pilihan hasil 'air tangan' chef-chef berpengalaman disediakan di empat venue utama iaitu di Dewan Perdana Felda, D'Salai KL Anjung Felda dan di D'Saji Di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor termasuk Tempahan Korporat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur.









Pelbagai hidangan Bufet Ramadan disediakan di Dewan Perdana Felda bertemakan 'Merentasi Destinasi' bakal menyingkap kembali nostalgia berbuka puasa di kampung seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, ·Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, lkan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Pajeri Nenas, Set lkan Belanak dan banyak lagi.



Di 'Kaunter D'Saji Specialty' pula dihidangkan Nasi Beriani Ayam dan Kambing lstimewa, Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Percik, lsi lkan Harum Wangi Sunga Kantan dan lkan Sri Banding. Tidak terhad dengan itu, menu antarabangsa turut dihidangkan di ruangan masakan ltali ('Italian Corner') seperti Pasta Bolognaise, Cabonara & Aglio dan juga meatball beserta 'home made sauce' yang diminati golongan kanak-kanak. Di samping itu, aneka bebola seafood juga disediakan sepanjang. bulan Ramadan tahun ini.




Bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan Roasted Lamb (Kambing Panggang) bersama Blackpepper Brown Sauce, Mint Sauce, Chilly Sauce, Wedges & Coleslaw. Aneka Jenis Sambal, Aneka Jenis Ulam, Aneka Jenis Kerabu dan Pecal juga disediakan di stall yang disediakan. Bufet Ramadan Felda D'Saji tidak lengkap tanpa aneka pencuci mulut seperti Onde Onde, Popia Basah dan Kuih Denderam yang pastinya dinanti-nanti peminat setia Felda D'Saji saban tahun.




Lain-lain juadah tradisional yang disajikan di Dewan Perdana Felda termasuk Lempeng Kelapa & Sambal Bilis, Aneka Jenis Gorengan (Cucur, Pisang, Keledek,Sukun & Keropok Lekor), Dim Sum, Aneka Kuih Melayu (Manis & Pedas), Aneka Jenis Kek, Pastry, Rojak Buah, Aneka Jenis Potongan Buah Buahan dan Aneka Jenis Jeruk Buah.


Ramadan Bufet Felda D'Saji di Dewan Perdana Felda turut menjanjikan kelainan dengan kolaborasi bersama Kumpulan Nasyid Rabbani yang bakal mengiringi persembahan nasyid secara live' dan solat terawih berjemaah pada Ramadan tahun ini. Peminat-peminat juga dapat berinteraksi bersama kumpulan nasyid nombor 1 di Malaysia ini.

Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan percuma, surau yang selesa di samping kapasiti besar dewan yang besar semestinya menjanjikan satu pengalaman bermakna di bulan Ramadan ini.

Produk terbaru 'Ready to Eat (RTE)'


Bagi memudahkan warga Lembah Klang, Felda D'Saji juga menyediakan sajian untuk bersahur. 


11 produk terbaru 'Ready to Eat (RTE)' yang dipek secara sejuk beku seperti Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, ltik Salai, Daging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. Pek-pek ini boleh dihidang hanya di dalam masa 3 minit sahaja setelah dipanaskan. Produk boleh didapati di semua venue dan kafe Felda D'Saji.



Felda D'Saji pada Ramadan juga memperkenalkan 4 pilihan ais krim dengan pelbagai variasi rasa seperti vanilla, mangga, yem dan strawberry yang didatangkan bersama tapai di setiap hidangan ais krim tersebut. Bagi penggemar durian, ais krim perisa durian juga disediakan bagi juadah berbuka puasa. Ais Krim merupakan produk terbaru keluaran Felda D'Saji yang mana bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.


Sementara itu, tema '7 Warisan Salai' menjadi tarikan utama di D'Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan D'Saji Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. 


Sebanyak 7 pilihan menu utama yang diketengahkan kepada warga kota terdiri daripada Daging Salai, ltik Salai, Ayam Salai, Kambing Salai, lkan Keli Salai, Arnab Salai dan Puyuh Salai. Seleksi menu salai ini merupakan pilihan masakan masak lemak cili api yang merupakan menu kegemaran ramai kebanyakan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, menu daging salai masak lemak cili api ini juga boleh dinikmati bersama 4 pilihan 'topping' iaitu belimbing buluh, pucukubi, mangga muda dan pegaga yang pastinya menjanjikan kelainan citarasa masakan melayu.

