Tuesday, September 22, 2020

Pinky Gibbon Upcycled Floating Island Di Sunway Lagoon

Hi Semua,

Sunway Lagoon mempunyai kejutan buat puteri gibbon kami, Pinky. Dia akan berpindah ke rumah baru yang terletak di pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Upcycled Floating Island. 



Gibbon kami adalah gibbon bertangan putih berumur 15 tahun, dia sangat pandai dan nakal. Gibbon kami turut dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulugibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat gelap dan perang. Tangan dan kaki gibbon berwarna putih dan mempunyai kolar berwarna putih. Gibbon mempunyai muka yang berwarna hitam. 




Selain daripada itu, Sunway Lagoon ingin mempromosikan United Nation’s global Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Upcycled Floating Island buatan manusia. Pembinaan pulau itu diperbuat daripada sisa kitar semula lebih daripada 300 kilogram seperti kepingan Styrofoam, botol plastik & tong klorin. Projek ini selari dengan visi dan misi kami bagi mencapai Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Matlamat 15: Kehidupan di Darat, untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari. 

Upcycled Floating Island adalah hasil titik peluh daripada lapan orang dan pembinaan pulau ini mengambil masa selama 14 bulan. Kos pembinaan pulau ini mencecah sehingga RM150,000.00. Salah satu keunikannya adalah pulau ini terapung di tengah tasik dan penjaga zoo kami akan menaiki bot bagi memastikan keperluannya dijaga. 



“Fokus SDG dikenali seluruh dunia dan focus kami adalah kelestarian dan pembelajaran yang berpanjangan menjadikan Sunway Lagoon tarikan terbaik di Asia. Kami bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya untuk mengitar semula. Kami percaya pulau buatan manusia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua, khusunya tentang pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melindungi alam sekitar sebelum menjadi sfera plastik." Kata Penolong Kanan Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu. 



Dia turut berkata, "Kebaikan dan belas kasihan yang kecil buat haiwan mungkin tidak bermakna apa- apa tetapi ini budaya Sunway untuk mencintai alam sekitar dan bersikap baik antara satu sama lain. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway Lagoon, sila lawati sunwaylagoon.com


Sunday, September 20, 2020

realme 'Experience Store' Kini Telah Dibuka di Sunway Piramid

Hi Korang, 

Siang tadi, pepagi lagi kak lily dah sampai ke Sunway Piramid untuk jadi orang yang terawal sekali ke pembukaan real ‘Experince Store’ di Lot F1.45, Level F, Sunway Pyramid Shopping Mall. 


Tapi bukan kak lily saje ramai lagi rakan-rakan media dan fans turut sama hadir ke pembukaan yang penuh gilang gemilang tapi mengikut SOP yang tetap di tetapkan tau. 

Today, we have upgraded our image store into a new experience store at Sunway Pyramid to accommodate our realme fans with a comfortable environment while experiencing realme’s smart ecosystem. We would like to thank our fans as well as our realmedia friends who have supported us throughout the Dare to Leap journey in order to achieve such a milestone and achievement kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia. 




Kalau korang nak tau yang di realme ‘experience store’ ini bukan sahaja kita boleh dapatkan produk realme malah disediakan juga pusat servis untuk para pengguna realme mendapatkan perkhidmatan gantian, pembaikan dan sebagainya. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan bersempena dengan pembukaan flagship store di Sunway piramid. Istimewanya pada hari Ahad 20 September 2020, bermula dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. 






Antara aktiviti yang boleh disertai seperti Fitness Challenge, Super Check In Lucky Draw and CLAW. Dan korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah produk realme yang menarik seperti realme X3 SuperZoom, realme Band, realme Buds Air, realme Power Bank dan realme Bagasi. 

Terdapat juga Pembelian diskau 50% Dengan Promosi pembelian (PWP) pada produk realme terpilih. Bahkan turut ditawarkan diskaun sehingga 20% untuk realme pelbagai produk AIoT di flagship store sunway piramid. 

Jangan korang lepaskan peluang keemasan ni tau.. 



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme, boleh layari laman Facebook dan juga Instagram di @realmemalaysia. 

Saturday, September 12, 2020

Bercuti-cuti PKPP Di Z Hotel Johor Bahru.

Hi Korang, 


Asyik citer pasal gajet jer bosanlah moh citer lain ek.. 

Musim PKPP ni mana boleh ke luar negara kan so kite cuti-cuti Malaysia jerlah senang, tak yah sibuk nak tuko2 duit bagai kan.

Ingat tak trip kak lily pi Jay Bee last month?? Ya ampun dah sebulan lebih ko baru nak tulis ek hehehehe 


Sebenarnya ramai yang suggest hotel yang best kat JB tuh but too commonlah, eh kita orang JB kita taulah kan, ishkk corky sangat kan 

Anyway.. 

Booking.com memang senantiasa membantu kak lily dalam bab hotel-hotel ni ek, suggestionnya helok-helok walaupun kekadang tuh rege tak masuk akal. Sebab nak duduk area bando dan bukan nak duduk hotel sepanjang hari pun so ktorang pun pilih Z Hotel yang betul-betul kat tengah bando JB nieh. Bayangkan pi bazaar karat jalan kaki jer tak yah nak fikir pasal parking.



Masa buat booking nampak cantik jer, ermm cuak-cuak jugak kalau actually hampeh 

Ermm ternyata tidak yer, apa yang tengok di website itulah dia in real malah lebih cantik lagi hah. 

Bilik tingkat 20, paling hujung sekali hahahaaha 




View spectaculär wei, cantikkk!! Nampak JB nampak Singapore sebabab mengadap CIQ gituh. 








Bilik pun besau hah boleh main lari-lari lagik, even kalau reramai boleh bentang 2 toto kalau alihkan kerusi malas tuh. 

3 malam ktorang kat sini!! 

Harga tak de mahal mana pun dalam RM327 untuk 3 malam tapi tak de breakfast so ktorang breakfast kat luar di mana-mana jer hah senang. 


Parking pulak, kalau ade spot kat tepi tepi hotel tuh just park je kat situ tapi ktorg kat selalu balik tengah malam so ktorang parking kat tingkat atas dengan kereta-kereta sekali. Ada special lift yang boleh naik dgn kereta lagi. Memula tuh cuak gak tapi nasib baik pakcik yang jaga malam tuh tolong ajar so lelama terus pandai dah memain lift tuh hehehee 


Ktorang ni senang jer, tak yah nak pilih yang canggih manggih sangatlah sebab end of day bukan duduk dalam bilik pun hahahaha 

Ini hotelnya 

Z Hotel, 
18, Jalan Wong Ah Fook, 
80000 Johor Bahru, Johor 

07-222 8228

Ermm lepas ni nak kemana plak kan, dah nama pun cuti hujung minggu so kite jejalan jelah kan heheehehe...