Thursday, April 1, 2021

Lulu Hypermarket Yang Ke 3 Kini Di Buka Di Setia City Mall, Shah Alam.

Hi Korang,

LuLu Hypermarket & Department Store, pusat membeli belah yang tidak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur.


Setelah pembukaan outlet kedua di One Shamelin, kini LuLu Hypermarket yang ke 3 telah dibuka di Setia City Mall, Setia Alam dengan tawaran pembukaan harga yang cukup menarik dari hari ini sehingga 4 April 2021.Tawaran pembukaan ini memang sangat menguntungkan dan akan membuatkan korang shopping macam nak rak.

Untuk pengetahuan korang, LuLu di Setia City Mall ini lebih luas dengan keluasan 150 ribu kaki persegi dan ianya terbahagi kepada 3 tingkat iaitu

Level 1 - Barangan Makanan, Keperluan Diri, Café untuk para pelanggan menikmati makanan

Level 2 - Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan lain-lain

Level 3 - Barangan Elektrik & Elektronik.

ramai giler orang beratur nak masuk, ahkak ko pun samo gak lah kan



Apa yang menarik bersempena dengan pembukaan Lulu Hypermarket yang ke-3 ini, pelbagai tawaran harga hebat bermula dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021.





Level 1 (Tingkat Bawah) - Barangan Makanan, Keperluan Diri

Di tingkat paling sekali ini menempatkan pelbagai barangan makanan kering, basah, toileteries, dan macam-macam lagi. Jangan korang tak percaya harga yang ditawarkan sempena pembukaan LuLu Hypermarket ni memang tak masuk dek akal. Tengok la harga Maggi 2 minit ni sepekt RM1.88 sahaja.




Barangan seperti beras, milo, memang sangatlah murah. Kak lily terus sambar 2 paket beras lagi. Ini baru beras kita beli hehehehe.








Di bahagian buah-buahan dan sayur-sayurannya sangat menceriakan mata. Sayuran cantik tersusun dan nampak segar, seriously rasa terus bersemangat nak makan sayur lepas tengok semua ni. Tengok buah rasa macam nak beli semuanyer

Ramadan kan bakal tiba tak lama lagi, di LuLu menawarkan kurma berkualiti tinggi yang diimport khas dari Arab serta pelbagai barangan Arab seperti minuman dari sana turut terdapat di sini.




Sangat mudah dan menyenangkan untuk kita membeli-belah kerana susunan ruang niaga yang besar, bersih dan teratur serta selesa kepada pengunjung.



Di bahagian bawah juga terdapat jualan seperti pingan mangkuk, periuk belanga, sabun basuh baju, pelembut baju, barangan toileteries dan semua lah ada dekat situ. Rasa setiap bahagian korang patut wajib lalu dan beli yer. Tengok la harga air Twister 2 botol hanya RM8.89 sahaja.











Bahagian makanan seperti roti, kek, makanan Ready To Eat juga menjadi tempat dambaan kak lily yelah makanan kan. You look you see ek hehehehe...


Level 2 - Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan lain-lain












Di bahagian ini, menempatkan Lulu Fashion Store untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, kasut, bag, barangan bayi. Dengan tawaran harga pakaian di sini berbaloi-baloi dengan design rekaan fesyen terkini dan pelbagai promosi yang berbeza-beza mengikut jenama. Ada diskaun 25%, 30%, 50% memang rambang mata dibuatnya. Oh ya boleh juga dapatkan baju-baju raya seperti baju kurung, tudung, baju melayu, sampin, songkok untuk persiapan hari Raya yang bakal tiba.

Lulu Celebrate



Seperti biasa LuLu Celebrate dengan menawarkan promosi kain saree, churidar dengan harga dari RM99 sahaja daripada harga asal RM169. Manakala churidar pula ada yang ditawarkan pada harga RM29 dan RM119. 



Pelbagai pilihan warna, corak dan design terkini serta pelbagai material fabrik untuk saree. Memang sangat cantik yer kain saree ni boleh la buat baju kurung guna kain saree pula. Diskaun yang berbaloi sempena promosi pembukaan LuLu sehingga 4 April 2021.

Level 3 - Barangan Elektrik & Elektronik.

Bahagian paling atas ini menempatkan barangan alatulis permainan kanak-kanak, luggage & sport dan peralatan elektrik dan elektronik yang sangat popular dengan tawaran harga yang lagi murah.














Kena datang sendiri dan tengok promosi yang disediakan tau. Ada 1 blender jenama Philips dengan hanya RM69 daripada harga asal RM131. Lepas tuh harga TV jenama Samsung 55 inch dengan harga RM1699 aduimak risau kak lily menengok harganya murah nau nau

Cadar tilam, selimut, beg tarik, ya ampun kesemuanya ada harga promosi kaw-kaw sungguhlah kan.

Parkir ? Tiada Masalah yerr...

LuLu Hypermarket Setia City Mall mempunya tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan lebih daripada 400 tapak parkir, terbuka serta terdapat tempat letak kenderaan pelbagai tingkat juga.

So yang mana berdekatan dengan Setia City Mall boleh la terjah ke LuLu Hypermarket dan jangan lupa dapatkan tawaran harga pembukaan dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021.


Serentak itu juga promosi tawaran Ahlan Ramadan bersempena kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Jangan lepaskan tawaran harga yang menarik sempena pembukaan LuLu yang ke 3 di Setia Alam.

