Monday, April 5, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Sentuhan Warisan’ Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Kak lily mendapat jemputan dari management restoran kepunyaan Chef Dato' Ismail Ahmad iaitu Restoran Rebung yang terletak di kawasan parkir bertingkat di hadapan pintu masuk Balai Polis Bukit Aman.

Sangat cantik dan luas di bahagian dalamnya, serta mempunyai balkoni besar di bahagian luar yang mana menempatkan gerai-gerai makanan di bulan ramadan nanti.

Untuk buffet ramadan kali ini, Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke sini. Bermula daripada makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah pencuci mulut (dessert).








Restoran Rehung masih mengekalkan sajian utamanya iaitu daging salai masak lemak cili api,ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas dan lain-lain lagi. Signature di sini semestinya Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak & Siput Sedut Masak Lemak.




Menambah selera berbuka, Chef Ismail menyediakan ulaman kampung, aneka sambal, kerabu dan tauhu. Baru kena dengan tema kampung kan. Lagi pun dekorasi dalaman Restoren Rebung terasa berada dalam rumah kampung dengan barangan antik & suasana desa yang cukup menenangkan








Yang pasti semua tetamu mesti tak sabar-sabar nak berbuka saat melihat hidangan 8 buah gerai di Anjung & dalam restoren dengan menu seperti Murtabak, Cucur Bawang, Sup Tulang, Mee Kari, Laksa Penang, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Nasi Kerabu, Kuew Teow Goreng, Mee Goreng Mamak dan pelbagai makanan goreng lain.





Silalah nikmati kuih-muih tradisional kampung - Sagu Gula Melak, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Lepat Pisang, Butir Delima, Tepung Bungkus dan banyak lagi. Menariknya kuih Buah Melaka dan Roti Jala tersedia secara live depan korang. Masak panas-panas tau. Baru betul-betul sedap meletop dalam mulut.

Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 13 Ramadan 2021 hingga 11 May 2021.

Dewasa : RM 84.80 nett

Kanak-kanak : RM 53.00 nett (umur 5-11 tahun)




Perkhidmatan Katering Di Restoran Rebung

Rebung juga menyediakan perkhidmatan katering samada di kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat sendiri, korang boleh menghubungi pihak Katering Rebung untuk membuat tempahan. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan atau Majlis Rumah Terbuka, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2276 3535/ 2525 untuk maklumat lanjut

Kemudahan-Kemudahan vang terdapat di Restoran Rebung

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa mengikut S.O.P. Blue Room berkapasiti 12-15 orang, Red Room berkapasiti 50-60 orang, Green Room berkapasiti 60-70 orang, Stage Area berkapasiti 80-90 orang, Yellow Room berkapasiti 25 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 40-50 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.00 sekali masuk.


Aktiviti Restoran Selain Bulan Ramadhan

Menyediakan buffet Breakfast, Lunch, Hi-Tea, & Dinner.

Buffet Breakfast : Bermula pada jam 8:00 pagi - 10.30 pagi

Harga : RM 21.20 dan Breakfast Set Bermula dari harga Rm 6.00


Buffet Lunch: Bermula padajam 11 :30 pagi-3:00 petang.

Harga : RM 42.40 (Dewasa), RM 29.70 (Kanak-Kanak)


Buffet Hi-Tea: Bermula padajam 3:30 petang- 5:30 petang

Harga : RM 37.10 (Dewasa), RM 21.20 (Kanak-Kanak) Bergantung pada tempahan

Buffet Dinner: Bermula padajam 6:30 Petang- 10:30 Malam

Harga : RM 53.00 (Dewasa), RM 35.00 (Kanak-Kanak)


Bermula bulan Januari 2021, Restoran Rehung telah memulakan sistem order makanan secara dalam talian melalui aplikasi Foodpanda. Selain itu, pada l Mac 2021, Restoran Rehung juga tel ah memperkenalkan 5 produk baru "Ready-2-Eat Series" iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ini dijual di restoran dan juga boleh didapati di aplikasi Shopee.


