Thursday, February 25, 2021

Adakah KITSUI Bahaya?

Hi Korang,

Masalah kesihatan??

Ishk tak semestinya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi jer masalah kesihatan yang korang boleh fikirkan ada lagi masalah kesihatan yang lelain seperti muka kusam, kaki lenguh-lenguh, susah nak membuang, kulit berminyak dan banyak lagi.

Masalah-masalah ini bukanlah di kategorikan sebagai penyakit yang teruk tapi kalau di biarkan berlarutan, ianya boleh di jadikan punca ke arah yang lebih kronik hingga sampai menyusahkan orang-orang di sekeliling korang.

Cara mengatasinya dengan senantiasa mencuba produk-produk kesihatan yang ada di pasaran.


Untuk itu, Kitsui memperkenalkan pelbagai jenis produk kesihatan untuk para wanita di luar sana yang mengalami masalah kesihatan terutamanya masalah kulit. 2 produk yang kak lily akan kongsikan kepada korang adalah Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato dan Kitsui Belloss Fiber


KITSUI™ Korean White +Plus Tomato

Produk kecantikan yang berasaskan buah tomato.


Kita semua maklum akan kebaikan buah tomato terhadap kulit wajah kerana dikatakan tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam Kitsui Korean White + PLUS Tomato adalah :

Tomato

Ianya berfungsi bagi:-

Membantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.

Mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
Mengecilkan liang pori kulit wajah.

Camu-Camu

Ianya berfungsi bagi:-

Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
Sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan
Membantu kulit lembap dan berseri.

Acerola

Ianya berfungsi bagi:-

Kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata

Dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.

Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.

Di antara kebaikan mengamalkan KITSUI™ Korean White +Plus Tomato ini adalah:

-Membantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.
-Mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
-Mengecilkan liang pori kulit wajah.
-Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
-Sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan
-Membantu kulit lembap dan berseri.
-Kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata
-Dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.
-Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.

Cara Penggunaan

Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam ataupun air sejuk. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.

Lebih sedap di campurkan dgn minuman kegemaran anda spt oren juice atau yogurt.



Kitsui Review dari Kak Lily

Kak lily baru je mencuba 2 kali produk ni, not bad jugaklah. Rasa buah peach yang sedap. Kesannya belum nampak sangat lagi tapi kak lily boleh rasa yang kulit muka dah kurang sedikit minyaknya keluar.

Kena amalkan lelama sket mesti akan nampak perbezaannya.

KITSUI™ Belloss Fiber

Produk Belloss Fiber keluaran Kitsui merupakan minuman detox bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan khususnya pada mereka yang mempunyai masalah sembelit yang teruk. Ianya membantu menyahtoksin dan melancarkan sistem pencernaan secara semula jadi dan membantu menyingkirkan air berlebihan di dalam badan.


Hidup di zaman sekarang ini kita menghadapi kadar tekanan perasaan mahupun stress akibat bekerja tidak henti-henti dan ini mengakibatkan badan sentiasa lenguh-lenguh dan kurang bermaya maka berlakulah pengumpulan toksin yang banyak dan menambahkan lagi masalah sembelit.

Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam KITSUI™ Belloss Fiber adalah :

Nenas – Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
Apple – meningkatkan metabolisme tubuh
Kiwi – Baik untuk Sistem Pencernaan
Passion Fruit – Mencegah sembelit.
Lemon – Mencegah sembelit.
Pear – mengandung serat yang sangat tinggi selain memiliki kandungan vitamin C.
Spinach – mengurangi nafsu makan berlebih
Cucumber – Menghidrasi Badan Anda.
Celery – Meningkatkan sistem imun

Seriously memang bahan-bahannya berasaskan fiber yang bagus untuk pencernaan badan kita yer.

Cara Penggunaan

Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.


Kitsui Review dari Kak Lily

Memang betul-betul membuang sangat lepas minum KITSUI™ Belloss Fiber nieh.

Kalau mereka yang ada isu sembelit ni eloklah cuba minum Bellos Fiber ni kan, dengan 1 sachet memang terus membuang lepas 8 jam cam tuh. Lepas membuang tuh terus badan rasa ringan je.

Kak lily tak de masalah sembelit tapi suka produk ni sebab ianya mencuci perut gituh, kita kan makan macam-macam so ini je caranya yang mudah dan cepat untuk mengeluarkannya. Elok amalkan selepas makan malam ataupun sebelum tidur, memang confirm bangun pagi pasti membuang punyer.



Adakah Kitsui Bahaya?

Mari kak lily kongsikan beberapa informasi mengenai Kitsui ini yang mana produk jenama tempatan ini telah bertapak di pasaran lebih dari 20 tahun.

