Hi Korang,
Saban tahun kak lily akan ke Me’nate Steak Hub untuk berbuka puasa tau. Sebab ape?? Sebab pilihan menu makanan barat yang unlimited.. yelah kata pun buffet kan hehehehe so makanlah selagi mampu.
Kalau korang nak tahu yang Me'nate Steak Hub merupakan satu jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia buat masa ini. Oleh itu sempena Ramadan kali ini, Me'nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan kempen Ramadan.
Kali ini Me'nate masih mengekalkan buffet Ramadan untuk berbuka puasa dengan mematuhi SOP yang di tetapkan oleh KKM. Kempen Ramadan kali ini juga menyajikan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan. Selain itu juga Me'nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk korang sekalian yang inginkan kelainan.
Masih mengekalkan konsep tradisi Me'nate, ianya mengekalkan menu steak dan makanan barat dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian. lstimewanya Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me'nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan.
Pakej buffet ramadan kali ini menawarkan dengan tawaran harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak, manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk setiap tempahan awal pihak Me'nate akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat.
Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me'nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me'nate.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me'nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER.
Me'nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.
Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan hidangan pemanis mulut@dessert diberikan secara PERCUMA dari kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam FAMILY PLATTER ini masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me'nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk seisi keluarga.
Produk Sejuk Beku MeatLab dari Me'nate
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me'nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru mereka iaitu jenama MeatLab yang boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Penganjuran Program CSR Bagi Syarikat dan Badan Korporat
Me’nate juga mempelawa Syarikat atau badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Cawangan Me’nate Di Seluruh Negara
Buat masa ini restoran Me'nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johar Bahru dan hanya enam (6) sahaja cawangan yang menganjurkanya Buffet Ramadan kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu lstimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang.
Selain itu di Me'nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej lstimewa Group Steak lftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej lstimewa lftar untuk 2 orang.
Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.
Pakej Buffet Ramadan
• Pakej Group Steak
• Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb
• Pakej 2 Pax
• Pakej Group Steak
• Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947
Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa.
Jom kite ke :
Lot F-36, Vista Alam
Jalan Ikthisas 14/1 off Persiaran Damai
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook:
Instagram:
Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.