Thursday, March 18, 2021

MYCLARITY - Mengurangkan Masalah Mata Seperti Rabun Jauh Dan Rabun Dekat

Hi Korang,

Ramai yang tak tau kak lily ni rabun orangnya.

Tapi nampak cam helok jer kan hahaahaha kalau korang nak tau, bila kat rumah memang kak lily berspek mata jelah once keluar jer rumah barulah bercontact lens bagai.

Sebab dulu kak lily memang guna cermin mata tapi di sebab bila pi site visit cermin mata asyik jatuh dan letak merata-rata lepas tuh hilang terus kak lily pakai lens. Oh ya power cermin mata kak lily -7.00 both side hah, dah level nak buta dah ni kata Mr Big. Memang once bukak je lens mak oi terus rabun teruk dibuatnya.

Bila kengkawan kak lily perkenalkan MyClarity ni kak lily excited nak cuba lah.


MyClarity merupakan suplemen untuk penjagaan kesihatan mata berkelas premium. la dihasilkan untuk pemeliharaan kesihatan mata yang optimal. Formulasi MyClarity merupakan gabungan makanan terbaik alam semulajadi untuk kesihatan mata seperti Blackcurrant, Bilberry, Marigold, Eyebright, Lutein dan Zeaxan• thin. MyClarity di reka khusus berdasarkan kajian bertahun Dr. Lili Asma Ismail dan sesuai diamalkan oleh segenap lapisan umur

Pengasas MyClarity - DR. LILI ASMA ISMAIL


Dr. Lili Asma Ismail adalah seorang pakar penjagaan mata yang telah berkecimpung dalam industri penjagaan mata. Selain dari menjadi Profesor Madya disebuah universiti swasta tempatan, Dr. Lili juga banyak menyumbang kepada penyelidikan berkaitan penjagaan mata. Hasil penulisan saintifik beliau berkaitan pen• jagaan mata banyak diterbitkan oleh jurnal ilmiah tempatan dan antarabangsa.

Bahan-Bahan Terkandung Di Dalam MyClarity

MyClarity mengandungi Anthocyanins dari Blackcurrant dan Bilberry, Lutein, Zeaxanthin, Marigold, Eyebright, Oren, Lemon dan Madu Asli. Jangan risau sebab semuanya diperbuat daripada bahan semulajadi herba dan tumbuh-tumbuhan, diyakini 100% organik, natural dan tiada bahan pewarna. Manis MyClarity juga diambil semulajadi daripada semua buah-buahan, tiada gula tambahan mahupun stevia yang digunakan.

Sangat sesuai untuk mereka yang ada diabetis dan juga Vegan (Vegetarian). MyClarity tinggi dengan kandungan Vitamin C, jadinya sangat sesuai juga di musim COVID-19 untuk sistem imun badan dan sesuai untuk semua peringkat umur (Mula dari 5 tahun keatas. 





Kebaikan Produk My Clarity

Membantu mencegah pembentukan selaput Katarak

Membantu mencegah Rabun Dekat

Membantu mengawal Rabun Dekat pada kanak-kanak

Membantu meningkatkan fungsi otak

Membantu mengurangkan keletihan mata

Membantu menghalang keadaan mata kering

Membantu membina dan menguatkan otot mata

Membantu melancarkan peredaran dalam badan dan menguatkan sistem pernafasan

Membantu memelihara kelancaran saraf mata

Membantu memelihara kesihatan mata secara keseluruhan

Membantu menguatkan sistem imuniti badan


Mereka yang sesuai menggunakan produk MyClarity adalah :

1. Pengguna kanta sentuh
2. Mata yang mudah kering dan penat
3. Rabun jauh dan dekat
4. Sering terdedah dengan penggunaan berterusan peralatan elektronik seperti televisyen, komputer dan telefon pintar.
5. Masalah rabun malam
6. Pemandu yang sering memandu jarak jauh
7. Sering terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan
8. Sering membaca atau fokus membuat kerja secara dekat dalam jangkamasa yang panjang

Cara Menggunakan MyClarity

Seelok-eloknya kita kena detoks tubuh badan kita sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mula mengambil MyClarity. Detoks boleh menggunakan teh detoks yang dijual di farmasi atau lemon suam, jus lidah buaya dan sebagainya.

