Thursday, October 15, 2020
PKPB: Senarai Lokasi ‘Roadblock’ & Penutupan Jalan Di Selangor, KL dan Putrajaya
Tuesday, October 13, 2020
Makan-Makan Di EAT SUSHI, Sunway GIZA Kota Damansara.
Hi Korang,
Lama betul tak pi makan-makan luar dengan kengkawan kan.
Maklumlah musim PKPB segala-galanya terhad, kena patuhi SOP yang Kerajaan perintahkan demi untuk menghapuskan Pandemik Covid-19 nieh.
Tapi bukan tak boleh keluar makan cuma ikut SOP yang ditetapkan, hidup dengan norma baru katanya hehehehehe..
Ahad lepas, kak lily berkesempatan ke restoran EAT SUSHI di Sunway Giza nieh.
Alah kengkawan ajak gather-gather so kita pi lah, pakai mask, bawak hand sanitizer bagai semua lah kan. Sesampai jer haruslah kene scan QR code dulu, ambil suhu dan guna hand sanitizer.
Kalau korang nak tau yang EAT SUSHI ini merupakan sebuah restoran yang bermulanya di Australia sejak tahun 2009 dan mempunyai 6 buah restoran termasuk lah restoran sushi PERTAMA di Malaysia iaitu di Sunway Giza ni.
Kak lily suka dengan dekorasi dan susun atur perabut di dalam restoran Eat Sushi ni, simple tapi menarik. Ada ruangan khas di bahagian atas untuk para pelanggan yang ingin membuat jamuan tertutup yang boleh memuatkan 50-60 orang di dalam satu-satu masa.
Ianya menyediakan pelbagai jenis sushi yang segar dan berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka di samping itu ia menampilkan ciri-ciri ‘auhtentic’ Jepun di setiap hidangan mereka.
Grill Salmon Rainbow Maki Roll
Tempura Sushi Maki
Avocado Rainbow Maki
Grill Hotate Rainbow
Maki
Egg Rainbow Maki
Seriously kak lily memang sukerlah sushi-sushi nieh, dapat kalau ada sashimi ya ampun, memang ahkak ko ni makan tak pandang kiri kanan yer hehehehe
Bagi pandangan kak lily:
Rasanya authentic sushi di Jepun, ewah macam pernah pi Jepun plak. Eh bukan cam tuh kak lily biasa makan sushi dimerata tempat di KL ni, mostly Eat Sushi ni setanding dengan rasa restoran jepun premium yang ada di Kuala Lumpur ni. So ahkak bagi 4.5 star untuk sushi-sushi di sini.
Pilihannya yang pelbagai, rasa yang enak dan yang paling penting harga yang berpatutan gituhhh. Kalau korang yang tak biasa makan sushi, elok cuba makan di sini kerana langsung tidak ada rasa dan bau yang korang tak boleh terima tekak tuh hehehhee.
Betul kak lily tak tipu tau!!
Apa lagi jom ke:
Eat Sushi Japanese Cuisine
A-13-G Sunway Giza,
Jalan PJU 5/14 Kota Damansara,
47810 PJ, Selangor.
Reservation line :
603g 7496 7318
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :-
Facebook Link :
www.facebook.com/EatSushiMalaysia
Instagram Link :
www.instagram.com/eatsushi.malaysia