Friday, December 11, 2020

NABILA RAZALI Sebagai Duta Jenama Minuman Yogurt BEFINE

Hi Korang,

Pernah minum minuman yogurt BEFINE?

Kalau tak pernah lagi, sila cuba sebab ianya enakkk


Minuman Yogurt Probiotic BeFine dikenali di pasaran sebagai satu-satunya minuman yogurt di Malaysia yang menggunakan Bifidobacterium, probiotik terbaik dan terbukti secara klinikal di Jepun yang melindungi tubuh kita daripada bakteria jahat, membantu melegakan masalah sembelit, memulihkan kesihatan usus, dan mengoptimumkan sistem pencernaan. Menggunakan R&D Jepun yang terkini dan maju, BeFine tidak mengandungi lemak, sifar kolesterol, tanpa pewarna tiruan dan tanpa pengawet tambahan yang memastikan pengguna Malaysia mendapat manfaat maksimum tertumpu kepada kesihatan usus dan tubuh badan. 



Dihasilkan di bawah garis panduan ketat serta amalan pembuatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, minuman Yogurt Probiotic BeFine dibuat daripada bahan-bahan semula jadi dan berkualiti tinggi dan didatangkan dalam 5 perisa unik; BeFine Plain Yogurt Drink, BeFine Passion Fruit Yogurt Drink, BeFine Mulberry Yogurt Drink dan BeFine Strawberry Yogurt Drink. Perisa BeFine Kiwi Avocado Yogurt Drink yang dilancarkan baru-baru ini iaitu pada bulan Ogos 2020 telah menjadi perisa terlaris daripada semua perisa dan menjadi pilahan utama di kalangan pengguna Malaysia kerana rasanya yang menyegarkan dan unik. 

Sesuai dinikmati oleh semua golongan umur dan juga ibu mengandung, minuman Yogurt Probiotic BeFine amat disarankan untuk mereka yang mudah jatuh sakit seperti selesema, demam atau ketidakselesaan perut serta keradangan kulit kerana Bifidobacterium Probiotic Jepun dapat membantu dalam penghasilan sistem imun yang lebih baik, mengurangkan risiko jangkitan kepada tubuh, meningkatkan kesihatan usus, mencegah masalah alergi dan memperbaiki keadaan kulit.

Duta Baru BEFINE - Nabila Razali


Pelantikan Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali sebagai duta jenama minuman Yogurt Probiotic BeFine amat bersesuaian kerana persona unik, ceria dan positif Nabila melambangkan jenama BeFine itu sendiri. Sebagai seorang penyanyi dan pelakon, Nabila menempa nama di dalam industri hiburan tanahair dengan mempertaruhkan barisan lagu yang menjadi siulan ramai serta bakat lakonannya dalam pelbagai drama. 




"Kami amat berbesar dan menyambut baik penglibatan Nabila Razali didalam keluarga BeFine. Saya amat gembira kerana Nabila melambangkan erti kata sebenar minuman Yogurt Probiotic BeFine iaitu bersifat simple, cantik, dan menitikberatkan kesihatan. Falsafah kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang memberi manfaat kepada pengguna; dan dengan BeFine, kami ingin memperkenalkan ia ke pasaran Malaysia sebagai produk pertama di pasaran yang menggunakan Bifidobacterium Probiotic Jepun dalam format sedia untuk diminum dan ianya amat menyenangkan", kata En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd

Kempen 'Switch To BeFine' menekankan konsep bahawa pengguna boleh menukar sebarang jenama minuman yogurt mereka kepada minuman Yogurt Probiotic BeFine semasa berlangsungnya 50 kempen jerayawara yang diadakan di seluruh negara. 

Objektif kempen ini adalah untuk lebih mendidik dan memberi maklumat kepada pengguna mengenai kebaikan dan manfaat kesihatan Bifidobacterium Probiotic Jepun untuk usus mereka terutama semasa pandemik ini di mana kita perlu memastikan bahawa kesihatan kita adalah pada tahap terbaik. Minuman Yogurt Probiotic BeFine didatangkan dalam dua saiz - 200 dan 600 gram dan dijual di semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Senarai produk di bawah DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: 

● BeFine 

● Yobick 

● vida 



Info lanjut boleh check it out di :

Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: 

Laman sesawang DyDo Jepun: 

Laman Facebook rasmi BeFine: 

Laman Instagram rasmi BeFine: 

Bercuti Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Lama tak cuti-cuti Malaysia kan, maklumlah musim-musim Covid19 ni manelah orang nak berjalan sangat.Tapi sebab dah terlalu lama sangat dan kebetulan Mr Big ade keje sket kat KL hari tuh,heret jugak bebudak ni pi sekali kan, semua nak ikut tidur hotel so ktorang check in di The 5 Elements Hotel area Chinatown ni hah. 

senantiasa ada manusia pelik di situ ek

Selamat Datang di The 5 Elements Hotel - hotel butik bertema unik di Chinatown yang terkenal, Kuala Lumpur yang menawarkan bilik hotel dengan harga yang berpatutan serta perkhidmatan yang diutamakan untuk para tetamu yang menginap di sini. 

sampai pun dah maghrib sebab keje habis lambat kan

Di ilhamkan dari falsafah tradisional Wu Xing (五行), yang mana ianya di tafsirkan ditafsirkan semula untuk pelancong moden yang arif yang mencari sesuatu yang luar biasa. Di sini, air, kayu, api, bumi dan logam - Lima Elemen penting untuk keseimbangan sejagat - menetapkan tema untuk suasana kontemporari, bergaya dan pengalaman perkhidmatan yang menyegarkan. 

rating di Agoda.com dan Booking.com - bagus kan


Terdapat beberapa jenis bilik di hotel ini seperti Standard Single, Superior Twin, Deluxe Queen, Deluxe Theme Room, Family Interconnecting Room, Water Suite, Fire Suite, Wood Suite dan Metal Suite 


Sebab hanya semalam so kita dapat bilik Deluxe Queen jer, ok dah tuh kan. 










Bilik-bilik yang dihias sederhana ini mempunyai Wi-Fi percuma, flat screen tv, mini fridge, dan kemudahan membuat teh dan kopi. Jikalau menginap di suite bertema, ada tab mandi berpusar tau. 



Kesemua bilik-bilik ini di nyahkuman (sanitize) sebelum para tetamu menginap di sini, sangat-sangat mengikut SOP yang telah kerajaan tetapkan. 

Disediakan juga hand sanitizer dan wet tissue untuk kegunaan para tetamu


Di sebabkan semuanya adhoc ktorang tak de apa-apa plan pun malam tuh, just berjalan-jalan di sekitar Chinatown dan Kotaraya. 

Tempat makan dont worry, terdapat banyak pilihan makanan mengikut citarasa korang. Cumanya samada dekat ataupun jauh, so kitaorang kan suker berjalan so dipilihnya makan jauh sket lebih kurang 500meter macam tuh dari kawasan hotel. 






Saja nak makan di gerai, selalu makan di restoran jer so tukarlah selera sket kan. Lepak di tempat makan di hadapan Kotaraya ini, banyak menu pilihan seperti goreng-goreng, sate, steamboat dan memacam lagi. Sebut je nak makan apa, semuanya ada heheheh. 


Rupanya lokasi The 5 Elements betul-betul bahagian belakang kawasan Petaling Street, daripada lobby hotel dah boleh nampak pintu masuk Petaling Street ni. Tapi di sebab pandemik Covid19 kebanyakan kedai tidak dibuka pada waktu malam so ktorang hanya jalan-jalan sambil berOOTD di sekitar kawasan Chinatown ini. 

Beberapa tempat menarik yang bedekatan dengan The 5 Elements Hotel adalah : 

Central Market 


Dibangun pada tahun 1928, Central Market pernah menjadi pasar basah biasa. Pada tahun 1980-an, tempat ini yang juga dikenal sebagai Pasar Seni telah dirubah menjadi pusat seni dan kraf tempatan. Kini ia merupakan salah satu mercu tanda yang paling dikenali dan terkenal di Kuala Lumpur. 

Jarak dari hotel: 0.4km 

Petaling Street 


Salah satu destinasi pelancongan yang dicari di sekitarnya, adalah Petaling Street yang terkenal. Lokasi ini menjalani pengubahsuaian besar pada tahun 2003 untuk memudahkan persekitaran yang lebih baik untuk semua orang. Syurga untuk makanan, pelbagai jenis dan makanan tempatan ditawarkan. 

Jarak dari hotel: 0.2km 

Ada juga hipster cafe yang berdekatan dengan hotel ini seperti Luckin Kopi, Vintage 1988 Cafe Jalan Sultan, Leaf & Co. Café, Jalan Sultan, Mingle Cafe, Jalan Sultan, Merchant’s Lane dan banyak lagi. Tapi ktorang tak sempat nak singgah sebab ada hal lain pulak memasing kan, so next time we will come again.


Oh lupa nak bagitau, untuk korang yang ingin berjalan ke tempat tarikan lain di sekitar Kuala Lumpur ini, boleh menaiki bas The Hop On Hop Off yang hentiannya betul-betul di hadapan pintu masuk hotel. Jadi tak payah nak bersusah payah menunggu di tepi jalan tau. 



Kebetulan pulak, sabtu tuh ada Pasar Karat di hadapan hotel, so sempatlah ktorang cuci mata di situ.Pelbagai jenis barang-barang antik dan barang-barang lama di jual, bagi kak lily nampak elok jugak. Untuk peminat barang-barang lama ni memang harus ke sini. 



Bagi mereka yang sekali sekala ingin menukar angin bercuti di Kuala Lumpur ini bolehlah menginap di The 5 Elements Hotel ini kerana lokasinya yang betul-betul di tengah-tengah pusat bandar Kuala dan harganya amat berpatutan sekali. 

Ini alamatnya : 

The 5 Elements Hotel 
Lot 243 Jalan Sultan (Chinatown), 
50000, Kuala Lumpur 

Tel : 03-2031 6888 

Waze : The 5 Elements Hotel 
Landmark : Jalan pintu masuk bahagian belakang Petaling Street. 

Untuk parking : masuk ikut pintu masuk Kompleks Selangor tuh sebab diaorang share kawasan parking lot sama, naik je lift ke level G 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Website : 

Facebook Link : 

Instagram Link : 





Wednesday, December 9, 2020

Golongan Dewasa Di Nasihati Untuk Menjaga Kesihatan Muskuloskeletal Di Peringkat Awal

Hi Korang,

Ini adalah satu isu yang harus kita tangani, terutama sekali bagi golongan dewasa dalam usia pertengahan umur macam kak lily ni hah. 


Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat dua kali ganda[i] berbanding anggaran semasa yang hanya 10.3% daripada jumlah penduduk[ii]. Menyedari akan pentingannya bagi golongan dewasa di Malaysia untuk mengekalkan kesihatan muskuloskeletal mereka dalam mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat, Fonterra Brands Malaysia menerusi jenama pemakanan orang dewasa, Anlene™ telah memperkenalkan ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™. Kedua-duanya dirumuskan untuk memberi nutrien penting untuk orang dewasa di Malaysia.

Apa itu Sistem MUSKULOSKELETAL ?

Sistem muskuloskeletal ini adalah ianya memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan ke badan. Ia terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi, dan tisu penghubung lain yang menyokong dan mengikat tisu dan organ bersama-sama. 

Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya (Social Wellbeing Research Centre) menjangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mencapai jumlah seramai 6.3 juta orang pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysiai. Bilangan warga yang berusia bukan sahaja kian meningkat, malah jangka hayat warga emas juga kini dijangka lebih panjang dengan golongan lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2019 dijangkakan akan hidup 14.8 tahun lebih lama sehingga umur hampir 80 tahun. Manakala golongan wanita yang mencapai usia 65 tahun pada tahun lepas, dijangka akan hidup 17.8 tahun[iii] lebih lama sehingga usia 82 tahun. 



Menurut Dr Nor I'zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi agar kekal kuat untuk masa yang akan datang. Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama. 

