Wednesday, January 13, 2021

PKP 2.0 Informasi Penting Harus Korang Ketahui

Hi Korang, 

Hari ni 13hb Januari 2021 merupakan hari pertama kita menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0. 

Memang wabak Pandemik Covid-19 ni menakutkan sungguh lah kan, untuk semalam saja seramai 3,309 kalau tak silap kak lily yang di dapati Positif Covid-19 dan wabak ni semakin dekat dengan kita. Even di kawasan rumah kak lily pun dah ada 2-3 ambulan lalu lalang amik pesakit hah eeee takutnyerrr.. 

Ok beberapa info penting yang korang kena ketahui mengenai PKP 2.0 kali ni ek 

PKP 2.0 kali ini bermula dari tengah malam 13 Jan hingga 26 Jan tapi kalau laporan pesakit meninggi setiap hari dalam tempoh 2 minggu ini, kak lily kerajaan tidak teragak-agak untuk memanjangkannya sehingga menjadi sebulan ataupun dua tiga bulan so kita tak tahu yer. 



Pengasingan PKP mengikut negeri 

Di bawah PKP
Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

Di bawah PKPB 
Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Selain itu, daerah Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak juga berada di bawah PKPB. 

Di bawah PKPP
Perlis, dan Sarawak (kecuali daerah Kuching, Sibu, dan Miri). 



Terdapat informasi tambahan untuk PKP 2.0 ini. 

Perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan dan rentas daerah di negeri-negeri di bawah PKP 2.0, termasuklah di negeri yang diletakkan di bawah PKPP.

Tetapi untuk pembelian barangan keperluan rumah, hanya dibenarkan 2 orang daripada isi rumah untuk keluar namun tidak lebih dari 1okm radius dari kawasan rumah.

Untuk kawasan di bawah PKPB, kebanyakan aktiviti sosial seperti mesyuarat, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan DI LARANG, berbanding sebelum ini aktiviti berkenaan dibenarkan dengan kapasiti separuh tempat acara. 


Bagi sektor ekonomi pula untuk PKP kali ini dibenarkan beroperasi dan sebilangan besar kemudahan akan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. 

Kemudahan itu adalah restoran, trak makanan, gerai makanan, dan tempat makan lain (perkhidmatan bawa pulang, dan penghantaran sahaja). 

Waktu operasi yang dibenarkan berbeza-beza mengikut kemudahan: 

Hospital, klinik, dan makmal perubatan - 24 jam. 

Stesen minyak yang terletak di sepanjang lebuh raya - 24 jam. 

Pasar harian dan pasar tani - 7 pagi hingga 2 petang. 

Pasar borong - 12 pagi hingga 6 pagi, dan 11 pagi hingga 4 petang. 

Begitu juga, pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta dibenarkan untuk terus dibuka untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. 

Larangan aktiviti di bawah PKP 2.0 

Aktiviti berikut tidak dibenarkan di negeri di bawah PKP 2.0: 

Pasar malam dan bazar malam. 

Kedai pakaian, dobi layan diri, kedai optik, tukang gunting rambut dan salon rambut, spa dan pusat refleksologi. 

Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas ulangkaji, kelas bahasa

Kelab malam dan pub. 

Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam. 

Konsert dan persembahan pentas. 

Mesyuarat secara bersemuka. 

Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensi, dan pameran. 

Acara sosial seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, perjumpaan,

Aktiviti sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat kediaman). 

Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar-besaran atau peserta asing. 

Aktiviti pelancongan. 

Setiap acara yang melibatkan banyak orang dan menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal. 


Informasi bagi mereka yang dibenarkan bekerja 

Sila semak sama ada industri korang termasuk yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 

Macam company kak lily,kitaorang memang dah termasuk di dalam senarai so seharusnya bekerja. 

Sekiranya tersenarai, maka perniagaan korang dibenarkan untuk terus beroperasi tertakluk kepada SOP tertentu yang ditetapkan oleh kementerian iaitu hanya 30 peratus kakitangan pengurusan yang dibenarkan hadir secara fizikal di tempat kerja, sementara selebihnya perlu bekerja dari rumah. 