1. Kandungan produk-produk kitsui terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita

2. Makanan tambahan Kitsui bukan ubat-ubatan. Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan sesorang kerana bahan uatamanya terdiri dari makanan harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Jangan risau, semua produk keluaran kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan LARANGan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan



Produk kesihatan KITSUI™ Korean White +Plus Tomato dan KITSUI™ Belloss Fiber ini di telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan so janganlah korang rasa was-was untuk menggunakannya



Harganya pun tidaklah terlalu mahal macam produk-produk kesihatan lain di luar sana, kiranya mampulah kita rakyat marhaen untuk membelinya.

Dimana nak dapatkan produk KITSUI ini?

Untuk pembelian secara online, ada promoi istimewa yang di tawarkan hanya masukkan kod “KITSKULIT” dan korang boleh dapatkan 12% Off tau di Shopee KITSUI Mall

Ini linknya tau : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Boleh di dapati di pasaraya terkemuka dan farmasi seperti di Guardian dan Watson.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :

Instagram :

Facebook :

Tik Tok :
https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee :

Website :




#Kitsui 
#KitsuiMalaysia 
#watsonsmalaysia 
#guardianmy
#tipskecantikankulit 
#kulitsehat


Wednesday, February 24, 2021

Brownies Monstr Lancarkan Packaging Terbaru, Ada Senior Ada Junior Tau!

Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan produk Brownies Monstr ini yang satu-satunya brownies yang di jual di dalam pouch unik tapi kedap udara.


Brownies Monstr, yang telah bertapak lebih kurang 5 tahun mengejutkan para peminatnya dengan penampilan terbarunya yangjJuga dikenali sebagai “Your Chocolate Dessert Expert”.


Menurut Puan Fatin atau dikenali sebagai "kakak monster" memberitahu bahawa jenama Brownies Monstr masih mengekalkan kualiti Fudgy Brownies untuk ukuran Senior dan Junior! Packaging baru ini dibuat untuk memberikan kemasan yang lebih cerah dan menyeronokkan.

Sekitar Majlis Pelancaran Packaging Terbaru Secara Virtual Brownies Monstr

Kak lily berkesempatan mengikuti live launching ini di Instagram Brownies Monstr baru-baru ini. Nasib buat malam so sambil baring-baring pun boleh tengok tau



Memang seronok masa live tuh pelbagai aktiviti di adakan untuk menghiburkan mereka yang menonton Live tersebut. Selain daripada launching packaging baru ada juga lagu jiggle untuk Brownies Monstr tau, siap nyanyi ramai-ramai sekali hehehhe.

Ada juga permainan teka teki hipster wei, sebab apa hipster sebab jawapannya yang unik-unik hahaahha puas jugaklah kak lily berfikir sampai berkerut-kerut dahi di buatnya hehehehe



Yang best tuh Kakak Monster menunjukkan cara membuat Brownies Monstr ini, seriously simple je dan bahan-bahan pun tak susah nak cari tapi ada satu bahan yang special tuh ermm rahsialah kan. Bila tengok brownies tuh keluar dari oven panas-panas terus terliur nak makan di buatnya.


Kak lily as usual haruslahkan dulu dari korang kan, ermm nikmatinya tak terhingga kemain sedap lagi hah. Pure coklat sungguh, di makan pulak dengan kopi o kosong lagilah sedapnya kan

Promosi Hebat Brownies Monstr

Bersempena dengan launching packaging baru ini, Monstr.my menawarkan peluang kepada semua pencinta coklat untuk merebut tawaran hebat!



Ini promosinya

Promo 3 pek senior, RM150 (9 pek besar),

Promo 1 pek junior, RM28 (3 pek kecil)

Promosi ini bermula 22/2/2021 hingga 1/3/2021.

Korang boleh layari www.monstr.my atau cari ejen-ejen yang berdekatan dengan korang untuk mendapatkannya.


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :


Website :

Facebook:

Instagram:



Tuesday, February 23, 2021

Drive-Thru Covid 19 Swab Test Di Ara Damansara Medical Centre, Mudah Dan Cepat Keputusannya

Hi Korang,

Wabak pandemik Covid 19 ni memang akan menghantui kita seluruh dunia ini seumur hidup dan kini ianya telah pun menjadi sebahagian di dalam kehidupan kita hari ini. 

Seharusnya kita mengamalkan norma baru di dalam aktiviti harian kita.

Rentetan daripada itu, banyak klinik, hospital yang menyediakan perkhidmatan ujian saringan calitan Covid 19 ini. Tapi masalahnya menunggu untuk giliran tuh bukan main lama lagi kita kena beratur. Kak lily pernah lakukan sekali di klinik atas arahan company dan ianya mengambil masa hampir setengah hari untuk sampai ke giliran kita.

