Monday, February 1, 2021

7 Tanda Penyakit Buah Pinggang Yang Harus Di Perhatikan, Jangan Biar Ia Semakin Parah!

Hi Korang,

Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang

Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Sakit buah pinggang sudah menjadi salah satu beban dari segi kesihatan buat negara kita. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa buah pinggang kita adalah sama penting dengan otak dan jantung.

Oleh itu, mari kenali organ ini dengan lebih lanjut. Selepas membaca artikel ini, pasti anda terkejut akan kemampuan buah pinggang anda. Jangan pandang rendah, ya!


Kenali buah pinggang anda

Buah pinggang adalah sepasang organ utama bagi tubuh yang berbentuk seperti kacang. Ia terletak di bahagian belakang abdomen, betul-betul di bawah tulang rusuk anda.

Buah pinggang di sebelah kanan terletak lebih rendah berbanding pasangannya di sebelah kiri kerana organ hati telah menolaknya ke bawah.

Syukurlah organ penting ini datang secara berpasangan, kerana tubuh anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.

Fungsi buah pinggang

Organ ini adalah sebahagian daripada sistem urinari yang berfungsi untuk menapis bahan-bahan tertentu daripada darah untuk dibuang melalui air kencing. 

Tahukah anda buah pinggang adalah organ pertama yang menerima darah? Mengejutkan bukan?


Hal ini kerana di dalamnya terdapat unit penting bergelar nephron yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses penapisan darah.

Setiap buah pinggang mengandungi sekurang-kurangnya 1,000,000 nephron!

Semasa darah melalui nephron, sebahagian daripada bahan kumbahan badan akan dibuang melalui air kencing, manakala sebahagian lain akan dikembalikan semula ke dalam darah.

Jika sakit buah pinggang berlaku, di mana terdapat kerosakan atau kecederaan pada nephron, proses penapisan akan terjejas.

Bahan-bahan kumbahan badan akan berkumpul di pundi kencing melalui tiub ureter. Rasa ingin kencing akan datang apabila air kencing yang terkumpul di dalam pundi mencecah kira-kira 240 ml.

Selain membuang bahan toksik daripada badan, buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal tekanan darah dengan menghasilkan enzim khas iaitu renin. 

Apabila tekanan darah terlalu rendah atau badan tidak mempunyai garam yang cukup, renin akan dirembeskan dalam saluran darah anda.

Ia akan mencetuskan reaksi berantai yang menghasilkan hormon lain iaitu angiotensin dan memberi isyarat kepada kelenjar adrenal anda untuk melepaskan hormon lain bergelar aldosteron.

Angiotensin membuatkan pembuluh darah kecil menjadi lebih sempit, manakala aldosteron bertanggungjawab untuk mengawal kadar garam dan cecair. Kedua-dua hormon tersebut boleh meningkatkan tekanan darah anda.

Sekiranya proses itu tidak seimbang, tekanan darah boleh menjadi tidak stabil, sama ada terlampau tinggi atau rendah.

Buah pinggang yang sihat akan menghasilkan hormon yang dipanggil erythropoietin (EPO).

Erythropoietin mendorong tulang sumsum untuk membuat sel darah merah, yang kemudian membawa oksigen ke seluruh badan.

Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Vitamin D yang menjadi salah satu daripada nutrisi penting bagi tulang dihasilkan sebahagiannya melalui buah pinggang.

Apa yang berlaku semasa sakit buah pinggang?

Salah satu kelebihan organ ini adalah ia mempunyai potensi baik untuk beradaptasi dengan keadaan tubuh. 

Oleh itu, tanda dan gejala penyakit buah pinggang selalunya akan muncul agak lewat ketika kerosakan telah menjadi sangat parah.

Cara terbaik untuk mengesan di peringkat awal adalah melalui ujian saringan, terutamanya dalam kalangan mereka yang berisiko mengalami sakit buah pinggang disebabkan masalah kesihatan mahupun keturunan.

Buah pinggang yang sihat berupaya untuk membuang sisa dan cecair tambahan daripada darah anda. 

Dalam kes penyakit ginjal terutama sekali jika gagal, sisa dan cecair tambahan akan menimbun dalam darah dan mengakibatkan anda sakit.

Berikut merupakan 7 tanda penting yang harus diambil kira sekiranya anda mengalami sakit buah pinggang.