Untuk melalui semua sekatan jalan ke tempat kerja, korang hanya bawa surat dari majikan dan pass pekerja korang. Ktorang siap ada surat kebenaran dari MiTi sekali attach together so senang si polis tuh nak tengok nanti. 

Cukup kan informasi nieh. 

Ok lah tuh at least korang adalah panduan untuk korang yang tak sempat nak layan perutusan PM kita 2 hari lepas. 

Apa-apa pun yang mana bekerja macam kak lily teruskan bekerja dan jaga jarak fizikal korang dan yang mana berkerja dari rumah tuh untunglah sambil bekerja sambil bagi mesin basuh jalan, sambil vakuum rumah, sambil masak nasi, sambil bukak netflix kan. 

Selamat ber PKP 2.0 



info dari google.com

Monday, January 11, 2021

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Hi Korang,

Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang

Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Pernahkah anda rasa pening atau sakit kepala setelah minum kopi atau makan makanan seperti keju, daging kambing dan coklat? Sebelum makan rasa okey sahaja, tapi selepas makan, terus kepala rasa berdenyut-denyut!

Sebenarnya, ini bukanlah satu perkara yang asing. Ramai yang dapat mengaitkan makanan yang mereka ambil dengan sakit kepala yang dialami.



Ada sesetengah makanan yang boleh bertindak sebagai pemicu atau trigger sakit kepala. Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan ini?

Adakah benar makanan atau minuman boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala? Jom ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.
Makanan punca saya sakit kepala?

Ada banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan anda sakit kepala. Tetapi, perlu diingat bahawa makanan ini mungkin berbeza mengikut individu.

Ada orang yang akan sakit kepala setelah makan daging kambing. Ada juga yang mengelakkan aiskrim dan minuman berkafein kerana takut pening kepala.

Namun, apa sebenarnya dalang di sebalik sakit kepala yang anda alami? Adakah makanan tersebut, atau bahan-bahan yang terkandung di dalamnya?

Di dalam sesuatu makanan, terdapat pelbagai bahan kimia seperti nitrat, sulfit, tanin, gula, alkohol, kafein, gluten dan banyak lagi.

Semua bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh sebab itu, sukar untuk menentukan apa sebenarnya yang menyebabkan anda jadi pening.

Selain makanan juga, ada banyak faktor lain yang mungkin menjadi punca sebenar pening kepala yang anda alami. Sebagai contoh, adakah anda minum air dengan mencukupi?

Selain itu, bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang anda ambil? Jika anda menukarnya dalam masa terdekat, perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang pening kepala.

Tetapi, jika anda percaya pening kepala yang anda alami adalah disebabkan oleh makanan atau minuman tertentu, mungkin ada juga kebenarannya.

Hampir 20% daripada mereka yang sering sakit kepala mengalami sensitiviti terhadap makanan.
Makanan dan minuman punca sakit kepala


Jika benar makanan yang diambil boleh menyebabkan sakit kepala, anda boleh mengambil inisiatif untuk mencatat semua makanan dan minuman yang anda ambil selama 24 jam di dalam sebuah buku.

Amalan menyimpan ‘diari sakit kepala’ ini membolehkan anda untuk mengenal pasti makanan apa yang sering membuatkan anda rasa sakit.

Jika anda rasa pening kepala 20 minit hingga 2 jam selepas mengambil makanan tersebut, mungkin anda boleh elakkan daripada mengambilnya lagi pada masa hadapan.

Sebagai panduan, di bawah kami sertakan 5 makanan yang sering menjadi punca pening kepala:
1. Kopi dan coklat terukkan sakit kepala

Pernah tak anda rasa pening kepala jika terlepas minum kopi pada waktu pagi?

Untuk pengetahuan anda, inilah simptom sarak (withdrawal symptom) yang menghantui peminum kopi apabila mereka meninggalkan minuman ini secara tiba-tiba!

Kopi dan coklat – kedua-duanya boleh menjadi penyebab sakit kepala. Mereka yang minum kopi dengan kerap boleh mengalami kebergantungan kepada kafein.

Namun, apa yang peliknya, kafein dan coklat kedua-duanya boleh memberikan kelegaan kepada mereka yang sering pening kepala!