Jom kita ke :

Restoran Rebung Chef Ismail
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 
50480 Kuala Lumpur

No telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525



Tempahan katering sila hubungi no berikut

En Hafiz : 017-778 7895


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Buffet Ramadhan 2021 ‘Semarak Rasa Ramadan’ Di WTCKL

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Kali ini kak lily akan mempersembahkan entri makan-makan kita sempena buffet ramadhan 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dahulunya di kenali dengan nama PWTC.

Kesibukan warga kota tidak menghalang mereka daripada menikmati sajian citarasa kampung yang mampu menggamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Tahun ini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) masih lagi mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan "Semarak Rasa Ramadan".











Sebanyak 200 jenis juadah akan disajikan kepada para pengunjung sepanjang bufet berlangsung di Aras 2, Ruang Legar Putra bermula 15 April 2021 ini. Istimewanya Ramadan kali ini, WTCKL akan berkolaborasi bersama chef terkenal, Chef Anis Nabilah yang akan tampil berkongsi resipi air tangannya. 

Antara resipi yang bakal dikongsikan ialah Murtabak Lasagne, Laksa Goreng dan Rendang Rusuk Lembu sebagai tarikan utama bufet Semarak Rasa Ramadan tahun ini. Chef Anis Nabilah dikenali melalui rancangan Icip-icip, Kuali Bujang, Rasa-rasa, Eating Wild, My Taste of Hong yang tersiar di pelbagai saluran televisyen dalam dan luar negara.

Pihak WTCKL juga turut menyediakan tawaran baucar pembelian awal 'Early Bird', di mana pengunjung yang membeli baucar Ramadan sebelum 15 April 2021 hanya perlu membayar sebanyak RM70.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan, iaitu sehingga 10 Mei 2021.









Selepas 15 April 2021, bufet Ramadan boleh didapati dengan harga serendah RM80.00 seorang untuk dewasa dan RM45.00 seorang untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Para pengunjung juga boleh mendapatkan baucer serta pelbagai tawaran menarik atas talian melalui aplikasi Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan kedai atas talian Riverside Cafe and Restaurant.

Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) juga menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM120.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.

Selain itu, para pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 WTCKL. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para pengunjung.









Pasukan chef WTCKL yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung buat para pengunjung yang hadir. Menu ini akan ditukar setiap minggu untuk memberikan variasi pilihan kepada para pelanggan. Antara menu yang bakal memikat selera pengunjung pada tahun ini ialah Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau, Kambing Rendang Minang, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Tempoyak Daun Kesom, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Kicap Pedas dengan So Hoon. Selain itu, Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas dan Kambing Goreng Berempah turut dihidangkan.

Antara hidangan lain yang turut bakal dihidangkan adalah pelbagai jenis ulaman, pelbagai jenis keropok, jeruk - jeruk, 3 jenis ikan masin, 7 jenis sambal dan dressing serta 10 jenis kerabu yang pasti memikat selera semua.

Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu, 3 jenis kurma, bubur manis, aneka jeli, 'mousse & pudding' dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Cincau, Air Barli, Kopi Tarik dan Teh Tarik.

Menjadi tarikan setiap kali bufet berlangsung adalah "Carving Station" yang menyediakan kambing panggang setiap hari. Daging kambing yang dipanggang lembut dan berjus ini dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan semestinya mampu menambat selera ramai untuk menikmatinya.


Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL, para pengunjung boleh datang terns ke kaunter tempahan di Aras 2, Restoran Riverside yang akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/ 6702 atau hantar mesej kepada kami di +6019-267 8960

Jom kita ke :

World Trade Centre Kuala Lumpur
41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di sosial media berikut :

Website :

Facebook :

Instagram :



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


#buffetramadan2021
#ramadanreview2021

Sunday, April 4, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Citarasa Warisan Malaysia’ Di Best Western i-City Shah Alam

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Bertemakan Citarasa Warisan Malaysia, menu-menu hidangan buffet ramadan ini bakal mengingatkan korang tentang kampung halaman korang yang senantiasa di rindui










Di antara hidangan utama yang di sajikan adalah seperti Ayam Percik Kelantan, Rendang Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Gulai Nenas, Udang Goreng Kunyit, Ketam Kari, Sotong Sumbat, Kambing Varuval, Ketam Lemak Cili Api, Tempe Goreng Berempah, Daging Dendeng, Udang Kari dan banyak hidangan popular dari seluruh negara.

