Saturday, March 6, 2021

MINI WRAPS BAHARU DARI MISSION FOODS

Hi Korang,

Yang mana satu, idaman kalbu! Mission Foods, pengeluar wrap tortilla kegemaran ramai memperkenalkan rangkaian wrap bersaiz kecil yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kecil saiznya, rasanya tetap enak dan semestinya akan membuatkan anak-anak dan juga ibu bapa teruja dengan tiga rasa yang hebat dan ilustrasi yang menarik pada bungkusannya.



Tersedia dalam tiga perisa – Tomato, Wholemeal dan Original, wrap ini didatangkan dalam bungkusan yang boleh ditutup semula. Saiz wrap yang kecil dengan diameter 5.75 inci sememangnya sesuai untuk jari jemari halus kanak-kanak.

Randall Tan, Pengurus Jenama bagi Mission Foods Asia Selatan, berkata, saiz bagi rangkaian terbaharu ini amat sesuai untuk hidangan si kecil. “Anak-anak memerlukan khasiat yang tepat untuk tumbesaran, namun untuk memastikan mereka memakan makanan yang betul boleh menjadi satu cabaran. Di Mission Foods, kami juga ibu bapa dan kami sentiasa mencari jalan untuk menjadikan makanan sihat lebih menarik untuk anak-anak,” kata beliau sambil menambah bahawa wrap tersebut mengandungi kurang gula dan merupakan sumber serat. “Kami hasilkan wrap ini menjadi lebih kecil untuk disesuaikan dengan anak-anak yang mempunyai tangan serta selera yang lebih kecil. Wrap ini lebih mudah untuk dipegang dan diguna oleh kanak-kanak, dan menjadi satu kanvas untuk seni masakan yang boleh mereka fikirkan,” tambah beliau.

Ilustrasi raksasa comel yang menarik dan berwarna-warni pada bungkusan juga menambahkan lagi keriangan waktu makan. “Makanan yang menarik akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka biasanya lebih mementingkan visual. Ini merupakan cara terbaik untuk menambah elemen bermain dan eksperimentasi dengan makanan supaya mereka dapat menghasilkan hidangan mereka sendiri,” kata Randall.

Baru-baru ini Mission Foods telah melancarkan satu kempen yang dinamakan #PerfectForLittleFingers, di mana mereka bekerjasama dengan penulis blog dari komuniti keibubapaan dan penggaya set bento untuk berkongsi resipi dan idea menggunakan Mini Wraps di platform media sosial mereka. Abang Brian, alumni Le Cordon Bleu dan selebriti Masterchef, turut bersama-sama menjayakan kempen dengan berkongsi resipi yang boleh dicuba oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah. Juga pemilik Young Chefs Academy yang terkenal, cef selebriti ini menghasilkan tiga resipi yang mengubah Mini Wraps menjadi hidangan kanak-kanak yang menarik iaitu Caterpillar Chicken Wrap menggunakan Tomato Mini Wrap, Bear Bear Pizza Wrap menggunakan Wholemeal Mini Wrap dan Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap menggunakan Original Mini Wrap.

Bear Bear Pizza Wrap

Caterpillar Chicken Wrap

Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap

“Dengan Mini Wraps, anda tidak akan rasa bersalah untuk mengajak anak anda untuk ‘bermain’ dengan makanan. Tidak ada umur yang terlalu muda untuk anak-anak mula terlibat dalam menyediakan hidangan sihat mereka sendiri. Dengan sedikit bantuan dari ibu bapa, waktu makan akan menjadi seronok seperti waktu bermain!” kata Abang Brian.

Sebagai sebahagian dari kempen, Mission Foods juga mengadakan satu pertandingan untuk pengguna menyertai bengkel eksklusif bersama Abang Brian. Peserta perlu menghantar lukisan raksasa yang paling kreatif berdasarkan bungkusan Mini Wraps baharu, yang dilukis oleh anak-anak mereka. Pemenang – 20 pasangan ibu/bapa dan anak, akan berpeluang menyaksikan penyediaan resipi Caterpillar Chicken Wrap oleh Abang Brian dan menghasilkan resipi tersebut bersama-sama, seterusnya membawa pulang hasil ciptaan mereka beserta barangan dari Mission Foods bernilai RM200 setiap seorang.