Sebaiknya MyClarity diambil di waktu pagi sebelum makan dan amalkan minum air putih sebanyak 2-3 liter sehari, dan kurangkan pengambilan minuman bergula dan bergas Kalau boleh amalkan senaman kardio / jogging untuk meningkatkan metabolisma tubuh supaya mempercepatkan penyerapan untuk kesan yang lebih efektif.


Cara pengambilan cukup mudah. Satu sachet sehari sebelum makan. Amalkan setiap hari secara berterusan dan lihat perubahan positif pada kesihatan mata dan keupayaan penglihatan anda.

Dari Pandangan Kak Lily

Kak lily dah amalkan MyClarity selama seminggu macam tuh, so far mata kurang lesu bila senantiasa mengadap laptop dan smartphone. Lagipun mata pun dah tak kering bila berada di dalam air-cond. Kalau dulu asyik mata pedih je sekarang tidak lagi. Mata pun segar je hah

Bila bukak lens tuh, takdelah rasa berair sangat dah mata. Just nice lembabnya.

Kena tunggu cukup sebulan cam mane plak agaknya ek, kesan penggunaan MyClarity ni. Nanti kak lily citer tau.




MyClarity ini di jual pada harga RM120 sekotak yang mengandungi 20 sachets (15g per sachet) untuk penggunaan sebulan. Hanya amalkan pada hari bekerja jer tau, weekend tak payah minum.

Untuk pembelian boleh WHATSAPP: wa.me/60122500852

Simpan di tempat sejuk dan kering. 
Elak dari cahaya langsung matahari.



Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :-

Instagram :

Facebook :





Wednesday, March 17, 2021

Shopee x Gong Cha Best Sellers Are Back this 4.4

Hi Everyone,

We’ve heard you and we’re bringing it back!



In conjunction with the Shopee 4.4 Mega Shopping Day, Gong Cha and Shopee have reintroduced the best sellers from the partnership’s exclusive Marble Series. The smooth and creamy milk foam forms a beautiful marble-like layer on the outside, which blends in perfectly with the drink when stirred.

The four drinks that will return in the 700ml Mega size this month are the Mega Mango Marble, Mega Matcha Marble, Mega Chocolate Marble and Mega Strawberry Marble, for a limited time only!

Mango Marble




The blend of Gong Cha’s signature milk foam, their subtle milk green tea and mangoes is layered in a cup to create their signature, beautiful marble texture. Rich and creamy milk foam that fills your mouth with a burst of sweet mango flavour, a combination that is sure to remind you of your sweet summer date.

Matcha Marble



An Instagram-worthy drink thanks to the beautiful marble texture created by the blending and weaving of fine, robust flavoured matcha powder into rich milk to form a smooth and silky look. Sweetened to your preference, the drink is topped off with a layer of Gong Cha’s signature creamy milk foam that leaves you wanting for more.

Chocolate Marble




For those who like to keep it simple, enjoy the distinctive flavour of bittersweet chocolate in creamy milk foam. This makes for a nice and refreshing way to clean the palate after a good meal, especially for those who do not want a heavy dessert.

Strawberry Marble




Be enchanted by the splashes of red across a background of white as you take a sip of the Strawberry Marble drink which is surely worth a couple of snaps and post on social media… or more (we’re not stopping you). This creation tastes even better when topped with Gong Cha's signature milk foam, further elevating the taste of luscious, velvety strawberry milk tea.



How to purchase & redeem




If we have you craving for these drinks, get the Shopee x Gong Cha exclusive Marble Series drinks on the Shopee App through the Food & Services Vouchers in-app portal, from now till 4 April.

All you need to do is visit the nearest Gong Cha outlets by 15 April to redeem the voucher! If you have missed the chance to purchase the vouchers on the Shopee App, fans can also visit any Gong Cha outlet nationwide from 5 - 15 April to purchase these drinks only with ShopeePay.

Originally priced at RM12, fans can enjoy these drinks at 50% off at RM6 only on these special dates: 18, 22, 24, 27, 31 Mar and 2 & 4 Apr on the Shopee App.

Additionally, do not forget to apply the code GC44 when buying the voucher upon checkout with ShopeePay to enjoy 30% coins cashback up to 500 coins (equivalent to RM5).

