Tuesday, March 16, 2021

Aku Yang Kau Gelar Isteri, Walaupun Geram Tapi Kesian Jugaklah

Hi Korang,

Siapa tengok ending citer ni malam tadik??

So what do you think??

Ahkak pun lama benau tak menengok citer melayu kan asyik duk layan Netflix dengan Korea langung tak nampak tibitige tuh hah

Ermmm nanti kak lily share my opinion ek.

Kalau korang nak tau drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 17 Februari 2021 dan baru sahaja habis episode akhirnya semalam.


Nah ni sinopsisnya sket amik kat Wikipedia hah senang…

Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Jeng jeng jeng..

Kak lily mula tengok drama ni masa episode 3 itu pun sebab nampak Kinah macam perangai hanat jer dalam drama ni, so continue tengok jelah.

Makin-makin lama, watak antagonis Kinah tuh makin geram plak di tengoknya.

Kenal plak dengan Cik Embun tuh makin manjadi-jadilah amalan syiriknya, sanggup buat menda-menda terkutuk ni demi cinta. Betul kata orang kalau dah cinta mati tuh. Siap ada bilik untuk memuja bagai, itulah hantu duk bertapa kan.


Tapi memang kuatlah ilmu-ilmu hitam ni kan sampaikan si Eizlan tuh lupa anak bini, lupa keluarga semua sanggup dia ceraikan Raihani tuh ermm sedih wei bila episod tuh, mak sebak nyah.



Nasib ada Pian yang sudi menjaga family Rai ni sampai kena kawin kan itulah over protective sangat, memula tuh tak suka tapi dah lelama tuh eh seronoklah plak kawin ek hehehhehehe biasalah tuh sampai tak nak ceraikan si Rai tuh.

Episod Akhir Aku Yang Kau Gelar Isteri

Seriouslah tak sangka habis secepat ini, ingatkan lagi minggu depan.

Bagi kak lily laju sangat fast forwardnya. Lepas Eizlan ceraikan Laila dengan Talak 3 tup-tup dah terbaring kat serambi rumah kat kampung dengan ada Naim dan Pian serta sorang ustaz kot untuk ubatkan dia.

Si Laila balik ke kampung untuk cari gambar Rai untuk di santau plak.

Eh kena plak santau tuh kat Raihani itu yang Pian mati tuh sebab nak selamatkan Rai, akhirnya dia sendiri mati di tangan Rai. Takperlah sebab si Pian ni dah cakap dengan Mak Lang yang dia sanggup mati untuk selamatkan Raihani eh memang cinta mati sungguhlah kan. I lap u Pian eh over plak ahkak ko ni kan

Aduimak kisah ending Laila tragis wei, demi nakkan Eizlan balik di suruhnya Cik Embun tuh gugurkan kandungan Laila. Hah cucuk dengan batang ape tuh ek, ishkk ngilu plak part kat tepi sungai tuh. Menangis-nangis si Laila tuh dah ler berdarah-darah bagai. Kak lily tak sanggup nak tengok, aku tutup mata aku sebelah dengan bantal.. sedey weii… Kesudahannya si Laila mati kat bilik air akibat tumpah darah yang banyak.

Tapi

Tetiba dah hujung-hujung tuh si Cik Embun tuh mengorek kubur si Laila tuh!!



Berderau darah aku menengok pompuan rambut mengerbang bawak anak depan pintu rumah Eizlan huhuhuhu dah confirm-confirm anak si Eizlan dengan Laila tuh, kemudian mata terbeliak pandang kamera ishkkk hampeh sungguh terlepas remote tv akak semalam tau.

Jadikk mungkinkah ada Season 2???

Tungguuuuu…..

p/s : credit photo dari Google.com


Monday, March 15, 2021

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

Hi Korang,

Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang

Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Kesihatan wanita sering menjadi fokus perbincangan utama menjelang 8 Mac yang merupakan Hari Wanita Sedunia.

Walaupun ia tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai jenis upacara yang diadakan bagi memperakukan peranan wanita dalam kehidupan seharian.


Bagi memastikan kebajikan wanita terjaga secara menyeluruh, penting untuk kita turut memberikan tumpuan kepada prioriti kesihatan mereka.

Artikel ini akan menerangkan 4 perkara yang wajar diberi perhatian oleh setiap wanita bagi memperkukuhkan tahap kesihatan mereka bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

#1 Galakkan mereka menjalani ujian saringan kanser serviks

Tidak lengkap saranan kesihatan wanita jika ia tidak melibatkan ujian saringan kanser serviks.