Ini dia resipi untuk korang jadikan panduan yer





Mission Mini Wraps terbaharu yang didatangkan dengan tiga perisa kini boleh didapati di pasaraya terkemuka, tersedia di bahagian roti di samping produk Mission Foods yang lain termasuk wrap, naan, pita dan kerak piza. Sebagai keperluan asas di dapur, Mini Wraps ini merupakan satu kemestian untuk senarai barangan runcit anda sama ada untuk anak-anak bereksperimentasi pada musim cuti sekolah mahupun sebagai hidangan untuk kembali ke sekolah.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari:

laman web Mission Foods

Facebook: 

Instagram: 



Thursday, March 4, 2021

‘Vantage Siti Series 2021’ di GO SHOP, Barulah Boleh Masak Gaya Macam Tok Ti

Hi Korang,

Tau jenama Vantage?

Alah set pinggan mangkuk, periuk belanga yang cantik bebenau coraknya tuh sampai kak lily pun ada 2 set jugak walaupun tak pakai, beli untuk suka-suka jer kan.

Oh ya kak lily nak kongsikan kepada korang nieh, jenama Vantage ini bekerjasama sekali lagi dengan Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk promosi ‘Vantage Siti Series 2021’ yang akan di dilancarkan 7 Mac ini.

Datuk Sri Siti Nurhaliza muncul dalam sidang media maya ‘Vantange Siti Series 2021’ semalam memberitahu bahawa Vantage menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan penggoreng udara atau ‘air fryer’.


Kesemua produk tersebut beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia (Siti Smart Pro) bakal diperkenalkan melalui siaran ‘Istana Impian Siti’ pada 7 Mac ini pukul 9. 00 pagi di saluran Go Shop (Ruuma 118 dan Astro Ria HD (104).

Ini info siarannya:


Istana Impian Siti 
(bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, menampilkan ‘Vantage Siti Series 2021’)

• Tarikh: 7 Mac 2021

• Masa: 9 pagi– 12 tengah hari

• Saluran: Go Shop RUUMA (CH118) | Astro RIA HD (CH104)

Hanya 3,000 unit sahaja dikeluarkan kerana Vantage mahu ia menjadi produk eksklusif dan terhad.

Apatah lagi kesemua produk dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan tandatangan Siti pada permukaan luar.

“Saya cukup berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif khas untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah dan sihat dengan rakyat Malaysia. Sejujurnya, saya cukup teruja apabila memasak dengan menggunakan peralatan Vantage kerana produk ini menawarkan kualiti terbaik yang mana secara tidak langsung memudahkan saya untuk menyediakan masakan yang mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga saya. Tambahan pula, set pinggan mangkuk Vantage juga direka indah dan membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok. Dengan Vantage, Barulah Ada Gaya!”

Set lengkap Vantage Siti Series 2021 sebanyak tujuh item.


Ia termasuk Vantage Siti Smart Pro iaitu gabungan air fryer dan pressure cooker berharga RM899 dan Vantage Siti Series Jumbo Wok seharga RM299 iaitu kuali bersaiz besar dengan permukaan yang mudah cuci.


Ada juga Vantage Siti Series 3 in 1 Casserole Set iaitu periuk induksi berharga RM365.


Selain itu ada set pinggan mangkuk Vantage Siti Roseberry Dinnerware Set sebanyak 20 item yang ditawarkan pada harga RM389.


Set teh Vantage Siti Roseberry Teapot Set sebanyak 14 item dijual dengan harga RM299.


Set jag Vantage Siti Roseberry Jug Set pula berharga RM219. Kesemua set tersebut ialah porselin ultra putih berekabentuk roseberry dengan saduran emas.

