Wabak pandemik Covid 19 ni memang akan menghantui kita seluruh dunia ini seumur hidup dan kini ianya telah pun menjadi sebahagian di dalam kehidupan kita hari ini.
Seharusnya kita mengamalkan norma baru di dalam aktiviti harian kita.
Rentetan daripada itu, banyak klinik, hospital yang menyediakan perkhidmatan ujian saringan calitan Covid 19 ini. Tapi masalahnya menunggu untuk giliran tuh bukan main lama lagi kita kena beratur. Kak lily pernah lakukan sekali di klinik atas arahan company dan ianya mengambil masa hampir setengah hari untuk sampai ke giliran kita.
Itu belum masuk menunggu keputusan yang makan masa sehingga 3-4 hari sampai ke seminggu baru dapat tau keputusannya.
Dan lagi sekali kak lily kena pi mengambil swab test ini kerana wabak ini agak aktif menular di kawasan office sekarang ini dan pihak company sarankan untuk ktorang ambil lagi sekali ujian ini.
Untuk menjimatkan waktu, kak lily google jer kot-kot kalau ada drive thru Covid 19 swab test dan yesza memang ada pun hah.
Ermm Ara Damansara Medical Centre, ermm not bad nieh.
Ara Damansara Medical Centre menawarkan perkhidmatan ujian saringan secara drive thru ni bermula dari 15hb Februari, kira baru lagi ni kan. Yang penting daripada pendaftaran sehingga mendapat keputusan semuanya adalah selamat, contactless dan memudahkan.
Pemeriksaan Drive-Thru adalah untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas dan mereka yang ingin melakukan pemeriksaan ini terlebih dahulu membuat temujanji di dalam talian melalui platform yang telah pun di sediakan hanya dari rumah korang tanpa perlu keluar.
Terdapat 3 jenis ujian saringan Covid 19 yang di tawarkan iaitu:
Rapid Molecular Test (keputusan di terima dalam masa 4 jam)
RTK Antigen Test (keputusan di terima di antara 3 hingga 4 jam)
RT PCR Test (keputusan di terima dalam masa 48 jam)
Pilihlah yang mana satu korang rasa sesuai dengan korang yer.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ujian saringan ini?
Mudah sahaja.
Terus check websitenya untuk dapatkan details.
Oh macam nie, sebelum 2-3 hari nak buat swab test, kita kena buat pre-booked appointment dulu di websitenya.
Pilih tarikh dan masa yang korang nak datang
Isikan semua info yang di kehendaki seperti nama penuh, no NRIC, no telefon, tahap kesihatan korang dan setelah itu buat bayarang secara online samada menggunakan debit / credit card ataupun online transfer.
Kemudian korang akan dapat 1 sms mengatakan bahawa appointment korang confirm pada tarikh dan masa yang telah di tetapkan.
Drive-Thru Covid 19 Swab Test
Lepas kak lily pun appointment jumaat hari tuh, so semalam kak lily ke Ara Damansara Medical Centre nieh, tak delah jauh mana dari rumah pun ok ok jer so sampai pun on time lah kan.
Sesampai jer terus ikut laluan yang telah pun di sediakan, dari jauh dah nampak signage Drive-thru Coviid 19 swab test.
Di khemah pertama, di sini para petugas akan memeriksa butir-butir peribadi yang telah kita isikan di website terdahulu seperti nama, no NRIC, no telefon dan kemudian kita di kehendaki untuk mengesahkannya dengan menurunkan tandatangan.
Oh ya, kalau korang masuk dengan mengambil parking tiket jangan bimbang mengenai bayarannya kerana pihak ADMC akan memberikan parking tiket yang sudah pun dibayar so senanglah kan.
Terus kak lily bergerak ke khemah bahagian hadapan so inilah khemah untuk di swab test tuh.
Dr Farah sangat kelakar betul, siap buat-buat lawak selepas di terangkan apa yang bakal kak lily lalui. Bagus penerangannya begitu teliti dan mudah di pahami. Sakit jugak tapi sekejap jer hah.
Tak sampai beberapa minit untuk swab test ini selesai.
Keputusan akan di beritahu melalui panggilan telefon dari ADMC sendiri lebih kurang dalam masa 4 jam dari masa yang kita ambil swab test itu tadi.
Tak sampai 4 jam pun kak lily dah terima panggilan dari ADMC yang mengatakan keputusan ujian kak lily adalah negatif, alhamdulilah tak de apa pun.
So korang yang mana tercari-cari perkhidmatan Covid19 swab test secara drive-thru ini kak lily memang syorkan korang dapatkan nya di Ara Damansara Medical Centre. Procedurenya mudah dan menyenangkan, dan tak perlu rasa-rasa takut pun kan.
Perkhidmatan Drive-Thru ADMC di tawarkan pada hari Isnin hingga Jumaat antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.00 petang hingga 5.00 petang, dan pada hari Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Ini alamatnya :
Ara Damansara Medical CentreLot 2,
Jalan Lapangan Terbang Subang,
Seksyen U2,
40150 Shah Alam,
Selangor
Sangat mudah untuk dapatkan ujian saringan Covid-19 dari keselesaan kenderaan korang sendiri hanya di ADMC!