Wednesday, February 10, 2021

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP – Pengurus Jenama Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) En. William Bee (kiri) dan Pengurus Pemasaran  (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li (kanan) menyusun kelengkapan kembali-ke-sekolah kepada 420 pelajar Orang Asli

Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan.

Patuh SOP: Pembantu Pembangunan Masyarakat, JAKOA Daerah Kinta & Kampar, Perak, En Fahrul Hafiz bin Abdullah Khosaini (kiri) menerima sumbangan kelengkapan kembali-ke-sekolah TOP bagi pihak SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 dari Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan Orang Asli, JAKOA Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pn Rashidah Binti Yahaya (kanan). 

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah[1], dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.

Wakil dari SK Pos Dipang, Perak menerima set lengkap Kembali-ke-Sekolah dari TOP oleh Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Perak, Khairul Anuar Bin Che Zakaria (kiri), kepada 107 pelajar Orang Asli.

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini.

“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling.

Bantuan ikhlas untuk kehidupan yang cerah bersama TOP: Wakil dari JAKOA Cameron Highland, En Mohd Farizal Bin Mohd Zakhir menghantar sumbangan kelengkapan kembali-ke-sekolah bersama TOP kepada SK Terisu di Pahang.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal.

En Hamzah Bin Yusof, Tok Batin dari Kg Sg Telimau menerima sumbangan detergen TOP Super Hygienic Powder dari wakil JAKOA, En Mohd Farizal Bin Mohd Zakhir. Lebih dari 311 penduduk kampung menerima 1kg detergen TOP Super Hygienic Powder kerana iainya sebahagian dari kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP.

“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.

Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.

Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini.

“Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo.

Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah.

TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.

TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain.

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria [2]* untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.

Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah.

“Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP - 2015 to 2020

Tahun

Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

2020

420

6

Total

2,873

85



Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.




[2] Berdasarkan ujian makmal bebas di Jepun

Tuesday, February 9, 2021

SECRET COFFEE dan PREMIUM LOSYEN SECRET CORREA Dari SECRET CORREA

Hi Korang,

Baca tajuk pun korang dah rasa macam wah rahsianya kan sampai nak secret-secret bagai ek!!

Hehehehehe


Eh bukanlah, ini adalah produk keluaran dari Secret Correa iaitu premium losyen Secret Correa dan juga Secret Coffee.

Ini kali pertama kak lily dapat tahu mengenai kedua-dua produk kesihatan ini, rasanyer produk ni dah lama berada di pasaran tapi belum ramai yang mengetahui kehebatan kedua-dua produk ini.

PREMIUM LOSYEN SECRET CORREA

Ini merupakan kali pertama kak lily cuba krim yang betul betul sejuk bila di sapu di badan.


Ianya merupakan losyen sejuk yang dapat membantu melangsingkan dan mengurangkan selulit dari seawall 3 hari tanpa rasa panas dan pijar. Walaupun begitu losyen sejuk ini mengandungi bahan-bahan agen pembakar lemak terbaik iaitu Sunflower Seed Oil, Guarano dan Hedera Helix.


Kak lily kongikan di antara kebaikan agen pembakar lemak ni yer.

Sunflower seed oil
-Mencantikkan kulit
-Melembapkan kulit
-Anti penuaan
-Anti radang
-Pelindung kulit

Guarano
-Melancarkan saluran jantung dari tersumbat
-Memperbaiki sistempenghadaman
-Merendahkan asid lemak dan kolestrol
-Mengaktifkan sel -sel & sistem saraf
-Menghilangkan rasa lapar
-Menghasilkan tisu baru
-Memernagi radikal bebas
-Mengurangkan bengkak
-Awet muda

Hedera helix
-Anti selulit
-Anti lemak
-Anti radang
-Melancarkan peredaran darah
-Melegakan masalah pernafasan
-Melegakan masalah kejang otot

Ianya juga membantu untuk mengurangkan masalah menstrual pain iaitu senggugut dan boleh di sapu di bawah dagu untuk mengurangkan masalah double chin serta ianya 'solat' friendly.