Menurut American Migraine Association, pengambilan kafein sebanyak 2 kali seminggu kadangkala efektif untuk melegakan pening kepala akut.
2. Elakkan makan keju


Orang kata, semakin berusia keju, semakin sedap! Tapi, tidak pula bagi mereka yang menderita sakit kepala. Makin berusia keju tersebut, makin kuatlah sakit kepala yang mereka alami!

Menurut laman sesawang Penn Medicine.org, keju yang mengalami proses penuaan seperti Swiss, Parmesan, Brie atau cheddar mempunyai tahap tyramine yang tinggi.

Bahan kimia yang wujud secara semula jadi ini boleh menyebabkan salur darah mengecut lalu mengakibatkan sakit kepala.
3. Kurangkan pengambilan daging

Sekali lagi, tyramine merupakan dalang di sebalik pening kepala yang dialami mereka yang gemar makan daging.

Selain itu, cuba elakkan pengambilan daging proses seperti sosej, pepperoni, daging burger dan sebagainya. Kadangkala, bahan pengawet yang terkandung dalam makanan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala.
4. Kicap punca sakit kepala

Siapa sangka kicap boleh buatkan anda sakit kepala.

MSG atau monosodium glutamate yang digunakan sebagai bahan aditif di dalam kicap sudah lama terbukti boleh membuatkan anda rasa kejang, alami cirit-birit dan menyebabkan sakit kepala.

Selain itu, kicap juga mempunyai jumlah garam yang banyak dan boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.
5. Brain freeze disebabkan aiskrim


Aduh, sakitnya kepala selepas makan aiskrim! Sedap memang sedap, tapi kalau makan banyak sangat nanti boleh diserang brain freeze pula!

Semua orang pasti pernah merasai sensasi yang tidak menyelesakan ini. Baru sahaja makan sesudu aiskrim, tiba-tiba terus sakit kepala disebabkan penangan brain freeze.

Tahukah anda, brain freeze sebenarnya satu bentuk sakit kepala? 

Apabila anda makan sesuatu yang sejuk, sistem saraf akan ‘terkejut’ dan menyebabkan saluran darah dalam kepala untuk mengembang.

Reaksi inilah yang menyebabkan kepala anda jadi sakit. Nasib baiklah sensasinya hanya berkekalan selama beberapa minit.

Jadi, kesimpulannya, untuk mengelakkan sakit kepala anda berulang, sila alert dengan makanan-makanan yang dinyatakan di atas dan tandakan pada buku harian anda jika ada mengalami sakit kepala.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel Oleh Fatin Zahra, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek

#HelloHealthGroup
#HelloDoktor
#HelloHealthCoronaVirus

Sunday, January 10, 2021

LENGQUAS - 7 Menu Makanan Sejuk Beku Di Perkenalkan

Hi Korang, 

Makanan sejuk beku atau frozen food memang senantiasa mendapat tempat di hati para ibu-ibu diluar sana, kerana ianya sangat-sangat membantu di dalam proses penyediaan makanan di rumah di kala sang ibu sibuk dengan kerjaya masing-masing. 

Kak lily juga tidak ketinggalan, sebab ianya sangat memudahkan dan menjimatkan masa dan tambahan pula menunya enak-enak belaka. 


Sejurus ini LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd., memperkenalkan tujuh menu makanan baharu hari ini. Menurut Pengerusi KOPETRO Food, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, pihaknya telah mendapat permintaan yang tinggi bagi produk-produk LengQuas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih-lebih lagi sejak mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan sekitar Lembah Klang. 

Tambah beliau lagi, KOPETRO Food sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti. Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara. 


7 Menu Makanan Sejuk Beku

Menghidangkan lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng, LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan Chicken Herb Glaze. 



Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus. 

Menurut Encik Ahmad Azizul Mashud, Ketua Operasi KOPETRO Food, kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia. 

Ejen Jualan Di Setiap Negeri

KOPETRO Food (KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD) juga menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food. KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. 

Pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama dengan KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-319 5764. 



Korang boleh gunakan kod promo LENGQUAS10 untuk mendapatkan diskaun 10% dengan pembelian 3 pek ke atas. 

Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, korang boleh layari:-

Layari laman web : 

Facebook: 

Instagram: