Tuesday, January 5, 2021

Makan-makan di Restaurant Nasi Lemak Bamboo, SS2 PJ

Hi Korang,

Yeah citer bab makan-makan lagi nieh. 

Makan nasi lemak pun nak citer jugak ke? Eh nama pun blogger so haruslah kena citer menda-menda best nieh 

Kebetulan masa cuti Krismas hari tuh lepas pi melawat KL BirdPark tuh, ktorang ke Restaurant Nasi Lemak Bamboo di SS2, Petaling Jaya. Of courselah Mahamahu yang tukang survey tempat makan ni, kan dia foodie Malaysia so dia yang suggest ktorang tempat nieh. 


Kak lily ingatkan kedai makan tepi jalan sebab nama pun nasi lemak kan sekali bila sampai ambik ko restoran beso ek hehehhehe… masa ktorang sampai tuh boleh tahan ramai jugak orang yang makan di situ so kena tunggu turn untuk masuk dan makan lah. 


Kalau korang nak tau yang Restoran Nasi Lemak Bamboo ni berasal dari Lintas Square, Sabah. Hasil cetusan idea seorang lelaki muda dengan nama Sunny Yeoh. Dilahirkan di Kota Kinabalu dari ibu bapa dari Pangkor Perak, Sunny dan isterinya Samantha Yapp membuka Nasi Lemak Bamboo tidak lama dahulu pada awal Oktober 2019. 


Tetapi mengapa dinamakan 'Nasi Lemak Bamboo'? 

Pasangan ini ingin memperkenalkan cara menikmati nasi lemak yang tidak konvensional dan moden tetapi sahih dengan rasa mereka sendiri. 

Semua hidangan di restoran ini adalah resipi buatan sendiri oleh Samantha - cintanya dan minat untuk memasak juga menjadi salah satu sebab mengapa Nasi Lemak Bamboo dilahirkan. 

Menu Makan Nasi Restoran Nasi Lemak Bamboo

Ni kak lily sharekan beberapa menu yang terdapat di Restaurant Nasi Lemak Bamboo ni 

Nasi Lemak Ayam Goreng RM10.90 
Nasi Lemak Rendang Ayam RM10.90 
Nasi Lemak Kari Ayam RM10.90 
Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood RM16.90 
Mee Siam Ayam Goreng RM10.90 
Mee Siam Rendang Ayam RM10.90 
Mee Siam Kari Ayam RM10.90 
Cucur Udang RM6.50 
Otak-Otak (5 keping) RM7.50 
Sotong Goreng RM7.50 
Cendol RM6.90 

Nasi Lemak Ayam Goreng

Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood 

Nasi Lemak Rendang Ayam

Nasi Lemak Kari Ayam

Sotong Goreng

Mee Siam Ayam Goreng

Cendol

Cucur Udang

Otak-otak

Ermm banyak sangat di ordernya bebudak nieh kan, so dapatkan kak lily rasa kesemuanya. Diorang suka makan tukar-tukar hah, kengkonon bertambahlah selera katanya. Mana taknya makan-makan sambil bergossip memang bertambah enaklah kan. 





Bagi kak lily, semua menunya sedap-sedap belaka tapi yang paling sedap ialah Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood sebab rasanya unik kuar dari buluh tuh. Makan plak panas-panas hah amik ko licinnnn 

Lagipun harga pun tak delah mahal pun, oklah for me masih dalam bajet makan-makan ktorang. 


Nak cuba, ini alamatnya : 

Nasi Lemak Bamboo 
No 28, Jalan SS2/66, 
SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor 

Operation hour: 10:00AM - 9:00PM 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 





#NasiLemakBamboo 
#NasiLemakBambooSS2 
#SS2 
#PetalingJaya 
#NasiLemak

Friday, January 1, 2021

Pi Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang Plaza KL Sebab Mata Dah Silau

Hi Korang, 

Kak lily perasan yang ramai nau dok citer-citer pasal kedai cermin mata murah di Sungei Wang Plaza nieh. Seriously ramai orang rekomen kalau nak buat spek murah datang je ke sini melambak-lambak kedai cermin mata yang menawarkan harga yang murah dan kalau di fikirkan memang tak masuk akal sebenarnya. 