Pakej Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda pada tahun ini adalah RM78.00++ bagi dewasa manakala kanak-kanak pula adalah RM38.00++

Pelanggan di luar sana juga ditawar Harga Promosi dengan potongan 30% bagi 1 sehingga 3 Ramadan 1442H. 

simple-simple jer kak lily makan, ada arnab salai, asam pedas tulang rusuk dengan udang seekor

sempat jugak kak lily rasa bubur lambuk, kerepok lekor, sotong goreng, dan cucur ermm syukurr


Manakala di D'Salai Anjung Felda dan D'Saji Seksyen 13 Shah Alam pula ditawarkan pilihan Menu Set 2 orang pada kadar harga RM38.00 nett dan pilhan Menu Set 4 orang sebanyak RM75.00 nett di samping pelbagai pilihan menu walk-in dan take away pada kadar harga berpatutan bermula dari RM8.00 setiap menu.

so ktorang pun kira orang korporat jugak kan


Pakej Korporat juga disediakan di Dewan Merak Kayangan bagi Syarikat atau Agensi Kerajaan yang ingin menganjurkan majlis rasmi dengan tawaran harga pakej RM48.00++ (Bufet) dan RM78.00 (Dome).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Felda D'Saji di nombor hotline 019-6622525 atau tel: 03-2693 0008/ 03-26988302 atau emel: salesdsaji@felda.net.my

Jom kita ke :

DEWAN PERDANA FELDA
No. 1, Jalan Maktab,
Kampung Datuk Keramat,
Wilayah Persekutuan,
54000 Kuala Lumpur



Telefon : 03 26988302

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Website : 

Instagram :


Facebook Page : 



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


#BuffetRamadan2021
#bukapuasadihotel
#hargabuffetramadan

Wednesday, April 7, 2021

Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010[1].

Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.

Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung, strok, diabetes, artritis reumatoid dan yang terbaharu, Alzheimer[2].

Langkah pencegahan dalam kesihatan oral seperti pengesanan awal dan rawatan penyakit gusi boleh mengubah keselanjaran penyakit oral, satu cara untuk menangani beban kumulatif ke atas kesihatan awam.

Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth

Systema, pakar kesihatan gusi dari Jepun, kini berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dalam kempen Tanggungjawab Sosial Korporat untuk membantu orang awam ‘Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth’, dalam usahanya untuk meneruskan dan meningkatkan lagi kerjasama yang terjalin pada tahun-tahun sebelumnya.

Kempen tersebut bertujuan mendidik rakyat Malaysia dan meningkatkan amalan penjagaan oral mereka untuk kesihatan gusi yang lebih baik dengan mengedar maklumat kesihatan oral berasaskan fakta dan disokong oleh kajian kepada 2 juta orang Malaysian. Pemeriksaan gigi percuma bagi mengurangkan kadar penyakit gusi secara beransur-ansur dalam kalangan orang dewasa juga disediakan untuk menolong rakyat Malaysia mengenal pasti dan mencegah masalah kesihatan oral seperti penyakit gusi sebelum menjadi lebih serius.

Kempen CSR yang holistik ini turut melibatkan pengagihan 10,000 unit ubat gigi Systema saiz percubaan kepada orang awam, 9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh kepada petugas barisan hadapan kesihatan oral, laman web interaktif www.gumhealthcheck.com yang memberi pendidikan mengenai tanda dan simptom penyakit gusi dan aplikasi penilaian kesihatan gusi percuma, pemeriksaan gigi percuma oleh klinik MDA yang mengambil bahagian, aktiviti pendidikan serta meningkatkan kesedaran di media sosial dan diskaun hebat produk Systema bagi memastikan produk kesihatan oral berkualiti mampu diperolehi oleh semua.

Satu kempen media sosial akan diadakan dengan menampilkan influencers dan pengguna untuk mendorong orang ramai supaya Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth serta menyokong kempen ini dari 1 April hingga 30 April 2021.

Simbolik PenyerahanPengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Program Kesihatan Pergigian (KKM), Dr Noormi Binti Othman (KIRI) dan Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Kesihatan Pergigian (KKM), Dr Chia Jit Chie (KANAN) wakil kepada barisan hadapan KKM telah menerima sebanyak 10,000 saiz percubaan dan 9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh.