Terdapat 6 gerai yang menyajikan hidangan secara LIVE iaitu secara panas-panas.




Para tetamu akan menikmati hidangan segar terus ke meja korang Sup Gearbox, Kambing Panggang, Makanan Laut Panggang, Mee Jawa, Laksa, Mee Bandung, Mee Sup Daging, Mee Kari, Kebab Ayam Berempah, Kambing Asam Pedas, dan banyak lagi.







Korang juga boleh nikmati hidangan pencuci mulut seperti Ais Batu Campur, Kuih-muih Melayu, Coklat Fountain, Ais Krim, Pastri Kecil Perancis, dihiris dan keseluruhan buah-buahan serta Puding Roti yang enak sekali.

Citarasa Warisan Malaysia Ramadhan Buffet berharga RM119 bersih setiap orang dewasa. Kanak-kanak/Warga Emas Warganegara dengan harga RM55 bersih. 

Beli baucar ‘Early Bird’ bermula sekarang hingga 12 April 2021 pada kadar istimewa daripada RM89 bersih setiap orang dewasa.

Untuk menempah tempat duduk anda, sila hubungi +603 5521 9000 atau e-mel enquiry@bestwestern-icity.my.



Projek CSR Ramadhan 2021

Untuk berkongsi keberkatan bulan yang mulia, Best Western i-City Shah Alam telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) tahun ini. Tetamu akan dapat menikmati persembahan dan perkhidmatan refleksologi oleh komuniti buta untuk semua hujung minggu pada bulan puasa. Tetamu juga boleh menunjukkan sokongan mereka dengan membeli kraftangan atau barangan unik yang dibuat oleh mereka dari gerai atau hanya menyumbang seperti yang anda mahu.

Kesemuan jumlah hasil yang diterima akan disalurkan kembali kepada persatuan dan Komuniti.

Sila hubungi +603 2272 2677 atau e-mel info@mab.org.my untuk maklumat lanjut.


Cabutan Bertuah Mingguan untuk Win Hotel Stays

Untuk menambah keseronokan, Best Western i-City Shah Alam akan memberikan penginapan 2 Hari 1 Malam di hotel Bilik i-Suite setiap minggu. Untuk berhak untuk cabutan ini, tetamu perlu mengisi butiran mereka di bahagian belakang tiket bufet mereka dan jatuhkan tiket ini ke dalam kotak cabutan bertuah.

Pemenang Akan menjadi Mengumumkan Live Melalui Facebook Setiap Khamis Petang di pautan: https://www.facebook.com/bwicity/



Sedikit Info Mengenai Best Western i-city Shah Alam

Best Western i-City Shah Alam ialah hotel perniagaan moden yang bakal menjadi pilihan utama kedua-dua pelancong tempatan dan antarabangsa. Lokasi strategik di Sham Alam - bandar satelit utama yang menawarkan puasa Menghubungkan ke Kuala Lumpur dan lapangan terbang antarabangsa utama Malaysia, hotel 18 tingkat kontemporari ini mempunyai ciri-ciri hotel 18 tingkat yang kontemporari 214 bilik dan suite yang moden dan selesa, semuanya berkaitan dengan Wi-Fi percuma. A pilihan makanan dan minuman, termasuk restoran makan sepanjang hari, perkhidmatan bilik 24 jam dan kafe dengan tempat duduk luaran, membolehkan tetamu mencuba pilihan perisa Asia dan antarabangsa yang lazat.

Sementara itu, jumlah besar ruang persidangan dan jamuan bermakna tetamu di BEST WESTERN i- City Shah Alam boleh berniaga dengan mudah.

Terletak di dalam kompleks i-City moden, yang juga termasuk taman tema luaran dalaman, dan boleh diakses dari tiga lebuh raya utama, BEST WESTERN i-City Shah Alam menawarkan kemudahan dan kesambungan untuk semua jenis pelancong.

Jom kita ke :

Best Western i-City Shah Alam
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia 40000 i-City,
Shah Alam, Selangor Golden Triangle | Malaysia
Phone : +603 5521 9000
Fax : +603 5521 2028


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


#buffetramadan2021
#buffetramadaninshahalam
#ramadanpreview