Itu belum masuk menunggu keputusan yang makan masa sehingga 3-4 hari sampai ke seminggu baru dapat tau keputusannya.

Dan lagi sekali kak lily kena pi mengambil swab test ini kerana wabak ini agak aktif menular di kawasan office sekarang ini dan pihak company sarankan untuk ktorang ambil lagi sekali ujian ini.

Untuk menjimatkan waktu, kak lily google jer kot-kot kalau ada drive thru Covid 19 swab test dan yesza memang ada pun hah.

Ermm Ara Damansara Medical Centre, ermm not bad nieh.

Ara Damansara Medical Centre menawarkan perkhidmatan ujian saringan secara drive thru ni bermula dari 15hb Februari, kira baru lagi ni kan. Yang penting daripada pendaftaran sehingga mendapat keputusan semuanya adalah selamat, contactless dan memudahkan.

Pemeriksaan Drive-Thru adalah untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas dan mereka yang ingin melakukan pemeriksaan ini terlebih dahulu membuat temujanji di dalam talian melalui platform yang telah pun di sediakan hanya dari rumah korang tanpa perlu keluar.

Terdapat 3 jenis ujian saringan Covid 19 yang di tawarkan iaitu:

Rapid Molecular Test (keputusan di terima dalam masa 4 jam)

RTK Antigen Test (keputusan di terima di antara 3 hingga 4 jam)

RT PCR Test (keputusan di terima dalam masa 48 jam)

Pilihlah yang mana satu korang rasa sesuai dengan korang yer.

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ujian saringan ini?

Mudah sahaja.

Terus check websitenya untuk dapatkan details.

Oh macam nie, sebelum 2-3 hari nak buat swab test, kita kena buat pre-booked appointment dulu di websitenya.


Log in to websitenya di bahagian booking online : https://www.admctelehealthplus.com/pcr-plus/

Pilih tarikh dan masa yang korang nak datang


Isikan semua info yang di kehendaki seperti nama penuh, no NRIC, no telefon, tahap kesihatan korang dan setelah itu buat bayarang secara online samada menggunakan debit / credit card ataupun online transfer.

Kemudian korang akan dapat 1 sms mengatakan bahawa appointment korang confirm pada tarikh dan masa yang telah di tetapkan.


Drive-Thru Covid 19 Swab Test

Lepas kak lily pun appointment jumaat hari tuh, so semalam kak lily ke Ara Damansara Medical Centre nieh, tak delah jauh mana dari rumah pun ok ok jer so sampai pun on time lah kan.

Sesampai jer terus ikut laluan yang telah pun di sediakan, dari jauh dah nampak signage Drive-thru Coviid 19 swab test.


Di khemah pertama, di sini para petugas akan memeriksa butir-butir peribadi yang telah kita isikan di website terdahulu seperti nama, no NRIC, no telefon dan kemudian kita di kehendaki untuk mengesahkannya dengan menurunkan tandatangan.

Oh ya, kalau korang masuk dengan mengambil parking tiket jangan bimbang mengenai bayarannya kerana pihak ADMC akan memberikan parking tiket yang sudah pun dibayar so senanglah kan.

Terus kak lily bergerak ke khemah bahagian hadapan so inilah khemah untuk di swab test tuh.


Dr Farah sangat kelakar betul, siap buat-buat lawak selepas di terangkan apa yang bakal kak lily lalui. Bagus penerangannya begitu teliti dan mudah di pahami. Sakit jugak tapi sekejap jer hah.

Tak sampai beberapa minit untuk swab test ini selesai.

Keputusan akan di beritahu melalui panggilan telefon dari ADMC sendiri lebih kurang dalam masa 4 jam dari masa yang kita ambil swab test itu tadi.

Tak sampai 4 jam pun kak lily dah terima panggilan dari ADMC yang mengatakan keputusan ujian kak lily adalah negatif, alhamdulilah tak de apa pun.

So korang yang mana tercari-cari perkhidmatan Covid19 swab test secara drive-thru ini kak lily memang syorkan korang dapatkan nya di Ara Damansara Medical Centre. Procedurenya mudah dan menyenangkan, dan tak perlu rasa-rasa takut pun kan.

Perkhidmatan Drive-Thru ADMC di tawarkan pada hari Isnin hingga Jumaat antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.00 petang hingga 5.00 petang, dan pada hari Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Untuk info lanjut mengenai Drive-Thru screening, layari www.admctelehealthplus.com atau telefon ke 03-5639 1212.

Ini alamatnya :


Ara Damansara Medical Centre
Lot 2, 
Jalan Lapangan Terbang Subang, 
Seksyen U2,
40150 Shah Alam,
Selangor

Sangat mudah untuk dapatkan ujian saringan Covid-19 dari keselesaan kenderaan korang sendiri hanya di ADMC!