Hi Semua,
Sunway Lagoon mempunyai kejutan buat puteri gibbon kami, Pinky. Dia akan berpindah ke rumah baru yang terletak di pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Upcycled Floating Island.
Gibbon kami adalah gibbon bertangan putih berumur 15 tahun, dia sangat pandai dan nakal. Gibbon kami turut dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulugibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat gelap dan perang. Tangan dan kaki gibbon berwarna putih dan mempunyai kolar berwarna putih. Gibbon mempunyai muka yang berwarna hitam.
Selain daripada itu, Sunway Lagoon ingin mempromosikan United Nation’s global Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Upcycled Floating Island buatan manusia. Pembinaan pulau itu diperbuat daripada sisa kitar semula lebih daripada 300 kilogram seperti kepingan Styrofoam, botol plastik & tong klorin. Projek ini selari dengan visi dan misi kami bagi mencapai Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Matlamat 15: Kehidupan di Darat, untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari.
Upcycled Floating Island adalah hasil titik peluh daripada lapan orang dan pembinaan pulau ini mengambil masa selama 14 bulan. Kos pembinaan pulau ini mencecah sehingga RM150,000.00. Salah satu keunikannya adalah pulau ini terapung di tengah tasik dan penjaga zoo kami akan menaiki bot bagi memastikan keperluannya dijaga.
“Fokus SDG dikenali seluruh dunia dan focus kami adalah kelestarian dan pembelajaran yang berpanjangan menjadikan Sunway Lagoon tarikan terbaik di Asia. Kami bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya untuk mengitar semula. Kami percaya pulau buatan manusia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua, khusunya tentang pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melindungi alam sekitar sebelum menjadi sfera plastik." Kata Penolong Kanan Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu.
Dia turut berkata, "Kebaikan dan belas kasihan yang kecil buat haiwan mungkin tidak bermakna apa- apa tetapi ini budaya Sunway untuk mencintai alam sekitar dan bersikap baik antara satu sama lain.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway Lagoon, sila lawati sunwaylagoon.com