Tapi orang peduli apa, janji spek mata berkualiti walaupun harga murah. Sebab tuh lah Sungei Wang Plaza ni jadi terkenal dengan lokasi buat cermin mata murah. 

Macam kak lily ni dah terlalu lama guna contact lens sejak zaman anak dara lagi so dah tiba masanya untuk kak lily bertukar balik kepada cermin mata. Sebenarnya bukan apa, sebab leceh nak pakai pepagi sekarang nie, asyik tercucuk mata bila nak masukkn lens dalam kelopak mata. Itu yang kak lily fikir lebih baik guna cermin mata dan kebetulan mata plak sekarang ni mula silau so lagilah bertambah keinginan nak pakai spek balik. 


So pilah kak lily ke kedai cermin mata EYE SMART VISION, di lot G114 Ground Floor, Sungei Wang Plaza. 

Dari escalator dah nampak dah kedai cermin mata nieh, kak lily suka cari kedai yang luas, cerah dan terang so tak delah nak bersempit-sempit bagai, eh S.O.P haruslah kena jaga kan di musim-musim Covid-19 ni. 

Pilihan Bingkai Cermin Mata Yang Pelbagai 

Ya ampun, bila kak lily masuk je ke Eye Smart Vision ni, jadi rambang mata di buatnya. Rasanya lebih daripada 2000 bingkai cermin mata yang boleh dipilih mengikut kesesuaian muka. 





Nak yang bulat ada, yang petak ada, yang bersegi ada, warna yang pelbagai ermm itulah pening di buatnya sampai ada staff nama Jimmy yang tolong buatkan beberapa pilihan yang mana sesuai dengan muka kak lily ni. Itulah muka dah bulat takkan pakai spek bulat gak kan hehehehehe.. 



Yang best tuh, bingkainya fleksible, kalau terbengkok pun tak patah kan. Tahan lama jawabnya 

Harga Mampu Milik, Hanya RM65 sahaja!! 

Oh ya nak bagitau nie, korang jangan terkejut plak. 

Hanya RM65 sahaja untuk bingkai dan lens sekali, OMG mana ko nak dapat harga macam ni kat luar sana.Seriously kak lily tak tipu tau, mostly kita tau yang kos buat cermin mata sekurang-kurangnya RM300 – 400 untuk 1 cermin mata kan. Tapi kat Eye Smart Vision nieh giler murah wei RM65 sajor, nampak tak 2 kali kak lily ulang sebab macam tak caya. 

Bagi kak lily harga mampu milik sangat dah nieh, tak fikir panjang terus aje buat cermin mata baru hah. 



Terus jer Jimmy letak 3 bingkai cermin mata untuk kak lily pilih, hah amik ko semua design-design hipster. Yelah takkan nak pakai yang bisye-bisye jer, nama pun acik KOLs so kenalah ikut trend dan up to date hehehehe 

Lens Khas Silau – ALPHA BLUE 420 

Kan tadi kak lily bagitau mata dah mula silau kan, sebab tuh nak buat cermin mata nieh. 


Lens khas ini dipanggil Alpha Blue 420 dan lens ini membantu untuk menghalang cahaya tembus cermin mata korang. Memang betul pun, lens ini sangat membantu untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi dan sukar untuk memandu di waktu malam terutamanya. 


So kak lily cakap dengan si Jimmy tuh ‘Eh, Jimmy you punyer spek boleh buat kasi tak silau boleh ke? ‘Boleh kak, nanti saya tunjuk you macamana lens silau ni berfungsi ek’. 

Nah korang tengok video ni 

   

Nah see nampak tak perbezaan 2 lens tuh, haruslah kak lily pilih lens Alpha Blue 420 ni ek. Tapi kenalah tambah duit sket , alah tak delah mahal mana pun hanya tambah RM60 sajor, hah berbaloi kan 

RM65 (bingkai & lens) + RM60 (lens silau Alpha Blue 420) = RM125 untuk 1 cermin mata 

Murah betul !!! 


Ok check mata untuk confirmkan balik power mata, memang sekarang ni sebelah kiri dan kanan -700 yang ni pun still sama lagi. Maknanya kena makan lobak merah lebih lagi kan hehehehhe 


Masuk plak bilik comel yang ade skrin ada huruf-huruf, sebab nak check lagi tahap mata kak lily kan. Pakai spek mata kelakar ni, so 2-3 kali tukar lens kat dalam spek tuh nak make sure mata kak lily sesuai lagi dengan power yang check memula tadi. 