Jom kite :

LuLu Hypermarket Setia City Mall
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page :

Instagram Link :





Wednesday, March 31, 2021

JACK 'n JILL CREAM-O Dan Universiti Teknologi MARA Lancarkan 'PROJEK KOMUNITI O-SOME' Melalui Kempen 'SAMA-SAMA O-SOME'

Hi Korang,

JACK 'n JILL Cream-O, sebuah jenama biskut sandwic, akan melancarkan satu inisiatif murni dan menceriakan masyarakat dengan rasa 'O-some' melalui kempen JACK 'n JILL Cream-O Sama-Sama O-some'. Untuk kempen ini, Cream-O akan bergabung tenaga bersama institut pengajian awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi melaksanakan satu program jangkauan masyarakat mengujakan yang dinamakan 'Projek Komuniti O-some'.


Diilhamkan melalui etos jenama ini iaitu 'menjadikan sehari O-some', Jack 'n Jill Cream-O akan memberi sokongan padunya kepada kempen 'JACK 'n JILL Sama-Sama O-some' yang akan memaparkan satu peraduan hebat dengan ganjaran wang tunai bernilai RM10,000 sebagai rebutan. Sambil menikmati biskut sandwic Cream-O kegemaran mereka, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat secara langsung boleh melibatkan diri dalam kempen ini. Para peserta bukan sahaja berpeluang meraih hadiah yang disediakan, malah pada masa yang sama menyumbang kepada 'Dana Projek Komuniti O-some', iaitu tabung yang akan dimanfaatkan untuk tujuan perancangan, pengkonsepan dan pelaksanaan projek komuniti tersebut, yang akan diselia oleh seorang mentor daripada universiti itu.

"JACK 'n JILL Cream-O adalah jenama biskut sandwic yang menginspirasi orang ramai supaya 'jadikan sehari anda O-some'. Kami jalankan kempen ini bukan sahaja untuk membolehkan para pengguna menikmati produk kami dan berpeluang meraih hadiah tunai yang O-some, tetapi pada masa yang sama berkongsikan rasa 'O-some' bersama masyarakat. Kami memilih untuk berganding bahu dengan Universiti Teknologi MARA untuk projek ini kerana kami begitu kagum dengan kesan dan impak yang diperolehi melalui program jangkauan masyarakat yang telah mereka kendalikan untuk komuniti di Malaysia. Kami tidak sabar untuk menanti projek ini tamat dan kami yakin hasilnya pasti amat mengkagumkan," kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kerja-kerja 'Projek Komuniti O-some' akan bermula pada 16 April dan dijangka selesai pada Mei 2021.

Jom sertailah Peraduan Cream-O Sama-Sama O-some dan menyumbang kepada 'Dana Projek Komuniti O-some'!

Tempoh peraduan 1 Mac 2021 - 15 April 2021

Cara-caranya, mudah sahaja.



WhatsApp, Menang dan Jadikan Komuniti O-some dengan 2 langkah mudah berikut:

➤Langkah 1: Beli JACK 'n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dalam satu resit. Simpan resit tersebut.

➤Langkah 2: WhatsApp <Nama>, <No. MyKad>, gambar resit, jawab soalan dan hantar ke +6011 55001878 : Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi - Ya/Tidak?

➤10 mata daripada setiap penyertaan yang layak akan disalurkan kepada 'Dana Projek Komuniti O-some'

Korang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah O-some berikut:

Hadiah Utama : RM1200 x 1

Hadiah Kedua : RM800 x 2

Hadiah Ketiga : RM200 x 36


Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/.

Jadikan Kehidupan Seharian Anda O-some!

#JacknJillCreamO
#CreamOSamaSamaOsome
#ProjekKomunitiOsome

Tuesday, March 30, 2021

Buffet Ramadhan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong

Hi Korang,

Selepas setahun tidak menghadiri apa-apa aktiviti makan-makan di bulan puasa ini, makan bermulalah episod entri mengenai buffet Ramadhan bagi tahun 2021.


Banyak pengusaha makanan, restoran, café malah hotel membuat buffet Ramadan di tahun ini mengenakan S.O.P yang kuat, memakai pelitup muka, mempersiapkan tempat untuk aplikasi My Sejahtera di gunakan, menyediakan hand sanitizer serta penjarakan social 1 metre untuk para pelanggannya.

Jadi kita tidak perlu khuatir mengenai hal ini.

Asalkan kita mengikut peraturan yang di tetapkan insyallah selamat semuanya..

Oh ya kalau korang tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa nanti , apa kata korang bersama keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong.

Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh bufet ramadan selangor, Lugar De La Boda @ Puchong kali ini?

Untuk pengetahuan semua, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet ramadhan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 gerai dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan.

Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.







Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'.









Selain itu, korang bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.

Seterusnya, terdapat 10 gerai yang korang Wajib cuba sebab semuanya menarik tau.







Dalam 10 gerai tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan di stall termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.



Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa anda nanti.

Untuk buffet Ramadhan 2021 ni, ianya bermula dari 16hb April 2021 hingga 9hb Mei 2021 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.



Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Special Offer!

Untuk anda yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut :

1 Meja (8 Pax) - RM632

Early Bird Offer!

Nak harga murah?

Mestilah ada. Korang boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut :

Dewasa (Seorang) - RM59

Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30

1 Meja (8 Pax) - RM450


Jom kite ke:


Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

WAZE : Lugar De La Boda

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, sila klik pada link ini. Layari laman web Hanana Group.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :


Instagram : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/buffetramadhanselangor2021


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong #buffetramadhanhanan #buffetramadhan2021