Thursday, October 15, 2020

PKPB: Senarai Lokasi ‘Roadblock’ & Penutupan Jalan Di Selangor, KL dan Putrajaya

Hi Korang,

Terpanggil kak lily untuk update senarai lokasi di mana adanya penutupan jalan dan roadblock yang di laksanakan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) selama dua minggu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula dari 14hb Oktober 2020 hingga 27hb Oktober 2020 



Ini adalah senarainya :

Lokasi Penutupan Jalan 

1. Kota Damansara 

· Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9) 

· Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) 

· Jalan Persiaran Sungai Buloh (TBS) 

2. Klang Selatan 

· Jambatan Musaeddin 

· Jalan Tengku Kelana 

· Jambatan Raja Muda Nala 

3. Klang Utara 

· Bukit Raja 

· Jalan Meru to Jalan Kempas 


Lokasi Sekatan Jalan 

1. Kajang 

· Di hadapan Balai Polis Beranang 

· Jalan Broga 

· Jalan Bangi – Nilai 

· Jalan menuju ke Plaza Tol Badar Seri Putra 

2. Klang Selatan 

· Persiaran Kota 

· Batu 2, Jalan Langat 

· Jalan Dato ’Mohd Sidin 

3. Klang Utara 

· Stesen Petron di hadapan Bukit Raja Aeon 

· Batu 8, Jalan Meru Tambahan 

· Kapar Batu 10 

4. Subang Jaya 

· NPE (berhampiran dengan SS12) 

· Plaza tol Seafield 

· Plaza tol Puchong Batu 14 

· Plaza Tol LDP – PJS 7 

· Plaza tol ELITE 

5. Hulu Selangor 

· Plaza tol Tanjung Malim 

· Plaza tol Lembah Beringin 

· Plaza tol Sungai Buaya 

· Plaza tol Bukit Beruntung 

· KM79 Jalan Ipoh – bandar KL 

· KM60 Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser 

· Gohtong Jaya menuju ke pusat pemeriksaan Batang Kali 

· KM 3 Sungai Duyong – Jalan Ulu Yam 

· KM33 Tanjung Malim – Sungai Besar 

6. Kuala Lumpur 

Plaza tol Jalan Duta

· Plaza tol Jalan Duta & Sg Besi 

· Jalan Syed Putra 

· Jalan Genting Klang 

· Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) 

· Jalan Sultan Ismail (di hadapan Sungai Wang Plaza) 

· Jalan Tuanku Abdul Rahman 

· Jalan Ampang 

7. Putrajaya 

· Lebuh Sentosa berhampiran Institut Kanser Nasional menuju ke Lebuhraya Maju (MEX) 

· Persiaran Selatan menuju ke Dengkil 

· Persiaran Utara jalan keluar kedua menuju ke Kajang 

· Persiaran Utara keluar ketiga ke Puchong 

Korang dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan. 

Sediakan surat pelepasan daripada majikan bagi korang yang bekerja di luar daerah tempat tinggal korang yer

Sumber KL Foodie

Tuesday, October 13, 2020

Makan-Makan Di EAT SUSHI, Sunway GIZA Kota Damansara.

Hi Korang,

Lama betul tak pi makan-makan luar dengan kengkawan kan.

Maklumlah musim PKPB segala-galanya terhad, kena patuhi SOP yang Kerajaan perintahkan demi untuk menghapuskan Pandemik Covid-19 nieh.

Tapi bukan tak boleh keluar makan cuma ikut SOP yang ditetapkan, hidup dengan norma baru katanya hehehehehe..

Ahad lepas, kak lily berkesempatan ke restoran EAT SUSHI di Sunway Giza nieh.

Alah kengkawan ajak gather-gather so kita pi lah, pakai mask, bawak hand sanitizer bagai semua lah kan. Sesampai jer haruslah kene scan QR code dulu, ambil suhu dan guna hand sanitizer.

Kalau korang nak tau yang EAT SUSHI ini merupakan sebuah restoran yang bermulanya di Australia sejak tahun 2009 dan mempunyai 6 buah restoran termasuk lah restoran sushi PERTAMA di Malaysia iaitu di Sunway Giza ni.

bahagian atas - ruangan khas yang inginkan privasi



ini bahagian bawah, tempat penyediaan sebahagian sushi

Kak lily suka dengan dekorasi dan susun atur perabut di dalam restoran Eat Sushi ni, simple tapi menarik. Ada ruangan khas di bahagian atas untuk para pelanggan yang ingin membuat jamuan tertutup yang boleh memuatkan 50-60 orang di dalam satu-satu masa.