Review Kak Lily Mengenai Premium Losyen Secret Correa


Setelah beberapa hari kak lily mencuba losyen sejuk ini, kak lily rasa begitu selesa sekali. Of courselah takkan nampak lagi perubahannya almaklumlah lemak pun tebal kan tapi kak lily dapatkan rasakan kurangnya inch loss di bahagian-bahagian tertentu eh takkan nak citer kat korang mana kak lily sapu kan hehehehee



SECRET COFFEE BY SECRET CORREA

Di samping kak lily menggunakan losyen, kak lily juga mencuba Secret Coffee keluaran Secret Correa jugak ni. Dah tentulah kak lily mesti mencubanya sememangnya kak lily kan pecinta kopi


Kopi untuk kesihatan yang dapat membantu untuk menyekat selera makan dan membantu membuang lemak di bahagian sukar seperti di peha dan perut. Kopi tanpa kafein ini adalah yang pertama di Malaysia mempunyai 6 slimming booster di antaranya termasuklah Garcinia combogia, kurma, hoodia dan madu.


Garcinia combogia
-Mengurangkan selera makan
-Mengelakkan lemak terkumpul
-Mengawal proses pembakaranlemak dalam badan
-Membantu membuang lemak yang di bahagian yang sukar seperti peha dan perut

Kurma
-Menguatkan memori
-Baik untuk kesihatan jantung
-Baik untuk kesihatan tulang
-Merawat masalah usus

Hoodia
-Mampu meningkatkan kesihatan jantung
-Meningkatkan tenaga
-Membuatkan anda tidak terasa letih

L-Carnitine
-Meningkatkan metabolisma
-Menjadikan bdan bertenaga
-Menguatkan tulang
-Mempercepatkan proses penyembuhan
-Mengurangakan kadar kolestrol
-Meningkatkan kekeuatan memori manusia
-Meningkatkan tenaga
-Menjaga jantung
-Menstabilkan tekanan darah

Madu
-Mengilangkan batuk
-Mencegah kanser dan penyakit jantung
-Meningkatkan daya ingatan
-Mempunyai sumber nutrisi yang lengkap
-Mampu menghilangkan luka

Ianya tidak mempunyai gula tetapi digantikan dgn nano sweet kulit tebu hitam dimana (nano sweet) sesuai utk orang-orang kencing manis dan darah tinggi. Krimer yg digunakan juga bukan krimer biasa @scheme milk susu murah tetapi digantikan Palm kernal" isi rong biji kelapa sawit.

Secret Coffee juga dapat membantu untuk anda kekal bertenaga seharian.



Terdapat dua varian Secret Coffee iaitu pek 7 sachet dan 15 sachet. Secret Coffee juga disahkan Halal oleh Jakim dan sesuai untuk semua peringkat usia dan jantina.

Bagi mereka yang mempunyai berat 60kg ke atas, seelok-eloknya mengambil 2-3 sacher setiap hari iaitu waktu pagi dan petang. Boleh di minum bagi mereka yang sedang mengandung dan sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu kerana ianya merupakan milk booster serta tidak mempunyai kesan sampingan.

Review Kak Lily Mengenai Secret Coffee

Kak lily mengamalkan Secret Coffee ni sudah pun beberapa hari yang lalu. Ianya enak tidak terlalu strong macam kopi-kopi yang lain di luar sana. Amat sesuai bagi mereka kurang gemarkan kopi yang strong.

Yang penting perut langsung tidak meragam untuk keluar masuk ke tandas, semuanya sama macam kita minum kopi biasa tapi kak lily perasan yang kak lily kurang selera makan pada waktu tengahari dan malam. Cuma perbanyakkan minum air kosong untuk mempercepatkan hasilnya.