Ia merupakan kanser ketiga terlazim di Malaysia dan boleh dianggap sebagai barah termudah dalam kalangan kanser wanita. Ia boleh dihindari melalui ujian pap smear, vaksin HPV dan rawatan susulan.

Pap smear adalah prosedur yang dijalankan bagi mengenal pasti perubahan pra kanser (perubahan sel serviks), yang berpotensi untuk menjadi kanser jika tidak dirawat dengan sebaiknya.

Bagi mereka yang berusia di antara 21 hingga 65 tahun, doktor lazimnya akan menyarankan ujian pap smear dibuat setiap 3 tahun.

Namun jika anda mempunyai faktor risiko masalah kesihatan kanser, ia mungkin akan dijadualkan lebih kerap:

Pernah didiagnosis dengan masalah kanser serviks atau pap smear menunjukkan perubahan pra kanser.

Terdedah kepada diethylstilbestrol (DES) semasa di dalam kandungan.

Didiagnosis dengan jangkitan HIV.

Mempunyai sistem imun yang lemah berikutan prosedur pemindahan organ, terapi kemo atau penggunaan ubat steroid secara kronik.

Tabiat merokok atau pernah merokok.

Anda juga disarankan untuk mengambil ujian virus papilloma (HPV) bagi mengesan aktiviti virus tersebut.

Ia boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan, mencetus perubahan sel serviks dan menyebabkan masalah kanser serviks.

#2 Jangan lupa akan kanser payudara, buat mamogram seperti yang disarankan

Kanser payudara adalah kanser terlazim yang didiagnosis dalam kalangan wanita di Malaysia.


Dianggarkan 1 dalam kalangan 19 wanita berisiko mengalami masalah kesihatan ini. Jika mahu dilihat pada konteks yang lebih luas, lebih daripada 1 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis dengan masalah ini setiap tahun.

Keadaan kesihatan ini juga merupakan kanser kedua dengan kadar kematian tertinggi selepas kanser paru-paru.

Ujian saringan kanser dan pengesanan awal boleh membantu pesakit wanita untuk mengesan masalah kanser ini lebih awal dan rawatan susulan boleh dijalankan.

Namun, bukan mudah untuk kita menggalakkan mereka yang berisiko untuk turut menjalani saringan mamogram atau ujian lain seperti yang disarankan oleh doktor.

Akibatnya, hampir 40% kes kanser payudara baharu didiagnosis ketika mereka berada pada tahap lewat.

Bagi memperkuatkan tahap kesihatan wanita, wajar untuk kita menggalakkan kaum Hawa ini untuk menjalani saringan kanser mengikut apa yang disarankan oleh doktor.

#3 Pastikan anda mendapatkan semua jenis vaksin yang disarankan demi kesihatan

Anda bukan sahaja perlu peka terhadap jenis vaksin yang disarankan semasa berada di tempat kediaman masing-masing.

Keperluan vaksin boleh berubah jika anda ingin bergerak pergi ke negara lain bagi menghindari jangkitan endemik yang boleh mengancam nyawa.

Jadi, lebih selamat sekiranya anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum pergi bercuti ke mana-mana (6 minggu sebelum lebih ideal) untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan vaksin.

Anda juga boleh membincangkan isu kesihatan lain seperti bekalan air bersih, nyamuk dan langkah pencegahan bagi penyakit seperti cirit-birit sekiranya anda hendak ke lokasi berkaitan.

#4 Senaman dan diet boleh bantu memperkukuhkan tahap kesihatan wanita

Amalan pemakanan sihat dan fokus untuk mencapai berat ideal boleh melindungi anda daripada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.



Lemak berlebihan terutamanya pada kawasan abdomen boleh menyukarkan kerja jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan dan meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah diabetes.

Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, penurunan berat sekitar 5 hingga 10% berat badan sudah memadai untuk menyebabkan perubahan ketara pada paras gula dan tekanan darah.

Pastikan anda minum air secukupnya dan bersenam secara berkala.

Mungkin sukar bagi anda untuk mencari masa. Namun demi kesihatan, luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam.

Ambil makanan berkhasiat. Tambah masuk makanan berserat, bijirin, lemak tidak tepu dan sumber protein yang bagus seperti kekacang, ikan dan sebagainya.

