Tuesday, December 29, 2020

BE THE OWNER OF REALMEOW FROM 1ST OF JANUARY 2021 ONWARDS, ONLY 800 UNITS AVAILABLE IN THE UNIVERSE

Hi Everyone, 


 

Dear realme fans, you will soon be able to own the limited edition realmeow at home as it can be purchased exclusively on Shopee starting 1st of January 2021, 12am at only RM429. There are only 800 units of realmeow in the universe, grab yours now. Do not forget to take photos of realmeow and share it with your friends on social media, be reminded to hashtag #realmeow and #realmeMalaysia too.

 

realmeow is the first designer toy launched by realme that combines both high-tech and trendsetting design. The bold and street-style design of realmeow represents the spirit of “Dare to Leap”, it is independent, breakthrough, fearless and agile. The designer toy of realme is co-designed by Mark A. Walsh, a world-famous animator of Pixar’s Finding Nemo and Character Developer of Pixar’s Monsters, Inc. 


Let’s leap to 2021 with realme’s Countdown Party too!

 



 

As the Chief Trendsetting Officer, realmeow was given the missions to democratize trendsetting culture and showcase the diversified personality of Gen-Z. In conjunction with New Year, realmeow will lead realme fans around the world in moving forward to a better 2021 as it leaps to space with their new year wishes. Everyone is invited to tune in to ‘realmeowLeaps to Space livestream’ via realme’s Facebook page on 31st December 2020 at 8pm. 

 



The next agenda of the night will be ‘Leap to 2021 Countdown Party’ hosted together by the Kuan’s siblings - DJ Perry Kuan, the 00’s Motivator DJ in Malaysia, Ms Kuanand Jestinna Kuan with realme Malaysia.

 

The countdown party will be livestreamed at both DJ Perry Kuan and realme’s Facebook page from 11.30pm onwards.Fans can also stay tuned for more surprises from realmeow as well as stand a chance in winning the giveaways from realmeand UFCO while joining the livestream.

Thursday, December 24, 2020

Jualan Cuci Gudang HABIB 24th Dec – 27th Dec 2020

Hi Korang, 

Hah bonus dah dapat kan kan kan!! Hehehhhee 

Takkan abiskan semua sekali, mesti ade simpan sket kan. Jadi why not, korang buat pelaburan sket dengan membeli emas. Ye betul, emas hah!!! 

Samada barangan kemas mahupun gold bar keduanya aset simpanan yang sangat berbaloi di masa hadapan nanti, walaupun kak lily bukan peminat emas tapi ada jugaklah simpan 2-3 barang kemas untuk kegunaan masa-masa kecemasan nanti. 

Oleh itu ada, berita baik untuk mereka yang meminati koleksi barangan kemas Habib, Pandora, Chantique dan juga jenama jam Ice Watch. 

Syarikat Habib Jewels Sdn Bhd telah mengadakan Jualan Cuci Gudang selama 4 hari (dari hari Khamis sehingga Jumaat). Butiran mengenai jualan gudang ini adalah seperti berikut:- 


Tarikh: 24th Dec – 27th Dec 

Masa: 10am – 10pm 

Lokasi: HABIB Ampang Point 


Antara promosi menarik yang boleh direbut oleh semua peminat barangan kemas seperti berikut:-

1. Diskaun sehingga 80% untuk item gemstone dan diamond. 

2. Barang kemas 916 potongan dari RM10 - RM25/g 

3. Koleksi terpilih emas 916 tanpa upah 

4. PERCUMA tote bag untuk pembelian RM 2,000 dan ke atas dalam satu resit. 

5. Jam Ice Watch PERCUMA – Ice Steel untuk pembelian RM 8,000 & ke atas untuk koleksi barangan kemas diamond dan gemstone didalam satu resit. 

6. Edisi Terhad Gold Wafer (Upin Ipin & Zoo Negara). Dengan setiap pembelian Zoo Negara Gold Wafer, sebanyak RM 5 akan didermakan ke Zoo Negara. 

Koleksi Zoo Negara X HABIB 








Koleksi Upin & Ipin X HABIB 



Seriously cantik-cantik belaka kesemua koleksi ini, kak lily pun hampir rambang mata di buatnya. 

Kalau tengok barangan kemas HABIB memang rekaan yang diperkenalkan semuanya cantik dan 'up-to-date'. Kualiti dari segi perincian rekabentuk dan motif memang memenuhi permintaan pelanggan mengikut haya dan trend sekarang. 





Jualan Cuci Gudang HABIB turut menawarakan produk lain di bawah syarikat HABIB seperti Ice Watch, Pandora dan Chantique. Setiap jenama ini juga menawarkan pelbagai tawaran menarik dan harga yang cukup hebat serta berbaloi! 




Dengar citer Jam ICE WATCH(selected) katanya ada promosi 70% diskaun. Bestkan!!! 



Keterangan lanjut mengenai Jualan Cuci Gudang Habib boleh layari:- 

HABIB Sale brochure: 





Wednesday, December 23, 2020

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Hi Korang,

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah. 


TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah[1], kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021. 

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 

Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal. 



Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian. 



Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu. 



TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan. 

“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.” 

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain. 

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li. 

Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025[2] yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19. 

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.
 


Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019

Tahun

Bil. Pelajar Yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

Jumlah

2,453

79



[2] Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013-2025 https://www.moe.gov.my/dasar/1207-malaysia-education-blueprint-2013-2025/file