Friday, October 2, 2020

Memperkenalkan Menu Istimewa MEAT STACK Dari Subway Malaysia

Hi Korang, 

Siapa nak sihat tapi nak makan makan daging banyak?? 

Hah angkat tangan lekas, cepat kak lily nak kira nieh hehehe.. 


Kalau korang nak tau Subway Malaysia telah melancarkan sub-edisi terhad iaitu Meat Stack. Menu istimewa ini boleh dinikmati bermula hari ini 30 September 2020 hingga 5 Januari 2021. Ya ampun, kalau tak sempat hari ni esok-esok pun boleh yer hehehee untuk nikmati sandwich yang banyak lapisan daging ini. 



Subway Meat Stack yang pertama seumpamanya mempunyai empat jenis daging iaitu potongan daging ayam, daging lembu pepperoni, daging lembu dan kepingan ayam. Ia pula digabungkan dengan bahan segar yang sangat sesuai seperti sayur campur, kobis, tomato, timun, lada hijau, bawang, jalapenos, acar dan keju cheddar, untuk mencipta sandwic daging yang terbaik diabad ini. 

Hidangan Meat Stack pasti akan mendapat tempat di hati penggemar daging yang tidak memperolehi secukupnya protein. Subway menggunakan daging berkualiti premium khas untuk menu ini bagi memberi rasa kepuasan kepada penggemar makanan Subway. 





Bagi majlis pelancaran Meat Stack baru ini, Subway Malaysia akan mengadakan tiga sesi Facebook Live dengan rakan Subway mereka iaitu pelakon Izzue Islam, penyiar radio MYFM Emely Poon dan hos TV Mark O'dea pada 3, 8 dan 10 Oktober 2020. Penggemar Subway semua dijemput untuk mengikuti ketika acara secara langsung tersebut dan mereka sendiri berpeluang untuk memenangi baucar Subway bernilai sehingga RM500. 

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk 'stack it up' dengan sub Meat Stack baru dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial dengan hashtags #subwayisfresh dan #subwaymeatstack. Sub edisi terhad baru boleh didapati melalui makan malam atau bawa pulang dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood mulai hari ini. 

Bagi mengekang penyebaran Covid-19, dan untuk kesihatan dan keselamatan penyedia sandwich dan para tamu Subway Malaysia memiliki prosedur keselamatan, dan kebersihan yang sangat ketat. Nak dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari www.subwayisfresh.com.my


Monday, September 28, 2020

Rahsia Kecantikan Maria Farida Dengan LuCOL-S

Hi Korang, 

Siapa tak kenal dengan selebriti Maria Farida yang senantiasa cantik walaupun umurnya sudah menjangkau separuh abad sehinggakan kak lily pun cemburu dengan kecantikannya 

Seriously beliau memang nampak muda betul lah!!! 



Rupanya selain daripada bersikap positif tidak kira apa jua pun serta suka makan apa sahaja, Maria Farida mengamalkan pengambilan suplemen kesihatan berkolagen iaitu LuCOL-s 

Apa Itu LuCOL-S 


LuCOL-S atau Lustre Collogen adalah keluaran daripada syarikat PlantBio Research Centre. Generasi pertama LuCOL telah dilancarkan pada tahun 2015, manakala generasi kedua dikenali sebagai LuCOL-S (special) dilancarkan pada tahun 2020 dengan formulasi yang lebih baik dan terkini. 

Kologen LuCOL-S dihasilkan untuk membantu menaikkan seri kulit seawal 7 hari serta mampu menguatkan tulang. Dan produk ini memang sangat sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun ke atas. 

LuCOL-S yang dihasilkan daripada rumusan herba ini juga telah melalui beberapa proses ujian makmal dan ianya juga berkaloborasi dengan beberapa institusi klinikal. 

Kebaikan LuCOL-S 

Secara ringkas antara 7 kebaikan daripada produk LuCOL-S adalah seperti berikut:- 

Kulit semakin cerah
Kedutan berkurangan
Ketegangan muka
Ketegangan payudara
Sendi semakin kuat
Sakit sendi berkurangan
Bertenaga dan cergas 



Bahan Utama Yang Terkandung Di Dalam LuCOL-S 

Kolagen Marin 
Ekstrak Zaitun 
Acai Beri 
Beri Camu Camu 
Minyak Benih Perilla 
Ekstrak Stevia 

Kesemua bahan-bahan ini memberikan kesan-kesan terbaik terhadap muka dan kulit bagi mereka yang mengamalkannya. 


Pemilihan Datin Maria Farida Sebagai Duta LuCOL-S 



Menurut Mr Ooi Thean Nip selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlantBio tentang faktor pemilihan duta produk untuk keluaran syarikatnya, 

"Kami memilih Datin Seri Maria Farida sebagai Duta bukan kerana sasaran kami untuk pasaran melayu semata-mata malah Malaysia keseluruhannya. Beliau bukan sahaja cantik tetapi juga seorang yang merendah diri dan yang penting beliau mengambil kolagen ini.Sejak mengamalkan suplemen LuCOL-S sejak lebih sebulan lalu, say melihat perubahan ketara pada wajah dan kulit beliau"


Menurut Kata Dati Seri Maria Farida 

Beliau tidak menggemari penggunaan suntikan dan lain-lain. Bagi beliau sendiri pengambilan nutrien melalui pemakanan lebih baik dan sesuai dengan dirinya. Untuk pengetahuan semua, Datin Farida kulitnya memang agak sensitif, jadi beliau sentiasa berhati-hati terhadap pengambilan suplemen hariannya. 