Elakkan makanan berproses, tinggi garam, karbohidrat yang dicerna dengan cepat seperti roti putih, nasi putih dan minuman bergula.


Kesimpulannya..


Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, marilah bersama-sama kita galakkan amalan kesihatan yang lebih baik dalam kalangan wanita.

Jika anda tidak pernah membuat saringan atau pemeriksaan kesihatan tahunan, pastikan anda melakukannya sekarang.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel Oleh Mohammad Nazri Zulkafli, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek


#HelloHealthGroup
#HelloDoktor

Thursday, March 11, 2021

FRUIT PLUS Nak Kasi IPHONE 12 Untuk Raya Ini

Hi Korang,

Kenal tak gula-gula nieh ?

Of courselah tau kan.



Kak lily memang suka gula-gula ni, sebab tuh senantiasa standby kat dalam meeting room opis ni so ngantuk-ngantuk masa meeting boleh kemam-kemam gegula ni kan hehehehe

Kalau gula-gula berperisa buah-buahan tuh, memang terasa buahnya tidak terlalu manis for me. Nice di tekak dan dapat hilangkan ngantuk hah.


Ni kak lily nak citer sket nieh.

Khee San adalah pengeluar gula-gula dan gula-gula domestik terbesar di Malaysia dengan sejarah yang terkenal sejak lebih dari 50 tahun dan produk warisan terkenal seperti gula-gula Torrone Barley Mint yang dapat dikenali oleh rakyat Malaysia dengan usia muda dan tua. Ia juga satu-satunya pengeluar yang menghasilkan 5 jenis gula-gula yang berbeza:

Chewy Candies
Hard Candies
Deposited Candies
Tablet Candies
Chewing Gum
Bubble Gum


Khee San Food Industries ("KSFI") adalah anak syarikat Khee San Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. KSFI berpusat di Selangor, Malaysia dengan premis utamanya di Seri Kembangan hanya 30 minit memandu dari Kuala Lumpur dan premis sekundernya di Telok Panglima Garang. Yang pertama merangkumi kemudahan pembuatan gula-gula sementara yang kedua menghasilkan produk wafer.

Di antara jenis produk wafer adalah seperti:

Wafer Bars

Wafer Cubes

Coated Wafer

Produk-produk ini dipasarkan di bawah beberapa jenama terkenal dan terkenal seperti "Fruit plus" dan "Torrone" dan produk baru juga telah diperkenalkan dengan nama jenama baru yang diharapkan syarikat dapat berkembang menjadi nama ikonik baru kepada generasi baru kanak-kanak di seluruh dunia Malaysia dan rantau ASEAN.

Dah banyak nau kak lily membebel kan, ishkk ni kak lily nak share dengan korang nieh.

FruitPlus sedang mengadakan contest di social media yang mana ianya menawarkan hadiah utama smartphone Iphone 12 tau. Huahauhauhauaahua giler best tuh kan!!



Cara-cara nak sertai Ini Kalilah -Makan & Menang iPhone 12 dengan Gula-Gula FruitPlus.

HANYA 4 langkah yg senang gila untuk memenangi hadiah ini.....

1. Like Facebook Page FRUIT PLUS - << Beli-Makan-->simpan bungkusan dan resit>>

2. Ambil gambar bungkusan bersama resit dan masukan gambar di bahagian komen di FB post FruitPlus- Tag 5 kawan-kawan

3. Jangan lupa DM Nama,No tel,email, alamat dan ID Facebook.

4. Share je posting ini kat timeline korang.

Memang sangat senang macam makan gula2 yang enak....

KORANG MUNGKIN salah satu PEMENANG IPHONE 12 .

Jom beli sekarang....

Jom beli sekarang....

Jom beli sekarang....

**Dengan terma dan syarat : shorturl.at/sEQW2


Nak bonus lagi, tak perlu lagi leceh kena pergi pejabat pos (ambil gambah dan tag 5 kawan saje)

Tambah lagi Bonus- Kontest di lanjutkan sehingga bulan April, jadi ada banyak masa untuk semua perserta.

Cabutan bertuah pada 8th Mei 2021.

Hah senang kan!!

Itulah kak lily dah cakap kan, mudah jer. Beli dan simpan resit pembelian dan TAG kengkawan, kemudiannya korang berdoa bebanyak untuk menang iphone 12 tuh hehehee



Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :-

Website :

Instagram :

Facebook :