Para pelanggan boleh menikmati potongan RM38 sehingga 14 Mac 2021 dengan pembelian minima RM380 apabila menggunakan kod STRONG38. Layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Kak lily excited plak Siti Smart Cooker tuh ekk, ermm kene check balance dalam account ni kan hehehehehhehe...


Wednesday, March 3, 2021

Massimo Lancar Pembungkusan Roti Tamper-Evident Pertama di Malaysia

Hi Korang,

Massimo, jenama yang terkenal dengan produk roti menyihatkan dan selamat untuk dimakan, hari ini melancarkan pembungkusan roti tamper-evident yang pertama di Malaysia bagi memberi lebih keyakinan kepada pengguna menerusi standard keselamatan makanan yang lebih tinggi.



Pembungkusan inovatif yang merupakan satu kemajuan besar dalam industri pembuatan roti komersil ini diperkenalkan sebagai respons kepada kebimbangan yang kerap disuarakan oleh pengguna mengenai keselamatan produk makanan semasa wabak Covid-19.

Pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang baharu ini akan diperkenalkan pada kesemua produk roti Massimo bermula hari ini.

The Italian Baker Sdn Bhd telah melabur RM1 juta ke dalam teknologi pembungkusan pengedap keselamatan laser-seal tamper-evident dari Amerika Syarikat bagi memastikan produk-produknya selamat untuk pengguna. Teknologi ini memberi amaran kepada pengguna jika sesuatu produk makanan itu sudah diusik, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada produk.



Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd Encik Jeremy Goon menerangkan, pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident Massimo yang baru diperkenalkan ini akan meningkatkan lagi integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti. Ini dibuat supaya pengguna lebih berpuas hati dan untuk memelihara reputasi jenama.

“Pengguna produk Massimo terutama sekali penggemar roti kami kian bertambah semasa wabak ini kerana rakyat Malaysia jarang keluar rumah dan lebih banyak makan di rumah. Kebimbangan pengguna mengenai makanan yang sudah diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan juga turut meningkat semasa pandemik ini. Pengenalan pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang pertama di Malaysia oleh Massimo ini menjadi jawapan dan mengurangkan kebimbangan ini serta memberi lebih keyakinan menerusi peningkatan integriti produk dan dan keselamatan makanan,” jelas Encik Goon.



“Massimo amat mementingkan kepuasan pelanggan. Menjadi tanggungjawab kami memperkenalkan pembungkusan yang meningkatkan tahap jaminan kualiti bagi memastikan pengguna benar-benar yakin dengan produk kami. Sebagai jenama yang inovatif dan boleh dipercayai, kami mengambil berat hal menjaga kebajikan pengguna,” ujar beliau.


Pengenalan pembungkusan roti pengedap keselamatan tamper-evident ini sejajar dengan komitmen Massimo dalam menyediakan produk berkualiti yang enak, menyihatkan dan selamat serta baik untuk dimakan. Beg roti yang ditutup menggunakan laser ini mendedahkan sebarang cubaan pengubahan pada saat pembelian. Pengguna seharusnya memastikan pateri pengedap keselamatan tamper-evident berada dalam keadaan baik kerana ia dipateri untuk keselamatan. Jika pateri bukan dalam keadaan asal, pengguna seharusnya memilih bungkusan lain supaya lebih yakin dan bagi mengelakkan pencemaran yang tidak disengajakan.

“Sentiasa pastikan pembungkusan tamper-evident roti sandwic Massimo anda masih dalam keadaan baik semasa membeli. Jika tidak dalam keadaan asal, pilih bungkusan lain. Setelah dibuka, gunakan tag untuk menutup beg roti bagi mengekalkan kesegaran dan perisanya,” tambah beliau.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100%, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu. Roti Massimo diperbuat menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat dan memberi ketenangan kepada mereka dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident.

Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal disemai dengan kebaikan semula jadi germa gandum yang dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink. Rangkaian gandum penuh dan wholemeal dipenuhi dengan khasiat serat, nutrien dan mineral penting, serta tekstur lembut dan gebu, yang disukai rakyat Malaysia.