Penyakit gusi kini berleluasa namun boleh dicegah. Tahap kesedaran mengenai penyakit gusi, kesannya terhadap kualiti hidup dan kaitannya dengan penyakit serius lain adalah rendah. Kita perlu sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan gusi untuk mengurangkan beban kumulatif terhadap kesihatan umum. Kajian menunjukkan terdapat korelasi antara penyakit gusi dan penyakit jantung serta diabetes[3]. Jika pengesanan dan rawatan awal mampu mengurangkan korelasi antara penyakit berbahaya ini, kita perlu meneroka dengan teliti. Diabetes dan penyakit jantung juga telah dikenal pasti sebagai komorbiditi bagi COVID-19[4]. Rakyat Malaysia perlu belajar mengenal pasti tanda dan simptom penyakit gusi supaya mereka boleh mengenalpasti masalah dan segera mendapatkan rawatan.”

Dr. Renukanth A/L Patabi Cheta Raman, Pakar Klinikal Periodontik di Pusat Pakar Pergigian Kuala Lumpur. 


Systema dan MDA sedang giat berusaha menyediakan sumbangan dalam bentuk produk, bahan pendidikan, pemeriksaan gigi dalam talian dan di klinik, sokongan dan khidmat media sosial bagi membantu orang awam di kala klinik pergigian kerajaan sedang terbeban. Kempen ini boleh membantu Program Kesihatan Pergigian, KKM dalam mendidik orang awam mengenai keperluan penjagaan gusi dan kesihatan oral yang lebih baik, melengkapkan mereka dengan produk dan menggalakkan mereka kepada pemeriksaan gigi percuma untuk penilaian.


Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.

Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, berkongsi matlamat sosial Systema untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral untuk gusi sihat dan gigi yang sihat untuk sepanjang hayat di kala dunia bergelut dengan wabak COVID-19.

“Sudah setahun pandemik ini meletakkan kita dalam situasi berjuang untuk hidup. Kini tiba masa untuk kembali fokus kepada isu penting seperti kesihatan gusi. Gusi dan gigi yang sihat adalah penting untuk kualiti hidup yang lebih baik, oleh itu marilah kita semua ‘Gumbatte’! Systema boleh membantu dengan mengajak lebih ramai orang prihatin mengenai tanda dan simptom penyakit gusi serta menyedari ia boleh sembuh pada peringkat awal dengan hanya memberus gigi dan gusi dua kali sehari,” kata Cik Foo.

“Kempen CSR ini mempunyai matlamat untuk menilai keberkesanannya dalam kalangan orang awam dan petugas barisan hadapan. Ia menyediakan data mengenai apa yang berkesan supaya kita boleh menyediakan sokongan yang lebih terperinci di masa hadapan bagi menambah baik kesihatan mulut. Orang ramai boleh membuat penilaian kesihatan gusi secara dalam talian, manakala mereka yang memerlukan boleh mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di klinik-klinik ahli MDA. Kempen Systema Gumbatte pada 2019 telah membolehkan hampir 50,000 orang mendapat pemeriksaan kesihatan gusi dalam talian secara percuma dan lebih 10,000 orang berkunjung ke klinik ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma,” terang Cik Foo.

Dr. Chong Zhen Feng, Ketua Setiausaha Kehormat Persatuan Pergigian Malaysia. 


Setiausaha Kehormat Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Chong Zhen Feng, berkongsi sejak bermulanya wabak COVID-19, ramai orang menangguhkan rutin pemeriksaan gigi dan para profesional pergigian melihat penurunan kadar kehadiran ke klinik. Ini secara tidak sengaja melambatkan pengurusan dan boleh membawa kepada situasi penyakit oral yang bertambah buruk.

“Pihak MDA telah berganding bahu dengan Systema dalam kempen kesihatan oral saban tahun. Di Malaysia, penyakit gusi berleluasa disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan oral yang baik. Menerusi kempen Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth, kami ingin menawarkan pendidikan penjagaan kesihatan oral di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan kesihatan gusi dan kesihatan rakyat Malaysia secara umumnya. Bilangan orang yang bakal menerima kesan positif inisiatif ini adalah amat menggalakkan.