#1 Cepat letih tanda utama sakit buah pinggang

Anda akan mengalami keletihan dengan lebih cepat, kurang bertenaga dan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan – sekali gus menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan jelas.

Sakit buah pinggang kronik bermaksud terdapat penurunan yang banyak dalam fungsi buah pinggang. Ia cenderung membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah, punca cepat letih, lemah dan sukar fokus.

Komplikasi lain sakit buah pinggang ialah anemia di mana kekurangan sel darah merah dalam tubuh boleh menjadi punca kepada rasa lemah dan letih. Anda juga mungkin akan berasa pening kepala dan terasa seperti hendak pitam.

#2 Kesukaran untuk tidur

Apabila sakit buah pinggang berlaku dan ia tidak mampu berfungsi dengan betul, toksin berkemungkinan akan kekal dalam darah dan tidak boleh keluar dari badan melalui air kencing.

Pengumpulan toksin dalam badan boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Selain itu, kajian mendedahkan kaitan antara obesiti dan apnea tidur dengan masalah sakit buah pinggang kronik.

#3 Sesak nafas

Anda mudah mengalami masalah sesak nafas walaupun hanya melakukan pergerakan yang minimum. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan cecair dalam badan yang terhasil dalam paru-paru.

Selain itu, ia boleh juga dikaitkan dengan masalah anemia, menyebabkan badan anda menerima kurang oksigen daripada keperluan asalnya dan pendek nafas.

#4 Kulit kering dan gatal, takkanlah sakit buah pinggang juga?

Perubahan kulit menjadi kering dan gatal boleh menjadi tanda utama penyakit tulang dan kekurangan mineral dalam badan.

Ia sering berlaku dalam kes sakit buah pinggang kronik, apabila ginjal tidak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral dan nutrien yang betul dalam darah.


#5 Kerap kencing

Salah satu tanda yang paling senang untuk dikenal pasti oleh anda sendiri adalah kekerapan kencing berbanding biasa.

Jika perubahan ini berlaku terutamanya pada waktu malam, ia merupakan antara tanda sakit buah pinggang.

Sistem penapisan pada buah pinggang yang rosak boleh mengakibatkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing.

Ada masanya, ia boleh menjadi simptom untuk penyakit lain seperti jangkitan saluran kencing atau prostat bengkak.

#6 Tubuh bengkak

Sakit buah pinggang yang menjurus kepada kegagalan organ tersebut akan menyebabkan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan daripada badan.

Hal ini boleh menyebabkan kaki, pergelangan kaki atau tangan menjadi bengkak. Dalam sesetengah kes, ia turut berlaku pada bahagian muka dan mata.

Ia boleh menjadi petanda bahawa badan anda menyingkirkan sejumlah besar protein dalam air kencing dan bukan kekal dalam tubuh seperti yang sepatutnya.

#7 Kencing berdarah dan berbuih

Buah pinggang yang sihat akan menyimpan sel darah merah dalam tubuh semasa proses penapisan untuk menghasilkan air kencing.

Akan tetapi, sakit buah pinggang teruk boleh menyebabkan sel-sel tersebut ‘bocor’ dan masuk ke dalam air kencing.

Hasilnya, air kencing anda akan berubah warna merah jambu, merah atau perang bergantung kepada jumlah darah di dalamnya.

Selain itu, air kencing juga boleh kelihatan berbuih kerana mengandungi protein albumin yang telah berjaya keluar ke dalam air kencing anda.

Tips kesihatan buah pinggang

Kini, kita sudah mengetahui kepentingan buah pinggang bagi tubuh. Tanpanya, pelbagai masalah kesihatan berisiko untuk berlaku. Ikuti tip berikut untuk mengelakkan sakit buah pinggang di masa akan datang.

#1 Pengambilan ubat-ubatan

Ubat menangani keradangan tanpa steroid (NSAID) seperti ibuprofen dan naproxen boleh mengakibatkan sakit buah pinggang jika diambil dalam jumlah yang banyak atau terlalu kerap.

Sesetengah antibiotik boleh menurunkan fungsi buah pinggang ke tahap yang lebih teruk. Berbincanglah dengan doktor jika anda mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang.

#2 Suplemen herba

Banyak produk herba di pasaran yang berisiko untuk menjejaskan fungsi buah pinggang anda. Suplemen seperti ini akan menjadi lebih berbahaya untuk diambil jika anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang.

