Hi Korang,
Wah, Marrybrown ada ayam goreng baru lagi ek!!
Excited plak akak ko ni kan, yelah makan-makan kot haruslah akak suka.
Siap sedia warga Malaysia untuk letupan rasa yang mengejutkan! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa anda: MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.
Ermm apa itu MALA?
麻 Ma bermaksud sensasi yang di keluarkan daripada lidah & mulut, sementara 辣 La bermaksud amat pedas
Mala-Tup sebenarnya berasal dari perkataan Melayu "Meletup" dalam bahasa kebangsaan Malaysia dengan makna meletup dari rempah-rempah Mala & sensasi pedas yang amat sangat hehehhe
Jawabnya pedas tak henggat lah ni kan
Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!
Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.
"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua.
“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.”
4 Hidangan Istimewa Ayam Goreng MALA
Rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza!
Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan!
Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik.
Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad dan gegelang bawang rangup
Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!
“Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!
Pengalaman Makan Ayam Goreng MALA
Ya ampun!!
Pedas bagi kak lily tak kuat makan pedas hah. Seriously perut kak lily sensitif sket makan pedas-pedas nie tapi boleh je makan sket-sket cam tuh, bila makan tuh belum rasa pedas sangat tapi bila dah masuk dalam mulut ermm pedas menyengat hehhehehe
Rasa kepedasannya sangat kena dengan ayam goreng, fries dan bubur ayam sekali, unik benar rasanya. Sangat-sangat berbeza
Itu kak lily rasa lah kan.
Kalau korang kaki pedas, memang patut cuba menu nieh. Cuba challenge level kepedasan korang itu kan, mana tau ntah-ntah tak pedas pun ek hehehehe..
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Facebook:
Instagram:
Youtube :
www.youtube.com/MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/
#Marrybrown
#MarrybrownMY
#Something Different
#Malatup
#MBMalaFriedChicken
#Mala