Wednesday, November 4, 2020

‘Choc’ out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

Hi Everyone,

Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha is taking it up a notch with another of its exclusive creations, in partnership with Shopee. This month, be prepared to be knocked off your feet when you try the chocolate-themed Gong Cha 11.11 Big Drink series. This range is in celebration of Shopee’s 11.11 Big Sale that is taking place from now to 11 November. 


Check out the Earl Grey Chocolate Smoothie, Chocolate Latte with Coffee and Chocolate Marble which are only available for purchase via the Shopee App from now till 22 November, even after the 11.11 Big Sale has ended! After all, who can say no to chocolate when it is practically everyone’s favourite? 


Earl Grey Chocolate Smoothie 


The Earl Grey Chocolate Smoothie is made from freshly brewed Earl Grey tea, blended together with bittersweet chocolate for a uniquely fragrant drink. Topped with Gong Cha's famous milk foam, chocolate lovers will surely enjoy this one - a refreshing cold and creamy pick-me-up. 

Chocolate Latte with Coffee Jelly 




Chocolate and coffee lovers rejoice! Here’s a chance to have the best of both worlds in a cup. Witness the union of bittersweet chocolate and coffee-flavoured jelly in a sea of milk. Chew on the addictive jelly while sipping on the rich and creamy chocolate milk to get that extraordinary Mocha oomph! 


Chocolate Marble 



For those who like to keep it simple, enjoy the distinctive flavour of bittersweet chocolate in creamy milk foam. This makes for a nice and refreshing way to clean the palate after a good meal, especially for those who do not want a heavy dessert. 

So how do Malaysians get their hands on these drinks? 

The Gong Cha e-drink series can only be purchased via the Shopee App, and redeemed at all Gong Cha outlets nationwide. Get the Shopee x Gong Cha 11.11 Big Drink series exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal from now to 22 November. 

Fans can enjoy the Earl Grey Chocolate Smoothie at an introductory price of RM12 while the Chocolate Latte with Coffee Jelly and Chocolate Marble can be enjoyed at RM10. Save more when you purchase the drinks at 50% off this November on these special dates: 7, 8, 11, 15 and 22. Enjoy 30% coins cashback with no min spend and earn up to 500 Shopee Coins when you complete your purchase with Shopeepay. 

Additionally, users who use ShopeePay to pay for their Gong Cha orders at physical outlets stand a chance to receive RM4 cashback when they spend a minimum of RM10. This offer is valid till 31 December 2020. 

What are you waiting for? ‘Choc’ it out at https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series


Sunday, November 1, 2020

GO SHOP Menawarkan Pelbagai Tawaran Untuk Pelanggan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-6

Hi Korang,

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang di Malaysia menyambut ulang tahun ke-6 dengan kempen #GoShopGreaterTogether, sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka, dengan tawaran dan diskaun istimewa dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. 


Go Shop telah menganjurkan ‘6th Anniversary Live Party’ hari ini (31 Oktober) bersama hos-hos dan selebriti tempatan termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi, Datin Fouziah Gous, Linda Onn dan Nad Zainal. Sambutan ini telah distrim melalui kesemua platform Go Shop termasuk ‘Facebook Live’ dan ‘YouTube Live’. Pelanggan-pelanggan menikmati tawaran eksklusif ulang tahun sepanjang satu hari, seperti Beli 1 Percuma 1, Potongan Harga sehingga 50% dan Hadiah Bonus Percuma untuk beberapa perkakas rumah yang paling laris, peralatan dan barangan dapur, kecantikan dan produk-produk digital. 

Dr. Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop berkata: “Tahun ini, Go Shop menunjukkan perkembangan dan kami telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu. Tambahan pula, kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan. Kami berharap dapat melihat trend ini kekal berterusan. " 


"Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat ke 3 kategori pembelian tertinggi di Go Shop”. 

"Kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha kami untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi eBazaar semasa musim Hari Raya yang bertujuan membantu PKS dan Mikro-PKS dalam situasi yang mencabar ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Go Shop bersama-sama dengan rakan kongsi dan pembekal kami, berkerjasama untuk mengatasi cabaran dan terus menyediakan barang keperluan kepada pelanggan kami,” tambah Dr. Grace Lee. 



Kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ akan menampilkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan Eksklusif, Potongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60. Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20. 



Sementara itu, di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 di mana dari 1 November – 12 Disember, 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah. 

Pelanggan juga dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen ini. Di samping itu, mereka dapat menyertai Peraduan ‘Spend & Win’ dengan kerjasama GDEX dari sekarang hingga 25 November dan berpeluang memenangi sebuah TV 85” dengan Sistem Teater Rumah dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000. 



Ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin, dan dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Go Shop 6th Anniversary’ dan pelbagai tawaran lain. Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.


Wednesday, October 28, 2020

Jom Masak "Curry Clams" Di Rumah, Kita Jauhkan Diri Dari Tempat Sesak

Hi Korang,

Bila  sebut perkataan ‘clams’ terus terbayang makanan laut bercengkerang yang sedap. Sebagai contoh adalah seperti kerang, siput lala, ketam dan sebagainya. Siput lala yang besar, jika di masak akan terus keluar air jusnya yang manis. Makan tanpa nasi pun sedap ni. 

Makanan laut seperti ini memang ada banyak cara untuk memasaknya. Ia boleh direbus bersama serai, digoreng dengan sayuran, dibuat masak cili yang pedas dan banyak lagi. Dan salah satu cara lain yang juga sesuai tapi mungkin agak rare untuk memasak siput sebegini adalah dalam bentuk sos kari yang sedap. 

Resepi Lala Masak Kari

Kredit : Dayang Jack 

Bagi yang ingin mencuba resepi lala masak kari, di sini turut dikongsikan bahan dan cara memasaknya. Bila ada kelapangan nanti bolehlah masak dan hidangkan kepada suami dan anak-anak untuk makan bersama. 

Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 300 gm lala (dibersihkan) 
  • 5 biji bawang merah (dikisar) 
  • 2 ulas bawang putih (dikisar) 
  • 1 inci halia (dikisar) 
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dijadikan pes) 
  • 1 sudu makan cili kering kisar 
  • 1 tangkai daun kari sedikit air asam jawa garam dan sedikit gula

Cara-cara untuk memasaknya : 

1 - Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

2 - Tumis daun kari bersama bahan-bahan kisar sehingga kering. 

3 - Selepas itu, masukkan pes kari dan teruskan memasaknya hingga pecah minyak. 

4 - Setelah pecah minyak, masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata hingga sebati.  

5 - Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak kemudian bolehlah dihidangkan. 

Bila dilihat semula pada bahan-bahan dan cara untuk memasaknya, ternyata resepi lala masak kari ini sangat simple, mudah dan tak menyusahkan. Dari segi rasa, InshaAllah akan menepati citarasa. Lagipun rakyat Malaysia ini kan sudah terbiasa dengan kari. 

Dalam masa yang sama, bila masak menu lala masak kari yang tidak pedas begini, secara tidak langsung anak-anak boleh turut menikmatinya tanpa masalah. Itupun jika kebetulan anak suka makan makanan laut dalam bentuk siput seperti ini. 

Kini Barangan Runcit Boleh Dibeli Secara Online 

Jika kebetulan di rumah itu ada barangan runcit yang telah habis, bolehlah cuba-cuba beli barang dapur yang sudah habis digunakan itu melalui aplikasi Foodpanda. 

Jangan terkejut kerana Foodpanda saat ini bukan saja hanya menawarkan servis pesanan dan penghantaran makanan serta minuman, sebaliknya ia turut menyediakan servis grocery delivery bagi memudahkan urusan pengguna seperti kita. 

Banyak pihak telah bekerjasama dengan Pandamart ini maka banyaklah barangan runcit yang ada untuk kita buat pembelian. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan masuk akal. Antara barangan yang ada adalah seperti susu bayi dan kanak-kanak, lampin pakai buang, makanan segera, bateri, barang mandian, makanan ringan dan bermacam jenis lagi. 

Mungkin ada di antara kita yang akan terasa kekok kerana sudah terbiasa beli sendiri di kedai atau pasaraya, tapi lama-kelamaan tentu akan berasa biasa. Silap haribulan terasa seronok kerana sudah tidak perlu bersusah payah untuk pandu, memilih barang dan tersangkut dalam kesesatan lalulintas seperti dulu. 

Jika dulu tatkala barang dapur habis, perlu keluar dari rumah untuk ke kedai atau pasaraya terdekat, tapi kini tanpa perlu melangkah keluar, barangan tersebut boleh tiba sehingga ke depan pintu rumah. Dengan adanya servis penghantaran barangan grocery seperti ini, masing-masing boleh kekal duduk di rumah dalam usaha untuk membendung penularan virus Covid-19 yang sangat merbahaya ini. 

Bagi anda yang sedang berkira-kira mahu beli barangan runcit habis di mana, mungkin Pandamart dapat membantu dalam soal ini. Jika tiba-tiba  terasa ingin makan sesuatu seperti Curry Clams ini, order saja bahan masakan yang diinginkan dan tunggu semuanya tiba sehingga ke depan pintu rumah sendiri.