Hi Korang,
Seriously untuk mereka yang bersaiz comel nieh, sebenarnya agak payah mendapatkan baju dan seluar tak kira untuk apa jua aktiviti. Kalau ada pun, harga-harganya amat mahal dan rekaannya tidak berapa menepati citarasa mereka ini.
Ingat citer kak lily mengenai butik Bob Rock LoveLily ??
Ye kita maklum, yang Bob Rock LoveLily (BRLL) mula memperkenalkan dan melancarkan baju melayu sejak tahun 2019 lagi. Pada awal pengenalan BRLL hanya menghasilkan 4 pilihan warna sahaja. Ini memandang percubaan pertama kali untuk ditawarkan kepada mereka yang bersaiz besar (plus size). Namun siapa sangka ianya habis terjual dalam tempoh 2 minggu di awal bulan ramadhan sahaja. Memang benar-benar laku dan mendapat sambutan hebat.
Baju Melayu Bob Rock LoveLily (BRLL) Menjadi Pilihan
Eh betullah kak lily tak tipu tau!
Baju melayu keluaran BRLL adalah jenis baju tradisi Baju Melayu Cekak Musang.Seperti yang kita maklum kolarnya mempunyaai bukaan yang luas sekaligus dapat memberi keselesaan. Apatah lagi untuk rekaan baju itu sendiri memberi potongan bentu A (Relax-Fit) dengan belahan di hujung baju melayu.
Selain itu, fabrik yang digunakan adalah dari jenis Twill. Untuk pengetahuan semua kain Twill adalah berasaskan kapas dan jenis fabrik ini sangat bersesuaian dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas. Antara ciri-ciri kain kapas Twill ialah ianya mudah menyerap peluh dan juga cepat kering. Jika diperhatikan kain kapas Twill adalah sejenis fabrik yang tidak berkilat dan ianya lembut pada kulit serta terletak elok pada badan.
Jadi ianya selesa terutama buat mereka yang berbadan besar biasanya akan mengalami masalah di bahagian perut.
Tiada masalah jika kita mahu menyinsing lengan baju samada untuk mengambil wudhuk mahupun mengambil juadah makanan. Ini kerana rekaan di lengan baju sememangnya luas dan ini sangat praktikal dan selesa.
Terdapat 3 poket di bahagian depan baju iaitu 1 di bahagian atas di sebelah kiri dan 2 lagi di bahagian bawah. Baju melayu ini hadir dengan 5 lubang butang baju melayu. Jadi kita boleh pilih rekaan butang melayu mengikut pilihan hati untuk dipadankan dengan baju yang hendak digayakan terutama di hari lebaran.
Baju Melayu Bob Rock LoveLily hadir dengan 8 warna menarik dan mudah dipadankan. Antara warna yang diperkenalkan adalah seperti:-
Potongan seluar baju melayu yang diperkenalkan agak klasik, lurus dan sekaligus memberi keselesaan. Ini jika dilihat pada pinggang seluar baju melayu yang mudah regang dan bergetah serta pembukaan getahnya yang lebar. Ciri rekaan seluar yang diperkenalkan dapat memastikan seluar tidak mencubit di perut. Jadi kita akan tetap selesa biarpun telah menikmati pelbagai jenis hidangan.
Seluar adalah dari jenis berzip dan dikemaskan dengan cangkuk. Di samping itu, seluar baju melayu ini juga mempunyai 2 poket sisi bagi memudahkan penyimpanan dompet dan barang bernilai.
Seperti yang kita ketahui butik Bob Rock LoveLily menawarkan semua baju untuk mereka yang berbadan besar (plus size). Dan untuk baju melayu saiz yang ditawarkan adalah dari XL hingga 6XL. Namun demikian potongan saiz di Bob Rock LoveLily pada kebiasaannya adalah lebih besar dari kebanyakkan kedai pakaian yang lain.
Pastikan sebelum korang membeli, korang rujuk terlebih dahulu carta saiz yang disediakan oleh pihak Bob Rock LoveLily
Promosi Baju Melayu di Bob Rock Lovelily
Sekarang ada promosi untuk baju melayu di Bob Rock LoveLily.
Untuk harga asal (sebenar) bagi sepasang baju melayu adalah RM269.00. Tetapi untuk harga promosi sekarang ini adalah RM199.00* sepasang.
Paling best, tiada caj untuk penghantaran (percuma poslaju*)
Bob Rock LoveLily sangat mementingkan kualiti dalam setiap penghasilan pakaian di butik di mereka. Kita akan dapat lihat jahitan sememangnya sangat kemas dan kuat. Ini membuatkan baju melayu yang ditawarkan di sini lebih tahan lasak
Pembelian Pakaian Dari Bob Rock LoveLily
Tawaran pakaian adalah bergantung kepada stok sementara yang masih ada!!!
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!! gituewww
Jadi pada mereka yang berbadan besar nak beli baju melayu, apa kata layari laman web Bob Rock LoveLily sekarang juga, eh mana tau kan
Untuk pembelian koleksi baju lain boleh layari juga laman web:
Shopee:
Ini alamat Butik Bob Rock Lovelily :-
Bob Rock LoveLily,
Lot F-15 Aras 1,
PLAZA SHAH ALAM,
Seksyen 9, Shah
Alam Selangor.
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Waze/Google: Bob Rock LoveLily
Boleh hubungi:
Talian telefon: 03-55133588
Whatsapp Admin 1: 011-10091301 (https://linktr.ee/bobrocklovelily)
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Instagram (bobrocklovelily):
Facebook(Bob Rock Apparel):