Additional ShopeePay perks when you walk into any Gong Cha outlet today!

From now to 31 March, Gong Cha fans will get to enjoy an immediate RM4 cashback with a minimum spend of only RM10. It is applicable for a one-time use throughout the campaign duration when purchasing any Gong Cha beverages with ShopeePay at any outlet.

For more information, visit https://shopee.com.my/gongcha-shopee-44-mega-drinks. These drinks are back for a limited time only, so act fast!

Tuesday, March 16, 2021

Aku Yang Kau Gelar Isteri, Walaupun Geram Tapi Kesian Jugaklah

Hi Korang,

Siapa tengok ending citer ni malam tadik??

So what do you think??

Ahkak pun lama benau tak menengok citer melayu kan asyik duk layan Netflix dengan Korea langung tak nampak tibitige tuh hah

Ermmm nanti kak lily share my opinion ek.

Kalau korang nak tau drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 17 Februari 2021 dan baru sahaja habis episode akhirnya semalam.


Nah ni sinopsisnya sket amik kat Wikipedia hah senang…

Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Jeng jeng jeng..

Kak lily mula tengok drama ni masa episode 3 itu pun sebab nampak Kinah macam perangai hanat jer dalam drama ni, so continue tengok jelah.

Makin-makin lama, watak antagonis Kinah tuh makin geram plak di tengoknya.

Kenal plak dengan Cik Embun tuh makin manjadi-jadilah amalan syiriknya, sanggup buat menda-menda terkutuk ni demi cinta. Betul kata orang kalau dah cinta mati tuh. Siap ada bilik untuk memuja bagai, itulah hantu duk bertapa kan.


Tapi memang kuatlah ilmu-ilmu hitam ni kan sampaikan si Eizlan tuh lupa anak bini, lupa keluarga semua sanggup dia ceraikan Raihani tuh ermm sedih wei bila episod tuh, mak sebak nyah.



Nasib ada Pian yang sudi menjaga family Rai ni sampai kena kawin kan itulah over protective sangat, memula tuh tak suka tapi dah lelama tuh eh seronoklah plak kawin ek hehehhehehe biasalah tuh sampai tak nak ceraikan si Rai tuh.

Episod Akhir Aku Yang Kau Gelar Isteri

Seriouslah tak sangka habis secepat ini, ingatkan lagi minggu depan.

Bagi kak lily laju sangat fast forwardnya. Lepas Eizlan ceraikan Laila dengan Talak 3 tup-tup dah terbaring kat serambi rumah kat kampung dengan ada Naim dan Pian serta sorang ustaz kot untuk ubatkan dia.

Si Laila balik ke kampung untuk cari gambar Rai untuk di santau plak.

Eh kena plak santau tuh kat Raihani itu yang Pian mati tuh sebab nak selamatkan Rai, akhirnya dia sendiri mati di tangan Rai. Takperlah sebab si Pian ni dah cakap dengan Mak Lang yang dia sanggup mati untuk selamatkan Raihani eh memang cinta mati sungguhlah kan. I lap u Pian eh over plak ahkak ko ni kan

Aduimak kisah ending Laila tragis wei, demi nakkan Eizlan balik di suruhnya Cik Embun tuh gugurkan kandungan Laila. Hah cucuk dengan batang ape tuh ek, ishkk ngilu plak part kat tepi sungai tuh. Menangis-nangis si Laila tuh dah ler berdarah-darah bagai. Kak lily tak sanggup nak tengok, aku tutup mata aku sebelah dengan bantal.. sedey weii… Kesudahannya si Laila mati kat bilik air akibat tumpah darah yang banyak.

Tapi

Tetiba dah hujung-hujung tuh si Cik Embun tuh mengorek kubur si Laila tuh!!



Berderau darah aku menengok pompuan rambut mengerbang bawak anak depan pintu rumah Eizlan huhuhuhu dah confirm-confirm anak si Eizlan dengan Laila tuh, kemudian mata terbeliak pandang kamera ishkkk hampeh sungguh terlepas remote tv akak semalam tau.

Jadikk mungkinkah ada Season 2???

Tungguuuuu…..

p/s : credit photo dari Google.com