“Orang dewasa yang berumur 40-an lazimnya tidak memberi perhatian terhadap kesihatan muskuloskeletal mereka sendiri disebabkan mereka tidak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan. Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian memerlukan kemampuan pergerakan tangan dan pergelangan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseorang melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya mahu terus dapat melakukan semua ini tanpa sebarang kekangan dan pertolongan, terutama ketika mereka mencapai usia 60-an dan seterusnya,” jelas beliau. 



Seorang lagi pakar dalam bidang muskuloskeletal, Encik Calvin Shun, seorang pengamal kiropraktor dan Pengasas Osso Bone Care Chiropractic, menyoroti perubahan dalam sistem muskuloskeletal apabila usia meningkat. “Tulang kita mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an[iv] , dan kehilangan sehingga 20% kepadatan tulang apabila usia meningkat[v] dan tulang rawan sendi (bertindak sebagai ‘kusyen’ antara sendi) mungkin merosot secara ketara pada usia 40-an[vi]. Fungsi otot kita mungkin menjadi lemah dengan kehilangan sehingga 29% daripada kekuatannya[vii] apabila usia kita makin meningkat,” beliau berkata. 

“Masalah muskuloskeletal, seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan flesksibiliti yang berkurangan. Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untuk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja, dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas,” tambah beliau lagi. 

Shun mengatakan bahawa kemerosotan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseorang untuk memperlahankan proses ini. Beliau menasihatkan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk mengekalkan berat badan yang sihat; kerap bersenam, terutamanya senaman yang membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; merawat kecederaan ringan dan jangan biarkan ianya melarat dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan; dan selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul! 

Dari segi pemakanan, Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene™, menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat. “Selain kekal aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya,” kata beliau. 

Satu kajian yang terkini[viii] menunjukkan kepentingan untuk mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Kajian tesebut mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dan nutrien penting berserta dengan senaman yang kerap, mengalami 2X peningkatan fleksibiliti, 3 X peningkatan keseimbangan dan 40% lebih peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan. 

“Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal” kata Megawati. 



Anlene™ GOLD 5X™ yang baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan. Ramuan unik yang terdapat di dalam produk ini ialah MFGM Active™, yang mengandungi MFGM - gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi. Ayuh, nikmati kebaikan Anlene™ GOLD 5X™! 

Di dalam setiap gelas susu Anlene™, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X™ yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active™, nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit 3X™ dan tanpa gula tambahan. 



Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dibawakan kepada para pengguna Malaysia oleh Fonterra Brands Malaysia, syarikat yang komited terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan yang paling tinggi. Kedua-dua produk kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara dan secara dalam talian di kedai rasmi kami di Shopee dan Lazada. Harga runcit yang disyorkan bagi Anlene™ ACTIFIT 3X™ (1kg) ialah RM34.65 dan Anlene™ GOLD 5X™ (1kg) pula ialah RM38.90. 

Layari https://movecheckquiz.anlene.net.my/ untuk turut serta dalam Kuiz Anlene Move Check, platform istimewa yang direka untuk menilai pergerakan anda dengan melakukan beberapa pergerakan fizikal yang mudah. Anda juga boleh menyertai Anlene Mobility Check di kedai-kedai tertentu untuk menilai fleksibiliti, kekuatan, jisim tulang dan otot anda.



Nota Penting:

[i] Profesor Emeritus Datuk Dr Norma Mansor, Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, 2018, http://swrc.um.edu.my/about-swrc/message-from-director/


[iii] Jabatan Statistik Malaysia, 2017 - 2019. Abridged Life Tables, Malaysia. [dalam] Terdapat di: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=YnV4S1FyVnNzUWJlQ3F5NHVMeFY3UT09

[iv] Buchanan JR et al. 1988. Early Vertebral Trabecular Bone Loss in Normal Premenopausal Women. J Bone & Mineral Research. 3(5): 583-587 

[v] Hormones and Healthy Bones. National Osteoporosis Foundation. 2009. 

[vi] Chung, Aging in Human Joint: Articular cartilage. 1966. Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95 

[vii] Daly R et al., 2013. Gender specific age-related changes in bone density, muscle strength & functional performance in the elderly: a 10-year prospective population-based study. BMC Geriatrics 13:71 

[viii] Daly RM et al. (2020) Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial. The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446.