Sijil Halal JAKIM


Harga Produk Secret Correa Ini

Premium Losyen – RM89.00

Secret Coffee – RM69.00


Korang boleh dapatkan kedua-dua produk ini di www.secretcorrea.com untuk membuat pesanan


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page:


Instagram Link :

Saturday, February 6, 2021

NESTLÉ LACTOGROW® Aktif - A Growing-up Milk Formulated To Help Children Achieve More Growth With More Calcium*

Hi Everyone,

Recently I attended a virtual Facebook Live Launch of NESTLÉ LACTOGROW® Aktif

What is NESTLÉ LACTOGROW® Aktif?

Here's the details for you


Nestlé today unveiled its specially formulated growing up milk – NESTLÉ LACTOGROW® Aktif, during a live virtual event, providing Malaysian parents with a tailored nutrition option to help their children achieve optimum growth at each stage. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif will replace NESTLÉ LACTOKID® through the coming months.



NESTLÉ LACTOKID® first launched in November 2014, providing a formulated milk powder with high calcium for children to help them stay nourished and support their growth throughout their developing years. Now, with an all-new look under NESTLÉ LACTOGROW® Aktif, this formulated milk powder provides the same goodness in nutritional values as before. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif is formulated for children 1 to 6 years old and contains higher calcium compared to other key brands** in the market, as well as DHA and 18 important vitamins and minerals to support the optimal growth of a child.

The live launch event saw several fun interactive sessions that helped viewers understand more about child growth while a virtual discussion took place to debunk height myths in children to help parents understand the importance of calcium, vitamin D and other important nutrients for the growth of their little ones.

Juan Aranols, Chief Executive Officer of Nestlé (Malaysia) Berhad said: “We want to help children reach their full potential and this requires addressing stunting, as 1 out of 5 children is not getting enough nutrition to ensure their full physical and intellectual development***. We want to share learnings on the importance of nutrition and the role of nutrients like calcium in children’s development, as well as how NESTLÉ LACTOGROW® Aktif can help support a child’s optimal growth."

Jasmin Estacio, Business Manager of NESTLÉ Nutrition Malaysia said: “A healthy development during early childhood equates to better physical health and positive well-being for the next few years of a child’s life and beyond. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif would like to support parents with a product that complements their everyday efforts to provide the best for their children during this important stage in life. We hope to continue supporting parents to learn more about the importance of nutrition, especially calcium, to support their child’s growth!”



The abundance of information available today might make parents feel overwhelmed of the right way to help their children grow. There are also many myths on increasing a child’s height commonly shared amongst Malaysian parents, such as playing basketball and hanging from monkey bars, which makes the challenge even greater to ensure their children are on track to achieve growth milestones for their age.

One more info that I would like to share is : here is the tips on how to choose formula milk wisely 

To help parents tackle this issue, Nestlé invited Professor Dr. Norimah binti A. Karim, Professor in Nutrition, Department of Nutrition and Dietetics at International Medical University to share her thoughts about “Debunking Growth Myths Among Children” during the virtual event. The discussion revolved around the rising issues affecting growth amongst children, with Professor Norimah weighing in on debunking popular growth myths and shared ways parents can ensure their children take in adequate nutrition daily to achieve optimum growth during their formative years.

“When raising children, parents need to understand that a balanced diet is important to ensure that they can develop to their fullest potential. The prevalence of stunting in children is primarily due to malnourishment — a lack of balanced nutrition in their everyday diet. Amongst various nutrients, insufficient calcium intake is one of the major issues faced by Malaysian children, and this plays an important role in determining their overall growth,” said Professor Dr. Norimah.

Based on a survey done from 9 to 22 June 2020, involving 186 mothers who have previously used NESTLÉ LACTOKID®, 98% would recommend the milk brand to their friends and family. Besides being formulated with high calcium, vitamin D, protein and DHA to support growth and development, NESTLÉ LACTOGROW® Aktif also has no added sucrose, making it a better option for young children.

NESTLÉ LACTOGROW® Aktif comes in 900g packets for two age groups, namely NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 1-3 and NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 4-6, and is currently available in stores nationwide. 



To rewatch the virtual event and discussion, do visit 

For more information, please visit