Dan ternyata LuCOL-S memang yang terbaik kerana dalam masa 7 hari secara konsisten pengambilan akan lihat perubahan positif (kurangkan parut, hilangkan garis halus dan pelbagai lagi). 

Testimoni LuCOL-S


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Link : 

Instagram Link : 


Sunday, September 27, 2020

UZU Chicken, Ayam Goreng ‘Boneless’ Korea Boleh Order Online Jer Senang.

Hi Korang, 

Perkara paling senang untuk seorang yang tak sempat nak masak mahupun malas nak masak ada order secara online jer. Yelah musim-musim pandemok Covid 19 ni, rasa leceh nak pi makan kat kedai dengan secara mak neka SOP yang kita kena patuh. 

Cara terbaik dengan order online sajor!! 

Bukan setakat masakan melayu, masakan cina, masakan india, fast food, western semua kita order sajor termasuklah masakan Korea. Yeah siapa tak suka dengan menu makanan Korea kan. 

Ya ampun, kalau bab Korean food ni kak lily memang suka betul especially ayam goreng seriously sedap wei kene plak dengan sos pedas tuh lagilah sedap kan. 

Pernah dengar UZU Chicken?? 

Itulah korang nieh, ingat kepsi jer kann haahahaa 

Ok Uzu Chicken salah satu jenama bagi ayam goreng tidak bertulang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ini. Rasanya enak di nikmati panas-panas bersama dengan pelbagai jenis sos yang di sediakan. Ala-ala popcorn chicken gituh tapi saiznya agak besar-besar jugak yer. 

Kebetulan jugak hari tuh, kak lily browse-browse kat Facebook then nampak plak Uzu Chicken ni ermm nampak tempting apa lagi teruslah kak lily order untuk 3 orang yelah nak makan kat opis dengan bebudak ni so order online jelah. 

Jeng jeng jeng 

Hah sampai pun, panas-panas lagik. Itu yang kita mahu sebab memang enak kena makan panas-panas 


Kemain cantik packagingnya ek, ada gambo ayam hah, cuteeee hehehhe comey plak ayam tuh kan



Kak lily order pelbagai jenis ayam goreng yang sosnya lain-lain so bolehlah kita rasa satu persatu kelainannya. 

Ada… 


Korean Boneless Fried Chicken @ Cheese Snowing 

Korean Boneless Fried Chicken @ Honey Butter 

Korean Boneless Fried Chicken @ Hot Shocking 

Korean Boneless Fried Chicken @ Soy Garlic 

Korean Boneless Fried Chicken @ Sweet & Spicy 

Hah pening-pening sebab tak tau nak mula yang mana dulu ek hehehe. Sudahnya rasa sana sini tapi rasa semua sekali hah. Sepatutnya sos tuh di gaul sekali tapi kak lily mintak jangan campurkan sebab kak lily nak rasa sendiri sos tu yang tidak digaul tuh. 



Setiap order ayam goreng ini di datangkan sekali bersama salad dan dressingnya. Lagi bertambah enaklah rasa ayam goreng ni kan hehhehee 



Kak lily gemarkan Korean Boneless Fried Chicken yang bersosnya Sweet & Spicy. Tidak terlalu manis dan tidak juga terlalu pedas. Tak sama macam Hot Shocking tuh pedas betul hah!! 

Menu-menu lain 

Kak lily order jugak Japche Glass Noodle Set, Cheese Rice Stick Set dan Dakkgalbi Fried Rice Set. 

Japche Glass Noodle Set 
Sedap,sedap, sedapp!! Ingat rasanya seperti macam mee hoon tapi tidak nyer. Walaupun nampak gelap-gelap tapi rasanya sedap. 

Dakkgalbi Fried Rice Set 
Sedapnya nasi goreng berperisa kimchi gituh, di makan sekali dengan telur mata wow terangkat rasanya 

Cheese Rice Stick Set 
Kek beras bercheese yang di salut tepung untuk menambahkan lagi rasa kenakannya, kenyal-kenyal gituh. 

Side Dish : Radish and Kimchi 

Alah nak rase-rase nyer, kalau di kongsi beramai seronok dan lagipun portionnya agak banyak untuk makan seorang. Sekurang-kuranya sesuai untuk 2 orang so barulah habis hehehhee.. Rasanya memang enak, sangat authentic macam makan di restoran Korea rasanya. 



Cara Order Uzu Chicken?? 

Melalui online via foodpanda (https://www.foodpanda.my/restaurant/d2ii/uzu-chicken-dc-mall#) dan facebook page Uzu Chicken ataupun telefon sahaja di 03-7731 1776 sajor dan buat pesanan. 

Once dah order, pesanan korang akan di hantar secepat mungkinlah bagi mengelakkan ianya sejuk bila sampai nanti. 

contact no : 03-7731 1776 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Link : 
https://www.facebook.com/UzuKoreanFriedChicken

Instagram Link : 
https://www.instagram.com/uzuchicken/?hl=en