#3 Garam

Mineral ini memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia akan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing mereka.

Sudah tentu keadaan itu boleh membahayakan ginjal anda dan menjadikan keadaan semakin kronik.

Pengambilan garam secara berlebihan juga akan meningkatkan risiko untuk menghidap tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang dan batu karang. Kawal pengambilan garam anda setiap hari.

#4 Hidrasi tubuh anda

Air dapat membantu menyalurkan nutrien penting ke buah pinggang dan menyingkirkan sisa dalam bentuk air kencing. Pengambilan air yang tidak mencukupi ataupun dehidrasi boleh menjejaskan fungsi penapisan buah pinggang.

Selain merosakkan buah pinggang anda dalam jangka masa panjang, dehidrasi berpanjangan akan menyebabkan batu karang lebih senang terbentuk di ginjal anda.

#5 Pemeriksaan secara rutin

Jika anda mempunyai faktor risiko untuk mendapat sakit ginjal kronik, atau masalah keturunan seperti sista ginjal, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan secara rutin setiap tahun.

Pemeriksaan secara rutin boleh membantu anda untuk mengesan sakit buah pinggang di tahap yang lebih awal.

Konklusi

Walaupun ginjal boleh berfungsi tanpa pasangannya, lebih elok jika kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk memelihara sepasang organ utama tubuh ini.

Janganlah tunggu sehingga sakit buah pinggang menjadi kronik atau gagal sepenuhnya baru hendak mengambil tindakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel Oleh Nana Muhammad, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek

#HelloHealthGroup
#HelloDoktor

Monday, January 25, 2021

MYRA’S HOMEBUYING HUB Membantu Membeli Rumah Secara Mudah Dan Efektif

Hi Korang,

Kak lily masih ingat dulu masa mula-mula nak beli rumah. 

Seriously zero knowledge at all, dengan tak de langsung tak de rujukan even internet pun tak semudah sekarang ini. Hanya yang kak lily mampu buat menapak dari satu sales gallery ke sales gallery yang lain, itulah kerja kitaorang setiap minggu untuk survey kawasan rumah sampai ke showroom rumah yang ktorang duduk sekarang ini. 

Memang tak idea sungguh, nasib baiklah sales personel tuh tunjukkan langkah satu per satu untuk dapatkan rumah pertama ktorang ni. Senantiasa berhubung dengan beliau sampai ktorang berjaya berpindah masuk 12 tahun yang lepas. 

Ermm what a journey, dengan kena belajar mengenai S&P lagi phewww.. 

Macam sekarang mungkin Google banyak membantu dalam mendapatkan informasi mengenai pengurusan hartanah tetapi secara khususnya belum ada lagi badan-badan ataupun agensi yang mengendalikan hal-hal hartanah seperti pembelian rumah ini, ye betul agen hartanah memang ada tapi macam kak lily yang bagitau tadi hanya secara am dan tidak secara khusus. 

Itu dulu tapi tidak sekarang ini.. 


Baru-baru ini, salah satu pemaju hartanah iaitu Myra's memperkenalkan aplikasi web tempahan rumah mereka Myra's Homebuying Hub menerusi laman web mereka dengan menyediakan proses 4 langkah mudah untuk memudahkan perjalanan membeli rumah untuk pembeli rumah pertama kali. 

Aplikasi ini mempermudahkan lagi keseluruhan proses pembelian kerana terdapat contoh dokumen yang perlu dihantar serta maklumat lain yang disediakan untuk membimbing korang dalam proses pembelian bersama dengan kalkulator dalam talian untuk menyelesaikan pinjaman bank bulanan ansuran pembayaran balik. Pembeli dengan mudah dapat memuat naik dokumen ke ruangan peribadi mereka ke profil mereka di aplikasi. Aplikasi ini kemudian dapat menyemak dokumen seterusnya sehingga ke penyerahan dokumen. 

Aplikasi ini juga berfungsi sebagai portal untuk mengemas kini pembeli pada tempahan mereka. 

Myra's 4 Step Approach 

Myra's 4 Step Approach diperkenalkan bagi membantu pembeli dari segi pengetahuan sekaligus memberi pemahaman tentang prosedur serta proses mendapat pemilikan dan pembelian hartanah. 