“Pelihara kesihatan oral anda dengan melayari laman web www.gumhealthcheck.com untuk menilai status gusi anda dan jika perlu, hadir ke klinik gigi ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma.”

Ujar beliau, ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan gigi percuma bagi menyokong kempen ini. Semua orang digalakkan untuk berkunjung ke klinik gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.

Kempen “Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth” mengambil nama sempena teriakan motivasi Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’ sebagai kata-kata semangat supaya rakyat Malaysia mengawal kesihatan oral, termasuk ketika pandemik. Layari www.gumhealthcheck.com untuk mendapatkan pemeriksaan gusi dalam talian anda hari ini.


[1] National Oral Health Survey on Adults, Malaysia 2010

[2] https://www.nhs.uk/live-well/healthy-body/health-risks-of-gum-disease/

[3] Fine N, Chadwick JW, Sun C, Parbhakar KK, Khoury N, Barbour A, Goldberg M, Tenenbaum HC, Glogauer M. Periodontal Inflammation Primes the Systemic Innate Immune Response. J Dent Res. 2020 Oct 20:22034520963710. doi: 10.1177/0022034520963710. Epub ahead of print. PMID: 33078669.

[4] Petrilli Christopher M, Jones Simon A, Yang Jie, Rajagopalan Harish, O’Donnell Luke, ChernyakYelena et al. Factors associated with hospital admission and critical illness among 5279 people with coronavirus disease 2019 in New York City: prospective cohort study BMJ 2020; 369 :m1966

“People admitted to hospital were more likely to be men (61.2% v 36.9%) and were considerably more likely to have comorbidities than people not admitted (any comorbidity, 79.7% v 44.8%), particularly cardiovascular disease (70.6% v 32.2%), diabetes (34.7% v 9.7%), and chronic kidney disease (21.2% v 2.6%; table 1).”

Lady’s Choice #KeepingItReal dengan Sapuan Ayam dan Tuna Baru

Hi Korang,

Lady’s Choice baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produknya yang terbaru iaitu Lady’s Choice Meaty Spread yang didatangkan dalam dua varian, Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna. Selain daripada menjadi sapuan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice diperbuat menggunakan ramuan-ramuan sebenar seperti ayam dan tuna segar yang kaya dengan khasiat serta kedua-dua sapuan ini mengandungi kebaikan Omega 3.

Walaupun menjadi seseorang ibu itu mempunyai ganjaran yang tersendiri, ia turut datang dengan pelbagai cabaran, terutama sekali dalam memenuhi tanggapan masyarakat tentang erti sebenar keibuan. Ibu moden dilihat perlu bijak mengatur kerjayanya, menyediakan hidangan yang seimbang, membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak mereka setiap masa. Realitinya, menjadi seorang ibu adalah sukar dan tidak ramai ibu bersuara mengenainya. Oleh itu, bersempena dengan pelancaran Lady’s Choice Meaty Spread, Lady’s Choice juga melancarkan kempen #KeepingItReal anjurannya.



Kempen #KeepingItReal menyasarkan untuk mengajak para ibu di Malaysia berkongsi keluh-kesah mereka sambil menyatakan sokongan dengan menceritakan kisah serta dugaan sebenar yang dialami oleh para ibu. Menerusi siri Sesi Instagram Live yang diadakan dengan kerjasama para ibu dari kalangan personaliti terkenal, jenama ini berusaha untuk menggalakkan perbincangan berkisarkan realiti yang dihadapi oleh para ibu dan membantu mereka dengan memberikan penyelesaian yang benar-benar dapat membantu mengurangkan kesibukan di waktu pagi dengan Lady’s Choice Meaty Spread.