Ianya menyediakan pelbagai jenis sushi yang segar dan berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka di samping itu ia menampilkan ciri-ciri ‘auhtentic’ Jepun di setiap hidangan mereka.

Harga sila tengok di dinding heheehe, yang penting tak mahal mana pun


Ya ampun bestnya, di antara hidangan sushi yang merupakan ‘signature dish’ di EAT SUSHI ini adalah :








Unagi Rainbow Maki Roll

Grill Salmon Rainbow Maki Roll

Tempura Sushi Maki

Avocado Rainbow Maki

Grill Hotate Rainbow Maki

Egg Rainbow Maki

Seriously kak lily memang sukerlah sushi-sushi nieh, dapat kalau ada sashimi ya ampun, memang ahkak ko ni makan tak pandang kiri kanan yer hehehehe




Bagi pandangan kak lily:

Rasanya authentic sushi di Jepun, ewah macam pernah pi Jepun plak. Eh bukan cam tuh kak lily biasa makan sushi dimerata tempat di KL ni, mostly Eat Sushi ni setanding dengan rasa restoran jepun premium yang ada di Kuala Lumpur ni. So ahkak bagi 4.5 star untuk sushi-sushi di sini.


perangai hazab sungguh

senyum memasing ek

penuh meja kan

Pilihannya yang pelbagai, rasa yang enak dan yang paling penting harga yang berpatutan gituhhh. Kalau korang yang tak biasa makan sushi, elok cuba makan di sini kerana langsung tidak ada rasa dan bau yang korang tak boleh terima tekak tuh hehehhee.

Betul kak lily tak tipu tau!!

Apa lagi jom ke:


Eat Sushi Japanese Cuisine

A-13-G Sunway Giza,

Jalan PJU 5/14 Kota Damansara,

47810 PJ, Selangor.

Reservation line : 603g 7496 7318


ermm makan reramai memang seronok kan


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :-

Facebook Link : 

www.facebook.com/EatSushiMalaysia

Instagram Link :

www.instagram.com/eatsushi.malaysia


 

 

 

#eatsushisunwaygiza

#eatsushimalaysia

#japanesecuisine

#bestsushiinkl

Monday, October 12, 2020

Program VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH Kini Kembali Lagi

Hi Korang,

Baru-baru ini, sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi telah melancarkan sebuat program Cabutan Bertuah berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terbesar di Malaysia AEON yang telah mendapat sokongan yags angat menggalakkan. Program VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH yang telah berlangsung sebelum ini dari tarikh 13 Ogos hingga 16 September 2020 telah berjaya di menangi oleh sermai 54 pemenang 



Apa yang korang perlu lakukan adalah dengan hanya membeli produk VIT'S dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket. Nombor bertuah akan di cabut secara live di Facebook Vits pada setiap hari Khamis jam 12 tengahari. 

Tetapi jangan berasa kecewa jika anda terlepas tawaran hebat itu kerana Vit’s sekali lagi telah menlancarkan program cabutan bertuah ini musim kedua. 




VIT’S EXCLUSIVE LUCKY DRAW bakal bersiaran langsung pada waktu yang sama iaitu pada jam 12 tengahari setiap hari Khamis di Facebook Page Vits. Pelbagai hadiah menarik untuk anda menangi setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah: 

1) Dapatkan produk 2 pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio di pasaraya terdekat anda atau secara online 

2) Scan QR code untuk sertai cabutan bertuah ini. 

3) Isi infomasi di dalam boring tersebut 

4) Nyatakan 5 angka bertuah anda 

5) Masukkan resit pembelian 2 produk VITS ITALIAN MI GORENG 

6) Nantikan setiap Khamis di facebook live untuk undian secara live 



Hadiah untuk Vits Exclusive Lucky Draw adalah seperti berikut: 

Grand Prize: Vespa Sprint 150 

1st Prize: Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip 

2nd Prize: Nintendo Switch / Realme 6 Pro 

3rd Prize: Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker 

Consolation Prize: MiGor Facemask + Vit’s Italian Mi Goreng Series 


Peraduan cabutan bertuah ini akan dilangsungkan sehingga 26 November ini di mana semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik cabutan bertuah bernilai sehingga RM 20,000.00.