1.Menerima perkongsian informasi pra-pembelian sebelum keputusan pemilihan hartanah dibuat. Contoh dokumen yang perlu diserahkan dan sebagainya. 

2.Dijelaskan tentang kebolehan kewangan dan bayaran pinjaman mengikut kesesuaian serta kelayakan. 

3.Mendapat nasihat tentang perjanjian secara sah (legal) dan menandatangani kontrak. 

4. Diberitahu perkara yang apa perlu dilakukan setelah permohonan pembeli berjaya. 


Myra's menyasarkan aplikasi ini amat sesuai bagi mereka yang ingin membeli rumah pertama kerana mereka-mereka ini tidak mempunyai langsung pengalaman dalam mengendalikan urusan pembelian hartanah pertama mereka. 

Wendy Lim, Pengurus Besar Myra's mengatakan, “We started with what we could with the website, a simplified fun 4-step journey that summarizes the entire homeownership journey into layman terms. After receiving positive responses, we began to think more about how we could improve the entire experience for a young homebuyer.” 


Penyelesaian secara digital dengan Myra's Homebuying Hub 

Akibat daripada kekurangan kemudahan dan kurangnya ilmu pengetahuan maka Myra's Homebuying Hub dibangunkan untuk menyelesaikan dua masalah utama ini iaitu : 

Pertama 
pelanggan Myra's dapat memperoleh pengalaman terbaik dan paling lancar. 

Kedua
maklumat di aplikasi menutup jurang pengetahuan melalui pendidikan dan kesedaran. 

Info Menarik Mengenai Myra's Homebuying Hub 

1. Salinan digital dokumen Tersimpan Rapi 


Para pembeli rumah Myra's dan bakal pembeli rumah akan mempunyai salinan digital semua dokumen yang diperlukan yang dapat mereka rujuk atau muat turun untuk penggunaan dan rujukan masa depan mereka, walaupun mereka tidak meneruskan tempahan dengan Myra's semasa atau mempertimbangkan semula pembelian rumah lain pada masa akan datang. 

2. Pemerikaan Debt Service Ratio (DSR) Tersedia 



Pembeli rumah perlu mengira ansuran, pembayaran balik semasa, kadar faedah dan pemeriksaan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) tanpa bersusah payah. Pada kebiasaannya, proses ini dilakukan secara manual dan ditulis di atas sehelai kertas, yang mana ianya menyusahkan pembeli rumah sekiranya mereka kehilangannya dan tidak dapat mengingat kembali pengiraan penting ini. 


Di sertakan juga aplikasi tambahan seperti kalkulator ansuran secara online, penilaian pengiraan DSR, panduan penyerahan dokumen dan petua tambahan untuk pembeli rumah, aplikasi ini memastikan pengalaman membeli rumah mereka lancar dan mendidik bagi pemilik rumah mereka. 

3. Menjimatkan masa untuk mendapatkan dokumen 


Terdahulu pengumpulan dokumen untuk tujuan permohonan pinjaman juga merupakan proses manual yang rasanya tidak begitu efisien untuk semua pihak yang terlibat. Selalunya para pembeli harus ke pejabat pemaju untuk menyediakan dokumen seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan banyak lagi, dan akan mudah rasa terbeban kerana kekanan masa yang senantiasa sibuk. 

4. Pengeluaran resit rasmi secara digital 

Kini, Myra's dapat melancarkan segalanya secara digital serta mengeluarkan resit rasmi setelah pembayaran. Pembeli rumah, sebaliknya, akan menikmati kemudahan rujukan untuk sebarang dokumen yang mereka perlukan untuk menyelesaikan tempahan, dan pada masa yang sama, mendapat bantuan dari aplikasi ini sepanjang perjalanan untuk memiliki rumah mereka. 

Bagaimana, mudah kan?? 


Sekiranya korang masih tercari-cari rumah idaman yang menambat hati korang, kak lily syorkan korang untuk melayari laman web Myra's ini kerana mereka juga sedang rancak menyediakan beberapa lokasi kawasan perumahan baru yang mungkin bakal membuatkan korang termimpi-mimpi untuk mendapatkannya. 

Untuk pengetahuan korang, sehingga kini di bawah laman web Myra's terdapat 8 projek dan akan bertambah lagi pada masa akan datang. 