“Memang betul, para ibu sering mengalami rasa bersalah dan ramai diantara mereka berasa tertekan dan sukar menghadapinya. Oleh itu, menerusi kempen #KeepingItReal ini, kami mahu menggalakkan para ibu bersuara dan berkongsi pengalaman serta cabaran yang dilalui oleh mereka, terutamanya semasa menyediakan hidangan cepat namun berkhasiat untuk anak-anak mereka di waktu pagi. Kami mahu meyakinkan para ibu bahawa Lady’s Choice sentiasa bersama-sama dengan mereka dalam mengharungi perjalanan ini dan berazam untuk meringankan rasa bersalah para ibu dengan memberikan produk yang cepat namun berkhasiat untuk anak-anak mereka,” kata Pengurus Pemasaran Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Siti Suhaila Abd Hamid.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Lady’s Choice turut menjemput pakar terapi perkahwinan dan keluarga, Charis Wong (Pakar Kaunseling Psikologi) untuk berkongsi pendapat beliau mengenai perkara ini dan memberikan para ibu ilmu pengetahuan yang tidak ternilai bagi membantu mereka mengharungi situasi ini.

“Umum mengetahui bahawa apa yang berlaku di waktu pagi akan mempengaruhi seluruh hari berkenaan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu tidak kira di mana sahaja, pagi boleh menjadi agak huru-hara kerana perlu menyediakan sarapan, memandangkan ia adalah hidangan paling penting untuk anak-anak. Oleh itu para ibu perlu mencari penyelesaian yang seimbang dalam menangani permasalahan ini. Ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil oleh para ibu bagi menguruskan waktu pagi mereka dan kekal fokus, sambil menikmati detik istimewa yang dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak mereka sebelum semuanya keluar rumah.”

Mulakan rutin pagi esok pada malam sebelumnya terutama sekali jika anda tidak suka bangun pagi seperti saya. Sediakan pakaian, bungkuskan atau siapkan bekalan untuk sarapan dan makan tengah hari pada malam sebelumnya, sediakan semua barang keperluan seperti botol air minuman dan pelitup muka di atas meja agar mudah diambil sebelum keluar rumah. Latih anak-anak anda agar menyiapkan beg dan pakaian seragam sekolah pada malam sebelumnya.



Lakukan ritual di waktu pagi yang bermakna diri anda dan anak-anak anda. Aktiviti yang menenangkan jiwa seperti solat, sembahyang, meditasi, mengucapkan syukur atau sekadar melakukan senaman pernafasan secara mendalam adalah cara yang terbaik untuk memulakan hari yang tenang dan fokus. Amalan seperti berdoa, berbincang tentang rancangan atau matlamat harian, serta sekadar berbual ringan dengan anak-anak anda ketika menaiki kereta menuju ke sekolah juga boleh menjadi ritual yang bermakna.

Pilih sarapan yang kaya dengan protein, dan kurang lemak, karbohidrat dan gula diproses yang tidak baik untuk kesihatan. Pakar kesihatan telah lama menyarankan tentang kelebihan mengambil sarapan protein tinggi berbanding mengambil sebahagian besar protein harian di penghujung hari. Namun, akibat kesibukan di waktu pagi, kita lebih cenderung untuk mengambil sarapan yang mudah didapati oleh kita, yang selalunya rendah protein.



Suhaila menambah, “Kebanyakan ibu mengalami rasa bersalah kerana mereka mahu menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak mereka namun ia memerlukan lebih masa dan usaha, yang tidak mampu dipenuhi oleh kita, terutama sekali ketika ini di mana ramai ibu berkerjaya yang masih perlu bekerja dari rumah sedangkan anak-anak mereka telah kembali bersekolah. Oleh itu, mereka terpaksa mencari alternatif mudah seperti memberikan anak-anak makanan rapu, biskut yang rendah nilai khasiatnya, yang selalunya tidak menyihatkan. Kami percaya bahawa Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice yang mudah, sedap lagi berkhasiat dapat membantu meringankan beban para ibu di Malaysia yang sentiasa sibuk di waktu pagi dan memudahkan mereka menyediakan sarapan yang berkhasiat.”


Para ibu kini boleh mendapatkan Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice di semua pasar raya besar, pasar raya hiper dan kedai serbaneka di seluruh negara, masing-masing pada harga RM8.50 untuk botol 220ml.

Untuk mempelajari bagaimana anda boleh menggunakan sapuan pelbagai guna ini bagi menyediakan hidangan yang cepat dan berkhasiat untuk anak-anak anda, sila layari https://www.nakmakanapa.com.my/produk/ladys-choice-sapuan-ayam/ atau https://www.nakmakanapa.com.my/produk/ladys-choice-sapuan-tuna/.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sesi Instagram Live #KeepingItReal yang akan datang, sila ikuti @Lady’sChoiceMY.