1 Jam Kemudian Siap!! 

Lepas dah check mata dan pilih bingkai cermin, Jimmy bagitau dalam masa 1 jam jer cermin mata siap. Ahkak nganga jap, macam what 1 jam jer?? Ye betul. Jadi kak lily pun pi makan dulu lah sambil beli barang-barang rumah sket, tengah syok-syok shpping dapat call cakap cermin mata dah siap. 

Hah ko, senang kan. 




Ermm nak cakap cam ner lagi kan, memang best lah EYE SMART VISION ni! 


Dengan Jimmy yang tolong kak lily pilihkan bingkai 

Ni pun same, staff yang sangat-sangat membantu 

Dengan staffnya yang sangat membantu pilihkan cermin mata, siap buat lawak-lawak gitu, harga yang mampu milik, bingkai cantik apa lagi yang korang nak kan. 

Nah ini alamatnya : 


EYE SMART VISION 
Lot G114, G Floor, 
Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur 

Nah whatsapp je senang untuk nak tanya apa-apa : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 




Thursday, December 31, 2020

GUARDIAN Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Setia Di Tahun Baru Dengan PARTI OREN Pada 1 JANUARI 2021

Hi Korang,

Peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia, Guardian Malaysia menyambut tahun baru dengan ledakan OREN! 



Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “2020 adalah tahun yang mencabar untuk perniagaan, jadi kami membuat keputusan untuk memulakan 2021 dengan semangat yang baru dan oleh sebab itu kami telah melancarkan PARTY OREN hari ini. 

Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setia dengan jualan seluruh stor yang terbesar pernah kami adakan yang dikenali sebagai PARTY OREN. Untuk tiga hari sahaja, bermula 1 sehingga 3 Januari 2021, para pelanggan akan dapat menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih dan mendapatkan tawaran WOW untuk lebih 1600 barangan daripada pelbagai jenama terkemuka di SEMUA stor kami di seluruh negara. 

Mereka juga akan menikmati potongan harga 40% untuk rangkaian luas produk penjagaan rambut dan penjagaan kulit. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan kupon ganjaran istimewa PARTY OREN. Untuk pembelian bernilai RM80 dalam satu resit, mereka akan menerima kupon ganjaran sebanyak RM10, untuk pembelian bernilai RM120, mereka akan mendapat DUA kupon ganjaran RM10 dan untuk pembelian sebanyak RM150, mereka akan menerima TIGA kupon ganjaran RM10.” Inilah masa terbaik untuk menambah semua stok keperluan kecantikan dan kesihatan korang! 

Sebagai sebahagian daripada norma baru dan keprihatinan Guardian terhadap kesihatan dan keselamatan komunitinya, Guardian juga bakal mengedarkan penutup muka OREN Guardian kepada ahli-ahli pasukannya. 

Penutup muka Antimikrobial eksklusif ini direka khas untuk Guardian dan ia: 

· Boleh dicuci dan mengandungi teknologi antimikrobial bertaraf dunia yang telah diuji di makmal untuk mencegah 99.9% mikrob melalui penutup muka untuk sepanjang jangka hayat penutup muka tersebut 

· Ia membersih sendiri dan tahan sehingga 100 kali cucian 

· Ia lebih kemas, lebih lut udara dan boleh dilaras 

· Mesra hijab 

Ahli-ahli pasukan Guardian juga akan menerima satu beg oren untuk menyimpan penutup muka itu agar ia kekal bersih, selamat dan mudah untuk dibawa. Di Malaysia, ahli pasukan Guardian yang berhijab akan menerima saiz mesra hijab manakala ahli-ahli pasukan yang lain akan menerima penutup muka bersaiz normal. 



“Dengan susun atur stor yang baru, penutup muka Guardian baru dan ditambah pula dengan PARTY OREN, kami akan menyambut para pelanggan setia ke stor kami di tahun 2021 dengan dinamik dan semangat baru sesuai dengan reputasi kami sebagai peneraju pasaran dalam farmasi, kesihatan dan industri runcit di Malaysia,” jelas Anna. 

#guardianmy 
#orangeparty