Myra's Alam di Puncak Alam 


Myra's Garden di Kundang 

Myra's Homebuying Hub telah dilancarkan pada Januari 2021 bagi tujuan mengumpul, menyimpan dan mengendalikan peribadi maklumat individu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan turut memperolehi Sijil SSL bagi tujuan memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web :

Facebook Page:

Instagram Link :




Thursday, January 21, 2021

Makan Sedap Di Foodies Gourmet Market & Café Bandar Kinrara

Hi Korang, 

Makan-makan lagi yeahhh 

Ktorang kalau bab makan-makan memang laju jer, pantang ada orang ajak kan. Kebetulan last weekend tak de nak kemana, bebudak ni ajak pi makan satu kedai di Bandar Kinrara ni. 


Bila ktorang sampai tuh eh nampak macam market pulak so mana pulak cafe ni kan. 

Hehehehehehe… 


Rupa-rupanya café ini terletak di sebelah belakang market ni. Erm memang patutlah tak nampak kan, tertutup di sebalik pintu belakang ni. 

Seriously memang ‘hidden gem’ sungguhlah café nieh. 

Dekonya simple jer, tak banyak kerusi meja pun just nice untuk untuk 10-20 orang sekali makan. Tapi di sebabkan PKPB ni tak boleh ramai-ramai sangat sekaligus ek, SOP mesti kena jaga jugak. 


Foodies Gourmet Café ini menyajikan hidangan western, Japanese dan Korean yang di fusionkan. Kalau korang perhatikan nama menu-menunya memang mix and match di antara satu sama lain, jadi rasanya memang unik dan lain daripada lain. 

Ok jom kak lily kongsikan menu-menu yang terdapat di sini ek. 

Appetizer 

Boss's favourite Beef Goulash with Baguette RM15.90 

Cabbage Okonomiyaki with Bonito Flakes & Katsu Inspired Sauce RM14.90 

Chef Driven Quiche Chicken RM17.90 

Artisan Beef Pie RM19.90 



Main dish 

Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet sauce and side of the day RM38.90 

Oven roasted 180g Aust Beef Striploin steak served with Gourmet Sauce and side of the day RM32.90 

Australian Beef Udon, Soft boil egg in Rich Umami Soup RM15.90 

Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato wedges and homemade tartar sauce RM19.90 

Carefully curated spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop RM25.90 

Spaghetti with Truffle inspired white sauce and mushroom RM23.90 

Spicy Oven baked chicken leg with caramelised vege and potato wedges RM14.90 

Garlic Teriyaki chicken leg with Japanese salad and potato cakes RM14.90 



Dessert 

Brownies with Chantily Cream RM9.90 


Faham-faham jelah bila makan beramai-ramai nieh, bukan main kecohnyer lagi maklumlah 10 orang kan. Abis semua pinggan makanan melayang kesana kemari bertukar-tukar tempat, sekejap rasa itu sekejap rasa yang ini tapi semuanya licin habis hehehe 



So far menu-menu yang dihidangkan memang enak-enak belaka. 

Kak lily sukakan beef goulash tuh sesuai di hidangkan sekali dengan roti baguette lembut, Beef Udon Umami Soup lazat, Beef pie pun terbaek. 


Pada kak lily harga pun tidaklah mahal, memang standard harga café yang selalu kita makan, walaupun bahan-bahannya premium tapi harga tetap mampu milik. 









Anyway, di Foodies Gourmet Market & Café jugak korang boleh dapatkan bahan-bahan segar seperti daging, ayam, kambing yang di jual di bahagian hadapan kedai ini. Even bahan-bahan masakan seperti rempah, sos perapan dan pelbagai lagi bahan turut di tawarkan, korang hanya pilih apa yang korang kehendaki. 

Teruja betul bila kak lily melihat produk masakan ini, yelah kita kan suka masak so of courselah excited rasa macam nak borong satu kedai hehehhehehhe 



Korang yang tengok gambar-gambar ni pun mesti excited jugak kan, so why not korang datang ke sini dan mencuba sendiri hidangan makanan yang enak ini sambil membeli-belah. 



Jom kite ke: 

Foodies Gourmet Market & Cafe 
No.29, Jalan BK5A/3A, 
Bandar Kinrara 5, 47180 Puchong, Selangor 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Instagram Link : 


Facebook Page : 





#bandarkinrara
#kinrara
#kinrarapuchong